Assalamualaikum kawan-kawan.
Nak tunaikan request yang banyak Momoy terima dari email-email, shoutbox dan komen-komen di belog. Ramai yang request Momoy tunjukkan bilik tidur Momoy. Jom jom semua. Momoy nak ajak kawan-kawan masuk dalam bilik Momoy ni. Hamboi hamboi. Laju saja semua beratur di pintu yer.
Seperti yang diberitahu, Momoy baru berpindah ke rumah semi-D dua tingkat yang besar. Boleh baca entri itu di sini [Berpindah lagi!].
Momoy pilih bilik tingkat atas yang kecil sebagai bilik tidur Momoy. Tak suka master room sebab besar sangat dan view kurang cantik. Bukan sebab malas nak kemas tau. Cover line. Tapi kalau hidup berdua tu lain lah. Eceh.
Nak bilik ni sebab view cantik.
Ini idea Momoy dekorasi bilik bujang dengan budget kecil. Beli cat, langsir dan barang keperluan lain serta menhias hanya 2 hari sahaja.
Kerja-kerja renovate Momoy lakukan sendiri dengan pantas. Itu pasal la jimat. Sebab ketika itu Momoy dalam preparation untuk berperang (term yang digunakan ketika plant Petronas down) dan kami kontraktor amat-amat sibuk, penat dan super stress umpama di medan peperangan.
Untuk rumah ni, Momoy upah orang untuk cuci sebelum pindah masuk. Bayaran RM 180 tapi tak seperti yang diharapkan. Huh. Tapi terpaksa juga sebab busy. So Momoy cuma fokus pada bilik Momoy sahaja dulu. Tempat tidur kena settle dulu wokeh babe.
Kali ini tema bilik Momoy adalah MODERN ROMANTIC. Ala-ala bilik princess gitu. Okay. Baldi pleaseee...Theme yang dipilih bertepatan dengan Momoy sebagai Japan Gyaru lover. Inspired dari fashion brand Jepun, Liz Lisa dan Malaysian Gyaru Blogger, Chessie.
Keadaan bilik sebelum di cat. Dalam bilik nampak gelap. Perabot dah Momoy susun atur.
Selepas cat. Nampak bersih. Entri boleh baca di SINI.
Ini selepas aktiviti mengecat. Sangat jimat okay dari beli perabot baru. Sila katakan Momoy bijak. Bukan kedekut tau. Geget kang. Boleh baca entri ini [Room Makeover].
Tips Momoy, jangan rapatkan perabot ke dinding. Jarakkan katil, meja dan semua perabot 2-5 inchi dari dinding. Senang ketika nak bersihkan bilik, menyapu dan mop.
Cute kan langsir bilik Momoy
Langsir tu dijahit sendiri oleh Momoy *sengaja highlight*. Momoy pilih warna krim dengan bunga ros kecil untuk supaya bilik Momoy terang. Oh ya. Kain untuk langsir ni semeter RM 10. Momoy beli di kedai hiasan Enggeris.
Untuk cadar katil Momoy pilih kain hotel thread 500 warna light purple. Keseluruhan dinding bilik pink jadi purple sangat sesuai. Momoy tak gunakan pink sebagai cadar sebab terlalu banyak pink akan nampak tacky dan fake. Lagi pun pink dan purple se-family juga.
Fitted- design simple pilihan hati Momoy
Blanket warna krim dengan bunga-bungaan rose purple.
Sebabkan tak ada bantal peluk (boaster) so Momoy lapiskan sarung boaster di atas blanket.
Bantal pink besar dan Elmo itu pemberian rakan. Tengkiu Sofea and Rimau ^___^
Frame gambar bingkai putih untuk letak di dinding katil. Tapi tak decide lagi nak letak gambar apa. Model popteen, gambar Momoy atau simple art work. Ada cadangan?
RM 7.90 satu
Eee... sungguh bukan taste Momoy. Letak kain bunga-bunga dulu untuk sementara.
Tekstur kain langsir jarang warna putih bersih untuk padankan dengan frame.
RM 14.90 semeter.
Idea Momoy letak kain langsir di atas tu pada dinding tepi katil untuk unsur-unsur romantik. Ada effect ala-ala princess tak?
Meja kecil tepi katil tu Momoy biarkan kosong. Ciri-ciri moden tak perlu nak semak bagai. So cukup dengan jam loceng putih yang simple dan straw handbag untuk dijadikan hiasan. Dalam banyak-banyak bag Momoy, Momoy sengaja pilih beg itu sebab ada bow merah yang match dengan Elmo.
Dalam laci meja kecil tu, Momoy tempatkan magazine terbaru. Bacaan sebelum masuk tidur. Magazine tentulah pasal fashion, make ups dan majalah Jepun. Popteen wajib!
Red box file
Meja study Momoy biarkan kosong. Hanya ada 3 kotak file merah, bekas stationery dan jam kenangan salah satu projek Momoy di Petronas Gas. Meja inilah yang Momoy gunakan untuk bekerja atau ber-blogging.
