Assalamualaikum.
Sejak dunia makin canggih ni, aktiviti shopping semua di hujung jari je. Sampai lupa keseronokan dan sakit kaki bila shopping secara manual (offline).
Kawan : "Mana nak cari teddy bear besar untuk birthday tunang aku eyh ?".
Momoy : "Kejap. Nanti Momoy bagi link. Kat situ selalu ada. Life size lagi".
Apa-apa hal sikit, buka online shop. Hidup pun dah jadi macam kera sumbang. Dulu-dulu ada juga spend time dengan kawan-kawan bila shopping kat mall kan. Tawaf kat mall berjam-jam tanpa rasa penat tapi langkah pertama pijak rumah, baru terasa lenguh sendi-sendi dan kaki macam nak tercabut. Hik hik hik. Sekarang cuma duduk menghadap laptop belek-belek FB ke, online shop mana yang berkenan. Jadi nak cuba hidupkan semula tradisi lama tu. Ewah.
Mula-mula Momoy senaraikan dulu barang yang Momoy nak cari. Lace dress dan black heels. 2 items je pun. Tapi mencabar juga tu bagi Momoy sebab Momoy ni cerewet. Kalau heels susah nak cari design yang berkenan. Kalau dah okay, kena tengok design tumit dia pula macam mana. Momoy tak suka yang lebar. Suka yang halus tapi cantik dan stabil. Paling penting, tak sakit kaki dan makan kaki !
Pakai berdiri, duduk dan pusing keliling kedai berpuluh-puluh kali. Buka kasut tu sebab rasa macam okay selesa. Tapi lepas tu pakai balik, pusing-pusing lagi. Cari kasut paling lama sebab takut tak selesa, belakang kaki sangat takut melecet la apa la ye. Sampai salesgirl buat muka bosan baru tanggalkan bagi balik pada dia. Kalau okay so pergi bayar lah. Kalau tak okay, keluar buat muka tak bersalah. Apa nak malu. Pengguna kan ada hak. Tak sesuai tak kan nak paksa diri beli kan. Muahaha. Eh tapi ada juga kawan yang beli walaupun tak suka. Kata dia kesian kat salesgirl. Tapi bila sampai rumah terus campak entah ke mana. Pfff... Macam-macam.
Pendek cerita, shopping di East Cost Mall rupanya tak sesukar mana pun Momoy nak dapat item-item tu. Tak sampai 2 jam pun. Terperanjat Momoy. Agaknya sebab dah lama tak offline shopping jadi tak tahu nak melilau-lilau. Dulu tawaf dulu satu mall. Lepas tu test pula satu-satu. Last sekali cari balik kedai yang memula masuk tadi. Hahaha...
Malas nak taip panjang-panjang lagi. Tak sabar nak rendam kaki dengan garam kaki spa. Manja sangat la kaki tu. Jom tengok hasil rembatan shopping tadi. Dress dan heels (seperti yang di hunting).
Black high heels idaman. Wink wink !
Ekceli banyak dah design macam ni cuma kaler je lain-lain. Tapi cari juga lagi warna hitam
sebab nak yang ada platform dan strap.
Akhirnya jumpa juga. Dah lama hunting dress material macam ni.
Super kawaii. Thx Rimau !
Dress lagi. Chiffon dress yang ada cut design berbentuk
kelopak bunga dan pearl. Bawahnya layer yang flowy. Feminin dan romantic gitu. Lovely !
Yang dress kaler pink tu tak ada dalam list pun. Standard la tu orang pompuan kan. Walau kaki dah lama tak jalan shopping sana sini, tapi skill nak menghabiskan duit tu memang tak lupus lah. Jangan marah. Mih mih.
P/s: Trimas to dear Dayang Deno for the cute blog header. LOVE !
25 comments
haha..salu jgk mcm tu d mall,bila smua xbkenan main keluar je tinggalkan salesgirl terkebil2..cian plk..btw..cantik header baru momoy..:)
cantiknya kasut baru awak
zaman sekarang semunya terletak dihujung jari..tapi kalau nk puaskan hati lg, baik lagi offline shopping..:D
saya ponn sekarang semua beli baju bagai depan laptopp jee haha tapi ada jugaklahh takat nak window shopping. kalau nak shopping tu memang tak lahh sebab walaupun dah round 10 mall pon belum tentu jumpa yg berkenan haha
i pun suka shooping online..
hehe
:)
mcm2 dalam fb skung ni semua di hujung jari . . tpi perempuan semua sma kot kan . . muni pon masuk kedai kalao bli kasut mcm momoy jugk kena jalan pusing kedai dlu try kasut . . hubby buat muka sengal je kalao kena teman muni . hahahaha :p
kadang-kadang best juga offline shopping sebab dapat feel..anyway I like the heels :)
@Farra Nhehe... tu la dear. kadang kesian juga tapi kan kalau beli tak guna pun buat apa kan. membazir jer nnt
@Anonymousthx dear anony
@fadh leyanietu la
offline shopping tetap best
cumasejak keje tganu ni nak kuar shopping rasa malas sikit
@FarhanahAdzlanhaha...momoy pun macam tu juga
@NARDtheNERDsep sikit
hehe... cam terasa plak...kalau shopping mesti ada byk yg takde dlm list tapi terbeli plak...
Assalamualaikum.
dear Cik momoy yg comey lote..
lamenya tak dengar khabar momoy. cml xpaham lah ngn blog ni slepas update blog, sume bloglink yg cml follow tak direct link. tension x? huhu..
Momoy sihat?
Akak jarang shopping online, cam tak puas nak telek item..kalau pergi mall, terus boleh try kan.
Assalamualaikum awak. sheila pun jadi macam tak reti nak shopping kat mall skrg. semua pakai online je. masalahnya pakai alamat rumah mak. hari2 posmen ketuk rumah mak, pasrah je mak kita. hiewhiew ~~~
jom singgah instashop ein.. hihi
walau jadi satu trend online shopping akak masih lagi mengekalkan tradisi lama lebih selesa & suka shopping offline.. kecuali barang2 yg susah nak dapat kat luar hanya jual kat online. tu pun boleh kira sebelah tangan berapa kali je akak beli brg online ni. nak2 lagi baju kasut seluar bagai...
@msredcheesecakehaha...biasalah pompuan kan. hihihi... tak boleh nak salahkan kiter, betul x
@msredcheesecakehaha...biasalah pompuan kan. hihihi... tak boleh nak salahkan kiter, betul x
@msredcheesecakehaha...biasalah pompuan kan. hihihi... tak boleh nak salahkan kiter, betul x
@msredcheesecakehaha...biasalah pompuan kan. hihihi... tak boleh nak salahkan kiter, betul x
@msredcheesecakehaha...biasalah pompuan kan. hihihi... tak boleh nak salahkan kiter, betul x
@msredcheesecakehaha...biasalah pompuan kan. hihihi... tak boleh nak salahkan kiter, betul x
eh...ada insta
insyaAllah momoy visit