Betul ke TRANEXAMIC ACID boleh putihkan kulit ? | .::: MOMOY blogirl :::.

15 February 2014

Betul ke TRANEXAMIC ACID boleh putihkan kulit ?


Assalamualaikum.

Cecepat taip entri untuk sambungan review tranexamic acid. Kalau tangguh entah bila pula nak publish entri tren tu. Hoho. Tapi jangan risau biarpun peram lama tapi setiap produk ada folder (file) nya sendiri. Haa... Jadi tiada masalah tercampur testimoni ke apa bila consume satu-satu benda tu. Testimoninya ada, cuma tersimpan dalam folder laptop jer. Ewah. Ini la yang jadi bila orang ada blog, kita pun nak ada juga kan. Tapi malas nak update. Ehee. Apa kes. 



Berbalik pada suntik tren tadi (tranexamic acid bunyi macam brutal sikit kan sebab ada perkataan acid. mihmih), ada dua soalan yang paling famous orang suka tanya. Pertama, "sakit tak cucuk-cucuk ni ?" Kedua, "betul ke suntik tren boleh putih macam Adira ?"



Haa... Tentang sakit bila jarum dimasukkan, sebenarnya bergantung pada skills doktor yang cucuk tu yer. Syukur, doktor yang suntik Momoy sangat teliti dan lemah lembut. Momoy langsung dan tak pernah ada pengalaman rasa sakit semasa cucuk vitamin c atau tranexamic acid ni. Biarpun setiap minggu cucuk di tempat yang sama. Alhamdulillah. Eh. Lupa bagitahu yang doktor tu inject Momoy di pelipat siku jenis I.V butterfly.



Kalau kawan-kawan ambil injection then rasa sakit atau bengkak, cepat-cepat bagitahu doktor tu suruh stop. Sebab bila sakit, jarum tu dah terkeluar dari urat darah dah sebenarnya. Maknanya, benda yang nak cucuk tu pun tak masuk pun dalam darah. So, tolong bagitahu doktor anda. Jangan buat senyap jer. Dah la sakit, tak masuk pula tu, membazir jer. Hais.


Nak cerita sikit cara Momoy suntik tranexamic acid. Momoy inject setiap minggu. Nak senang ingat Momoy akan inject setiap hari Ahad. So far, sampai sekarang tak pernah skip lagi. Momoy combine tren dan vitamin c. Doktor tu mix kan tranexamic acid dan vitamin c dalam satu picagari sederhana. Maknanya, sekali cucuk jer la. 





Yang tak tahu apa itu tranexamic acid boleh baca entri ni 





Inject tren ni perlu ikut nasihat doktor, iaitu kena selang seminggu untuk 2 minggu selepas inject tren. Macam ni. Minggu 1 dan 2 injek tren. Minggu depan Momoy injek Vitamin c dan minggu selepasnya tren balik. Faham tak nih ? Tsk.



Okay. Macam ni...



Minggu 1 - Vitamin C + Tranexamic Acid
Minggu 2 - Vitamin C + Tranexamic Acid
Minggu 3 - Vitamin C
MInggu 4 - Vitamin C + Tranexamic Acid
Minggu 5 - Vitamin C + Tranexamic Acid
Minggu 6 - Vitamin C
Minggu... Rotate la sendiri sampai 10 kali tren. Haha...




Begitu la seterusnya. Ada faham ? In case minggu tu patut cucuk tren tapi datang bulan, jadi akan tukar dengan Vitamin C. Kenapa tak boleh amik time period ? Jangan lupa tren tu ubat untuk stop kan bleeding. Jangan lupa kena minum banyak air dan elakkan kafein.



Pengalaman dan perubahan Momoy selepas suntikan.


  • Momoy terasa macam pening sedikit selepas cucuk. Tapi masih boleh drive babyboo dari klinik sampai rumah. Tapi esoknya, sakit kepala hingga demam. Ini yang jadi bagi suntikan pertama hingga ketiga. Suntikan seterusnya dah tak ada pening atau demam. 

