.::: MOMOY blogirl :::.: June 2018

20 June 2018

Watson and Sasa Beauty Haul : Skincare and Cosmetics


Hi gaiss..



Terr-shopping la pulak. Hahaha...





Momoy tak dapat nak salahkan diri sendiri. Okay okay.. cer dengar dulu cerita nih. Ini semua terr-jadi sebab tunggu member sampai 3 jam baru datang. Tawaf Pall Mall tu tak jadi masalah. Yang problemnya bila kaki gedik masuk Watson. Tengah tensi macam ni memang cari penyakit.



Benda pertama yang Momoy capai..





Clinelle Pure Swiss Spring Water
Momoy amik saiz besar. 300 ml
Besar betui nih..





Lately rajin pakai face mist. Dulu Momoy skeptikal sikit nak beli pure water. Rasa macam eyhh..membazir jer. Spray air kat muka jer kot tapi harga Firaun  haha.. Tapi bila baca review blogger mana ntah. Terus timbul kesedaran. Tetiba jer rasa premium betul air diaorang sebab 100% pure. Haha.. Senang sangat terpengaruh nih.





Collagen by Watson Youth Lock Essence Water.





Memang dah lama cari essence yang nak habis tu. Cuma Momoy amik yang nih sebab ada perkataan "Age lock" tu. Bhuahaha.. Yang biasa Momoy pakai dari Pure Beauty botol putih tu memanjang takde. Stress la juga asyik takde jer. So beli nih lah. Essence ni dah jadi daily routine Momoy. Memang Momoy wajib pakai nak kecikkan pore dan tegangkan kulit.






Avene Lotion Nettoyante




Lotion ni dari 100% pure spring water. Dan ni lotion untuk muka tau bukan body. Bagus lotion ni sebab very high moisturizer. Beli brand Avene lepas terjatuh cinta dengan face mist dia.





Vitamin C brand Cebion





Vitamin C ni memang supplement wajib Momoy. Dulu rajin jab vitamin C nih. Sekarang ni amik vitamin C jenis soluble macam nih. Best juga even kesan dia tak la se wow kalau nak compare cucuk-cucuk dulu nih. Hihi..




Pouch ni free gift dari Watson. Macam tau-tau jer Momoy ngah cari. So, tak payah beli dah.




Alhamdulillah. Mujur ini saja yang Momoy rembat dalam Watson tu. Syukur.. syukur.. Lepas keluar Watson, jalan depan sikit. Eh.. ada pula SaSa. Haa.. ni penyakit kedua. Tak tahu macam mana, kaki terr-melangkah masuk la pulak. Hais. Benci tau.




Ni pula rembatan pertama di Sasa..




Cyber colors 3 in 1 Eyebrow Pen (kod 01 Brown)




Biasa Momoy jumpa 2 in 1 eyeliner. Tapi yang ni 3 in 1. Dia macam ada efek wow kat situ. Jadi itu la yang terr-ambik. Eh!






Nanti Momoy review eyeliner 3 in 1 tu ok. Memang best. Momoy amik brown budget sweet muka suci gitu. Eyeliner hitam memang Momoy pangkah. Hitam buat muka kita segarang singa.





Next, Momoy pergi kat bahagian lipstick. Biasa pakai lip balm jer. Kali ni menggedik nak pakai lipstick. Muaha..







Kiri : Maybelline
Kanan : I'm Pupa (Japan)




Lipstick ni kan, Momoy hanya akan pilih kaler yang very light light light light pink dan nude sahaja. Earth color atau merah mak ngah memang awal-awal tolak tepi. Sebab kaler ni buat kita nampak lebih berusia sikit. Koh koh..





Atas : Maybelline light pink (nanti Momoy check code apa)
Bawah : I'm Pupa kod 401 Rosetta




I'm Pupa kaler nude tu kan serius lawa weh. Cuma tu lah.. harga dia rabak sikit.



