.::: MOMOY blogirl :::.: 2022

13 April 2022

Pengalaman pertama buat microblading

 

Assalamualaikum.. 

Malas nak menulis sebenarnya. Tapi ada request thru wasap minta story pasal microblading, makanya Momoy paksa la tangan ni menaip.


Apa yang terlintas bila sebut microblading? Bagi Momoy bentuk kening yang cantik semulajadi. Tak payah nak lukis-lukis bagai. Bangun tidur pun maintain lawa. Haiss.. kononnya pergi kerja effortless make up lah tapi cantik. 


Dipendekkan cerita selepas buat sedikit research la konon-kononnya. Mestilah Momoy pilih yang korean look kan. Beautician yang buat nih Momoy namakan dia Miss Jade. Sesampai sana, Miss Jadi tu dah welcoming dan dia mulakan sesi pertama dengan bagi consultant dulu. Miss Jade tu terang la details pasal microblading tu. Apa itu microblading, kenapa dipanggil microblading, cara-cara microblading, prosedur dan proses microblading ni bagaimana, kesan selepas microblading apa nak buat dan macam-macam lagi la info tentang microblading. bla bla bla.. 


Bila masuk part dia tunjuk blade jer, Momoy macam aik kenapa pula si Jade ni tunjuk bilah pisau cukur (razor blade) tu. Miss Jadi nih cakap inilah salah satu alat iaitu bilah pisau yang super-super halus Ya Allah.. masa nih baru otak Momoy berhubung.. blade tu bilah macam pisau cukur (razor) tu. Patutlah teknik nih dinamakan MicroBLADE. B.L.A.D.E ye BLADEEEEE..


Ahh sudah. hahaha.. Perasaan tu sama macam Momoy beli produk detox vege tu - rasa rumput. Hahh.. itulah perasaannya. Nanti korang bacalah ye [Detox dengan NH Vege F'bre Plus].


Lepas consultant tu Miss Jade tanya, nak buat ke tidak? Dah Momoy ni drive dekat sejam untuk ke sana, memang tujuan yang satu. Jadi haruslah mulutku berkata "Yes, I do".. tapi otak kau duk terbayang-bayang blade tu lagi. Haha.. Kemudian, selesai pilih look yang diidamkan (Korean of course). Warna pilihan mestilah bukan hitam. Ala-ala greyish gitu sebab Miss Jade tu suggest sebab kulit Momoy cerah jadi dark brown greyish tu nampak lebih natural. Arch pun Momoy pilih yang lurus. Tak suka arch yang tinggi-tinggi. Barulah Lisa Blackpink kan. Haa gitu.




Gambar ihsan pakcik Google. Tapi lebih kurang beginilah yer bentuk dan color yang Momoy pilih. Hasil Momoy dapat pun personally memang Momoy puas hati sangat. Lagi pula ngam dengan contact lens Momoy pakai kaler dark coklat. Cumanya..



Momoy diminta untuk baring, kemudian Miss Jade tu bersihkan kulit wajah Momoy sekitar kening. Kemudian dia letak numb cream dan tinggalkan Momoy untuk seketika supaya Momoy rilex la kan. Baiklah, bagi yang tak tahu numb cream tu fungsi dia semacam krim kebas la. Untuk kurangkan sedikit rasa sakit. Jadi kita tak akan rasa apa-apa sebab dah dikebaskan. Gitu lah. 


Apabila tiba masa proses microbleeding dijalankan, sepanjang masa dari awal tu Momoy memang tutup mata je ye. Kih kih.. Tak tahu apa yang dibuat cuma dengar sikit bunyi mesin tu dan rasa di lap-lap kat area kening. Begitulah yang diulang-ulang sehinggalah.. 😣 kejap Momoy mandi. Nanti sambung.


Baiklah. sambung semula...


Jadi Momoy dengar bunyi mesin tu (halus je pun bunyi tu) tapi sebab suasana sunyi hanya alunan muzik tenang jadi telinga memang tangkaplah bunyi tu kan. Bunyi mesin dan rasa ditoreh-toreh di kening. Kemudian rasa di lap-lap. Itulah yang berulang-ulang sehinggalah akhirnya numb cream itu pun turut sama semakin hilang kesan dari di lap-lap itu.