  • Kulit Momoy jenis kasar dan sensitif. Sob sob. Jadi, jab kali kelima (5) baru terasa kulit lembut. Dan lepas tu setiap kali lepas cucuk, kesan kulit lembut dah boleh rasa keesokkan harinya. Dah tak degil macam mula-mula dulu tu. Dulu mesti nak pakai Eubos, sekarang dah tak bergantung lagi pada Eubos. Yang ni terbaik.

  • Memang dapat hentikan bleeding. Pendarahan di kaki Momoy berhenti dengan segera. Ada kisah pasal ni. Boleh baca SINI.

  • Pasal putih tu Momoy rasa kulit Momoy masih sama. Tak putih pun. Jujur cakap, kulit Momoy tak berubah tona kulit pun. Grrr... Kata doktor, tak nampak kesan sebab Momoy memang dah putih. Tapi kalau glowing, YES ! Kulit masa cucuk tren time tu memang glowing dan cantik. Tensionnya kenapa tak putih-putih ni. Doktor Momoy cakap ada patient dia kulit sawo matang 3 kali cucuk jer dah putih. Mencikkkk...

  • Parut ? Hmm... 



Ingat tak dua tahun lepas Momoy ada cerita tentang parut dalam yang panjang. 
Recycle gambar parut dari entri lama 


Perhatikan dot-dot biru tu. Amacam ? 
Akhirnya, parut dalam yang Momoy usung selama 2 tahun akhirnya pudar (95% hampir tak ada). Okay. Walaupun gambar ni ada efek lighthing sikit (sebab snap kat dalam site cabin) tapi memang boleh idikatakan hilang sebab parut di tangan Momoy tak nampak. Lainlah kalau korang tenung lama-lama.




Dah habis suntik tren, Momoy cucuk vitamin c untuk maintain (dan maintenance juga) dan plan nak jab glutax. Lenguh dah tangan nak menaip. Nanti Momoy cerita di lain siaran entri ye. Tapi pasal injection lain dan tips pula la. Semua nak tapau sini, nanti kekeringan idea pula. Mihmih. 


UPDATE :


Ramai yang email Momoy tanya mahal ke kos nak inject ni. Jadi, ni serba sedikit info untuk gambaran atau budget.


Yang ni kalau barang kita sendiri :


  • Momoy beli Tranexamic Acid (ada 10 vials) RM 300 (bergantung pada seller).
  • Vitamic C (10 vials) RM 150 (bergantung pada brand/ seller. Momoy guna Roche. Ada kolagen sekali). 
  • Untuk cucuk hingga habis rotate tranexamic acid tu (juga untuk maintenance), Momoy guna 2 kotak vitamin C. Maksudnya 20 vials la. 
  • Momoy bayar upah inject doktor RM 15 sekali cucuk. Tapi ni bergantung pada klinik la. Ada doktor yang cas RM 10 - RM 20. Yang RM 5 pun ada tapi jarang sangat. Kalau jumpa doktor baik hati tu kira nasib la. 



Kalau barang doktor (klinik) budget mahal la sikit (biasa la doktor nak berniaga juga) :


  • Vitamin C paling murah RM 80 - RM 150 sekali cucuk (bergantung pada klinik)
  • Kalau Vitamin C dan tambahan bahan lain seperti gluta, kolagen etc RM 150 - RM 350. Ada juga klinik cucuk vitamin C yang kenakan bayaran hingga RM 500 sekali cucuk. (barang betul-betul baik la ni). Makin banyak ramuannya makin mahal la.
  • Tiada upah doktor. 


Rasanya jelas la tu kot. Boleh buat kira-kira dah tu kan. Baik. Selamat malam semua. Zzzzz....







P/s: Confirm kontroversi bila update entri pasal tren ni 
=.=





NOTE : 
If you choose to try this product it is at your own risk.
Always consult with your doctor before taking anything new okay.






37 comments

February 15, 2014 at 10:16 AM Reply to comment

memang betul semakin pudar parut tu.. kalau momoy tak bulatkan memang takkan perasan yang itu adalah parut.. berapa kos untuk setiap suntikan tu momoy?

February 15, 2014 at 9:37 PM Reply to comment

berani btl momoy..T_T..kmk nok nurse tok pun xsuka kena cucuk. adoii sakitnye..

