.::: MOMOY blogirl :::.: September 2012

30 September 2012

Kenapa nama blog ini MOMOY blogirl ?


Assalamualaikum kawan-kawan.



Kenapa nama blog saya MOMOY blogirl ?



Kenapa ye? Oh. Ceritanya bermula, bila mana ramai yang confuse anggap Momoy ni budak cina. Okay. Berkulit cerah dan hidung kemek yang dicemari najis lalat tapi tetap maintain comel. Eh. Perlu ke nak mention di sini.


Jadi, orang selalu panggil, Amoy Amoy Amoy Amoy...
Bila malas, Moy Moy Moy Moy...
Dan akhirnya terjadi lah, Momoy... M-O-M-O-Y


Okaylah. Momoy terima. Momoy pun sound cute jugak what. Wahaha. Sila pitam sekarang. Tapi untuk kawan-kawan di Terengganu ni, Momoy kenalkan diri dengan panggilan Emy je. Senang. Sebab nama sebenar dekat dengan nama panggilan. So tak akan ada orang tanya, "Kenapa nama awak Emy?"


Tapi lain pula kalau Momoy kenalkan diri, "Hai awak-awak semua, nama saya Momoy". Lepas tu, mesti berdezup-dezup respon yang Momoy dapat >.<


"Momoy tu apa?" - Wah. Tak nampak ke yang kenalkan diri ni orang. Ada 2 mata, 1 hidung, 1 mulut, comel dan cute. Opss. Terlebih sudah. 


"Eee... apa pelik benor namanya. Ni nama orang ke nama alien" - Huh. Nama kawan-kawan Momoy lagi pelik ye seperti Air Sejuk, Merah, Dugong etc. 


"Haha... Ingatkan nama Momok tadi" - Okay. Yang ini selalu sangat kena. WT fish.


Momoy seorang yang addicted dengan Jepun. So, koleksi majalah Jepun seperti Popteen, SCawaii, Vivi, Choc dan Mina memang banyak. Kadang-kadang suka berangan jadi model-model Popteen. Dan, perkataan 'blogirl' itu diambil dari SCawaii blogirl. 




L-O-V-E

Antara koleksi magazine Jepun Momoy. Popteen mendominasi.



Penting ke nama blog? Eh. Sudah tentu la. Nama blog tu kan lambang peribadi empunya blog. Tambah-tambah lagi kalau personal blog. Kawan-kawan pun mesti ada sentimental value bila letak nama blog kan. Kadang tak tidur 7 hari 7 malam sebab nak fikir nama blog. Ye tak? Boleh share?


P/s: Dan rentung sekarang, orang fikir Momoy ni Sabahan atau Sarawakian pula *sigh

'Saya follow awak, Awak follow saya' ?


Assalamualaikum kawan-kawan tersayang.

Dah lama tak join segmen. Balik dari jumpa kawan di Dungun tadi, buka lappy dan lihat terima tag. Tag dari dear Nur Farahuda yang kiut. Thanks dear tag Momoy.



Klik banner untuk join.
End : 30 October 2012



Segmen 'Saya Follow Awak, Awak Follow Saya' ni dianjurkan oleh blogger Nurul Syafiqa
Sekarang ni Momoy ada sebanyak 167 followers sahaja. Sikit sahaja. So, kawan-kawan boleh klik button follower di blog ini jika sudi ^^


Untuk memeriahkan lagi segmen, Momoy nak tag blogger baru kenal iaitu najihah dan raja farah. Momoy tag kamu sebab Momoy suka kamu =)

29 September 2012

Parut, pergi kau dari hidupku !


Assalamualaikum kawan-kawan.

Kejadian dah dua minggu berlalu. Ingatkan tak ada apa-apa, rupanya meninggalkan kesan. Oh. Sedih sungguh hati ini. Ini bukan putus cinta ke hape ye. Ini kesan parut dari projek terbaru Momoy. 


Secara tiba-tiba ada yang menegur, "Eh. Tangan kenapa tu?". Uwaaa. Baru perasan tangan berdarah-darah. Yang peliknya lansung tak rasa sakit. Lepas perasan baru sakit tak ingat. Waa... Kenapa la tegur.


