السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hari tu cakap pasal nak detox sebelum consume Qu Puteh kan. Haa... Meh baca review. Pening fikir nak detox apa, akhirnya Momoy pilih...
NH Vege F'bre Plus. Oh. Kalau tak silap Momoy si putih Adira tu duta NH ni kan.
Dalam packaging NH Detox Slim ni ada 7 sachet. Bila balik rumah baru Momoy perasan yang NH nih ada nama lain yang orang panggil iaitu 'NH Detox Slim' ! *pitam*. Momoy risau berat Momoy turun. Adoi la. BMI sekarang dah ideal. 54.5 kg.
Serbuk NH halus jer. Momoy bancuh bagi suam jer.
Sebab kat packaging NH tu tulis kena minum segera.
Ni rupa lepas bancuh macam jelly sikit, Bau macam daun lalang. Huhu.
Rasa tak sedap hati. Tetiba jer terfikir kenapa bau pelik. Lepas tengok tulisan 'Vege F'bre' baru fikir... Aisehhh... Vege tu bukan sayur ke ? Isk isk... kenapa slow sangat nih. Rasa nak tampar pipi sendiri tapi takut sakit. So lupakan.
Minum dalam Hello Kitty ni pun tak mampu nak habiskan juga. Haha... Rasa azab jer nak lalu kat tekak ni. Tambah pula NH ni kan macam jelly jelly. Jadi, geli jer tekak dengan rasa dan bau dia yang sangatttttt fiberrrrr dan naturallllll itu. Huhu.
Bukan sebab ingredient NH ni tak bagus tau. Bagus sangat-sangat tapi Momoy tak boleh pergi lah. Haha... Momoy rasa siapa nak kurus sesuai sangat kot. Sebab esoknya Momoy pergi membuang dengan senang sekali. Tak ada rasa sakit perut ke apa.
Pendek jer nak cerita pasal NH nih sebab Momoy minum satu sachet jer *tutup muka*.
Siapa-siapa nak try NH Vege F'bre plus a.k.a NH Detox Slim ni silalah beli kat Guardian. Watson dan farmasi pun ada jual. RM 30++ sahaja.
3 comments
Aih momoy.... Jgn x abiskan tau! Ganbateh! ( ˘ ³˘)♥
hahah kalakar lah momoy.. btol2 natural sampai xmampu telan ek.. takpe dear. pelan2 telan ok