Assalamualaikum.
Haa... tetiba jer nak blind date ni, apa kes. Cerita dia macam ni. Momoy selalu baca beauty bloggers yang diaorang selalu blind date dengan kotak. Memang teruja la juga baca review diaorang. Macam best jer. Jadi, Momoy pun nak try juga. Bagi sesiapa yang suka follow beauty bloggers mesti tahu tentang satu beauty box yang dipanggil 'The Lilac Box' kan.
First time nak blind date dengan Encik Kotak ni. Rasa berdebar pun ada juga. Mihmih. Gedik sangat kan. Akhirnya, Encik Kotak yang ditunggu-tunggu itu telah sampai kat office. Fuhh...
The simple minimalist look !
Mungkin sebab ini kotak pertama bagi tahun ni so mood valentine The Lilac Box team dapat dilihat jelas. Tema pink dan ada love lagi. Oh. Yang love tu adalah butang, sangat kreatif okay ! Buka reben tu pun berhati-hati giler. Tak nak rosakan sebab comel sangat.
Kotak cantik sangat dan sila reuse. Tak reti-reti lagi. Hehe.
Layer pink nipis dan massage dari The Lilac Box team
Part paling best adalah time buka kotak. Ia ada semacam bau hadiah.
Boleh teka tak apa yang ada dalam The Lilac Box 6 ni ? Skincare ? Make up ? Hair product ? Urmm... bila lapisan nipis tu dibuka. Oh my ALLAH. Banyaknya barang.
Meh kita tengok satu-satu
Photo-White Booster Serum StriVectin-WH
Tu dia nama. Produk dari jerman.
Vial perfume Eau D'Ivoire Bailmain EDT spray
Treatment Shampoo Kerastase Homme Loreal
Produk dari Loreal lagi.
Yang ni pula hair mask Sensidote Dermo-Calm Kerastase Specifoue Loreal
Body Oil Almond Blossom yang wangi
Botol kecil senang sumbat dalam bag laptop
Dua sample produk dari Algotherm. Mask dan moisturizer.
Tentang kotak ke-6 ni kebanyakannya travel size dan sample size. Ada juga satu dua produk yang expired date dia hampir, October 2014. Momoy baca review The Lilac Box dari bloggers lain ada juga beberapa item yang tak sama. Jujurnya... Kotak 6 ni tak berapa menarik jika nak dibandingkan kotak yang lain. Very disappointing Mungkin kotak ke-7 The Lilac Box team boleh sediakan blind date box yang lagi best ? May be.
So, dalam banyak-banyak item kat atas tu, yang mana paling kawan-kawan suka ?
Website : http://www.thelilacbox.com
Facebook Page : Thelilacbox
6 comments
akak jenis yang tak berani nak cuba macam-macam produk kat muka..takut tak sesuai... kkalau akak nak pilih spray pewangi jer..ahaks..
mcm2 ada dlm kotak tu.. hehe
Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)
dia mcm wonderbox eh..dri dolok mok try box2 cmtok,lom brani agi.haha..sronok ngga org review gift box cmtok..
macam-macam barang ada dalam box tu yer..
tak paham sangatla blind box ni mcm mana...maknanya kita beli, tapi kita taktau la dalam tu ada apa?