Tapi jiwa kental. Budak projek mesti jiwa rock wokey. Tapi se-rock rock Momoy, Momoy ni perempuan. Bila melihat luka dalam dan darah susah nak berhenti, ni confirm tinggal kesan parut. Momoy menangis dalam hati >.<





Fuyooo. Baru ganas




Seharusnya Momoy bersyukur sebab kena di sisi pergelangan tangan Momoy. Hampir-hampir saja dengan urat nadi wooo. So scary. Jadi, sangat-sangat bersyukur Allah masih sayangkan Momoy.


Momoy dah biasa bila kulit tinted dan rentung bila bertahun-tahun berjemur, berpanas semasa kerja. Tapi bila berparut ni memang menggugat keyakinan diri Momoy. 




Perlu ke rendahkan sedikit watch untuk cover kecacatan itu?




Siapa ada pengalaman pernah ada parut dan dah try ubat cap jenama itu ini dan berkesan. Kawan-kawan ada cadangan atau petua tak cara nak hilangkan parut di tangan? Parut di hati pun boleh juga. Eceh. 



P/s: Dah boleh register masuk yakuza ni. Haiss >.<



Update : 
Momoy dah berjaya pudarkan parut ni. Nak tahu caranya ? BACA SINI



26 September 2012

DIY Pure Marine Collagen Mask

Assalamualaikum kawan-kawan.

Faktor umur yang semakin meningkat dan kadar penghasilan kolegen yang semakin menurun, memaksa Momoy mencari produk kolagen untuk lambatkan penuaan. Syuhh... syuhh... 


Jika ditanya beauty product apa yang paling Momoy suka. Sudah tentu Momoy jawab mask (masker atau topeng muka). Kalau jenguk di drugstore, dah boleh rambang mata nak pilih mana. Rasa semua nak capai. Semuanya claim produk mereka bagus-bagus. Hek eleh.


Momoy suka buat mask sendiri. Sebab ianya bahan alami (semulajadi). Salah satu mask yang Momoy buat adalah masker kolagen asli. Oh. Siapa suka kolagen angkat mouse. Huh. Momoy sangat jeles dengan kamu-kamu yang muda-muda itu. Tak perlu nak cari itu ini. Stop.


Kawan-kawan mesti tahu kepentingan kolagen kan. Tapi pernah tengok kolagen mentah tak?  



Ahaa... inilah rupa collagen asli - Pure Marine Collagen. Rumpai laut yang yang gila banyak kandungan kolagen di dalamnya. Ia memang menjadi kegilaan penduduk Jepun untuk skin care mereka.  



Collagen ni Momoy cuci 8-10 kali seperti cuci beras. Tujuannya untuk hilangkan air masin laut. Kemudian rendam semalam. Selepas semalaman, cuci lagi 8-10 kali lagi. Toskan.



Tak sangka pula ia mengembang sampai tak muat periuk. Sadis. Rumpai laut itu kemudiannya Momoy rebus dengan api yang perlahan. 



Yeah. Dah pekat. Bentuk seperti jeli. 



Tunggu sejuk kemudian Momoy masukkan ke dalam tupperware untuk simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan untuk sebulan. Nak pakai ceduk saja sikit-sikit. Mudah.


Sekarang tibalah masa untuk pakai DIY pure collagen mask. Cuci muka bersih-bersih. Momoy scrubbing dahulu supaya pori-pori terbuka. Senang kolagen nak menusup masuk. Eceh. 


Pakai masker kolagen seperti biasa. Pergi baring di bilik atau kemas rumah. Momoy pilih baring di bilik. Haha... 



Malunya. Eh. Tak perlu malu sebab tak ada orang bergambar ketika pakai mask 
nampak cantik. Hee...



Kolagen masker ni boleh dipakai setiap hari. Selepas 20 minit, cuci muka bersih-bersih. Rasakan kelembutan kulit sendiri. Hehe... 


Selamat mencuba ~




Update:


Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mencuba, untuk cantik, untuk sihat dan untuk untuk untuk lagi, laju-laju SMS Sis Nur Aini, 016-963 0751 untuk harga yang menarik. 


Harga akan bertambah menarik dan best lagi sekiranya kawan-kawan pakai secret code - "Saya dari blog Momoy". Ewah.


Segala pertanyaan dan maklumat lanjut, SMS:
Sis Nur Aini 
016 - 963 0751


21 September 2012

Oh. Dunia PINK Momoy

Assalamualaikum kawan-kawan tersayang.



