.::: MOMOY blogirl :::.

13 April 2022

Pengalaman pertama buat microblading

 

Assalamualaikum.. 

Malas nak menulis sebenarnya. Tapi ada request thru wasap minta story pasal microblading, makanya Momoy paksa la tangan ni menaip.


Apa yang terlintas bila sebut microblading? Bagi Momoy bentuk kening yang cantik semulajadi. Tak payah nak lukis-lukis bagai. Bangun tidur pun maintain lawa. Haiss.. kononnya pergi kerja effortless make up lah tapi cantik. 


Dipendekkan cerita selepas buat sedikit research la konon-kononnya. Mestilah Momoy pilih yang korean look kan. Beautician yang buat nih Momoy namakan dia Miss Jade. Sesampai sana, Miss Jadi tu dah welcoming dan dia mulakan sesi pertama dengan bagi consultant dulu. Miss Jade tu terang la details pasal microblading tu. Apa itu microblading, kenapa dipanggil microblading, cara-cara microblading, prosedur dan proses microblading ni bagaimana, kesan selepas microblading apa nak buat dan macam-macam lagi la info tentang microblading. bla bla bla.. 


Bila masuk part dia tunjuk blade jer, Momoy macam aik kenapa pula si Jade ni tunjuk bilah pisau cukur (razor blade) tu. Miss Jadi nih cakap inilah salah satu alat iaitu bilah pisau yang super-super halus Ya Allah.. masa nih baru otak Momoy berhubung.. blade tu bilah macam pisau cukur (razor) tu. Patutlah teknik nih dinamakan MicroBLADE. B.L.A.D.E ye BLADEEEEE..


Ahh sudah. hahaha.. Perasaan tu sama macam Momoy beli produk detox vege tu - rasa rumput. Hahh.. itulah perasaannya. Nanti korang bacalah ye [Detox dengan NH Vege F'bre Plus].


Lepas consultant tu Miss Jade tanya, nak buat ke tidak? Dah Momoy ni drive dekat sejam untuk ke sana, memang tujuan yang satu. Jadi haruslah mulutku berkata "Yes, I do".. tapi otak kau duk terbayang-bayang blade tu lagi. Haha.. Kemudian, selesai pilih look yang diidamkan (Korean of course). Warna pilihan mestilah bukan hitam. Ala-ala greyish gitu sebab Miss Jade tu suggest sebab kulit Momoy cerah jadi dark brown greyish tu nampak lebih natural. Arch pun Momoy pilih yang lurus. Tak suka arch yang tinggi-tinggi. Barulah Lisa Blackpink kan. Haa gitu.




Gambar ihsan pakcik Google. Tapi lebih kurang beginilah yer bentuk dan color yang Momoy pilih. Hasil Momoy dapat pun personally memang Momoy puas hati sangat. Lagi pula ngam dengan contact lens Momoy pakai kaler dark coklat. Cumanya..



Momoy diminta untuk baring, kemudian Miss Jade tu bersihkan kulit wajah Momoy sekitar kening. Kemudian dia letak numb cream dan tinggalkan Momoy untuk seketika supaya Momoy rilex la kan. Baiklah, bagi yang tak tahu numb cream tu fungsi dia semacam krim kebas la. Untuk kurangkan sedikit rasa sakit. Jadi kita tak akan rasa apa-apa sebab dah dikebaskan. Gitu lah. 


Apabila tiba masa proses microbleeding dijalankan, sepanjang masa dari awal tu Momoy memang tutup mata je ye. Kih kih.. Tak tahu apa yang dibuat cuma dengar sikit bunyi mesin tu dan rasa di lap-lap kat area kening. Begitulah yang diulang-ulang sehinggalah.. 😣 kejap Momoy mandi. Nanti sambung.


Baiklah. sambung semula...


