Assalamualaikum semua.
Orang perempuan ni memang tak boleh hidup tanpa make up. Tapi Momoy pula dah 2 tahun pergi sana sini dengan naked face. Even bedak atau lipstick pun tak pakai. 2 tahun bukan sekejap kak senah yer. Sehari pun kalau tak tepek bedak kompak terasa macam tak ada muka, betul tak ? Cuma satu yang Momoy pakai - maskara. Itu pun kalau buat eyelash perm la kan.
Konon nak muka suci gitu. Natural beauty mat salleh cakap. Tapi nampak suci dalam debu je muka. Tahun lepas ada cuba nak pakai bedak compact. Ala yang bedak arab tu. Beli sampai dua warna - russet dan cherry. Semangat kemain. Tapi tak pakai pun sebab muka naik jerawat kecil-kecil pula. So, dua tahun ni tepek baby powder Johnson & Johnson tu je la.
Dah boring kot berwajah debu suci, maka Momoy pun teringin nak pakai make up. Light make up.
Tak tahu la mungkin sebab dua tahun tak beli barangan make up,
jadi shopping macam orang baru keluar dari gua.
Tolong jangan buat muka terkejut. Barang make up memang penuh kotak besar kat bilik tu. Tapi kan make up ni dia ada expired date kan kan kan. Fuh. Baik punya alasan. Kihkih.
Wonder Glow Cosmetic
Teruja pakai skincare Wonder Glow berkesan so beli barang make up dari Wonder Glow (WG) secara online. Kononnya nak pakai satu jenama gitu tapi makeup Wonder Glow tak se best skincare dia. Bawah ni item yang Momoy beli.
[1] WG eyeliner mermaid eyes waterproof with sharp edged brush liquidlast
[2] WG magic pink | shining gel
[3] Kotak WG magic pink
[4] WG HD 3D cream
[5] WG pearl cream
Review la sikit kan. Eyeliner dia sangat pekat (warna), waterproof tapi bercinta bila pakai hoi. Sebab berus dia tak sharp. Dah tu lambat sangat nak kering. Hais. Yang lip gloss pula, WG Magic Pink tu sepatutnya ada pasangan dia - WG Shining Gel (sebab tu dia datang dalam kotak). Tapi Momoy dapat dua-dua Magic Pink. Salah time packing ke apa nih. Lip gloss tu rasa macam mint 'pedas' dan bau macam biskut raya lemau jer. Sekali jer Momoy pakai (itu pun test).
Yang HD 3D cream tu lebih kurang macam foundation. Tapi tak sesuai dengan kulit Momoy. Bila pakai muka Momoy mesti naik jerawat walaupun suka dengan efek flawless. Tak ada jodoh.
Yang pearl cream tu pun macam foundation juga. Nak pakai kena koyak sikit pearl tu kemudian baru krim dia keluar. Pakai jarum cucuk pun boleh. Pearl tu ada 28 biji kalau tak silap. Satu pearl tu boleh la guna 3 kali. Seriously Momoy suka produk ni. Krim dia sangat-sangat light. Dah rasa macam mousse pula. Walaupun kecintaan pada pearl cream ni tinggi tapi kalau habis jangan harap Momoy nak re-purchase lagi. Sebab apa? Sebab menyusahkan dan harga dia boleh tahan mahal untuk krim yang cenoet tu.
Dari barang-barang kat atas tu, cuma WG pearl cream tu je yang Momoy suka. Momoy tak suggest korang untuk beli sebab harga make up Wonder Glow ni mahal tapi kualiti biasa-biasa saja. Baik beli make up kat drugstore macam Guardian atau Watson.
Oleh sebab kecewa cita-cita tidak tercapai. Lepas bayar kereta kat Mesra mall, terus drive babyboo pergi Kuantan. Jadi misi hunting make up diteruskan. Gigih betul.
Revlon Colorstay
Masuk Guardian tertarik nak cuba barangan Revlon. Sebelum ni jeling-jeling dengan ekor mata jer. Ni first time beli make up dari brand Revlon dan terus jatuh cinta ! Dulu Momoy guna barangan make up nak brand dari Jepun Korea je. Sebab addict giler dengan Japan Gyaru style.
