Teaser Qu Puteh Qu Puteh, Barulah Puteh ~ | .::: MOMOY blogirl :::.

26 January 2016

Teaser Qu Puteh Qu Puteh, Barulah Puteh ~


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Rasanya semua rakyat Malaysia sekali pun budak tadika kenal produk ni kot.





Sekarang ni kan, asal buka TV jer mesti ada Dato' Seri Vida pengasas Pamoga Qu Puteh tu *dua jari kat pipi*. Mula-mula tak attract pun dengan produk Qu Puteh dia sebab bahan dia lebih kurang sama je kot dengan produk local yang lain. Dah tu pula produk dia semuanya mahalllllll. Haha.



Biar pun hari-hari hatta selang 10 minit iklan Qu Puteh tu muncul, tapi Momoy bangga sebab mental Momoy kental. Tak terhasut pun dengan momokan DS Vida tu *tepuk bahu*.



Petang tadi Momoy pergi Mesra Mall. Lepas shopping beauty haul kat Sasa, elok lalu jer depan kiosk produk kecantikan, boleh pula ringan mulut Momoy ni cakap kat adik yang dok jual tu "Dik, bagi Qu Puteh satu". Arghh... Rasa nak jahit mulut sendiri tau.





Mujur Qu Puteh ada promosi Gegar Juara Qu Puteh jadi harga dia RM 168, 
berbanding harga asal dia RM 268. 





Momoy pernah jumpa orang jual online RM 215 jer. Tapi still mahal la kan kalau nak compare dengan produk Bumiputra yang lain macam Aura White, K-Colly dan seangkatan dengannya. Ni Momoy copy paste kebaikkan Qu Puteh tu.



6 Manafaat Utama Qu Puteh ialah:

  • Anti penuaan & anti kedutan
  • Membantu menghalang jangkitan selsema dan jangkitan saluran pernafasan.
  • Menganjal, melembabkan, mencerahkan kulit
  • Mengurangkan selulit
  • Mengurangkan masalah keguguran rambut
  • Meningkatkan kadar metabolisma badan



Tu jer la nak cerita pasal Qu Puteh ni. Review Qu Puteh tu next time ye. Macam yang Momoy taip kat tajuk atas tu, teaser jer. Jadi, jangan marah haaa... Nanti lepas habis consume sejar tu Momoy review laa ok. Insyallah. Tabur janji manis lagi. Tsk.



Sekarang, Momoy fikir nak detox badan dulu sebelum ambil Qu Puteh ni. Harga datuk mahaiii kenalah detox dulu barang seminggu dua. Ikut hati sumpah malas, tak sabar, nak terus consume jer. Hihi. Hari tu dah consume detox Kinohimitsu. Kali ni nak try brand lain pula. Ada cadangan ?

3 comments

January 28, 2016 at 11:03 AM Reply to comment

Puteh kali tu..heee

January 31, 2016 at 8:53 PM Reply to comment

wah qu puteh die puteh kau puteh semua putih barulah putihhhh...

Momoy try detox kapsul by Shaklee pun bagus gak, lagi senang telan je.

February 1, 2016 at 12:29 AM Reply to comment

Bertambah puteh la kak Momoy lepas ni, tagline dato vida tak sia-sialah jawabnya. hahaha.. Nak detox cubalah guna produk tea tox, buat masa ini okay jugalah pada Azwar. heheeh

p/s: Selamat tahun baru kak Momoy! Lamanya tak singgah sini! ;)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...