.::: MOMOY blogirl :::.: April 2015

15 April 2015

Klairs Illuminating Supple Blemish Cream Review


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Momoy sebenarnya bukanlah jenis pompuan yang jenis duk tepek-tepek foundation, bb cream, bedak segala. Cukuplah sekadar pakai serum dan day cream yang ada perlindungan SPF, lepas tu pakai baby powder nipis-nipis. Tapi itulah, bila pakai cuma day cream tu kulit yang ada cacat cela tu tak dapat nak la tutup kan. Huhu...



Momoy berkulit cerah kemerahan. Kadang merah-merah kat area pipi mostly paling ketara. Day cream Momoy pula jenis transparent. Maksud Momoy yang tak ada kaler atau foundation kaler tu. Jadi boleh bayang tak merah-merah kat pipi tu memang nampak jelas lah. Sesiapa yang berkulit cerah rasanya dapat tangkap kan apa yang Momoy maksudkan ni, kan ?



Jadi Momoy terima kasih sangat pada BB cream yang Momoy guna sekarang ni. Sebab sekarang merah-merah kat pipi Momoy tu dapat dikurangkan. Yay ! 



Produk yang Momoy maksudkan ni adalah Klairs Illuminating Supple Blesmish BB Cream. Dah hampir sebulan Momoy guna produk ni . Selalu guna BB cream Momoy akan kecewa sebab kesan tone kaler pada kulit jadi lain. Kadang tergelap, kadang tercerah sikit. Tapi yang Klairs ni bagus. Natural saja. Ewah.





Klairs Illuminating Supple Blesmish BB Cream
Momoy apply BB cream bersama span Cerro Qreen Natural Emulsion Powder Puff
 untuk area sensitif - mata lah apa lagi.


Packaging simple. Momoy suka Klairs bb cream ni dalam 
bentuk tube kurus. Bentuk macam ubat gigi pula rasanya. 
Hihi.  Senang nak sumbat dalam bag makeup Momoy yang kecik tu.





Klairs bb cream ni senang picit dan amount yang keluar tu kita boleh control nak banyak mana. Setakat ni Momoy tak pernah lagi ada pengalaman bb krim ni tertumpah atau terlebih picit. Penting juga ni supaya bag makeup tak comot dan tak membazir.



Masa mula-mula Momoy tengok kaler Klairs bb cream ni memang sedikit terkejut la. Sebab kaler dia macam yellow-beige tone gitu. Rasa macam hais confirm jadi barang hiasan je ni nanti. Huhu. Tapi bila dah pakai, eyh natural pula. Masuk je dengan skin Momoy ni. Krim dia mix dan blend cantik ikut skin kita. Hahaha. Ajaib *senyum semula*






Panjang besar tapak tangan je nih





Coverage bb cream ni sedikit berkilat. Pakai sikit demi sedikit (layer by layer) untuk kesan lebih natural dan cantik. Krim ni ringan, nipis dan tak melekit. Kulit muka pun tak terasa macam pakai apa-apa. Paling Momoy suka adalah merah-merah kat kulit Momoy tu dapat dikurangkan. Berkali-kali kot tengok cermin. Tu dia.



Momoy ni tak suka pakai sunblock sebab tak suka kesan sticky kat muka. Teruk kan Momoy ni ? Jadi, bila krim ni ada kandungan SPF 40 PA ++ haruslah Momoy suka, rasa nak menjerit kuat-kuat.





Paling suka sebab dia ada wrinkle care. Sesuai sangat untuk orang yang 
tua tak berapa nak muda macam Momoy nih. Kui kui. 






Momoy pakai selepas serum dan ia bertahan sehingga 4-5 jam, kemudian akan sikit demi sikit akan start fading. Huhu. Tapi tu tak jadi masalah pada Momoy sebab Momoy akan re-apply semula selepas cuci muka untuk solat zohor.



Momoy pernah juga cuba pakai Klairs bb cream ni selepas pelembap, tapi kulit muka jadi cepat berminyak selepas 1-2 jam. Huhu. Jadi tips Momoy kalau kamu jenis pakai moisturizer sebelum pakai bb cream, baik cari pelembap yang water based okay.



Tapi kalau pakai bb cream ni sahaja pun tak jadi masalah. Kulit tetap nampak natural. Rasa ringan dan tak melekit. Point kat sini adalah, bb cream ni boleh dipakai bersama produk lain atau nak pakai bb cream ni sahaja. Terpulang pada rutin skincare masing-masing.





No paraben so tak perlu risau ok. Ianya selamat


BB krim ni tak perlu pakai banyak pun. 3-4 titik dah cukup untuk coverage 
satu muka. Pakai nipis-nipis dah cukup. Tak perlu tebal-tebal sangat 
sebab ia akan nampak cakey, nanti tak lawa.





Satu lagi yang Momoy perasan adalah bb cream ni macam waterproof. Korang tahulah kerja Momoy ni macam mana kan. Tapi yang peliknya kulit Momoy maintain cantik tak cair biarpun nomex dah lencun dengan peluh. Wow kan.



So, kalau korang sedang mencari bb cream yang ringan dan boleh blend cantik untuk macam-macam perisa kulit, cuba try beli Klairs Illuminating Supple Blemish Cream ni. Kat mana nak beli ? Oh, boleh beli kat sini, http://www.nattacosme.com/073-Brand/369-Klairs/Klairs-Illuminating-Supple-Blemish-Cream



Eh. Nanti dulu. Ni ada discount coupon. Guna saja code di bawah shopping di Natta Cosme okay. 





Happy shopping gurls =)









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...