Elok jer numb cream tu semakin menghilang, masa itulah kesengsaraan Momoy bermula. Haha.. setiap kali torehan (di kening), setiap kali itulah Momoy menahan rasa sakit. Tapi yang masalahnya, rasa sakit itu tak boleh ditunjukkan. Hahaha.. Bayangkan sakitnya tu sampai kaki Momoy terenjat tapi tak boleh nak tendang-tendang kaki tu, kena maintain macam patung cendana kecuali bernafas jer. Betul tu. Hanya bernafas jer. Hahaha.. sampai ke saat ini Momoy masih terbayang-bayang tau. kih kih kih..


Jadi, tahanlah perasaan itu untuk masa sejam setengah macam tu. Bila start dengar jer mesin tu, Momoy akan tarik nafas dalam-dalam dan tahan. Tahan nafas.. tahan kesakitan.. dan tahan maintain aksi patung cendana. Huhu.. Kang tergerak sikit je kang, lain pula jadinya.. 😅


Begitulah sehingga siap. Alhamdulillah lega. Tapi kan. Tak akan la sebelah je kening buat dan sebelah lagi tak buat kan? Jadi kena la lalui proses sembelihan kulit (kening ekceli) yang satu lagi pula. Hahaha... Makanya, lagi sekali proses dan aksi di atas itu diulang. Jebon sungguh 🤣😂


Akhirnya.. cukup 3 jam siap proses tersebut. Ahh lega tak tahu nak cakap bagaimana. Buka-buka mata tu tengok kat tepi ada tong sampah di sisi katil. Ya ampunn.. banyaknya cotton pad (kapas) berdarah dalam tu. Terus otak duk terbayang-bayang.. di toreh-toreh dan di lap-lap itu darah la yer. Haruslah numb cream itu pun ikut sama 'hilang'. Hahaha.. 


Lepas siap proses 'sembelihan sakit nak mati tapi kena tahan tanpa gerak-gerak' tersebut Momoy kembali semula kat tempat consultant tu semula. Jade kemudian beri beberapa bahan dan alat untuk penjagaan selepas rawatan microblading. Sambil tu dia tunjuk juga beberapa gambar rupa kening kesan selepas buat microblading. Yahh.. dalam masa dua minggu tu kening akan huduh sebab sel-sel kulit baru nak ganti kulit yg toreh-toreh tu. Kulit akan flaking dan kita kena buang slow-slow kulit mati tu dengan sabar. Alamak.. nak kena hadap muka huduh selama dua minggu nih. Dah la masa tu projek Momoy banyak deal dengan jejaka-jejaka kacak yang kitaorang panggil 'melting'. Tskk.. malang sungguh la. 


Jadi, selepas 3-4 minggu selepas tu baru kita akan dapat kening kesan super cantik semulajadi. Kata Miss Jade. Mungkin dia tahu apa yang ada dalam kepala Momoy kot. Tapi.. feel tu tak lama pun.. bila dia sambung ayat dia.. yang Momoy kena datang semula untuk touch up selepas dua bulan. Touch up tu ulang semula proses tu untuk maintain kening tu cantik dan tahan lama sehingga dua tahun. 


Itulah pengalaman Momoy nak cerita. Lama dah pun kisah nih, saja nak tulis semula. Dan selepas dua bulan tiba masa untuk touch up tu kan (Miss Jade tu pun whatsapp juga remind untuk set appointment) tapi Momoy tak pergi pun. Sebab masih jelas terbayang perasaan ditoreh-toreh tapi tak boleh gerak untuk lepaskan rasa sakit itu. Serik. Haha..


Kesimpulan, Momoy memang dapat kening lawa supernatural tu. Result memang gred A+. Servis memang puas hati sangat cuma tak tahan nak hadap rasa sakit tu. Jadi terbanglah RM590 untuk kening lawa selama 4 bulan (sebab tak pergi touch up). Mih mih..


Sekian.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...