Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Assalamualaikum semua ( ≧◡≦)
Masa Turnaround kat Gebeng tahun lepas, Momoy selalu makan mee tomyam kat kedai Thai ni. Memang best la tomyam dia. Bahan-bahan dan seafood dalam tu banyak. Rasa rempah semua cukup, semua rasa. Pedas bukan sedap pedas cili tapi pedas sebab rempah yang dia guna.
Oppsss… ni bukan nak cerita pasal makanan. Tapi sebab beauty produk ni ada kaitan la sikit dengan produk yang Momoy nak cerita tu jadi selit-selit la sikit. Ngeh ngeh. Pelayan-pelayan kat situ semuanya orang Thailand, kulit diaorang mak aiii cantik-cantik jer. Licin halus mulus gitu. Diaorang kata cuma pakai sabun susu beras dan egg mask. Pakai barang murah jer sebab tak mampu beli benda mahal-mahal. Tak kisah la dik, janji kulit ko cantik ye dak.
Satu hari tu waitress (tulis pelayan dalam English nampak macam sopan sikit, kan) nak balik kampung. Cuti seminggu. Ramah pula diaorang tanya nak kirim apa. Momoy bagi RM 50 kata beli lah egg mask dan maskara yang diaorang pakai selalu tu. RM 40 untuk mask dan mascara dan RM 10 untuk upah diaorang. Oh. Bagi sikit jer dulu sebab nak test market kan.
Order juga mascara sebab sumpah bulu mata diaorang macam babydoll. Maskara tu jenama Mistine RM 12 jer tapi kalah mascara Momoy yang harga puluh-puluh dan ratus ringgit. Memang melentik panjang habis la bulu mata Momoy yang lurus dan kontot ni. Tapi sayang jodoh 2 bulan jer sebab tertinggal kat surau. Huhu…
Errr… Dah tiga perenggan tapi cerita asal tak cerita lagi. Okay, pasal egg mask ni baru sebulan dua ni jadi famous amos kat alam maya ni. Bila tengok Instagram (ewahh… mentang-mentang dah ada IG) Momoy macam “Eh. Ni egg mask yang Momoy beli kat budak Thai tu”.
Ni stok egg mask yang Momoy kirim kat waitress Thailand yang kulit dia macam telur dikupas dekat kedai tomyam yang sedap tu (panjang caption). Tak sangka dapat banyak macam ni. Haha… Memang sangat murah. Huahua…
Okay. Tulisan Siam 100%. Memang tak faham la.
Sebelum ada egg mask ni, Momoy selalu curi telur dalam peti sejuk sebab nak pakai kat muka (dulu-dulu la). Momoy ada dua cara bila guna putih telur untuk buat masker ni.
Cara 1 – sesuai kalau nak buang whitehead dan blackhead: Caranya Momoy lumurkan putih telur kat muka. Lepas tu koyakkan tisu kecil-kecil dan tepek kat muka. Tunggu kering dan tarik tisu tu. Lepas tu belek-belek tisu tu nak tengok berapa banyak whitehead dan blackhead yang melekat. Hahaha… buruk perangai.
Cara 2 – untuk kulit muka licin bab porcelain : Momoy campur putih telur dengan madu secukup rasa. Lepas tu lumur jer kat muka. Tunggu la 10 minit ke 20 minit ke lepas tu bilas bersih-bersih. Kulit memang terasa lembap, licin dan lembut jer. Ni petua masyarakat Baba dan Nyonya.
Tu cara tradisional (lama) la. Memang berkesan cuma yang tak bestnya, kena tahan bau hanyir telur. Huhu… Sekarang dah moden. Apa caranya ? Egg mask Mistine tu la. Beli jer egg mask tu selesai semua masalah kecurian telur dalam peti ais.
Simple sangat kot packaging dia. Tapi apa ada pada rupa, ye tak ?
Yang penting hasilnya.
Macam mana nak pakai egg mask nih ? Senang jer. Begini…
- Cuci muka dengan cleanser dan lap kering muka
- Sapu egg mask pada seluruh muka kecuali bibir & mata.
- Tunggu 15-20 minit sehingga egg mask tu kering
- Dah kering, tarik mask perlahan-lahan dari bawah ke atas
- Cuci muka.
Liquid putih yang bersinar-sinar. Bau pun wangi dan cepat jer kering.
Egg mask ni jenis peel off tau. Momoy guna tebal dan berlayer-layer lagi pula mask ni cepat kering. Nak lagi best, Momoy simpan dalam peti ais. Bila pakai ada efek macam cooling jer. Kohkoh. Tak percaya cuba lah.
Ni egg mask yang dah siap di tarik. Warna putih jadi tak dapat nak teropong
duri landak yang tercacak kat mask ni. Huhu...
Kalau nak pakai egg mask ni kena pakai tebal-tebal tau supaya senang nak tarik. Muka memang ada efek glowing sikit tapi bab kulit licin lembut tu Momoy rasa macam kurang sikit compare dengan cara tradisional (putih telur asli memang lembut sangat). Tapi still egg mask ni best pada Momoy sebab senang nak bawa travel kan (dan harganya murah !). Yang biasa dengan Shiseido mask apa kata cuba egg mask ni pula. Kesannya sama dapat tanggalkan whitehead dan blackhead tapi tanpa rasa sakit (masa tarik mask).
Siapa kat sini yang dah cuba egg mask pula tu, cekomen sikit.
Kulit lebih cantik | Harga mampu milik
9 comments
ada gak terpikir nak try. rupanya momoy dah try dulu. bagus gak boleh baca feedback. ecan memang suka try mask mask ni. hehe
Macam menarik jer..teringin juga nak try.. xD
Assalamualaikum semua.. jemput ke blog sy :)
nak tukar bloglist? sape setuju sila kesini
http://akusijebat.blogspot.com/2014/06/jom-tukar-bloglist.html
Salam kenal, saya pun ade terfikir nak cuba egg mask nie, tgh survey2 seller yang ok...anyway saya blogwalking kat sini, jemput singgah ke blog saya, http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...
one day kmk mok try..selama ni kai shiseido..sakit time tarit..huhu
dah guna momoy,kesan dia tak lah sama sgt cam di uar uarkan. tp klu untuk fresh,mmg betol2 berkesan ;)
moy, cuba bagitau akak mana nak dapat madu asli ni. selalu tengok orang jual macam menipu je. cube..cube tolong bagitau akak ni eh. tak pun camne nak tau tu madu asli. takkan nak ternak lebah sendiri pulak kan.kang kene sengat pulak bebudak tu nanti. hehe
@Me And The Boyzkalau kat sini momoy beli kat ada sorang pakcik tu kat pasar tani dungun. yang ni madu petualang. pakcik tu jual pun botol tak banyak . 4 5 botol je kalau dia jual. huhu... manis dia lain sikit dari manis madu asli tapi yg orang ternak lebah tu. urm... nak describe tak reti. nanti momoy try tanya kawan apa beza ok sis
Fatin pun pernah guna egg mask ni. not bad la. tak habis lagi pun pakai. mungkin kalau kerap pakai boleh flawless la kot. hehe