Actually, Momoy jarang-jarang sangat beli kosmetik. Tapi okay lah kan, make up raya. Skincare tu memang kerap laa.. Cuma skincare range Momoy sekarang lebih fokus untuk anti-aging. Tua dah Momoy ni hoii.



Time ni kalau produk untuk whitening melintas memang dah tak pandang. Mata Momoy akan membulat jegil besar-besar bila nampak perkataan "anti-aging", "anti-kedutan" atau "anti-wrinkle" jer.




So, jangan di tanya kenape Momoy rembat sheet mask ni sampai 14 keeping.
Dr. Smart Wrinkle Regeneration untuk menyahkan kedutan-kedutan. Haha...




Perangai Momoy memang akan pilih mask yang fungsi sama jer. Kekonon rasa lebih effective bila maintain pakai dari yang tukar jenis-jenis lain setiap minggu.





Lepas keluar SaSa, purse kempis, perut pun kempis juga sebab lapar. Jadi, straight turun ke bawah cari Black Canyon. 20 minit lepas tu, mujur member sampai. Kalau tak sape lah nak abeskan makanan tu. Confident betul order untuk 2 orang. Yang padahal tunggu sampai 3 jam. Call berkali tak angkat. Rupanya dia tertido masa cas henpon. Sabar jela. Hahaha..



Perut kenyang. Hati puas dapat habiskan duit beli skincare. Wahaha.. Skincare ni Momoy memang tak kisah sangat sebab Momoy sekarang rajin jer apply. Haha.. maklum laa dah tua baru terasa desperate bila nampak kedut-kedut dah menjengah. Automatik jadi rajin. Hoho..



Tapi yang make up tu tak tau la tahap rajin tu camne. Sebab Momoy prefer naked face bila pergi keje atau keluar rumah. Okey, kulit cap ayam tapi bab confident level tu tinggi melangit tu tak boleh blah.



18 June 2018

Pantai Port Dickson


Hi semua..

Tak ada nak update. Cuma nak share gambar pantai masa Momoy tunggu buka puasa 2 minggu lepas. Haha..



Kebiasaan Momoy memang akan pergi tengok laut, dengar bunyi ombak sementara menanti waktu berbuka. Cumanya tahun ni bukan pantai di Terengganu, tapi di Port Dickson. Subhanallah. Cantik tau.






Momoy belanja bunyi ombak. Klik kotak bawah kanan untuk tumbesaran sihat.





Senarai baju raya 2018 yang cantik di mata Momoy


السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ 

Taqaballahu minna wa minkum (Semoga ALLAH menerima amalan aku dan kamu). Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.



Ewah.. hari ni syawal ke-empat. Momoy baru hunting baju raya. Mood nak raya tu tak sampai. So, ni lebih kepada baju untuk open house. Macam biasa, Momoy ni cari baju raya memang suka beli online jer. Malas nak keluar penat-penat cari parking segala. Semua kat hujung jari kan..



Ciri-ciri yang dicari :- 


  • Size S.
  • Material chiffon, organza atau brocade. Chiffon nampak ayu, organza plak nampak lembut manja gitu. Brocade pula nampak mewah. haha..
  • Premium lace.
  • Dari segi kaler, Momoy cari pastel, nude, milky cream atau pink belacan.




Ni antara yang menarik minat Momoy..



Minaz (brand wajib Momoy terjah)
Momoy memang suka apa jer yang Pija Minaz ni design. Material dan lace dia memang first class. Biasanya apa jer yang dia design, mesti letup dan lepas tu mesti ramai yang ciplak design baju atau corak dia. Tu yang Momoy selalu perati. 



Jarang Momoy nak suka baju kurung klasik. Tapi baju raya dari Minaz ni memang woww la..

Lace dia tu memang makan hati sungguh. Rare!




Fuh.. brand ni sebenarnya baru tahun lepas minat. Last year Jannahnoe punya baju raya memang menikam kalbu. Tahun ni Momoy suka 1 jer design Jannahnoe. Momoy suka yang nih



Merecik >.<




Banyak juga kategori TPL untuk raya kali nih. Tapi Momoy cuma suka satu design ni jer. The duchess.. Dah boleh berangan macam puteri raja jer. Dua-dua kaler cantik. 








