Losyen kolagen pilihan saya | .::: MOMOY blogirl :::.

11 May 2014

Losyen kolagen pilihan saya


Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Assalamualaikum semua ( ≧◡≦)



Baca tajuk kat atas tu dah macam iklan dalam TV pula. Tsk. Seiring peningkatan usia, kolagen di dalam badan manusia semakin berkurangan. Keanjalan kulit pula sedikit demi sedikit akan mulai menurun (fuh... bahasa melayu sangat ni). Sedar tak sedar kita terkejut fikirkan tangan nenek siapa, rupanya tangan sendiri *lap air mata*.



Dulu-dulu... Tapi sebelum tu cuba bayangkan Momoy yang muda, yang belia, yang remaja dan yang bergetah *batuk* asyik pilih produk untuk whitening dan brightening jer biarpun muka macam jalan lepas banjir. Berlubang sana sini. Masa tu fikir nak putihkan lagi kulit. Sebab dalam kepala otak dah di mind set kan lagi putih lagi cantik ! Kononnya...



Sekarang... Okay, yang ni tak perlu bayangkan ye. Momoy yang kurang muda, yang kurang belia, yang kurang remaja tapi masih bergetah *batuk lebih* dah mula mencari-cari produk yang anti-aging, hydration, firming dan moisturising. Kulit putih bukan keutamaan lagi. Bila dah kerja macam ni, Momoy terpaksa redha dan belajar mencintai kulit Momoy yang semakin hari semakin tinted *muka sedih*. Haa... tak kisahlah asalkan kulit segar, lembap, tegang dan tak kering, kulit pun akan sentiasa kekal muda remaja gitu. Barulah cantik macam Che Ta *senyum bersemangat* Tapi kann... Che Ta tu putehhh. Uwaa... *sedih semula*.



Tapi jangan salah faham ye. Momoy bukan takut kulit kedut (tapi risau tu tetap ada. hoho), itu kan proses semulajadi manusia. Sedangkan besi pun boleh berkarat, inikan pula manusia *tunduk kepala* Cuma biarlah progress dia slow-down kan. Tak nak la nampak lebih tua dari umur pula *geleng-geleng kepala*. Dah le muka Momoy nih design jenis masam dan tak mesra alam, dah tu kerja pula asyik berjemur je, lagi la cepat berkedut. Tsk.  



Produk anti aging pada Momoy paling baik kalau amalkan seawal umur 25 tahun sebab bagi perempuan umur masa tu kita dah start aging sebenarnya. Lelaki pula masa umur mereka 40 tahun. Isk isk... sungguh tidak adil kan. Fakta ni juga la yang diguna pakai secara meluas oleh taukeh-taukeh kosmetik dan skincare untuk menakutkan kaum  wanita di bumi ni termasuklah Momoy. Huh !



Survey punya survey (kat Watson je pun sebenarnya. koh koh), hati terpikat nak cuba body lotion jenama St Ives. Teruja sebab produk ni skin renewing siap ada collagen elastin lagi. Sebelum ni pakai face scrub St Ives dah lebih 10 tahun, jadi apa salah nya cuba body lotion dia pula kan. 





Ada 4 variasi tapi Momoy pilih yang ini, St Ives Skin Renewing Collagen Elastic Body Lotion
Kain kalau kedut boleh iron. Kulit kalau kedut pakai la lotion St Ives ni. Haa... tak reti-reti lagi.





Lotion ni hypoallergenic. Jadi orang yang berkulit sensitif macam Momoy boleh guna tanpa keraguan kerana sudah diuji secara klinikal okayyy.



Iya, Momoy tahu tangan Momoy seperti lelaki. Jadi dengan harapan setinggi gunung Momoy gigih sapu lotion ni setiap kali lepas mandi dan sebelum tidur supaya semua salah anggap tu lenyap ditiup angin laut Paka. Ewah. 



Dah tiga minggu Momoy guna lotion ni so Momoy nak bagi review sikit la kan. Urm... Yang paling best tentang losyen ini adalah tekstur dia. Tekstur losyen ni pekattt macam shea butter cuma warna putih. Tetiba teringat dulu pernah pakai shower cream shea butter Olay yang best tu. Lepas mandi kulit moist dan ada bling-bling gold tapi susah sangat nak cari shower cream tu. Haip.





Pekat ! Terbalikan pun tak meleleh jatuh ! Momoy suka =)





Yang familiar mesti tahu yang brand St. Ives ni packaging dia mesti basic color putih. Botol losyen jenis pam. Momoy lebih suka jenis tu (pump) instead dari jenis buka penutup then kena picit atau tunggang botol untuk muntahkan isinya. Lagi, body lotion skin renewing St Ives ni bagi Momoy menjimatkan sebab tak perlu nak picit banyak-banyak. Tak menyesal beli sebab guna sikit saja dah cukup untuk cover seluruh badan. Tak tipu !





