.::: MOMOY blogirl :::.: January 2020

27 January 2020

Baju baru si Boba



Lama dah cik Boba Momoy ni tak berbaju. Saat hari pertama Momoy beli masa dia mula-mula landing Malaysia tau sampai ke semalam dia bogel jer. Akhirnya.. si Boba dah dapat baju baru. Yeahh..


Biasanya baju-baju henpong Momoy haruslah yang berbatu bling bling suasana Aidilfitri. Tapi kali ni Momoy tukar design sikit. Kita beli baju lampu lip lap lip lap pula. 



Tak payah cakap banyak nape Momoy suka. Pink-Cute-Rare !


Rare tu tang unicorn dan bintang-bintang tu ada keluar lampu weh. Malam-malam bila call ke atau notification masuk dia bercahaya. Dari jauh sana nun korang dah boleh tengok muka jeles pelik-pelik tengok henpon keluar lampu weh.. Uhukk.. Momoy sendiri tak boleh move on dengan tahap kecomelan baju si Boba ni. Huhu..




Dari jauh nampak unicorn Momoy nih | Model iphone 11 Pro Max



Momoy dah test pakai 2 minggu dah baju Boba nih. So cute. So good. Henpong tak panas dan battery maintain lama seperti biasa. Okay. Apa yang di claim oleh seller nih tak makan bateri dan tak panas adalah sangat tepat! Momoy setuju dan suka giler. Hehe..






20 January 2020

Mari membeli batu. Erk..




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Hari ni nak story pasal lampu batu. Momoy selalu la nampak kat spa-spa. Kadang-kadang ada juga kat mall warna oren-oren gitu. Jujurnya, Momoy tak minat pun sebab kaler oren malap-malap gitu. Haha..


Rupanya lampu batu oren malap-malap tu dipanggil lampu garam. Ia digunakan sebagai penapis udara secara semulajadi. Selain dari tu, manfaat lampu garam ni boleh memberi kesan ketenangan (calming) dan berupaya menstabilkan emosi dengan bauan dari garam batu tu. Oh.. patutlah banyak sangat kat spa-spa. 


Banyak lagi sebenarnya manfaat lampu garam ni. Antaranya membantu mengurangkan simptom masalah asma, melancarkan aliran darah dan membantu meningkatkan kualiti tidur. 


Tinggal dulu lah part kebaikan ni. Kalau nak lebih lagi boleh tanya mak cik Google. Macam yang Momoy tulis tu, Momoy tak minat. Tapi dalam tak minat tu, Momoy boleh terbeli seketui lampu garam tu. Boleh imagine tak? Haha.. Momoy sendiri pun pelik tau. Beli online pulak tu. Awal-awal pagi pulak tu shopping batu 😂😂


Ni gara-gara nampak lampu garam mewangi dari Aura Rezeki yang lain dari biasa Momoy selalu jumpa. Lampu garam ni kaler putih dan bentuk dia tinggi. Uhuk.. nice jer. 



Garam besau macam ni confirm masakan cukup rasa.



Cahaya dari lampu garam putih ni pun bagi Momoy takde lah bila pasang jadi 'kuning oren' sangat kan. Dia still kuning juga tapi yang boleh mata Momoy terima. Cerewet nau mata Momoy nih. Hais.


So, inilah pembelian lampu garam batu pertama Momoy. Sebelum ni memang tak pernah terfikir nak beli benda alah tu. Haha.. alih-alih dah duk kat meja SOHO (small office home office) Momoy. Cahaya dia lawa, tak payah letak lampu IKEA pun elok jer lighting dia. Lagipun sengaja letak kat SOHO sebab lampu garam tu juga berupaya menyahcaskan ion-ion negatif dari peranti elektronik contohnya handphone dan laptop Momoy. Ewahh..



Hey.. lampu putih tu boleh tukar-tukar kaler yang kita nak dengan tukar 
mentol berwarna. Tapi Momoy suka putih camni jer.



Lampu garam ni berat antara 3-4 kg bergantung pada bentuk dan saiz. Didatangkan sekali ngan tapak (tile) dan mentol kecil 15 watt. Cara pasang pun mudah jer. Pasang mentol pada tapak, tutupkan dengan lampu garam tu, on suisnya dan nikmatilah suasana damai tersebut. Done! 



Comey jer mentol ni. 15watt jer so jangan risau bil tak melambung pun.



Fuh.. lepas ni takde lah alasan malas nak update blog lagi. Koh koh koh.. Okay, mesti ada yang tanya beli kat mana kan? Momoy beli sis Wana Zainol yang jelita. Usha-usha di SINI.



15 January 2020

Nak beli rumah? Ini dokumen yang korang perlu standby..


Assalamualaikum.

Cerita pasal pengalaman beli rumah lelong tempoh hari. Ok. Ada yang email tanya..


"Momoy, apa dokumen yang Momoy prepare masa beli rumah?". 




Baik.. Momoy buat list jer la yer. Ni yang Momoy prepare sebagai pekerja swasta..Ada dokumen bawah ni yang bank tak minta pun. Tapi lebih baik kita sediakan supaya bank senang hati dan korang pun bahagia bank senang luluskan permohonan korang.




  • Salinan kad pengenalan (Momoy palangkan dan tulis nama property supaya tak disalah guna. Beringat lebih baik. Boleh juga buat pada semua salinan dokumen/ permohonan korang).
  • Slip gaji terkini 6 bulan.
  • Penyata bank 
  • Penyata KWSP
  • Penyata ASB
  • Penyata PTPTN atau
  • Surat pembayaran dari PTPTN 
  • Tenancy rumah (kalau ada)
  • Surat pelantikan kerja 
  • CCRIS report (tolong mudahkan kerja bank. Boleh dapatkan secara walk in di BNM atau online : http://mycreditinfo.com.my )
  •  EA form 


Momoy bagi sofcopy jer pada agen. Tapi make sure rename nama file tu dengan kemas. 
Contoh : 'Penyata KWSP 2018 - NAMA PENUH ANDA'



Kalau korang yang apply loan sendiri pada bank, sebaiknya bagi hardcopy. Photostat lah dokumen kat atas tu masukkan dalam file dan labellah kemas-kemas. Tapi ada juga bank yang minta softcopy jer. Bagus la. Jimat sikit.



Ok. Tu saja. Good Luck gais!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...