Hi semua. Assalamualaikum.
Momoy kembali semula. Yang belum baca Part 1 [klik sini] Lepas sebulan tu agen rumah, Cik
Farhan tu whatsapp bagitahu loan bank dah approved. Alhamdulillah. Lega juga
dengar. Part ni memang berdebar-debar sebab kalau tak lulus, memang burn la
deposit 10% tu jawabnya. Masa dia wasap tu Momoy ngah holiday kat Songkla. Memang
kepala asyik fikir rumah jer.
Dah lulus loan, so meet Cik Farhan kat KFC. Sign offer
letter bank. Lepas tu dia bagitahu kena check value rumah. Penilai akan buat valuation.
Penilai pun dia yang suggest. Untuk
penilai tu, Momoy kena bayar RM750. Tapi Momoy tak bawa pun lagi penilai tu
sebab rumah lelong tak dak kunci beb. Kena cari tukang kunci dulu.
Weekend tu Momoy pun pergilah cari tukang kunci. Sadisnya
kena perli pula dengan tukang kunci tu. Dah ler ada customer lain masa tu.
Hampeh tul ler pakcik tu. Hais geram lak. Bila nak gerak masuk kereta nak tunjuk
surat menang lelong tu, barulah dia suruh anak dia layan. Garang nau pakcik
nih.
Pendek cerita, bawak adik tu dia selesai tutup kedai. Securiti
pintu boleh tahan. Ada 2 lock. 1 lock macam jenis pintu antik. Satu lagi yang
kena swipe card macam kat hotel tu. Mujur adik tu cekap even tu la first time
dia cuba pintu swipe card tu. Bravo dik. Cekal sungguh.
Baca bismillah, tolakan pertama pint utu dengan salam.
Masuk-masuk jer rumah tu, Momoy rasa cam nak menangis. Biasa dah dengar orang
kalau beli rumah lelong ni kena prepare la mental dan fulus sekali. Tapi syukur
Ya Allah, rumah lelong tak macam rumah lelong pun. Bersih terjaga. Tak ada sampah.
Siap 3 biji air con di semua bilik tidur, peralatan elektrik, renovate dapur
cabinet lagi. Oh ya, perabot pun perabot hotel. Cuma lama tak tinggal, debu la
tebal dan pintu dekat dapur tu mereput kena repair.
Budget repair dalam 20k ke 30k gitu. Tapi bila tengok minor
damage, so jimat lagi banyak duit. Cable semua ada lengkap. Bilik air pun takde
rosak. Memang jimat banyak laa nak repair semua. Mana nak cari rumah lelong
baik macam nih. Kawan Momoy pula plan nak amik cermin ngan almari. Eh. Sesuka
dia plak kan. Haha..
Pintu rumah telah berjaya dibuka. Tapi Momoy tak kemas atau
cuci rumah tu. Biar dulu sebab nak tunggu api air sambung. Nak cuci takde air
payah oi. Seminggu lepas tu, bawa penilai plak. Dia datang ngan wife dia. Lama
juga berborak-borak. Nampak laki bini dia suka rumah tu dan kawasan keliling
tempat tu. Siap bersiar-siar lagi. Wahaha.. ni petanda baik ni. Tak renovate lagi,
dengan rumah berdebu, semak tapi ehh orang lain pun suka.
So, pendek cerita ada la 2 kali lagi jumpa Cik Farhan sign
surat pindah milik. Ingat tak hutang owner lama pada JBM yang 26k tu. Cik
Farhan tu siap uruskan untuk bank bayar terus kat JBM tu. So, Momoy tak perlu
nak keluarkan duit bayar dulu dan claim kemudian kat bank. Bagus Cik Farhan
nih. Kalau korang nak cari rumah lelong, memang Momoy rekemen sangat.
Semua urusan dah selesai. Masa 90 hari (22 Januari) tu pun
Alhamdulillah Momoy berjaya. Terima kasih banyak pada agen. Memang sangat-sangat
membantu. Sekarang, Momoy tunggu bank bayar tunggakan hutang 26k tu pada JBM.
Nantikan part 3 okay.
Terlepas PENGALAMAN BELI RUMAH LELONG – Part 1 ? Oh. Boleh
baca di SINI
1 comment
Assalamualaikum..
Salam ukwah dari saya untuk anda..
saya sudah follow anda #886
Jom follow blog saya lansung klik profil
Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
Komen yang baik2 sahaja ye..
Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..ya