Design simple jer, peplum dan mermaid skirt tapi lawa-lawa. Hais. Stress Momoy yang nengoknya..










Jovian Mandagie
Terjatuh chenta lepas tengok lace nih. Huhu.. Ada organza sikit kat bawah baju tu untuk efek romantik. In love.








Setakat ni, ni jela list baju raya yang Momoy fall in love untuk tahun 2018 ni. Cabaran dia sekarang, cari baju raya masa Syawal ni adalah saiz yang Momoy nak tu ada ke tak jer. hmm..



16 June 2018

Headphone


Assalamualaikum semua.

Momoy percaya semua orang suka music. Tapi tak semua orang suka dengar music yang betul-betul best didengar. Momoy dalam kategori nih. So, untuk headphone memang Momoy sangat-sangat memilih. Laptop pun Momoy pilih sound yang sedap. Alhamdulillah dapat laptop yang dr. beat sound.



Setelah beberapa lama buat research, review, comparison yada yada yada.. akhirnya Momoy pilih high end headphone brand Audio Technica untuk gantikan ex-bf lama. Huhu.. Cerita lama usah dikenang kembali.. Kita buka buku baru, ye tak?



Ekceli, pening nak pilih sebenarnya, banyak brand dan beberapa model yang Momoy dah short listed. Dari banyak-banyak tu, yang berjaya mara ke final ATH-MSR7 dan ATH-M50x. Dua-dua dari brand yang sama. Audio Technica juga.



Untuk music fan, brand Audio Technica ni tak payah nak kenalkan lagi. Memang terbaik! Tapi nak pilih the best of the best ikut specification Momoy. Apa yang Momoy cari?



Pertama, Momoy cari super/ extra bass yang rating 10/10 
Comfortable 10/10. Ini penting beb.. 
Yang ketiga Momoy cari, dalam my budgetlah. Harga 1k macam tu.




So, lepas review semua super bass headphone website mostly, 
lastly Momoy go for Audio Technica ATH-MSR7. Yeahh!!




Kenapa Audio Technica ATH-MSR7 ? Sebab semua spec yang Momoy cari tu meet criteria yang Momoy nak tu. MSR7 ni didatangkan dengan 3 warna - black (BK), gun metal (GM) dan limited edition red (LTD). Puas cari merah tu tak dapat so, hitam pun okay. Wakanda



Design modern dan stylo. Tapi apsal Momoy rasa design MSR7 ni lebih kurang sama macam Sony MDR-1A eyh? Adakah kebetulan sebab Audio Technica dan Sony kedua-duanya guna designer dari Jepun? Omo omo..





Merecik hawau bf baru Momoy nih. Love love









Next, tentang berat. Okay, berat just nice. 290 gm jer. Bonus! Ada kawan-kawan yang tanya kenapa tak pilih jenis bluetooth? Hehe.. Momoy suka yang ada wire. Bluetooth ni bagi Momoy leceh sikit sebab Momoy malas nak cas-cas ni. 



Lagi pula kabel headphone model baru-baru sekarang bukan macam model lama-lama yang jenis senang tersimpul-simpul tu. Tak.. tak.. jadi, best kan? MSR7 ni ada 3 jenis kabel. 1.2 m, 3.0 m dan 1.2 m sekali microphone untuk smartphone. Cuma part ni sedih sikit sebab untuk ip7 tak boleh nak cucuk. Haha.. (ada ke jual connection cable untuk ip7 eyh?)





Cable yang tak bersimpul kesukaan Momoy



Dari segi sound, quality audio sangat bagus dan jelas. Instrument dapat dengar penuh. Bass? Sangat smooth! Sesuai kalau nak guna dalam atau luar rumah. Sesetengah reviewer cakap MSR7 ni sangat sensitif pada AM frekuensi radio. Momoy tak test pula untuk dengar radio. Tapi tu bukan hal penting pun bagi Momoy. Sebab Momoy dengar muzik jer pakai headphone. Bukan radio. 