[1] Revlon colourstay (for combination/ oily skin) 200 nude SPF 15
[2] Revlon colourstay pressed powder (light)
Bedak compact tu nanti boleh ganti baby powder J&J tu. Momoy ambil kaler light iaitu yang paling cerah. Tak nampak gelap dan tak nampak putih. Ngam-ngam dengan warna kulit Momoy. Mengurangkan minyak tapi lepas dua jam berminyak semula. Ceh. Bab coverage okay la.
Yang dalam botol tu foundation kot walaupun tak tulis foundation etc. Ni pun Momoy ambil warna cerah (nude) dan kena ngam dengan kulit. Best ! First time jumpa foundation dan bedak yang kena tepat dengan warna kulit Momoy. Kata pengeluar 'flawless look, lightweight feel' 'wears for up to 24 hours'. Flawless tu Momoy tak pasti tapi coverage cantik dan memang sangat-sangat light pun krim dia. Tak terasa macam pakai make up kat muka. Sungguh.
[3] Revlon colorburst lacquer balm 105 demure
[4] Revlon colorburst lacquer balm 110 coquette
Beli make up tak beli lipstick janggal pula. Ada banyak jenis yang batang dia macam ni tapi Momoy beli yang jenis 'colorburst lacquer'. Yang lacquer ni dia ada shining-shining sikit. Kaler dia cantik. Shining dan senang pakai. Sapu je dan tak payah risau lipstick tu comot ke patah. Licin dan senang meluncur bila sapu di bibir. Ewah ayat macam iklan.
Mula-mula beli yang kaler nude tu (105 demure). Lepas solat kat surau mall tu, test pakai. Eh, rasa macam cantik dan senang je nak guna. Terus pergi beli yang kaler hot pink tu pula. Haha. Tapi serius memang best. Recommended !
Elianto
Momoy kan suka (dulu ler) beli make up yang publish dalam Japan magazine macam S-Cawaii, Mina, Vivi etc la. Suka sebab comel-comel (lepas tu menangus sebab mahallll) dan time tu Momoy pengikut Japan Gyaru Style. So haruslah pakai brand diaorang bila nak tranform gyaru tu. Semangat Gyaru. Hehe...
Tiba-tiba berjalan terjumpa booth Elianto ni. Eh. Baru tahu Elianto ni make up dari Korea tapi harganya lebih murah. Eye shadow ada yang RM5 jer. This is madness. Kenapa baru tahu ni. Hehe. Oleh sebab dah beli bedak kat Guardian tadi, so kat Elianto ni beli banyak make up untuk mata je la.
[1] elianto sparkle magic powder
[2] elianto snow white (celestial 2 in 1 eyeliner)
[3] cuticle oil
[4] elianto eye primer
[5] elianto super brilliant colour powder 04
[6] elianto touch on blush B-P2
[7] elianto eye shadow - coco coffee
Yang barang elianto tu Momoy tak try pakai lagi. Secara main test-test jer. Cuma yang blusher tu dah try sebab tak tahan dengan kecomelan dan kelembutan puff dia yang lembut tu. Warna cantik tapi macam susah nak guna sebab debu blusher tak nak keluar. Terpaksa buka filter dia. Then habis semua debu tu tumpah. Dah tu banyak sangat melekat kat puff tu. Huhu. Ada sesiapa pernah guna tak blusher ni ? Boleh bagitahu cara yang betul ?
Dolly Wink
Dan sebelum balik, singgah dulu di Sasa. 2 tahun tak jejak kaki di kedai pink ni. Terasa kelainannya. Kihkih. Dulu Sasa ni tempat wajib Momoy kalau pergi mall tau. Tapi syukur sebab dah masuk drugstore dan Elianto tadi, jadi cuma rembat eyeliner dari Dolly Wink. Yang eyeliner Wonder Glow tu menyedihkan sangat.
Packaging memang cute tak boleh blah.
Eyeliner dari Dolly Wink memang terbaik la. Berus dia sangat tajam.
