Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Assalamualaikum semua ( ≧◡≦)
Hai hai hai. Puasa tak hari ni ? Malu kalau dah besar panjang lebar tapi tak puasa tau. Haip ! Momoy sepanjang 5 hari puasa ni masak kat rumah. Wohoo... Tak membeli kat bazar Ramadhan pun. Bagus-bagus sebab Momoy kalau boleh nak jauhkan diri dari bazar. Tak nak membazir. Oh rasanya tak lambat lagi kot nak ucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan =)
Jadi hari ini Momoy dah dapat Box selepas The Lilac Box team post out semalam. Sampai office tengok van GDEX dah nak gerak balik dah. Ehee... ini kotak kedua Momoy dari The Lilac Box. Sangat excited dan surprise nak tengok apa item kat dalam kotak ni =)
Walaupun box 6 agak frust tapi Momoy decide nak try TLB box 7 (rasanya dah no 7 kot) sebab kali ni Elizabeth Arden concept. Nampak macam best kan. Dah tak sabar nak unboxing ni. Hew hew...
Whoaa... My blind dates
Tapi packaging kali ni tak jauh beza pun dari box yang sebelumnya
Nampak macam banyak item. Penuh kotak tu. Terus start counting. Ada 12 items dan dua brands in my box. Tsk... TLB kata box kali ni Elizabeth Arden concept. Tak tahu kenapa ada pula brand Wella Professional dalam ni. Haip.
Momoy describe sikit apa items yang Momoy dapat kali ni ye. Jom selongkar !
Kiri || Elizabeth Arden Ceramide Premiere Intense Moisture and Renewal Activation Cream SPF 30
Kanan || Elizabeth Arden Ceramide Premiere Intense Moisture and Renewal Overnight Regeneration Cream
Momoy sangat appreciate dengan The Lilac Box sebab dapat cuba krim mewah ni. Hikhok. Tapi, Momoy berpendapat yang krim mewah ni sangat tidak sesuai untuk orang dewasa yang muda. Memang la krim ni mewah tapi bagi umur macam Momoy ni rasanya kurang sesuai sebab krim terlalu banyak khasiat boleh sebabkan jerawat juga. So, Momoy rasa mungkin sangat sesuai untuk golongan pertengahan usia. Packaging pun warna gold ye tak (kihkih... memandai je Momoy ni).
Elizabeth Arden Gold Ultra Restorative capsules
Rasa kagum bila tengok bekas kapsul ni. In real bekas kapsul ni sangat cantik dan nampak kelihatan mewah. Terus otak fikir 'ooo... macam ni agaknya kapsul mak-mak datin guna'. Okay, bekas kapsul ni serius cantik dan mewah giler. Tak tipu. Momoy nak guna sebagai pill box Momoy =)
Botol || Elizabeth Arden Visible Difference Optimizing Skin Serum
Bekas || Elizabeth Arden Visible Difference Gentle Hydrating Cream Broad Spectrum Sunscreen SPF 15
Ringkasnya, dua item kat atas ni adalah serum (botol) dan sunblock (bekas). Serum tu Momoy tak pasti lagi nak guna ke tak. Sebab Momoy ada banyak jenis serum dalam stok laci Momoy. Hehe. Yang sunblock tu, yes yes yes. Momoy running out sunblock dan ia datang tepat masanya *senyum lebar*
Elizabeth Arden Visible Whitening Multi-Targeted UV Shield BB Cream SPF 30 PA++
Ni make up yang ada dalam TLB 7 ni. BB cream Elizabeth Arden ? Serius Momoy nak tahu BB cream Elizabeth Arden ni 5 bintang ke ATAU lebih baik pakai BB cream dari drugstore je. Haha. Luckily, Momoy dapat shade 01, memang kena kaler kulit Momoy ni. Harus cuba ni.
Kiri || SP Wella Professionals Volumize Mask - weightlessly cares for fine hair
Kanan || SP Wella Professionals Volumize Shampoo - weightlessly cares for fine hair
Volumize ? Bluarh... Rambut Momoy jenis tebal dan memang dah volume pun. So, siapa nak shampoo dan mask ni? Email lah. (UPDATE : Okay. Dah selamat bertukar tangan tuan baru =) )
Kiri || Wella Professionals Enrich Moisturizing Shampoo for Dry and Damaged Hair
- normal/ thick hair
Kanan || Wella Professionals Enrich Moisturizing Treatment for Dry and Damaged Hair
- normal/ thick hair
Shampoo dan treatment untuk rambut kering dan rosak. Oh ho. Yang ni sesuai untuk Momoy =)
Hijau || Elizabeth Arden Green Tea Honeysuckle EDT Spray Perfume
Merah || Elizabeth Arden Red Door Aura EDT Spray Perfume
Red Door Aura berbau white floral dan sweet dengan combination bau berry. Manakala Green Tea berbau fresh, green tea dan bauan citrus. Perfume saiz travelo ni selalunya Momoy guna bila pergi raya, kenduri atau open house. Sebab Momoy kalau pergi raya tak bawa hobo bag. Momoy bawa clutch sebab lebih fashionable jadi memang sangat sesuai la perfume kecil-kecil ni. Cumanya perfume ni bukan bau vanilla la. Kalau vanilla memang bahagia la Momoy.
The Verdict : Bagi Momoy just so so. Sebab Momoy imagine semua items adalah Elizabeth Arden dan Momoy berharap akan ada dalam saiz besar. Hohoho. Next box Momoy akan purchase lagi. Cuma berharap next box lebih banyak produk bersaiz besar atau ada sunblock dalamnya. Lip gloss pun okay juga kan. Perfume of course kalau ada memang Momoy suka lagi-lagi vanilla. Thee hee hee.
The Lilac Box... nanti kita blind date lagi hokay !
7 comments
Uikss macam mahal je ni. Saya jarang pakai mekap cam momoy ...huhuhu... :P
Momoy rajinnya, belanja Azwar barang make-up. Buatlah tutorial pakai make-up. xD
salam ramadhan almubarak :)
@Azwar SyuhadaTutorial ? Erkk... Momoy pun sebenarnya malas giler pakai make up. suka bare face jer dear. tapi xpe. InsyaALLAH . momoy cuba
banyaknya brg dia dlm satu box ..berbaloi..:D
@Cik Nadyyasalam ramadhan juga untuk dear nadya
puasa tamo ponteng tau
@Farra Nberbaloi juak. tapi mun dapat big pack lagi kmk suka. hihi