Jadi Momoy dengar bunyi mesin tu (halus je pun bunyi tu) tapi sebab suasana sunyi hanya alunan muzik tenang jadi telinga memang tangkaplah bunyi tu kan. Bunyi mesin dan rasa ditoreh-toreh di kening. Kemudian rasa di lap-lap. Itulah yang berulang-ulang sehinggalah akhirnya numb cream itu pun turut sama semakin hilang kesan dari di lap-lap itu.


Elok jer numb cream tu semakin menghilang, masa itulah kesengsaraan Momoy bermula. Haha.. setiap kali torehan (di kening), setiap kali itulah Momoy menahan rasa sakit. Tapi yang masalahnya, rasa sakit itu tak boleh ditunjukkan. Hahaha.. Bayangkan sakitnya tu sampai kaki Momoy terenjat tapi tak boleh nak tendang-tendang kaki tu, kena maintain macam patung cendana kecuali bernafas jer. Betul tu. Hanya bernafas jer. Hahaha.. sampai ke saat ini Momoy masih terbayang-bayang tau. kih kih kih..


Jadi, tahanlah perasaan itu untuk masa sejam setengah macam tu. Bila start dengar jer mesin tu, Momoy akan tarik nafas dalam-dalam dan tahan. Tahan nafas.. tahan kesakitan.. dan tahan maintain aksi patung cendana. Huhu.. Kang tergerak sikit je kang, lain pula jadinya.. 😅


Begitulah sehingga siap. Alhamdulillah lega. Tapi kan. Tak akan la sebelah je kening buat dan sebelah lagi tak buat kan? Jadi kena la lalui proses sembelihan kulit (kening ekceli) yang satu lagi pula. Hahaha... Makanya, lagi sekali proses dan aksi di atas itu diulang. Jebon sungguh 🤣😂


Akhirnya.. cukup 3 jam siap proses tersebut. Ahh lega tak tahu nak cakap bagaimana. Buka-buka mata tu tengok kat tepi ada tong sampah di sisi katil. Ya ampunn.. banyaknya cotton pad (kapas) berdarah dalam tu. Terus otak duk terbayang-bayang.. di toreh-toreh dan di lap-lap itu darah la yer. Haruslah numb cream itu pun ikut sama 'hilang'. Hahaha.. 


Lepas siap proses 'sembelihan sakit nak mati tapi kena tahan tanpa gerak-gerak' tersebut Momoy kembali semula kat tempat consultant tu semula. Jade kemudian beri beberapa bahan dan alat untuk penjagaan selepas rawatan microblading. Sambil tu dia tunjuk juga beberapa gambar rupa kening kesan selepas buat microblading. Yahh.. dalam masa dua minggu tu kening akan huduh sebab sel-sel kulit baru nak ganti kulit yg toreh-toreh tu. Kulit akan flaking dan kita kena buang slow-slow kulit mati tu dengan sabar. Alamak.. nak kena hadap muka huduh selama dua minggu nih. Dah la masa tu projek Momoy banyak deal dengan jejaka-jejaka kacak yang kitaorang panggil 'melting'. Tskk.. malang sungguh la. 


Jadi, selepas 3-4 minggu selepas tu baru kita akan dapat kening kesan super cantik semulajadi. Kata Miss Jade. Mungkin dia tahu apa yang ada dalam kepala Momoy kot. Tapi.. feel tu tak lama pun.. bila dia sambung ayat dia.. yang Momoy kena datang semula untuk touch up selepas dua bulan. Touch up tu ulang semula proses tu untuk maintain kening tu cantik dan tahan lama sehingga dua tahun. 


Itulah pengalaman Momoy nak cerita. Lama dah pun kisah nih, saja nak tulis semula. Dan selepas dua bulan tiba masa untuk touch up tu kan (Miss Jade tu pun whatsapp juga remind untuk set appointment) tapi Momoy tak pergi pun. Sebab masih jelas terbayang perasaan ditoreh-toreh tapi tak boleh gerak untuk lepaskan rasa sakit itu. Serik. Haha..


