Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Assalamualaikum semua ( ≧◡≦)
Urm... sebenarnya Momoy dapat banyak juga email tanya pasal beauty injection dari silent readers. Thank you dearies sebab sudi baca blog mengarut Momoy nih. Banyak juga tanya ada tak Momoy ambil suntikan vitamin C, ambil vitamin C brand apa dan macam-macam lagi. Jadi, disebabkan asyik menjawab soalan yang berulang-ulang dan lebih kurang sama je, ada baiknya Momoy review Vitamin C tu kat blog je, kan ?
Umum pasal kebaikan vitamin C ni semua orang tahu. Vitamin C ni baik untuk kesihatan kulit terutama pada mereka yang telah berusia. Ia dapat menegangkan serta menghilangkan kedut-kedut pada kulit, mencerah kulit serta menjadikan kulit kelihatan lebih muda.
Tak semestinya kena inject vitamin C ni, nak makan supplement pun boleh jer. Ini kes kalau kurang source vitamin C la. Kalau cukup makanan harian atau buah-buahan yang ada vitamin C sebenarnya tak perlu pun semua tu. Tapi macam yang Momoy cakap, kalau zat-zat vitamin C cukup dalam makanan la. Yang Momoy ni dah tentu-tentu tak cukup vitamin C tambah pula asyik masak kat kedai jer. Huhu...
So altenatif Momoy ambil supplement. Tapi sebenarnya Momoy prefer untuk suntik sebab 100% confirm diserap kerana vitamin C yang suntik akan terus masuk dalam salur darah. Kalau makan-makan ni semua tahu hanya 20-30% sahaja yang dapat sebab keluar dari sistem perkumuhan, peluh dan macam-macam lah. Amboiii... macam belajar subjek sains pula.
Dulu pernah cerita yang Momoy ambil suntikan Tranexamic Acid bersama vitamin C kan. Siapa ingat ? Boleh baca di SINI. Okay, vitamin C yang Momoy ambil tu brand Laroscorbine Roche Platinum Vitamin C + Collagen. Vitamin brand Roche ni dah ada sekali kolagen. Dari France. Brand Roche ni dah lama dah. Dekat 10 tahun kot.
Laroscorbine Platinium Vitamin c + Collagen Roche
Momoy dah guna 2 kotak
Kalau tanya mana-mana doktor pasal Roche ni, memang para doktor tahu la. Tapi baru-baru ni, doktor yang selalu Momoy pergi inject bagitahu, masa dia call Roche untuk tambah stock vitamin C kat klinik dia, Roche inform mereka dah stop keluarkan vitamin C + collagen. Maknanya, selepas ni kalau ada vitamin C dari brand Roche sila lihat tarikh tamat tempoh pada kotak atau vial tersebut. Tarikh luput yang panjang (seperti tahun 2016 atau seterusnya) sangatlah was-was. Jadi, lepas kotak kedua Roche ni Momoy stop. Masih berfikir nak inject brand apa pula untuk ganti Roche ni. Ada cadangan tak ?
Harga 10 vials (sekotak) Momoy beli RM 150 (bergantung pada seller)
Upah cucuk doktor RM 10-RM 20 per inject
Sedikit maklumat tentang Roche ni. Momoy kopi pasta dari pakcik Google dan sikit edited supaya mudah difahami..
Product Description:
Rocher Vitamin C + Collagen
1000mg Vitamin C + 350mg Plant Collagen Extract.
1000mg Vitamin C + 350mg Plant Collagen Extract.
With on the first injection, you could feel the difference on your skin. (oh yeke ? Momoy suntikan ketiga baru nampak perbezaan)
KEBAIKAN VITAMIN C
- Merupakan fungsi asas Vitamin C (semua pun tahu ni)
- Menambahkan kolagen yang hilang dan berkurangan akibat penambahan Usia. Kolagen adalah protein berfibre, penting dalam menyokong tisu, kulit, organ, tendon, ligamen dan lain-lain (pertambahan usia ? Ye, Momoy la tu =.= )
- Anti Oksida (suka sangat kalau jumpa apa-apa produk yang jenis anti oksida ni).
- Mengurangkan garis-garis halus, kedutan, pigmentasi dan parut kecil (parut memang berkurang - Momoy guna bersama tren acid).
- Mengekalkan pengeluaran tulang rawan dan sendi (Tak tahu nak tengok macam mana ni)
- Meningkatkan keanjalan kulit, membuat lebih lembut dan kelembapan, memudarkan warna hyperpigmentasi di kulit. (Hoho... Kulit Momoy memang terasa lembut keesokan hari. Lembut dan lembap. Tak pakai lotion pun no hal lah).
- Memperbaiki keadaan kulit wajah (Ini betul. Memang lepas cucuk vitamin C, kulit kurang bermasalah).
- Kesan paling ketara yang Momoy dapat rasa ialah Momoy tak lagi selsema. Kalau ada pun, jarang sangat dan sikit-sikit jer tak teruk macam dulu.