Baru Momoy perasan yang kesemua barang-barang Momoy ni adalah PINK. Sebab Momoy ni buta warna. Jadi Momoy hanya nampak warna pink sahaja (eh. ada ke orang buta warna boleh nampak warna pink ye?).



Ke shopping Mall nak beli baju warna hijau. 
Tapi balik rumah baru perasan yang pink tetap ada. Hehe...



Ada pelbagai tona pink dalam dunia pink Momoy. Mostly adalah dusty pink. KENAPA pink? Urmm... sebab Momoy rasa pink tu sesuai dengan kulit Momoy.


Even bila ber make up pun, wajib berwajah pink. Dah try pakai lipstick atau lipgloss warna selain pink seperti peach, coklat, merah atau earth colour, wajah Momoy jadi pelik. Oh sungguh. Ramai akan confuse untuk membezakan mana Momoy dan mana alien. Haiss.



Beli iron tu bukan sebab rajin iron baju. Tapi sebab ia adalah PINK! 
Keluar rumah baju remuk-remuk juga.


Aksesori rambut juga pink! 
Stationery juga pink!
Stokin, baju, kasut semuanya pink!



Bila orang tengok Momoy in pink. Budget Momoy ni lemah lembut macam softlan. Cute gitu. Tapi bila Momoy bersama kawan-kawan kerja Momoy, ke'pink'ngan itu tidak berjaya menutup sifat ganas Momoy T_T


Eceh. Bilik tidur pink. Feminin gitu. Kononnya. 
Lagi gambar dan entri bilik tidur boleh baca entri [Jom masuk bilik].

Hinggakan selipar bilik pun harus pink!



Jadi kawan-kawan, apa warna favourite Momoy. Sudah boleh teka? Apaaa. Pink? Oh salah. Salah. Warna favourite Momoy adalahhhhh kuning. Eh. Kuning.


Warna favourite Momoy adalah kuning tapi Momoy obses dengan pink! Boleh pula cenggitu. Boleh la kan kan kan. Kuning sangat ceria. Tapi susah nak pilih kuning tahu. Sebab kalau salah pilih tone kuning, akan nampak pelik, pucat dan tua. Err.


Tapi untuk membuktikan yang Momoy suka warna kuning. Ini Momoy tepek gambar yang dinamakan 'Momoy in yellow combination with puple lashes'. wth.





See. Kan Momoy pakai kuning ni. Hoho...
(even kuning ada beberapa helai saja dalam almari. haha).


So, kesimpulannya:



Warna kesukaan Momoy KUNING

TAPI
Momoy obses dengan MERAH JAMBU


Haha. Dari tadi Momoy dok kecoh-kecoh warna-warna ni bukan apa. Sebab nak join segmen warna kegemaran dear chot.




Klik banner untuk join.


Klik banner juga untuk ngorat si chot yang comel tu yer. Eh.

12 September 2012

Syukur ya Allah

Assalamualaikum kawan-kawan.

Tengok tajuk entry pun dah tahu nak cerita pasal apa. Ya. Momoy bersyukur sangat-sangat. Tapi tentang apa? Momoy gamble berhenti kerja 6 bulan yang lepas. Sebab? Macam-macam la. Malas nak cerita. Tapi oh orang terdekat mungkin faham. Uhuk.


Di saat tu (paling kritikal tahun lepas) terasa diri ni dah give up. Lebih menyedihkan, banyak pula masalah peribadi menimpa ketika itu. Lepas satu, satu. Berlubang rasa badan ni kena ber das-das tembakan. Sedih sangat. Down. Otak blank macam mana nak handle. Setelah usaha, berdoa dan bertawakal akhirnya Momoy buat keputusan bertukar angin. Biar Allah yang menentukan. 


Damainya | Pulau Tioman image (source)


Syukur. sekarang gaji sekali ganda lebih dari tempat lama. Dan lepas 6 bulan gaji re-struktur semula dan naik lagi. Alhamdulillah. Personal problem Momoy pun dah solve (even bukan 100%). 


Kawan-kawan, meh sini Momoy nak share salah satu doa harian yang selalu Momoy amalkan tiap-tiap pagi (sebelum pergi kerja). Doa apa? Doa pembuka 12 pintu. Bagus doa ni. Rugi kalau kawan-kawan tak amalkan. Paling baik baca selepas solat Subuh dan Isyak.