Bila masa lapang dan 'ongkos' lebih nak ganti meja ni
Di sisi meja study Momoy lekatkan 3 penyangkut pink. Tujuannya sebagai simpan kunci kereta dan rumah, tag dan headphone. Juga untuk store bag laptop. Yang amazing nya tiada siapa pun akan perasan kerana kawasan tersebut dibias cahaya. Jadi, bilik nampak lebih kemas.
Nak letak bakul sampah ikea di sini pun boleh juga
Fashion adviser Momoy sebelum keluar - cermin besar setinggi 5 kaki ! Untuk sementara Momoy sandarkan pada dinding. Nanti nak cari orang untuk gantung lekapkan ke dinding. Perasan tak dinding tepi cermin tu kosong? Jadi untuk kesan romantik, Momoy letak langsir tali berbentuk love. Suka sangat bila buka kipas, langsir tu bergerak-gerak lembut.
"Wahai Cermin Ajaib yang besar, siapakah yang paling kiut sekali di sini?"
"Pastilah kamu wahai Princess Momoy"
"Haha. Dah agak dah. Mestilah Momoy"
"Sebab kamu saja yang ada dalam rumah ni"
Demmm.
Kesian Momoy. Ambil kerusi makan buat kerusi study (Y_Y) Ada sesiapa nak sponsor kerusi study tak? *mata bersinar-sinar*
Bila guna wall lighting...
Momoy sayang dinding ni sebab ada bentuk love dan pink!
Ada ke orang yang sayang dinding rumah eyh ?
Langsir love-love tu Momoy beli di mini market. Harga RM 12.90 saja. Walaupun murah tapi ia buatkan bilik Momoy nampak 'hidup' dan fun. Boleh juga dijadikan idea ptotobooth. Photobooth la sangat kan. Haha. Photobooth pertama dengan dinding wall love-love itu sila lihat di SINI dan SINI.
Momoy hidupkan lagi ciri-ciri moden dengan letakkan hiasan daun hijau kecil di tingkap. Pilihan Momoy pasu yang ringkas, moden dan comel.
Penat menghadap laptop? Rehatkan biji mata dengan melihat panorama luar pula..
Close up. Inilah pasu comel itu. Simple sahaja.
Keseluruhannya, bilik kecil Momoy nampak sangat lapang bila perabot semuanya dialihkan ke sudut kiri bilik. Selesa untuk bersolat sebab luas dan tiada halangan. Sesuai juga berposing dan berangan model di cermin besar. Ewah.
Nak ber-kungfu, ber-yoga atau ber- gangnam style ? Semua pun boleh. Ahaks.
Almari pasang siap hingga mencecah siling. Alasan untuk shopping banyak baju. Hehe.
Wah wah. Dah lama Momoy mimpikan almari yang luas sebegini tau.
Lihat gambar bawah pula. Laci-laci biru besar itu Momoy simpan baju kerja sahaja. Dan Warna tidak seragam jadi Momoy sorokkan belakang pintu. Momoy sangkut towel di belakang pintu. Dari luar memang tak perasan. Dalam bilik pula, mata kurang fokus ke situ sebab point tertumpu pada katil. Jadi kesemakan dan ketidak seragaman warna biru itu seperti 'dilenyapkan'. Ewah.
Pintu bercat warna light grey.
Bakul bulat atas laci besar itu untuk baju yang sudah dipakai.
Siapa dapat spot ada penyapu di situ?. Satu lagi rahsia Momoy. Tips Momoy: sila manipulasikan effect cahaya untuk menipu orang. Ini tipu yang tidak berdosa.
Sekian dahulu. Sebenarnya, ada banyak plan dan idea lagi nak deco bilik Momoy. Tapi masa 2 hari untuk deco dan bekerja sangat terhad.. Jadi, Momoy siapkan yang yang mana ada dan termampu dahulu. Tapi overall Momoy puas hati dengan kerja dekorasi pantas Momoy ni. Tahniah pada diri sendiri. Bravo. Bravo *tepuk-tepuk tangan*.
Sebagai penutup, Momoy attached keadaan bilik Momoy bagi 3 jenis pencahayaan (lighting effect).
Waktu malam dengan lampu pendaflour ke apa entah namanya itu.
Jika pasang lampu dinding bersama lampu pendaflour ke apa entah namanya itu.
Bila pasang lampu dinding.
Eh. Kata last. Okay. Yang ini betul-betul last.
View bilik dari kerusi study
View luar tingkap dari kerusi study. Sayang, waktu ni hujan ribut. So tak nampak apa-apa.
Tamat sudah sesi lawatan ke bilik Momoy ni. kawan-kawan suka tak? Apa pendapat kawan-kawan tentang hiasan dalaman bilik Momoy ? Berilah komen dan pendangan kamu ya. Terima kasih kerana sudi baca.
P/s: Sedang survey plasma LED warna putih untuk lekapkan ke dinding atas cermin besar putih tu.