.::: MOMOY blogirl :::.: September 2018

29 September 2018

Inilah cara yang betul pakai sheet mask atau topeng muka


Assalamualaikum semua.

Kegilaan sekarang adalah Momoy kalau ke SaSa haruslah memborong sheet mask. Alaa.. mask yang jenis topeng muka tu. Memandangkan semalam baru top up sheet mask Momoy. So, hari ni Momoy rajin nak cerita pasal sheet mask. Hihi..




Dr. Smart wrinkle regeneration anti-ageing face mask sheet.


Jangan rasa pelik kenapa mask ni semuanya sama jer. Konon rasa macam lebih efektif bila konsisten pakai sejenis tu dari pakai banyak-banyak jenis atau tukar-tukar. Haha..


Orang Korea diaorang memang addict sangat dengan sheet mask. Tahu tak, setiap hari (kadang 2 kali sehari) diaorang akan tepek muka dengan sheet mask nih. Mask jenis bertopeng memang boleh pakai hari-hari kalau kulit muka jenis yang takde masalah.



Memang best pakai sheet mask ni. Lagi-lagi kalau simpan dulu dalam peti ais. Best tau sejuk jer kulit muka tu. Dulu Momoy suka beli mask yang My Beauty Diary. Sekarang ni, semua skincare cari yang moisturizer, anti-penuaan atau anti-kedut jer. Haha..


Sheet mask ni mengandungi banyak essence yang terkandung dalamnya. Kalau konsisten pakai memang boleh glowing macam awex Korea hoi. Jadi, rugilah kalau pakai mask cara yang salah.



Jadi, meh rapat sini. Momoy nak share cara guna sheet mask yang betul supaya tak sia-sia leburkan duit korang. 


  • Langkah pertama, harus bersihkan muka dari segala sisa make-up atau kekotoran. Wajib bersih tau !
  • Tangan makesure bersih dan kering. 
  • Pakai toner untuk buang sisa kotoran kat muka. 
  • Digalakkan pakai serum supaya bahan-bahan ni dapat meresap bersama essence mask. Momoy pakai collagen serum.
  • Next, buka sheet mask tu dan pakailah start dari bawah ke atas. Kenapa ? Supaya kulit tak cepat kedut. Kadang ada yang lapik plastic kan. Kalau jenis macam tu, just tampal mask tu kat muka dan barulah plastik tu ditarik. Plastik tu untuk mudahkan pemakaian mask. Tapi ramai yang buang plastik tu kemudian tampal mask kat muka.
  • Rilex dan nikmatilah kesegaran mask tu. Pakai untuk 15 minit hingga 20 minit sahaja. Lepas 20 minit sila buang mask tersebut walaupun masih basah-basah. Ya. Momoy faham. Mesti korang rasa rugi kan. Tapi percayalah, ini cara yang terbaik. Dan paling penting, jangan pakai masuk tidur hingga siap hari. Fungsi essence sheet mask tu hanya membazir jer jika pakai lebih dari 20 minit. Sebab akan terhidrat. Silap-silap kulit akan break out pula.
  • Lepas buang sheet mask, tepuk-tepuk jer kulit muka perlahan-lahan supaya semua kebaikan serum dan essence tu menyerap dalam kulit. Sheet mask tu hanya boleh pakai sekali sahaja tau.
  • Jangan cuci muka. 
  • Teruskan dengan pemakaian rutin skin care yang lain. Momoy biasanya akan pakai night cream dan eye cream. 


Rasa renyah ? Haha.. Boleh jer kalau tak nak follow. Tapi, sayanglah duit. Sebab salah pakai sheet mask, tak dapat apa pun kesan kebaikannya. Hanya membazir jer.




TIPS

Lebihan essence dalam packaging mask tu, korang boleh juga pakai kat leher, bahu atau tangan. Tapi, Momoy lebih suka isi terus dalam bekas kecik jenis pump. Nak guna, spray jer. Haha.. 


Jenis sheet mask yang ada effect untuk anti-aging tak boleh pakai hari-hari. Untuk yang kulit jerawat pulak hanya sesuai pakai seminggu sekali jer. Gitu.. Harap bermanfaat. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...