- Terima kasih Allah -


11 September 2012

Room makeover !

Assalamualaikum kawan-kawan.


Ingat tak entri Momoy tentang pindah rumah. Boleh baca sini [berpindah lagi]. Syukur Alhamdulillah. Momoy akhirnya dapat rumah dalam masa yang singkat. 


Rumah semi-D dua tingkat yang sangat besar dan cantik. Ada 4 bilik air. Halaman yang sangat luas. Cukup 10 biji kereta kalau susun di halaman. Siap ada sekuriti lagi. Memang besar rumah ni. 


Sekarang agak busy dengan kerja. Jadi masa untuk make over bilik Momoy lakukan sepantas mungkin. Oh. Banyak bilik kosong yang tak digunakan. Rugi biarkan kosong. Tapi Momoy tak suka sewa ramai-ramai. Serik dengan pengalaman lepas. 


Momoy pilih bilik yang kecil saja di tingkat atas sebab senang nak kemas. Bayangkan hanya satu bilik di tingkat atas sahaja yang Momoy guna. Yang lain semuanya kosong. Takut juga.


Ini entri sesi cat-mengecat bilik tersebut. 

Selepas cuci kereta (setiap pagi Jumaat yang indah), kerja mengecat dimulakan. 

Oh ye. Susun atur perabut tu dah Momoy lakukan awal-awal lagi. 
Sebelum cat, cuci dahulu apa yang patut.

Meja tepi katil kaler yang boring dan huduh sudah bertukar rupa. Cayalah!

Kepala katil diberi keutamaan. 

Tengok. Meja ada tapi tak boleh guna.
Tika ini sedang buat report sambil mengecat. Sungguh powerful. Haha.

Cermin besar setinggi 5 kaki ni pemberian kawan. Terima kasih teman. Kalau nak beli ni dalam RM 400 juga la (dah survey kedai perabut). Momoy cat dengan warna putih juga.

Oleh sebab busy dengan kerja, tapi time ni juga pindah rumah dan nak make over 
bilik lagi. Tak sedar dah nak malam. 
 .

Sebenarnya tak boleh dikatakan sesi cat-mengecat. Sebab gambar dah tunjuk result selepas proses mengecat. Haiss... 


Perabut dan tingkap Momoy cat putih. Manakala dinding memang sedia bercat pink. Nak tahu bagaimana hasil bilik tidur Momoy selepas make over? Nantikan pada entri seterusnya =)


UPDATE: Make over bilik completed. Boleh baca entri [Jom masuk bilik !]



Kulit lebih cantik | Harga mampu milik



07 September 2012

Beauty gifts from Indonesian blogger dear Ariisa

Assalamualaikum kawan-kawan.

Ini special entri untuk blogger Indonesia, Ariisa Chii. Much thx dear. 


Pagi semalam, Momoy dapat call dari office. Kata clerk baru, "Ada parcel, nanti singgah office tau". 


Yes. Dapat dua parcel sekaligus. Satu rumpai laut yang Momoy order sampai. Nanti Momoy buat entri tentang rumpai laut ini ok. Parcel yang kedua dari Ariisa. Oh. Tak sangka pula dia nak balas parcel Momoy. Jom usha apa yang Momoy dapat.





Banyak sekali ^^

Bumpits | Hair Volumizing Inserts
Packaging sangat-sangat cute !

Ada 5 pcs untuk perbagai gaya. 



Baru terfikir nak cari bumpits di Cameleon. So boleh beli aksesori rambut yang lain. Sesiapa yang nak glamour dan lebih stylish boleh cuba bumpits ni ye. Lihatlah kelainan pada wajah anda. Ecece.




Right | Hada Labo Face Wash Ultimate Moisturizing
Left | Hada Labo Moisturizing Light Lotion

Lower lashes. Momoy suka kedua-dua design ni. Super dolly look =)

And a cute note ^^
Ah. So lovely.



Yeah. Momoy suka kesemuanya. Baiklah. Ada masa nanti Momoy review. Bulan ini agak busy dengan kerja. Masa blogging agak terhad.


~ Thank you dear Ariisa ~

01 September 2012

Berpindah lagi

Assalamualaikum kawan-kawan.