Kesimpulan, Momoy memang dapat kening lawa supernatural tu. Result memang gred A+. Servis memang puas hati sangat cuma tak tahan nak hadap rasa sakit tu. Jadi terbanglah RM590 untuk kening lawa selama 4 bulan (sebab tak pergi touch up). Mih mih..


Sekian.


18 April 2021

15 saat jer.. sure kilat | Dah tak payah pergi manicure di saloon lagi!


Sebelum ni, Momoy pernah up entry pasal manicure tools/kit. Nampak sangat kan yang Momoy ni jenis suka buat manicure sendiri daripada pergi spa atau saloon. Momoy pun tak tahu kenapa. Mungkin terlebih rajin mungkin (padahal kedekut) Haha..


Kalau korang spesis macam Momoy yang kedekut rajin ni. Momoy ada benda best nak share ni. Asal ayat nak share jer mesti best. Kalau tak best, Momoy pun malas nak share. 


Sebabkan Momoy ni kan alergi bab-bab manicure sendiri. Pantang nampak mesti nak beli. Paling suka brand The Body Shop. Wajib ada benda alah panjang tu dalam kereta, bilik dan merata-rata lagilah benda alah tu.


Satu hari, kat muka buku Momoy lalulah iklan pasal manicure tools ni. Katanya 15 saat jer sure kilat. Pendek citer Momoy yang pantang nampak benda-benda manicure nih haruslah tergugat iman. Lagi pulak kocek penuh tak tahu nak buat apa. Jadi marilah kita membantu menjana ekonimi negara. Ecewahh..


Pendek citer payment dibuat dengan rakusnya dan setelah 2 hari berlalu.. maka, wujudlah benda alah ini di depan pintu rumah Momoy..



Tadaaa



Sebenarnya, Momoy tak tahu pun yang Rose Gold tu special edition. Kalau dulu, Momoy mesti pilih pink kan sebab Momoy suka pink. Cuma lately 2 years ni Momoy addicted giler ngan kaler rose gold, maka pilihlah yang tu walaupun dia mahal sikit. Tapi bila sampai, baru tahu rupanya rose gold tu special edition, siap boleh guna battery, cas di suis atau guna charger dalam kereta jer. Wahh.. happy rasa.


Actually, dia ada 3 kaler.

Special Edition, Rose Gold - chargeable and battery operated (cepat sold out. jadi bila stok available, korang terus grab jangan fikir-fikir lagi tau. Beli jer dulu, fikir kemudian nanti. hehe..)
White Gold - battery operated
Pink Gold - battery operated


Kalau korang minat nak beli, Momoy suggest pilih yang rose gold. Pengalaman Momoy sendiri guna manicure tool ni, kalau charge lebih laju dan smooth dari guna bateri. Guna bateri agak slow dan ambil masa sedikit nak siapkan satu kuku tu untuk kilat. Tapi kalau charging memang laju dan cepat giler kilat. Lagipun, cas sekejap kat laptop atau dalam kereta guna USB tu dannnn.. wallahh.. dah boleh bawa travel ke mana-mana. Haha.. Jadi, lebih berbaloi beli yang rose gold dan kaler pun lagi lawa. Gittew..


Manicure tools ni didatangkan dalam kotak. Ada sekali 2 filer (untuk bentuk kuku), 2 buffer (untuk licinkan permukaan kuku) dan 2 polish (untuk kilatkan kuku). Juga berus kecil, tools dan juga USB wire.



Ahhh...alatnya Momoy letak dalam kereta. hiskk *tepuk dahi*



Okay.. malas nak amik. Aci tak Momoy recycle jer gambar? Hoho.. ituuu... yang di bawah tu. Yang berderet-deret atas tu pewarna kuku kalis air tau, boleh pakai bawa solat. Meh baca sini




Mudah jer nak guna. Cuma masukkan span pengasah tu pada manicure tool tu. Ada lubang kecil pada span tu. Mula tu risau juga kalau tengah spin tetiba tercabut terpelanting ke apa kan. Tapi surpriseeeee, dia spin dengan sangat smooth dan sempurna sekali. Kuku kilat dengan cepat dan paling best, kilat dia tahan lama wehh.. Nail saloon dah boleh tutup kedai. hoho...


