.::: MOMOY blogirl :::.: 2019

31 January 2019

PENGALAMAN BELI RUMAH LELONG – Part 2



Hi semua. Assalamualaikum.

Momoy kembali semula. Lepas sebulan tu agen rumah, Cik Farhan tu whatsapp bagitahu loan bank dah approved. Alhamdulillah. Lega juga dengar. Part ni memang berdebar-debar sebab kalau tak lulus, memang burn la deposit 10% tu jawabnya. Masa dia wasap tu Momoy ngah holiday kat Songkla. Memang kepala asyik fikir rumah jer.



Dah lulus loan, so meet Cik Farhan kat KFC. Sign offer letter bank. Lepas tu dia bagitahu kena check value rumah. Penilai akan buat valuation.  Penilai pun dia yang suggest. Untuk penilai tu, Momoy kena bayar RM750. Tapi Momoy tak bawa pun lagi penilai tu sebab rumah lelong tak dak kunci beb. Kena cari tukang kunci dulu.



Weekend tu Momoy pun pergilah cari tukang kunci. Sadisnya kena perli pula dengan tukang kunci tu. Dah ler ada customer lain masa tu. Hampeh tul ler pakcik tu. Hais geram lak. Bila nak gerak masuk kereta nak tunjuk surat menang lelong tu, barulah dia suruh anak dia layan. Garang nau pakcik nih.



Pendek cerita, bawak adik tu dia selesai tutup kedai. Securiti pintu boleh tahan. Ada 2 lock. 1 lock macam jenis pintu antik. Satu lagi yang kena swipe card macam kat hotel tu. Mujur adik tu cekap even tu la first time dia cuba pintu swipe card tu. Bravo dik. Cekal sungguh.



Baca bismillah, tolakan pertama pint utu dengan salam. Masuk-masuk jer rumah tu, Momoy rasa cam nak menangis. Biasa dah dengar orang kalau beli rumah lelong ni kena prepare la mental dan fulus sekali. Tapi syukur Ya Allah, rumah lelong tak macam rumah lelong pun. Bersih terjaga. Tak ada sampah. Siap 3 biji air con di semua bilik tidur, peralatan elektrik, renovate dapur cabinet lagi. Oh ya, perabot pun perabot hotel. Cuma lama tak tinggal, debu la tebal dan pintu dekat dapur tu mereput kena repair.



Budget repair dalam 20k ke 30k gitu. Tapi bila tengok minor damage, so jimat lagi banyak duit. Cable semua ada lengkap. Bilik air pun takde rosak. Memang jimat banyak laa nak repair semua. Mana nak cari rumah lelong baik macam nih. Kawan Momoy pula plan nak amik cermin ngan almari. Eh. Sesuka dia plak kan. Haha..  



Pintu rumah telah berjaya dibuka. Tapi Momoy tak kemas atau cuci rumah tu. Biar dulu sebab nak tunggu api air sambung. Nak cuci takde air payah oi. Seminggu lepas tu, bawa penilai plak. Dia datang ngan wife dia. Lama juga berborak-borak. Nampak laki bini dia suka rumah tu dan kawasan keliling tempat tu. Siap bersiar-siar lagi. Wahaha.. ni petanda baik ni. Tak renovate lagi, dengan rumah berdebu, semak tapi ehh orang lain pun suka.



So, pendek cerita ada la 2 kali lagi jumpa Cik Farhan sign surat pindah milik. Ingat tak hutang owner lama pada JBM yang 26k tu. Cik Farhan tu siap uruskan untuk bank bayar terus kat JBM tu. So, Momoy tak perlu nak keluarkan duit bayar dulu dan claim kemudian kat bank. Bagus Cik Farhan nih. Kalau korang nak cari rumah lelong, memang Momoy rekemen sangat.



Semua urusan dah selesai. Masa 90 hari (22 Januari) tu pun Alhamdulillah Momoy berjaya. Terima kasih banyak pada agen. Memang sangat-sangat membantu. Sekarang, Momoy tunggu bank bayar tunggakan hutang 26k tu pada JBM. Nantikan part 3 okay.



Terlepas PENGALAMAN BELI RUMAH LELONG – Part 1 ? Oh. Boleh baca di SINI



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...