Mari membeli batu. Erk.. | .::: MOMOY blogirl :::.

20 January 2020

Mari membeli batu. Erk..




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Hari ni nak story pasal lampu batu. Momoy selalu la nampak kat spa-spa. Kadang-kadang ada juga kat mall warna oren-oren gitu. Jujurnya, Momoy tak minat pun sebab kaler oren malap-malap gitu. Haha..


Rupanya lampu batu oren malap-malap tu dipanggil lampu garam. Ia digunakan sebagai penapis udara secara semulajadi. Selain dari tu, manfaat lampu garam ni boleh memberi kesan ketenangan (calming) dan berupaya menstabilkan emosi dengan bauan dari garam batu tu. Oh.. patutlah banyak sangat kat spa-spa. 


Banyak lagi sebenarnya manfaat lampu garam ni. Antaranya membantu mengurangkan simptom masalah asma, melancarkan aliran darah dan membantu meningkatkan kualiti tidur. 


Tinggal dulu lah part kebaikan ni. Kalau nak lebih lagi boleh tanya mak cik Google. Macam yang Momoy tulis tu, Momoy tak minat. Tapi dalam tak minat tu, Momoy boleh terbeli seketui lampu garam tu. Boleh imagine tak? Haha.. Momoy sendiri pun pelik tau. Beli online pulak tu. Awal-awal pagi pulak tu shopping batu 😂😂


Ni gara-gara nampak lampu garam mewangi dari Aura Rezeki yang lain dari biasa Momoy selalu jumpa. Lampu garam ni kaler putih dan bentuk dia tinggi. Uhuk.. nice jer. 



Garam besau macam ni confirm masakan cukup rasa.



Cahaya dari lampu garam putih ni pun bagi Momoy takde lah bila pasang jadi 'kuning oren' sangat kan. Dia still kuning juga tapi yang boleh mata Momoy terima. Cerewet nau mata Momoy nih. Hais.


So, inilah pembelian lampu garam batu pertama Momoy. Sebelum ni memang tak pernah terfikir nak beli benda alah tu. Haha.. alih-alih dah duk kat meja SOHO (small office home office) Momoy. Cahaya dia lawa, tak payah letak lampu IKEA pun elok jer lighting dia. Lagipun sengaja letak kat SOHO sebab lampu garam tu juga berupaya menyahcaskan ion-ion negatif dari peranti elektronik contohnya handphone dan laptop Momoy. Ewahh..



Hey.. lampu putih tu boleh tukar-tukar kaler yang kita nak dengan tukar 
mentol berwarna. Tapi Momoy suka putih camni jer.



Lampu garam ni berat antara 3-4 kg bergantung pada bentuk dan saiz. Didatangkan sekali ngan tapak (tile) dan mentol kecil 15 watt. Cara pasang pun mudah jer. Pasang mentol pada tapak, tutupkan dengan lampu garam tu, on suisnya dan nikmatilah suasana damai tersebut. Done! 



Comey jer mentol ni. 15watt jer so jangan risau bil tak melambung pun.



Fuh.. lepas ni takde lah alasan malas nak update blog lagi. Koh koh koh.. Okay, mesti ada yang tanya beli kat mana kan? Momoy beli sis Wana Zainol yang jelita. Usha-usha di SINI.



1 comment

January 26, 2020 at 7:07 PM Reply to comment

wah dapat tahu jugak yag lampu garam ni bagus. nt nak cari lah ..sbb tgk momoy review mcm best n cantik jugak utk hiasan umah

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...