Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Assalamualaikum semua ( ≧◡≦)
Lepas review tranexamic acid tempoh hari, ramai pula yang email Momoy. Yang tak tahu apa itu tren acid (singkatan bagi tranexamic acid) boleh baca SINI dan review tren acid boleh baca SINI.
Hari ni nak review pasal jab-jab juga. Review Glutax 12g Advanced HD. Masa Momoy jab tu, Glutax 12g time tu adalah yang paling tinggi. Sekarang ni dah ada Glutax 15g pula. Tengok tu, dah keluar Glutax 15g tapi baru terhegeh-hegeh nak review Glutax 12g punya.
Glutax 12g Advanced-HD
Ada banyak jenis Glutax. Tapi packaging Glutax 12g ni paling cantik bagi Momoy. Dah habis guna tapi tak sampai hati nak buang. Simpan buat makan space dalam bilik =.=
Glutax 12g ni Momoy inject 3 bulan lepas (kot). Peram dalam draft lama sangat sampai tak ingat bila. Tapi jangan tuduh Momoy main belasah je review tau. Kesan dan hasilnya Momoy ada tulis. Tulis minggu-minggu je la dan bukannya tarikh.
Mesti ada yang tertanya-tanya apa fungsi Glutax 12g ni kan. Haa ni dia. Momoy kopi pasta janji-janji manis oleh pengeluar.
- Make your skin white , smooth and radiant
- With the Lipoic Acid may enhance the effectiveness of glutathione
- Removing free radicals that cause abnormal function of brain and organs
- Increase the elasticity of the skin
- Summarizing the pores of the skin which tends to enlarge
- Anti aging / anti aging
- Remove & Vanish Scars
- Reduce pigmentation resulting from sun
- Reduce fine lines and wrinkles around facial area
- Suppress the formation of acne / blemishes / pimples
Tema purple. Ada 18 vials cukup untuk 6 minggu. Momoy guna 2 bulan.
Momoy beli dengan harga RM 300 (masa tu mahal lagi) sekarang rasanya dah boleh dapat RM 250 jer bergantung pada seller juga la ye. Upah doktor RM 10 - Rm 20 sekali cucuk.
Kandungan Glutax 12G Advanced-HD 12000 mg mengandungi:
- Glutathione 12000 mg
- Ascorbic Acid 2300 mg
- Alpha Lipoic Acid 300 mg
- Collagen Extract 450 mg
- Vitamin E 400 mg
- Pro Vitamin B3 350 mg
- Pro Vitamin B5 200 mg
Masa bawa Glutax 12g ni, doktor cakap bagus sebab semua vitamin dan semua gajah rimau ada dalam Glutax ni. So Momoy tak perlu nak injek berselang seli dengan Vitamin C. Yang Glutax 12g ni Momoy jab sekali seminggu atas nasihat doktor. Time tak-boleh-sembahyang Momoy tak inject.
Sekali inject guna 3 vials ni
Ni Momoy bagi gambaran sikit untuk kamu imagine. Vial Vitamin C (Ascorbic Acid) tu doktor akan campur dengan botol yang gemuk tu. Sebelum mixing tunggang terbalik lah botol gemuk tapi kandungan solvent dalam tu tak akan meleleh jatuh ke bawah ke apa. Maintain melekat jer. Lepas mixing baru benda tu cair. Lepas tu baru doktor campur dengan vial yang warna kuning tu.
Jangan terkejut kalau tonggeng botol ni kandungan dalam dia tak jatuh.
Lepas mix baru dia cair.
Siap semua blend, Doktor sedut Glutax tu keluar dengan picagari. Dan dah siap sedia nak cucuk. Momoy cucuk di pelipat tangan. Jenis IV. Lepas doktor tarik jarum picagari, dah siap !!!
Sebab kan Momoy inject Glutax kat klinik lain. Maka doktor yang cucuk tu pun lain la. Tak lemah lembut lemah gemalai macam doktor yang cucuk tren dulu. Doktor ni perangai jer lembut-lembut tapi ganas. So sakit la sikit bila dia cucuk tu terkeluar dari urat. Okay. Bukan sakit sikit tapi sakit banyak. Hahaha... (Kali ni baru tahu rasa sakit tu macam mana, kan. Rasa macam nak tumbuk-tumbuk je muka doktor tu. Dush dush dush).