Okay, yang ni Momoy beli sekali refill siap-siap. Ada promo lagi. Lebih jimat. Yang refill ni ada akan dapat 4 buffer dan 8 polish. Benda ni lembut macam span kecuali yang filer tu. memandangkan Momoy malas nak menaip lagi, so cukup lah kot story pasal nih. Mih mih.. korang terjah sendiri kat website dia tau. Ni link dia: https://www.clickthepocketbeauty.com/


Pewarna kuku serap air pertama di Malaysia!

  

Assalamualaikum girls..

Tengok tajuk tu dah tahu Momoy nak story pasal apa kan. Hihi...


Dulu-dulu masa Momoy muda belia remaja, rajin jugalah kaler-kaler kuku. Tapi rajin-rajin pun cuma kaler time piyed jer sebab tak perlu nak bersihkan bila nak solat. Eh. Tadi kata rajin pastu malas pulak. Hahaha... Cutex (atau nail polish, atau pewarna kuku) ni kalau nak remove dia, kita kena guna nail polish remover. Leceh kan. Sebab tu Momoy jarang guna walaupun suka kuku cantik.


Itu dulu. Tapi sekarang ni dah wujud cutex without perlu nail polish remover. Dipanggil peel off nail polish. Sebenarnya, Momoy dah lama tahu kewujudan peel off nail polish ni. Nail polish yang senang nak peel off. Dibuat khusus untuk muslimah. Orang Arab kan suka kaler-kaler kuku diaorang selain eye makeup. 

Tapi Momoy macam urmm... fikir yang benda ni (kaler kuku) macam melecehkan. Sebabnya tiap kali nak solat, kena remove.  Yang peel off pun sama, tetap kena peel off lepas tu pakai balik. Pfftt. Tengok betapa pemalasnya Momoy nih tapi nak kuku lawa. Hee..

Kalau pasal peel off nail polish Momoy rasa kebanyakan dah tahu kan. Tapi percaya tak kalau Momoy kata ada cutex yang boleh dipakai masa solat ? Pernah dengar tak E.L.M ? Ye. Brand ELM ni water permeable nail polish.


ELM ni local brand.. nail polishnya sekali lagi Momoy ulang water permeable. Serap air? Siyes lah ada benda best macam nih? Hahaha *gelak jahat*


Guna ELM nih serius dah tak payah nak tunggu time piyed lagi. Anytime bebeh. Anytime.. Warna pula cun-cun belaka. Rambang mata oiii.. Huhu.. 


Pewarna kuku ELM ni ada bahan yang dinamakan Proplene Glycol. Bahan ni lah sebenarnya yang berfungsi untuk menyerap air ye kawan-kawan. Ia boleh menyerap air hingga kena kuku asal kita tau. Masa mula-mula nak beli tu, Momoy agak skeptical. Betul ke cutex ni boleh serap air? Bila lakukan ujian dengan titiskan air pada tisu yang dilapisi cutex ELM dan cutex brand lain. Okay, resultnya cutex jenama lain menakung air, manakala ELM tembus dengan jayanya. So lepas tu, Momoy memang tak ragu-ragu lagi nak guna ELM nih.


Tapi tapi tapi.. kalau korang rasa was-was juga, sebenarnya ELM ni korang boleh jer peel off gitu jer tanpa guna nail remover. Kopek gitu jer. Tarik jer then cutex tu akan cantik jer terkoyak. Tak sampai seminit pun dah keluar habis cantik. Nak senang tarik, tips nya pakai la dua ke tiga lapis gitu. 


Selain cutex, ELM ni ada keluarkan ELM Nail Pro Care yang mengandungi minyak jojoba. Sangat-sangat bagus untuk sihatkan kuku dan juga melembabkan kulit. Cara pakai mudah jer. Calit jer kat kuku tu kemudian gosok-gosok lah dengan jari. Boleh guna sebelum dan selepas kita pakai cutex. Bila pakai tu ada bau buah oren. Best! 



