Hadiah dress dari seseorang yang manis | .::: MOMOY blogirl :::.

19 June 2014

Hadiah dress dari seseorang yang manis


Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Assalamualaikum semua ( ≧◡≦)


Hai kawan-kawan, masih ingat Momoy lagi ?


Hah itu la akibat lama menyepi. Tapi bukan Momoy sengaja. Faham-faham la kerjaya Momoy kan bila time busy akan super busy. Makan tidur tak tentu hala. Nak ke toilet pun terpaksa tahan-tahan. Err... ada satu hari tu hampir-hampir nak terkucil dalam seluar dah. Huhu... Boleh bayangkan tak busy tak busy Momoy masa tu.


Oh... lama sebenarnya. 2 bulan entri ni sebenarnya tu dah di schedule siap-siap. Bila dah lama tak menaip ni, sel-sel otak pun macam malas nak berhubung. Cerita banyak kot tapi tak tahu nak taip apa. Jadi marilah membaca repekan tanpa hala tuju ini. Selamat membaca.


Sempena entri repek-merepek ni saja la nak war-war kan yang set lulur kopi dan gel mandian santan dah ada packaging baru. Momoy restock produk spa dan supplier bagitahu ada beberapa item yang di upgrade. Set lulur kopi yang baru ni fungsi masih sama tapi dah tak perlu nak bancuh lagi. Tinggal ready nak guna jer. Hoorrayy !!! Cakap pasal ni kan. Nanti Momoy update la sikit kat blog ok. Momoy masih menunggu stok baru sampai. Stay tune ~


Okay start dari ayat ni dan seterusnya Momoy sambung entri yang tersimpan draft minggu lepas. Episode seterusnya adalah episod air mata. Iye iye Momoy tahu tinggal berapa hari lagi nak Ramadhan kan *lambai-lambai tangan* Baru balik dari office lama sebenarnya nih. Semalam dapat call dari Fizah, kerani berkulit cantik kata ada parcel untuk Momoy. "Aik... parcel apa ya ?" Sebab Momoy memang ada tunggu parcel pun (hoh. kuat online shopping ni). Tapiiii kan semua parcel tu Momoy bagi alamat company baru. Lagi pun dah setahun Momoy tak kerja dengan company lama tu. Hais.


Pendek cerita, pagi tadi drive ke office lama nak ambil parcel misteri tu sekali dengan surat zakat harta. Lepastukan lepastukan... errr... bila mata tertengok (sebenarnya memang dari semalam nak tengok kat nama pengirim tu) "Eh eh iniiiii......".


Tak sempat nak drive sampai rumah. Masa lampu merah Momoy dah buka parcel ni. 



Ahhh... rupanya parcel tadi adalah dress. Warna pink. Chantekkkkk !!!
Hadiah yang sangat tak disangka !


Juga ada buku komik 33 pesan nabi. Ini sangat sweettttt !!!
Sangat brilliant sebab tak terasa 'berat' dan sangat santai baca pesanan nabi dari hadis Bukhari-Muslim dalam bentuk komik. Excited nak baca !
Thank dear !



Maxi dress pink tu dari dear EcanTak tahu nak cakap apa. Tapi rasa sangat sangat sangat sangat terharu dan malu-malu la juga sebab tak sangka dear Ecan ni nak berbalas hadiah pula. Yang padahal hadiah hari tu memang untuk dia pun. Sebab dia menang GA hari tu kan. Huhu... apapun, to dear Ecan terima kasih sangattt pemberian hadiah ni (katanya hadiah persahabatan) Kenapa lah baik sangat si Ecan ni. Tetiba rasa nak nangis peluk-peluk Ecan tau. Sob.



Dalam buku tadi terselit sticker comel dan note comel dari pengirim !



Berjejeran air mata masa baca surat dari Ecan. Alaa... sweet sangat Ecan. Masa ni orang kiri kanan mesti pelik kenapa perempuan ni nangis dalam kereta. Kihkih. 


Tempoh 2 bulan masa busy tu Momoy kadang-kadang reply komen guna smartphone walaupun tak reti. Tapi ni first time update blog guna smartphone. Gambar pun tangkap dalam kereta je. Ecan punya pasal, Momoy boleh kena kencing manis dengan ke'sweet'an Ecan ni. Kalau Momoy lelaki confirm Momoy melting ni. Huk.


Thank again dear Ecan ! InsyaALLAH semoga persahabatan kita kekal selamanya. Amin.


P/s: Mood terharu untuk seminggu =)


14 comments

Anonymous
June 19, 2014 at 6:45 PM Reply to comment

hi momo. mana u beli skirt, ifa

June 21, 2014 at 1:47 PM Reply to comment

laaa alamat lama rupanya? hehehe. ecan tengok dekat pos laju punya resit tu yang momoy bagi lepas lepas. alhamdulillah sampai jugak walaupun alamat lama.

June 21, 2014 at 3:23 PM Reply to comment

kacak dress ya..rindok ati dpt hadiah..

June 22, 2014 at 11:21 PM Reply to comment

Cepat pakai dress tu.nak tengok! hehehe..

June 23, 2014 at 11:47 PM Reply to comment

comel2..heheheh

July 1, 2014 at 9:14 PM Reply to comment

seronok laaa dpt hdiahhh ^_^

Ghades johor
July 2, 2014 at 1:41 PM Reply to comment

Wow. Nak tengok dressnya,,kakak. ^o^ seronokkn dpt hadiah dr kawan baru. :)) semoge pshbtan kak ecan&kakbmomoy bkekalan...

July 2, 2014 at 4:14 PM Reply to comment

info yg menarik. ijin nyimak

@Ghades johoroh nanti momoy amik full picca dress tu ye dear =)
momoy dah pakai pergi tarawih 3 hari lepas =)

@IFA Athirahkihkihkih...memang seronok rasa nak terbang dear =)

@ecan fadhlinahehe... tu la. nasib baik masih keja kat area terengganu lagi =)
dear ecan thx sangat tau !

July 3, 2014 at 6:50 PM Reply to comment

Banyaknya dapat hadiah. Mesti sayang mereka tu kat Momoy ni ehh .. hoho .. untung betul lah

July 4, 2014 at 3:17 PM Reply to comment

wah bestnyaaa.. buku tuu macam best jeeee... :)

July 7, 2014 at 12:31 PM Reply to comment

waah pasti seneng tuh dapat hadiah apalagi dari seseorang yang istimewa,,he dressnya bagus

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...