Botol losyen jenis pam botol dispenser yang menjadikannya lebih mudah gunakan.





Bila sapu pada kulit, terasa lembap dan tidak melekit tapi terasa macam pakai mentega (butter) di badan. Macam lilin pun iye juga. Penyerapan lotion ni sederhana tapi maksima. Lepas tu kulit terasa lembap,licin, tidak berminyak dan rasa ringan. Momoy juga perasan yang kulit Momoy terasa lembut dan lembap je bila di usap. Kelembapan tu tahan sekurang-kurangnya 5-6 jam. Walaupun selepas 6 jam, kulit Momoy tidak merasa kering.



Ini kandungan dalam lotion St Ives tu...



INGREDIENTS:

WATER, GLYCERIN, CAPRYLIC/CAPRIC TRIGLYCERIDE, CETEARYL ALCOHOL, GLYCINE SOJA (SOYBEAN) OIL, STEARIC ACID, CETYL ALCOHOL, UREA, HYDROLYZED COLLAGEN, HYDROLYZED ELASTIN, BUTYROSPERMUM PARKII (SHEA) BUTTER, DIMETHICONE, CYCLOPENTASILOXANE, CYCLOHEXASILOXANE, CARBOMER, PEG-100 STEARATE, FRAGRANCE, TRIETHANOLAMINE, BHT, PHENOXYETHANOL, METHYLISOTHIAZOLINONE, CAPRYLYL GLYCOL, DISODIUM EDTA.



Baca kandungan semuanya bahan pelembap yang bagus untuk kulit. Yang Momoy rasa macam lilin tu sebab ada glycerin. Patut lah. Tiada parabens atau phthalates. Yay ! Momoy suka produk yang free-parabens.



Lagi satu nak bagitahu, losyen ni ada bau vanilla dan badam yang sederhana. Tapi kadang-kadang Momoy bau macam tembikai susu. Haha... bila check ingredient tak ada pula honey due. Ntah la sebab hidung Momoy bau macam honey due. Tapi tak kisah lah janji Momoy rasa selesa dengan baunya. Bau mild yang sedap tapi tak bertahan lama. Lepas mandi dan sebelum tidur memang excited nak pakai losyen gitu. Haa...





Belakang botol





Ada tak yang tanya harga? Momoy beli RM 25 kat Watson. Mahal ke ? Eh. Tak mahal pun sebab botol dia besar tau, 621 ml. Memang adorable sangat dengan kualiti yang kita dapat. 



Yang Momoy suka :


  • Losyen berkolagen yang dicari-cari Momoy. Sesuai bagi mereka yang fokus pada kulit yang elastic. 
  • Kulit terasa lembut dan lembap. Kelembapan tahan agak lama.
  • Bau harum vanilla dan badam, juga tembikai susu (kot).
  • Tekstur lotion yang pekat. 
  • Hypoallergenic
  • Momoy rasa penyerapan sederhana tapi maksima. Tidak melekit.
  • Harga berpatutan
  • Mudah didapati.


Yang Momoy tak suka :

  • Permulaan sapuan losyen ke kulit terasa macam pakai lilin. Euww...
  • Tak ada SPF - hanya sesuai pakai waktu malam atau duduk dalam rumah/ office saja.
  • Perlu pakai losyen lain pada siang hari sebab losyen ni tak ada SPF. Huhu...
  • Tak tahu ada ke tidak botol saiz kecil (sebab Momoy cari tak jumpa). Ialah botol besar kan susah nak bawa travel.



Tu saja lah pro dan kontra mengikut pendapat Momoy. Review pendek jer tapi repekan yang lebih. Tapi apa pun, terima kasih lah sebab sudi baca entri ni sampai habis. Tepuk tangan untuk diri sendiri. Kamu ada lotion yang best ? Jom share !





  Kulit lebih cantik | Harga mampu milik



6 comments

May 12, 2014 at 6:52 PM Reply to comment

Jemput join ga sy :)
http://rafydahouse.blogspot.com/2014/05/beauti-giveaway-2-by-rafydahouse.html

May 13, 2014 at 12:08 PM Reply to comment

sama jugak guna face scrub st ives! :D tapi ecan tak suka losyen badan laa huhu. sbb tak suka melekit

May 15, 2014 at 9:31 AM Reply to comment

first time nampak losyen botol besar macam syampu punya :-P

May 15, 2014 at 6:41 PM Reply to comment

wangi x??hehehhe selalu sya pakai johnson jer,nk feeling2 baby katanya..heheheh

May 20, 2014 at 9:37 PM Reply to comment

bau vanila!...sy suka..

November 4, 2022 at 3:24 AM Reply to comment

Hello mate greatt blog

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...