Ada banyak lagi warna yang menarik tau. Korang confirm jatuh chenta punya =.=



Zaman study dulu Momoy suka kaler yang vibrant. Tapi sekarang kaler yang natural dan tak obvious. Uztazah jemputan dalam tanyalah uztazah TV9 tu ada cakap kalau nak pakai cutex ke lens ke pilih lah warna yang natural. Natural kat sini maksud dia warna semulajadi la bagi orang Asia. Contoh dia bagi, contact lens coklat oklah sebab mata kita orang Asia hitam kecoklatan sikit, bukan mata biru. Huhu. Padahal Momoy suka pakai lens kaler hijau. Sebab rare. Huhu.



Walaupun ELM ni boleh kopek gitu jer, kadang Momoy guna juga nail remover Elianto nih (bau stoberi). Yang batang kaler rose gold tu tools untuk polish kuku. Senang dah tak perlu gosok-gosok dah. Boleh beli di ThePocketBeauty.com Belilah yang warna rose gold limited edition macam Momoy nih sebab dia rechargeable. Cas pun pakai USB jer.  Momoy ada review di sini. 

 [ 15 saat jer | Dah tak payah manicure di saloon lagi ]


Berbalik semula pada cutex ni, betul ke semua benda pasal ELM ni best? Okay. Ada jer yang tak bestnya. Biasalah kan kalau jenis peel off nih, cutex tu senang sangat nak tertanggal kalau kita rajin main air. Misalnya cuci pingan kerap sangat. Huhu.. Jadi, untuk kurangkan cutex tu senang tanggal, lepas cat kuku tu, lapis la dengan top coat. Pilihan ada top coat (efek shining macam cermin) atau mate (warna kesat nampak elegant).


Dan lagi, bila pakai cutex ni Momoy terpaksa jadi minah salleh. Bila makan tak boleh pakai tangan hokey. Hahaha.. kena pakai sudu. Satu lagi bila Momoy masak yang perlukan Momoy gaul serbuk kunyit, kena gaul guna sudu kalau tak nak comotkan kuku jadi kuning. Haa... setakat nih itu je lah yang Momoy rasa tak bestnya. 


Pasal harga pula, mungkin sesetengah orang rasa sedikit mahal. Tapi bagi Momoy harga berpatutan sebab cutex ni serap air kot! Padanlah dengan harganya tu, kan?


Momoy dah pernah pakai ketiga-tiga jenis nail polish, jadi Momoy akan list untuk perbandingan ketiganya.


Cara remove cutex

Nail polish biasa - permanent. Kena remove guna nail polish remover. Susah cuci. Ambil masa lama. 
Peel off nail polish - tak perlu nail polish remover. Hanya peel off dengan mudah.
Water permeable nail polish - tak perlu nail polish remover. Hanya peel off saja dengan mudah.


Efek pada kuku selepas remove?

Nail polish biasa - Kuku rasa kering. Haus. 
Peel off nail polish - Kuku rasa sedikit haus.
Water permeable nail polish Kuku rasa sedikit haus. 


Neat application

Nail polish biasa - kena apply dengan berhati-hati. Ambil masa lama nak pakai dan kering.
Peel off nail polish - Senang apply dan cepat kering.
Water permeable nail polish - Senang apply dan cepat kering.


Kecomotan (hais. tak tahu apa perkataan yang sesuai nak letak)

Nail polish biasa - Senang comot kalau tak berhati-hati.
Peel off nail polish - Senang apply. Oleh sebab kurang alkohol jadi senang lekat dan mudah nak touch up.
Water permeable nail polish - Senang apply dan cepat kering.


Urm.. jadilah kot bebel pasal cat kuku nih. Korang mesti nak tahu mana nak beli, kan ? Momoy beli kat SINI  Korang juga boleh ambil idea-idea tutorial dalam nih untuk gojeskan lagi kuku korang tu tau. 





SELAMAT MENYOPIM !



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...