Pouch jenis thin leather untuk simpan. Senang nak bawa headphone ke mana-mana. 




Momoy dah guna hampir sebulan juga, MSR7 ni jenis soft memory foam earpads. So, kalau dengar lagu untuk jangka masa lama pun takde masalah, sangat selesa dan mantap! Tak sakit, tak penatkan telinga dan kepala Momoy, walaupun dengar untuk masa yang panjang. Headphone cun cantik terletak elok melekat kat kepala Momoy yang besar peti sejuk ni. Hoho.. Tapi nak letak gantung kat leher tu, bagi Momoy tak selesa. 



1 word jer untuk headphone nih... P.E.R.F.E.C.T !!



10 June 2018

Resipi Air Bunga Kekwa (Chrysanthemum) yang mudah tapi sedap giler bak ang!


Assalamualaikum..

Dekat 1 tahun tak mengupdate. Tu dia.. dah jatuh taraf blogger tegar ke blogger pemalas. Haila.. Nak kata selalu update kat pesbuk pun tak juga. Tak boleh nak kambing hitamkan Mat Juki. So salahkan diri sendiri jela. Bhuahaha...



Hari tu masa first day bulan pose tu, Momoy awal-awal lagi dah berlari-lari manja kat Giant Lukut. Oh ya.. sekarang ni Momoy kerja kat Port Dickson. Kenapa PD? Hmm.. sesuatu berlaku dan Momoy tukar angin. 



Pergi kat Giant tu semata-mata nak cari benda nih. Haha.. yela.. nak pose nih biasa memanjang je sold out. Memandangkan dah 4 tahun Momoy tak pergi bazar, jadi dah lama jugalah tak rasa air bunga nih. Kalau beli yang dalam kotak tu, feel dia tak berapa sangat sebab tak rasa bunga-bunga tu lalu kat kerongkong kite. 



Fuhh..mujur sempat. Biasa tinggal habuk rak jer kalau bulan Ramadhan..



Sepeket besar macam ni memang plan lepas puasa ni nak bawak g site opis. Hari-hari minum teh bunga memang satu kebahagiaan pada Momoy. Hoho... 



Oh ye. Kalau korang nak beli, boleh cari kat Giant atau kedai ubat cina sensei tu. Orang cina memang amalkan minum air bunga kekwa nih untuk buat ubat. Dengan syarat jangan letak gula dan minum suam-suam gitu. 



Momoy tak kisah mana-mana. Sejuk ke panas ke janji bunga tu banyakkkkk.. Haha.. Lagi puas hati kalau letak setaman.



Nak buat pun mudah bangat. Bagi yang teringin nak buat tapi tak tahu. Nah.. Momoy belanja 'Resipi Air Bunga Kekwa (Chysanthemum)' yang mudah tapi sedap nih. Hoho..



1. Tuang air panas ke dalam teko atau cawan.
2. Masukkan beberapa kuntum bunga kering kekwa. 
3. Masukkan gula batu. Kalau nak guna gula biasa pun boleh. Tapi gula batu lagi sedap.
4. Tunggu beberapa minit. Bunga kekwa tu akan kembang setaman. Siap!



Mudah jer kan. Korang boleh minum panas-panas atau sejuk. Momoy prefer yang panas. Sebab boleh bau haruman bunga tu. Minum kat taman sambil feeling-feeling macam mat salleh dulu-dulu dengan baju ropol-ropol dengan topi besar penuh bunga tu. Auchh..



Ni rupa bunga kekwa yang kering tu




Take note lah.. kalau korang buat sendiri, kaler air bunga korang memang sedikit pucat. Kaler dia tak meriah macam yang jual kat bazar tu. Sokey. Jangan gabra. Bukan tak jadi. Tapi peniaga diaorang akan campurkan sedikit pewarna bagi cantik menarik kau memang de boomm.. So, korang lek-lek je yer..



Taman bunga kekwa Momoy =)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...