Assalamualaikum.
Beberapa hari lepas Momoy ada beli Al-Quran digital. Momoy rasa agak lama juga Momoy tak mengaji. Alasan penat kerja, badan letih (tapi bila ajak tengok wayang, on je. muahaha). Bila lama tak mengaji ni, terasa lidah ni keras dan kaku. Biarpun beberapa doa harian Momoy baca setiap pagi nak pergi kerja (time panaskan enjin). Tapi mana sama cik Timah oiii...
Entah lancar lagi, entah tersekat-sekat bila baca, entah ingat tajwid ke apa. Ternampak Al-Quran digital kat Facebook, Momoy terus watsapp seller tu. Momoy tanya la beberapa perkara, termasuk kelulusan KDN dan waranti (untuk pen digital). Penting tau bagi sesiapa yang berhajat nak beli Al-Quran digital, CD mengaji atau bacaan Al-Quran. Sebab tak nak la kita niat nak bersihkan jiwa tapi tiba-tiba yang apa kita baca telah dipesongkan tanpa sedar sebab kurang ilmu. Takut ooo.
Momoy tahu ada yang lebih murah. Tapi hati Momoy tersentuh dengan keihklasan beliau berniaga. Makanya selepas tanya itu ini, terus transfer Maybank2u dan sehari sahaja Al-Quran digital ni dah berada di tangan. Alhamdulillah.
Banyak juga items dalam set ni tapi malas nak keluarkan (bawah Quran). Set Iqra, panduan solat, doa dan macam-macam. Free gift pun ada sekali.
Kanan | pen digital
Kiri | tasbih digital
Pen digital ni juga boleh rekod suara untuk check bacaan tajwid kita. Awesome kan.
Banyak lagi fungsi dan keistimewaan Al-Quran digital ni. Sengaja Momoy tak nak ulas panjang lebar. Nak tahu tengok sendiri kat SINI.
Sebenarnya, perasaan pelik yang Momoy maksudkan ni tak ada kena-mengena dengan Al-Quran digital. Yang peliknya sebab hati Momoy kuat sangat naluri ni nak pakai jubah. Okay, fine. Ada yang pandang sinis kan. Lebih terasa, bila tengok Mizz Nina sekarang. Hati rasa berdebar-debar tanpa sebab. Juga bila baca blog dear cantik Ecan Fadlina. Perasaan pelik nak berjubah ni Momoy tak berani cerita pada sesiapa pun *tunduk*
Perasan itu menjadi makin dasyat bila terjumpa page FB ni. Terpegun dengan telekung dan jubah dia. Nampak lawa sangat. Jubah dia ikut syariat. Bukan seperti jubah 'moden seksi' yang melambak-lambak sekarang ni. Lagipun, model dia (rasanya owner juga kot) memang lawa. Tak percaya? Cuba tengok page Bella Ammara !
Dua hari lepas Momoy ke Kemaman, saja nak cuba-cuba beli tudung. Tapi 7 kali tawaf, Momoy tak beli sehelai pun. Sebab Momoy tak tahu nak beli *tutup muka dengan tapak tangan* Serius ! Banyak sangat tudung berlayer-layer yang ramai orang pakai sekarang ni. Cantik jer tapi tak tahu kenapa Momoy tak berkenan langsung.
Bila nampak orang tu pakai, automatik teringat curtain kat rumah. Tengok orang ni pakai, terbayang pula alas meja bulat kat sudut ruang tamu. Huhu. Momoy pun tak tahu kenapa, design dia nampak macam 'sesuatu' la. Sorry la Fareeda lover. Jangan la maki Momoy. Momoy cuma bercakap jujur jer *muka minta simpati*
Bila nampak orang tu pakai, automatik teringat curtain kat rumah. Tengok orang ni pakai, terbayang pula alas meja bulat kat sudut ruang tamu. Huhu. Momoy pun tak tahu kenapa, design dia nampak macam 'sesuatu' la. Sorry la Fareeda lover. Jangan la maki Momoy. Momoy cuma bercakap jujur jer *muka minta simpati*
Hmm... mesti ada yang mengata Momoy sekarang ni. Biarlah. Sebab, perangai SEBENAR kita, hanya Allah dan diri sendiri sahaja yang tahu, kan. Biarpun depan orang kita BERPURA-PURA. Betul ?
Ini bukan nak cerita Momoy jadi alim ke apa ye. Ini cuma entri luahan rasa 'pelik' Momoy. Jadi, meh sambung balik cerita pasal tudung tu. Momoy mungkin bukan cari tudung, tapi boleh pakai macam tudung tapi labuh tutup sampai ke dada (tapi bukan lycra. seksi ah). Selendang mungkin. Apa namanya Momoy pun tak tahu. Hati ni kuat nak pakai jubah tapi Momoy takut. Sebab Momoy tahu Momoy ni jenis orang yang macam mana. Pakaian Momoy pun sangat mini, mini dan mini. Ini gila kan.
Oh ye. Telekung travel yang Momoy cari-cari tu dah jumpa. Dah tak perlu nak usung telekung cantik Momoy yang satu je tu ke mana-mana. Kecil dan tak panas. Momoy letak dalam kereta je. Kalau berjalan, Momoy ambil sumbat dalam beg.