METHOD:
I.V. (intravenous) - Doktor Momoy cucuk pakai butterfly injection di pelipat tangan.
Packaging Produk:-
Roche Laroscorbine Platinum Vitamin + Kolagen
1 kotak : 10 ampul x 5ml setiap ampul.
*** Setiap ampul mengandungi daripada 1000mg Vitamin C + 350mg Kolagen Tumbuhan.
Cara penggunaan :-
- Bagi awal pengambilan adalah disyorkan bahawa 1 ampul setiap 3-4 hari ( intravena) untuk tempoh 8 minggu. (Doktor Momoy advice seminggu sekali dah mencukupi. Tapi dia guna 2 vials sekali inject).
- Dicadangkan pengambilan dengan suntikan Glutathione untuk mendapat hasil terbaik. (Momoy ada jab Glutax 12g. Tapi lepas jab tren acid dan vitamin C la. Review Glutax boleh baca entri ni -Review Glutax 12g Advanced HD). Sebabkan masa injek vitamin C ni Momoy jab Tranexamic Acid, so cara Momoy guna mix keduanya. Boleh baca ENTRI ni.
Bagi program maintain atau pengekalan:-
Untuk mengekalkan kulit anda sentiasa cantik, 1 vial hendaklah digunakan setiap minggu atau setiap 2 minggu, bergantung kepada keperluan peribadi kamu okay.
Roche Laroscorbine Platinum Vitamin C + Collagen ni tak sesuai untuk:
- Ibu menyusu bayi
- Suntikan semasa haid
- Mempunyai alahan kepada vitamin (apa-apa jenis)
- Pesakit dengan masalah kardiovaskular
Tak tahu nak letak caption apa =.=
Selepas 10 kali suntikan (seminggu sekali), untuk maintenance boleh la ulang suntikan tapi dah boleh jarakkan masa cucuk. Mula-mula jarakkan 2 minggu sekali, kemudian sebulan sekali kemudian 2 bulan sekali (bergantung pada keadaan kulit dan poket masing-masing la kan). Paling penting, banyakkan minum air masak dan elakkan makanan dan minuman berkafein.
Close up. Ini lah rupa vial vitamin C + collagen sebelum doktor
masukkan dalam picagari bagi sesiapa yang tak pernah tengok
Uis. Pandai nasihatkan orang untuk jaga maintenance bagai la tapi diri sendiri dah 2 bulan tak maintain cucuk vitamin C ni. Tapi Momoy ada alasan tau. Busy kerja (April - May hari tu memang super busy), malas beratur kat klinik dan sedang mencari vitamin c brand lain untuk ganti Roche (pening kepala nak beli brand apa nih). Dan time tu tengah cucuk Glutax 12g. Dalam Glutax 12g tu dah siap ada vitamin C, sebab tu tak pergi cucuk vitamin C lagi.
Hmm... cukup lah bebelan hari ni. Nanti kalau Momoy dah jumpa pengganti Roche Momoy share kat blog wokey. Chau dulu. Assalamualaikum.
NOTE:
If you choose to try this product it is at your own risk.
Always consult with your doctor before taking anything new okay dolls.
NOTE:
If you choose to try this product it is at your own risk.
Always consult with your doctor before taking anything new okay dolls.
17 comments
hi momoy. cuba momoy guna forte kalau nak tukar roche
wah..memang betol2 bkesan ke momoy
phew..btl2 prihatin tehadap kecantikan momoy ni..farra lum brani lg mok amk suntikan vit c..salu amek yg pil jak..
kalau dah ade vit c nak inject kt klnik mana area kl?
@Anonymousdear anony
email momoy di syalyx_00@yahoo.com
nanti momoy bagi senarai klinik area KL
@Farra Nkadang2 momoy amik yg kapsul juga kalau x jab
@ComelComotkulit rasa soft dan moist
selsema dah tak ada
yg tu la kesan ketara
kalau putih ke apa x ada la dear
@Anonymousoh. thx u dear anony. boleh dipertimbangkan
lepas ni boleh cuhba forte c pula
thx ye
ramai org amik roche ni. utk beginners,sesuai roche ni sbb dia xkuat sgr kan. utk yg penginject tegar,lma2 guna nnti kesan dia cm kureng hihi
Makasih infonya
hai kalau area putrajaya bangi or kajang tahu tak klinik mana yang ada buat eh?
@afifah adnanmomoy baru jer beli forte tapi beli jab lagi. peram dulu. hihi
@DP BBMsama-sama. makasih juga sudi mampan ke sini
@Anonymousurm... tak tahu sangat dear. Tapi kalau area KL dan selangor tu tahu la. dear email i dear. nnt i bagi senarai klinik yang boleh jab.
syalyx_00@yahoo.com
boleh email product pd sy : roszlinda.sham@gmail.com
email klinik area kl...
@nurul fiqaas=salam sis. boleh email momoy di syalyx_00@yahoo.com
nnt momoy bagi no HP. list dalam whatsapp