Kesan ? Hmm... kulit tak putih pun. Tak tahu la kenapa. Tapi Momoy fikir sebab Momoy kerja kat plant kan. Sepatutnya lepas cucuk, lebih baik rehat-rehat kat rumah, pakai sunblock dan jangan terdedah pada matahari buat sementara waktu dulu. Air putih wajib minum banyak dan elakkan kafein. Macam tu lagi efektif la kesan dia.
Kulit Momoy memang tak berubah tone. Glowing ? Ya. Memang glow bila lepas jab glutax ni. Efek kulit lembut dan lembap terus dapat rasa (suntikan pertama). Momoy rasa ni sebab Momoy dah biasa suntik Vitamin C dan tren acid tempoh hari, jadi kesan dia kali ni cepat. Dah tak degil macam dulu *tepuk-tepuk tangan*
Cuba berfikiran positif. Lepas suntik Glutax ni, kulit Momoy tak cepat rentung. Banding dengan kawan-kawan yang kerja sama satu plant. Memang tak putih sebabkan kerja Momoy tapi susah nak rentung so okay lah tu.
Close up.
Kalau tanya mana lagi best, tren acid atau Glutax 12g ? Momoy jawab, mestilah tren ! Lepas ni nak cuba jab Veniscy Flawless pula. Jerawat makin banyak dengan keadaan kerja yang sangat stress. Stress = cepat tua. Grrrr....
Bye bye bye.
P/s: Banyak gambar dari cerita =.=
NOTE:
If you choose to try this product it is at your own risk.
Always consult with your doctor before taking anything new okay
Kulit lebih cantik | Harga mampu milik
14 comments
Momoy guna camera apa ye snap pic tu?. Cantik la pulak. Nmpak flawless hihi btw veniscy bnyk sgt feedback positive. Try la. Jerawat,jeragat,licinkan muka mmg elok sgt. Tp momoy xda dmam2 eh after inject tu?
arghhh..tak berani ambil risiko la..hahaah
@afifah adnansalam dear. momoy guna kamera hp jer. tu pun brand ninetology. eja camne ntah.
pakai yang biasa. x guna apa-apa software pun.
@afifah adnandulu memula je demam. waktu injek tren . lepas tu sampai sekarang ok jer. dah biasa kot
@Azwar Syuhadahihi... xpe. saja nak bercerita jer
salam momoy nk tnye lau glutax 15g ngan veniscy mne yg ok sbb abg sy try veniscy mcm de pe pon .. sy ingat nk try glutax 15g tp takot xnmpk kesan ..membazir je nanti..
@Beybie Shazzsalam dear . momoy pun tak boleh nak cakap yang mana satu plg baik antara veniscy dan glutax. sebab momoy tak try veniscy lagi . 2 week lagi baru jab veniscy. sbb momoy ingat nak detox dulu.
ni bergantung pada individu tu . sebab ada yang inject glutax ok even yang 5g. ada yang biasa je pun. cuma efek kulit lembut jer. macam yang jadi pada momoy. cucuk tren scar dan kulit soft tapi x putih. Tapi yang lain cucuk tren dan putih mabeles. tsk
hye momoy.. suke tgok your review sbb u jelaskan smpai fhm. hehe. momoy beli glutax online atau kat farmasi?
@faraezatyhi dear . tengkiu sudi visit blog ni. pasal tu momoy beli online je dear
hye there momoy :) Have u tried Veniscy? Okey tak especially part whitening tu?
My kakak is using them but baru 2 kali jab so far i tak nampak sgt efek putih on skin dia but dia kata skin dia lembut.
@AR. Wanie Zaihansalam dear wanie. momoy baru jab veniscy flawless 4x before puasa hari tu. then stop kejap sebab pose kan takut kurang minum air. so far putih tu belum lagi. tapi skin moist dan lembut lah. tengok lah seminggu atau 2 minggu lagi momoy continue jab semula.
Momoy klu drip n jab ape beza ya
@Hasya Imani
Salam dear Hasya,
drip tu cucuk yang jenis tergantung macam kat hospital tu yunk =)
Kalau jab sekejap sahaja. Kalau drip berjam juga la