Buang DAKI hitam di badan anda | .::: MOMOY blogirl :::.

16 January 2016

Buang DAKI hitam di badan anda



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Yuhuuu... Terjumpa benda alah ni dalam Facebook. Well dah try benda ni beberapa kali, terus rasa nak taip kat blog. Kalau lama-lama confirm dibawa angin. Momoy kann. 




Milky Coconut Bodyscrubs




Kenapa ? Sebab pertama adalah Momoy suka sebab ada coconut which is kelapa. Heheh.



Dulu masa Momoy kecil, lepas masak mesti simpan hampas kelapa nak buat sental-sental badan masa mandi nanti. Ohoo... Momoy memang diasuh memasak dan mengemas dari kecil. *cough* Up diri kejap. Hampas kelapa tu kan nanti Momoy bungkus dalam kain perca. Lepas tu ikat dengan getah kuat-kuat. Macam sup bunjut. Haa... Petua orang lama-lama ni memang berkesan tau. Kulit mati semua tanggal dan kulit pun feeling soft jer.



Tapi zaman sekarang ni, susah sangat nak jumpa kelapa parut 50 sen ke seringgit tu. Masak pun pakai santan kotak atau pun yang dah dijadikan serbuk tu. Rugi budak-budak zaman sekarang tak merasa kupas buah kepala dan lenguh pinggang sebab parut kelapa. Hehe. 



Sebab yang kedua pula bahan dia adalah dari susu. Omo omo... Susu ni memang best tau. Boleh cerahkan kulit ! *kenyit mata* Momoy pernah bagi tips cantik dengan menggunakan susu dulu kan. Ada satu sebab lagi yang buat Momoy tertarik nak try. Iklan kat Facebook tunjuk cara nak apply dia lain sikit dari scrub yang biasa Momoy guna. 



(Yang ni ayat coffee pasta dari label botol tu) 

Mix Moist Coconut Paste with water to make thin smooth paste, apply onto body and let the scrub dry for 10-15 minutes. Use hands to scrubs gently on a circular movements. Cleanse the body with warm water, for best result shower with Aroma Milk Bath. 




Ni rupa scrub tu. Sedikit berketul-ketul sebab dia 100% natural. So tak perlu risau.




Tambah air sikit dan ramas-ramaskan guna tangan sampai la macam gambar bawah ni. Tak perlu terlampau pekat pun sebab nanti masa nak tunggu kering lama. Tapi jangan terlalu cair pula. Agak-agak jela.




Sooo creamy ~




Lepas siap tu lumurlah satu badan. Masa ni asyik cium-cium scrub tu je sebab bau macam biskut bangkit. Walau pun bau dia tak adalah strong sangat, tapi boleh buat Momoy lapar la juga. Huhu. Oh ye, lupa pula nak bagitahu scrub ni yang special nya kena apply masa badan kering



Then tunggulah dalam 20 ke 30 minit. Bila dah kering kat badan. Mulakan operasi menyental secara memutar. Masa ni boleh tengok habuk-habuk scrub bersama dead skin tertanggal macam sisa pemadam getah zaman sekolah. Sesiapa yang dah lama tak buat activiti scrubbing ni, hampas scrub tu akan bertukar kaler coklat sikit. Euww. 



Milky Coconut Bodyscrubs nih dia ada 3 size packaging yang boleh dipilih. 120 gm, 250 gm dan 500 gm. Momoy beli yang 500 gm sebab Momoy memang suka scrubbing. Lagi pula kulit Momoy senang kusam sebab keadaan kerja. 




So yeah. Harga dia RM 85 untuk 500 gm.




Mesti nak tahu hasil dia cam mana kan. Jujurnya scrub ni ada efek kulit lembut sikit-sikit macam pakai lotion. Not the best tapi still Momoy suka. Kesan yang paling nyata adalah Momoy dapat rasa kulit badan Momoy rasa sangat bersih dan sangatttt lembap gitu. Ni sebab ramuan coconut tu la. Ecewah... tak taip kelapa. Sombom nau. Sangat-sangat recommend pada sesiapa yang kulit dia sangat kering atau bersisik. 



Kalau kawan-kawan rasa nak cuba scrub ni, boleh klik page INI. Ada pelbagai info dan testimoni pasal produk tu juga. Dadiduuu ~



4 comments

January 17, 2016 at 3:08 AM Reply to comment

bab sental kelapa parut tu mmg wajib dulu2 tapi skng susah nak dapat. btol lah apa yg momoy tulis tu. Zaman dah beralih musim, skng semua express beli siap just kita yg kena mix n blend pahtu apa lagi sental menyental lah..

January 24, 2016 at 12:08 AM Reply to comment

Dear comel (wong meimot)

oh oh dear pun penah buat. best kan guna hampas kelapa parut tu =)
selalu sangat buat masa kecik dulu. daki-daki memang tak sempat nak melekat. haha

February 10, 2016 at 11:32 PM Reply to comment

Name scrub ni buat sy nak amek seketul masok dlm mulut laaaa ฅ•ﻌ•ฅ mesti rase mcm kerisik. Hehehe! Waa... Mcm bestla scrub ni.Nk cubela

February 11, 2016 at 8:13 PM Reply to comment

@Ghades Johor
Dia bau mcm biskut susu gitu. hehe...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...