Momoy beli telekung travel ni di ERA ALEM. Comel sangat. Murah pula tu.
Momoy bagi 4 bintang. Kurang 1 bintang sebab tak ada warna pink. Kihkihkih.
Dalam set Al-Quran digital tu ada tasbih digital juga. Pff... Selalu sebelum tidur Momoy mesti scroll baca Facebook di honeydew (handphone Momoy). Eleh, geleng-geleng kepala pula. Korang pun macam Momoy juga kan. Tak nak mengaku pula. Haip. Lepas ni nak cuba berzikir guna tasbih digital tu biarpun sedikit. Dr Haji Fadhilah Kamsah kata, lakukan selama 40 hari dan ia akan jadi rutin harianmu. Insya-Allah. Doa-doakan Momoy ye.
16 comments
Alhamdulillah.. Mungkin Allah dah berikan Hidayah. Sama-sama lah kita berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik. Saya pun masih merangkak perlahan ke arah itu. Hope for the best for us! :)
Dah pernah holiday ke BALI tak?? Jom share experience!! http://aurafiza.blogspot.com/2014/02/great-moment-b-l-i-part-1.html
dah lama akak tak singgah sini..momoy apa khabar? Alhamdulillah, sedikit-sidikit diberi hidayah untuk kebaikan
firstly, nak nangis boleh tak? huhu k nyorok bawah tilam tskk tskk
bila Allah dah ketuk hati kita dengan hidayah, jangan sia-sia kan. Takut kalau lepasni Allah tak bagi dah cik hidayah tu singgah dalam hati kita. Parah.
ada baca satu quote ni
"it's beautiful to see people coming back to the deen. Allah could have left us misguided, but He guided us. Doesn't that make you feel special?"
Alhamdulillah. Bersyukur. Kita cuba jadi yang terbaik kita boleh jadi. Selebihnya serah pada Allah. Allah tengok usaha kita, bukan hasil. Dia nak tengok kita berusaha ke jalanNya.
Takpa, pelan2 k momoy. Lagi laju ubah lagi bagus. Tapi pelan pelan pun okay dah. :) btw, dkt entry latest orang ada bagi banyak link utk cari jubah, dress & wide shawl. Ada yang tak 100% mengikut syariat. Tapi kita boleh cover dengan contohnya kalau jubah atau dress tu ketat kat pinggang, kita boleh pakai cardigan atau labuhkan tudung bagi cover bahagian pinggang. Inshaallah. Cuba. :)
All the best dear. May Allah bless you.
bestnya al-quran digital..xpa kita berubah perlahan2..kmk pn baru mk brubah tok..kmk baru start berhijab full and jaga solat thn tok. i feel happier than b4..all the best for u always :)..tentang tudung fareeda berlayer ya,sama la pndpt kmk ngn ktk time dolok.hahaha...
tak pasti kenapa terasa sebak membaca entri momoy ini.. alhamdulillah kerana dibukakan hati momoy untuk berhijab.. mulakan secara perlahan-lahan, usah terlalu drastik.. setuju dengan kata-kata dr fadhilah kamsah itu.. cikgu di sekolah dulu pun pernah berkata begitu, jika kita buat sesuatu kebaikan selama 40 hari insya-Allah kita rasa sayang nak tinggalkannya.. semoga momoy terus beristiqamah..
salam singgah. orang boleh berbicara apa saja tapi bila Allah mengatakan kun fa ya kun. tiada yg mampu menghalangnya. apatah lagi kita hamba-Nya yg sangat lemah ni. jadi teruskan niat murni. sentiasa ingat Allah ada di sisi. sentiasa :)
@AuraFIzaAmin.
Doakan Momoy yer
@Ema JohariThx sis. tapi momoy tak nak buat berubah dengan drastik. takut x kekal.
@ecan fadhlinahuhu... tamo la nangis dear ecan. momoy yang kadang termenung bila baca blog ecan.
macam tu juga yang momoy fikir. momoy nak jaga solat. cuba nak buat solat sunat juga. dan nak jadikan amalan baca quran . itu yang momoy slow-slow nak buat dulu
@Farra Kikibumye dear. memang best . sebab tajwid kita boleh check
lagi pun bagi momoy sangat bagus walaupun ber 'guru' dengan pen digital tu
tak kisahlah nak baca quran sorang kan . yang penting tajwid tu jangan salah. takut lagi berdosa adalah , kan.
@Mizz Aiza (Dunia Kecil)terima kasih dear. tapi sebelum tu momoy perbetulkan dulu. jangan salah faham ye dear. hati momoy kuat untuk berjubah, bukan tudung. sbb tu momoy kata momoy ni gila.
@Umi NazrahInsyaALLAH. dan terima kasih sis. Amin. semoga Momoy berjaya . sekarang berusaha nak jaga solat dan tambah solat sunat. quran nak jadikan amalan sementara tggu waktu isya.
sy pun ada beli al-quran digital cmni.. selamat beramal, momoy ^^
terima kasih bapa saudara himawari yg comel. jom jadikan amalan harian kita. Amin
Thanks dear! <3
@Era Alemsama-sama sis =)