Assalamualaikum.
Sebenarnya Momoy sibuk. Tapi sebabkan hari ni 31 Ogos, jadi Momoy MERDEKA kan diri Momoy dari buat apa-apa kerja hari ni *pengsan la esok nak cover balik ni* Inilah punca blog tak berupdate. Hehe.
Memula plan nak pergi Kuantan, nak shopping. Mesti sale gila-gila time Merdeka ni. Tapi malas pula bila drive jauh-jauh lepas tu tension bab parking. Lastly, pusing-pusing area Paka je. Lepas tu, balik rumah. Sumpah boring hari Merdeka Momoy. Haha.
Pernah tak jumpa time Merdeka, orang shopping frame banyak-banyak ?
Disebabkan kecintaan Momoy pada bilik sendiri, jadi Momoy decide nak buat budget deco untuk bilik tidur. Dasar kedekut memang begitu la.
Sebelum tu, Momoy namakan simple project ni sebagaiii (bunyi drum) DIY lace frame Merdeka raya (nak juga kenn). Jom jom mula.
Kain lace putih suci murni. Warna apa pun tak kisah lah.
Momoy cuma nak matching dengan bilik jer.
Setahun sekali buat kerja deco-mendeco ni, so gam macam bentuk pistol tu tak ada.
Jadi, Momoy guna gam gajah je la. Gunting tidak dilupakan.
Caranya : Lekatkan kain pada plastik putih frame dahulu.
Kemudian gunting kain lace ikut bentuk plastik tu.
Dah siap gunting, lekatkan pada frame.
Inilah hasilnya frame kita. Orang putih kata bingkai gambar.
Dah siap boleh gantung.
Amacam budget deco room makeover Momoy ? - Gambar blur TT
Entri penuh room makover di SINI
Senang je kan ? Idea DIY lace frame Merdeka raya ni juga boleh jadikan photo booth. Ikut kreativiti kawan-kawan la ye nak susun macam mana untuk photo booth nanti.
Ehem ehem, birthday Momoy dah nak dekat ni !
Jeling-jeling manja ^^
32 comments
Cantiknya...
cantik n kreatif.. blog pun comey sgt..
suka2!! :)
heya Momoy. New design blog? simple, but very cool
@Rosmadi Shakritqvm. U pun bleh cuba juga. simple je nih
@Jaja/Anatq dear. yg penting pink kan. haha
@Asep Haryononew design but very simple. huhu... kak asep udah jam berapa nih, ngak tidur lagi?
alalaa...lace2 putih2 pulak..heeeee momoy punya taste mcm sy lah. princess2 gitew hahahaa. cantikk!momoy ni rajin betul buat semua tuu
Cantiknyaaaa...Kreatif gila..Nakkk..hahaha :)
@ecantq dear. rajin ? bhuahaha. rajin la sangat kann. hehe
@Azwar Syuhadanak ker? tunggu selasa ni tau. momoy nak bagi frame love tu free je pada readers =)
hye momoy...i love lace so muchhhhhh!!!tqvm 4 this great idea!boleh kak lea deco my girl's room he3...
p/s->tq sis maraton komen.nanti kak lea singgah lagi maraton entri lain ye sebab kena keluar jap he3..sayang sis ler muahhhhh!!!!!
cantikkkk! hehe..
p/s : bday sy pun nak dekat dh ni.. ehemmmm.. :P
pandaiii nyee. kadang2 jadi kedekut berbaloi jugak kan .. =))
@||aLeaSaRa||oh boleh2. nnt share tau bilik ur princess =)
sorry dear, bz lately nih,. tu yang marathon bagai tu
@aisyatq dear. Ahaaa... tapi dear muda lagi. uhuk
@Erna Eerhahaha...ye. kedekut2 lama2 jadi kaya. mihmih
kreatifnyaa!
seriusly cantikkK!!! *like2..>.<
bestnye jd org kreatif..:)
salam.
ehhh sgt cantik laaaaaaaaaa benda yg awak buat ni
creative betul!!
:)
cantik la...kretip yer dia..
rajinnya sis moy... terpegun jap...
@Normi Niezasimple saja. jom buat =)
@Mia Lianaini la paling malas. hehe. main tampal2 jer sis mia
@Bitt (double IS)thx u dear
@noly annasimple diy je sis
jom try . mudah sgt sis =)
@★ aIsyaH ★x kreatif mana . just cut n paste ^^
@Farra Kikibumthx u dear
tak terfikir pun buat frame macam tu! Thanks share! Cantik! I like!
@Byzura Mj (By)sama2...boleh la sis buat lepas nih =)
tgok orgnya..cantik
terbaik dari momoy cantik
Assalamualaikum... lawanya! sangat kreatif! sheila suka. hehehhee