I love u Tsubasa tapi kan Dolly Wink you mahal ler.
Momoy dulu kalau beli produk Dolly Wink atau eyelashes jenama Jepun macam model S-Cawaii atau Vivi, mesti beli online. Murah sikit. Eyemazing favourite Momoy sampai sekarang. Okay. Hobi Gyaru dulu memang makan belanja yang besar sebab belanja make up saja pun dah melubangkan poket. Belum lagi baju dan aksesori. Ulzang murah sikit tapi still cute. Eh, tapi comot macam sekarang pun best juga. Hehe...
Cukup pasal tu. Sasa ni ibarat heaven untuk shopping make up bagi para Japan Gyaru atau Korean Ulzang. Fuh. Dah lama tak make up gyaru style. Skill tu pun dah hilang. Dah lama tinggalkan dunia gyaru. Sob sob sob. Yela. Dah tua kan. Lagi pula kerja kat Terengganu ni.
Lain-Lain
Maybelline clear smooth shine free clear stick (BB stick SPF 21 PA+++) 01 Fresh
Hmm... zaman universiti dulu pernah pakai Maybelline foundation stick. Best sangat tapi dah 8 tahun kot tak Maybeline tak keluarkan benda best tu. Teringat zaman uni tu, beli BB stick ni. Coverage okay tapi sayang lepas dua ke tiga jam jadi CAKEY. Benda yang paling Momoy tak suka kalau pakai krim atau foundation. Huh. So, ada sesiapa nak ?
My Beauty Diary peach soda eye lip makeup remover
Dah beli make up segala mestilah beli makeup remover. Buang segala kekotoran hatta yang degil sekali pun. Tak nak guna make up remover pun tak apa. Tak wajib pun. Tapi lepas tu jangan bising kalau jerawat berkhemah. Make up remover MBD ni kena shake-shake dulu sebelum guna (letak pada kapas atau wet tissue). Bau peach yang lembut rasa nak telan-telan. Muka terasa bersih, lembut, lembap dan sedikit oily.
Eeee... tak sabarnya nak conteng muka.
Kulit lebih cantik | Harga mampu milik
12 comments
salam kenal dan follow
torascool(dot)blogspot(dot)com
wah, memang habis-habisan shopping brg make-up...akak pernah guna set eyeliner elianto..dah hampir dua tahun..sampai sekarang tak habis-habis lagi.ahaks... compact powder pakai jenama miyami..tp skrg pakai silky girl je
wahh manyak makeup ktk momoy :D
salam kenalan dear torascool =)
oh tu la sis. sbb dah lama x shopping make up kan
jadi nampak make up mcm suma nak beli
haha
nasib baik eyeshadow x suka pakai
yalah. hehe...
ya membalas dendam sbb lamak sik bermakeup
hihi
tu beli utk mekap atau nk main lukis2, hikk...
bapak ahh...banyak gilaa momoy shopping make up..memang ni qadha berapa taon ni haha
Fuh sakan seharian soping make up. Kira kopak gak lah dalam duk harga mampu milik kan. Sama lah cml pun sejak ada anak ni. Ikut dan je pakai ape yg sempat. Kadang tenyeh lipbalm semata. Kadang pakai maskara je. Kadang naked trus muka dah macam momok sbb muka nmpak pucat je.. huhu.
Bab elianti blusher tu. Cml ada 1. Jgn buang filter die. Kalau momoy buang mmg selambak kang kat pipi tu. Just tekap2 kat muka banyak kali nt pipi jd pinky2. Mula2 xperasan nt bila lame2 bedak n kulit dah pecah minyak nt warna pinky tu naik terselah warna die. (Hah dah cam rancangan masak2 plak siap ada pecah minyak kan.. masak kari ke hape kan?)
Banyak nye makeup ! :D
@ComelComotoh mcm tu cara dia. thx a lot comel
asyik tension jer dab-dab tapi tak nak keluar
hahaha.
@Sara Yasminebeli je banyak pakai nyer 1 2 juga. hehehe
sebab dah biasa x make up