February 15, 2014 at 10:58 PM Reply to comment

sis mmg dah putih dah sebab tu tak nampak perubahan tang tu kot. hehe

February 17, 2014 at 11:34 AM Reply to comment

wahhh berani sungguh dengan jarum ya..sis ni penakut sikit..huhuhu

Sure mahal kan suntikan ni!

February 17, 2014 at 12:00 PM Reply to comment

tak nampak pun kesan parut lama tu...tp akak seram dengan suntikan ni

Anonymous
February 17, 2014 at 4:49 PM Reply to comment

ENTRY Best tapi lagi best kalau momoy letakkan harga rawatan skali ..sng sikit nk budget kalau nak buat

Anonymous
February 17, 2014 at 11:40 PM Reply to comment

Jgn menyesal satu hari nnt hnya kerana nk cntk sngp buat apa saja..selama ni Dr cuma akan bg inj tren utk kes yg teruk shja..kes spt heavy period dan batuk berdarah pun dr hnya bg capsule tren..kkm dah keluarkn amaran tntg pnyalahgunaan ubat ni..bygkn orang yg bleeding pun blh stop berdarah inikan pula yg normal. .jgn smpi satu hari nnt side effects ubat ni bt korang menyesal seumur hdp..kalo la ada pembekuan darah dlm salur darah..d jantung..masa tu tiba la masanya merasa mkn ubat utk cairkn darah pula tab warfarin utk the whole life..blh lawat web bpfk utk keterangan lnjt pasal pnyalahgunaan inj ini
Gadis farmasi

February 17, 2014 at 11:46 PM Reply to comment

@Anonymoushi dear anony. thx bagi komen. okay momoy dah update. jemput baca

February 17, 2014 at 11:48 PM Reply to comment

@Hanny Abdullahurm... kmk rasa nok upah doktor ya mahal. benda ya sik mahal.
isk...

February 17, 2014 at 11:48 PM Reply to comment

@aisyaalaa... kalau adira tu baru la putih. momoy cuma cerah jer

February 17, 2014 at 11:49 PM Reply to comment

@Ema Joharitu la kan. berkesan tapi kalau sape yang takut jarum cari altenatif lain la. sapu ke makan ke kan

February 17, 2014 at 11:50 PM Reply to comment

@Hanny Abdullahhmm...bagi momoy benda tu tak mahal. yang mahal tu upah doktor nak cucuk tu yang mahal, huhu

February 17, 2014 at 11:58 PM Reply to comment

@Mizz Aiza (Dunia Kecil)ye sis. parut momoy dah hampir hilang. dan kaki momoy dah tak bleeding. kes kuku tercabut tu

February 18, 2014 at 12:06 AM Reply to comment

@Farra Kikibumdoctor nok polah kmk ya sik sakit.

February 18, 2014 at 12:27 AM Reply to comment

terima kasih dear gadis farmasi. kalau baca previous entry akn tAhu nape momoy
amik tren. btw thx kongsi info

Anonymous
February 18, 2014 at 8:33 AM Reply to comment

yang ni yang orang tak faham. ok ja kalau injek pun tapi jangan lebih dose dalam setahun. kena follow nasihat doktor. doktor pun tahu tran tu ubat. ai pun kerja farmasi banyak lagi benda bahaya kalau nak ikutkan. bukan kata tran ja ubat jerawat pun bahaya kalau tak ikut arahan doktor. benda cuci peot pun bahaya sebab ada sodium tapi hang pun tak tau kan cik gadis farmasi. duk tibai guna ja.

February 18, 2014 at 8:53 AM Reply to comment

thanks sharing ya... good luck!

February 18, 2014 at 1:04 PM Reply to comment

ha ah betul dah tak nampak parut tu...tapi bab suntikan ni puteri memang penakut sikit..haha

Anonymous
February 25, 2014 at 11:25 AM Reply to comment

thx sharing this princess momoy
i always read your post

Anonymous
March 1, 2014 at 3:56 PM Reply to comment

scar tu betul-betul hilang lah. rasa nak cuba jugak. aku ada parut kat dahi. nakal sangat zaman budak dulu

April 13, 2014 at 3:34 PM Reply to comment

hye kak. nak tanye akak beli vitamin c roche tu kat mane, beli online ke?