Untuk pengetahuan kawan-kawan, ini kali keempat Momoy berpindah sejak kerja di Terengganu ni. Jangan tanya adakah hobi Momoy suka pindah rumah yer. Geget kang.


Mula-mula datang kerja di Terengganu, Momoy sewa di Paka. Seorang makhluk pun kat Terengganu tu Momoy tak kenal. Rumah Paka ada 2 housemates. Tapi yang seorang tu kami sempat bersama seminggu saja sebab dia pindah projek di Kedah. 


"Thank You Jeanifer. Even kita kenal 1 week jak tapi kitak banyak nolong kamek tek. Rindu asak hati tok mok beloya ngan kitak gik. Klak mek sampey Sarawak, mbak mek pusing-pusing sia okay". Eceh. Feeling cakap Sarawak sebab dia Sarawakian. 


Sebulan saja Momoy tinggal kat rumah tu. Sebab member rumah seorang lagi tu pelik sikit. Siang dia jadi Sofea Jane versi kulit sawo matang. Malam pula transform jadi pengkid yang super hansome plus comel macam oppa gangnam style. Sumpah. Dia memang cantik. 


Tapi lepas dia frust dengan girlfriendnya, Momoy terus cabut. Takoott pula bila dia yang dah kekurangan kasih sayang itu akan ___________ (sila isi tempat kosong dengan perkataan kamu sendiri)


Rumah kedua di Kerteh. Serabut duduk bersama budak-budak praktikal Petronas yang cun-cun dan muda-muda ni. Seorang saja dari 4 orang tu yang Momoy suka. Yang lain muka saja cun tapi pemalas. Sepanjang Momoy duduk situ, tak pernah langsung lihat mereka pegang penyapu. Berfikir baik, mungkin mereka tak tahu apa itu penyapu kot.


Orang yang cun dan sentiasa wangi belum tentu biliknya pun wangi seperti tuannya. Masya-Allah. Bilik bau hapak dan banyak peliharaan comel yang tak comel dalam bilik. Nasib baik Momoy tak berkongsi bilik. Kemuncaknya, Momoy pindah bila salah seorang dari mereka bawa balik lelaki. 


Momoy yang ketika itu berminggu-minggu kadang berbulan-bulan tiada di rumah (biasalah orang kerja projek). Tak boleh nak monitor mereka. Lagi pun Momoy assume mereka dah besar panjang, sekolah tinggi 4 tingkat, boleh jaga diri.


Fuhh. Rumah besar cenggini gaji bayar bil api pun tak lepas ni - source



Rumah ketiga juga di Kerteh. Tempat kerja 3 minit sahaja dari rumah. Haha. Momoy suka duduk sini. Bahagia. Ini kali pertama Momoy sewa sorang. Serik barangkali. 


Hampir 2 tahun Momoy bahagia di sini. Tapi malangnya kebahagian itu tidak dapat berthan lama. Adik tuan rumah nak take over bayaran sewa. 


Sewa dinaikkan. Momoy ok.
Tak boleh parking kat garaj atau depan tangga rumah. Parking di padang sahaja. Momoy buat muka 'What?'Kawasan yang senang air naik jika hujan turun lebat atau tak berhenti selama 2 hari. Tak lama lagi Terengganu ni nak monsun kan? Oh. Momoy tak boleh biarkan babyboo dalam banjir. 


Sewa tiba-tiba nak dikutip dua kali. Momoy bayar sewa dahulu sebelum duduk (bayar awal bulan masksud Momoy). Tapi dihalau sebab tak nak bayar sewa akhir bulan. Oh. Ini melampau.


Momoy nak pindah. Jangan harap dia akan merasa duit titik peluh Momoy dengan senangnya. Mulanya nak sewa resort saja. Dah deal dengan owner untuk tinggal setahun. Tapi jalan masuk ke resort tu scary sikit. Gelap. Bulan 9 ni, Momoy akan super busy, balik kerja 2 pagi. So cancel. 


Rumah ke-4 di mana? Still searching. Sekarang Momoy sedang mencari rumah secepat mungkin. Kawan-kawan, tolong doakan Momoy cepat dapat rumah okay. 


Semoga Allah permudahkan segala urusan Momoy. 
Amin ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...