@faraezatyye dear . beli online. boleh email nnt i bagi contact no supplier tu

@Anonymousboleh jer cuba tak salah pun. hope entri ni dapat membantu lah

@Anonymousboleh jer cuba tak salah pun. hope entri ni dapat membantu lah

May 11, 2014 at 1:44 PM Reply to comment

sy pun ade beli jgk vitamin c online.. tp klinik kat area sy nie sumenye suruh pakai vitamin diorang.. susah la..
email sy faraharshad10@yahoo.com.my utk vitamin c roche tu.. thanks :-)

@faraezatymomoy tanya doktor dia pakai vitamin c brand apa
tapi memang diaorang tak bgth la
tapi satu klinik ni masa borak2 ngan doktor dia tak cakap dia pakai vitamin apa tapi dia cakap pasal roche sebab dia call roche. itu yg tahu doktor guna roche juga. sama jer

May 20, 2014 at 9:36 PM Reply to comment

o.O..serius farra bru dpt tau ttg injection tranex ni..farra salu susun2 ampule dia kat wad..woooohh..blh memutihkan ye..tp yela doktor tu btl, sis momoy mmg dh putih gebus..

October 11, 2014 at 11:57 PM Reply to comment

I nak juga bole x ctc no supplier tu..

October 12, 2014 at 11:38 AM Reply to comment

@Kasut Tumit Tinggiboleh . momoy beli offline. ada satu kedai dekat tempat momoy jual

Anonymous
October 21, 2014 at 4:30 PM Reply to comment

Salam dik.pernah dengar produk dermanic x?akak sekarang inject dan makan brand ni.nama dia dermanic trens for injection dan dermanic transcape for makan.so far akak dh jab 2x dan mkn baru 5 hari sbb skang ni period.Nak tanya betul ke akak dapat hilangkan lubang jerawat?adik ada wassup x?senang sikit nak borak.

October 22, 2014 at 2:14 AM Reply to comment

@Anonymous
salam sis. Momoy tahu pasal dermanic tu.
sebenarnya momoy dah start consume dermanic transcap awal bulan 9 lepas.
dan plan nak jab dermanic bulan depan. cuma momoy tak review kat blog lagi sebab nak cukup 6 bulan treatment baru nak review.

momoy ada watsapp tapi sis email momoy dulu boleh ? nanti momoy bagi nombor.

Email Momoy : syalyx_00@yahoo.com

November 15, 2014 at 7:59 PM Reply to comment

Assalam momoy...akk ade gune dermanic transinject...bru 1 x inject...sblm ni akk ade amk injection VIT c + collagen tp x skit pn...tp bile akk amk dermanic transinject rsa skit msa cucuk n smpai rini msh skit bile tersentuh @ tekan...knp ek?

November 16, 2014 at 3:19 PM Reply to comment

@Roshaida Jamaludinmomoy dah cucuk dermanic transinject sis. dah 3x.

masalah pasal sakit time cucuk ni bukan pada jenis injection yg kita ambil. kalau sakit time cucuk tu adalah problem doktor yang cucuk tu. masa doktor tu cucuk , jarum tu terkeluar dari urat sebab tu sakit.

momoy pernah kena. sakit bukan main. siap bengkak lagi. pastu tukar klinik. dah ok =)

December 7, 2014 at 5:44 PM Reply to comment

Momoi buleyh ke kalau kita pi inject kat klinik biasa2

December 11, 2014 at 10:18 AM Reply to comment

@Asha Nadia IsmailBoleh je dear.
momoy kadang2 injek kat klinik biasa jer. masa beli selalunya seller akan bagi list klinik yang boleh injek

September 28, 2015 at 5:49 PM Reply to comment

momoy boleh email tak momoy beli kat mane vitamin c tu

May 1, 2018 at 11:19 PM Reply to comment

Tapi kena rajin juga dan sabar baru boleh guna barang utk pulihkan luka..huhu

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...