DIY Kolagen Asli Untuk Minum Yang Enak | .::: MOMOY blogirl :::.

05 October 2012

DIY Kolagen Asli Untuk Minum Yang Enak


Assalamualaikum kawan-kawan.

Tajuk berterabur, harap boleh faham. Sebelum ni, Momoy ada post entri [DIY Pure Marine Collagen Mask]. Tapi itu untuk luaran. Kali ni nak cerita tentang dalaman pula. Masih menggunakan rumpai laut (seaweed).


Ada yang salah faham ingat kolagen mentah itu hanya boleh dibuat masker sahaja. Oh salah tu. Paling baik adalah makan. Blogger Sis Mia dan suaminya dah start makan kolagen asli ni tau. Wah. Wah.




Bagaimana nak hasilkan beauty drink yang sedap seperti ini?



Okay. Jom ikut Momoy masuk dapur. Cara persediaan rumpai laut ni sama seperti [DIY Pure Marine Collagen Mask]. Basuh 8-10 kali. Rendam semalaman. Esoknya basuh 8-10 kali lagi. Rebus dengan api yang perlahan.




Momoy rendam 20 gram rumpai laut. 


Esoknya, dah gemuk sebegini. Yay. Bekalan untuk seminggu =)



Makan rumpai laut (agar-agar) kosong memang la rasa tawar kan. Jadi, Momoy masukkan sedikit gula batu. 




Gula batu kristal yang cantik ^___^


Rebus dengan api kecil sahaja ye.



Dah pekat seperti jeli, rumpai laut tu kemudiannya Momoy tapis dengan menggunakan penapis. Hampasnya jangan dibuang tau. Tepek di muka buat masker. Lagi, boleh campurkan sedikit air suam untuk dijadikan masker rambut. Best kan kan kan.


Yang siap ditapis, masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Nak makan ceduk sahaja. Setiap kali nak tidur, bangun tidur dan sebelum sarapan pagi, ambil kolagen asli ni 3 sudu besar. Mudahkan.




Untuk minum, Momoy guna bekas warna kuning.



Untuk lebih sedap, Momoy nak share resipi kolagen mentah ciptaan sendiri. Resipi yang tercipta semasa ponteng kerja hari ni. Oppss. Apapun, sila beri big applause untuk Momoy. Clap! Clap! Muka tak tahu malu =P


Bancuh air kordial atau jus buah pilihan kawan-kawan. Momoy suka pati kordial jambu batu Cosway ni. 




Sengaja guna bekas air McD tu supaya nampak jelas.



Yang ni trill sikit. Ceduk halus-halus dan nipis-nipis jeli rumpai laut tu. Buat style ala-ala tau fu fa. Wah. Hebat! 





Makan kosong begini pun sedap!



Nampak tak kolagen mentah yang jernih-jenih tu?



Tambah nata de coco perisa strawberry untuk lebih crunchy. Nyum nyum.




Mmm... tak tahu macam mana jambu batu dan strawberry boleh bergabung. 
Siapa tahu ? 



Tambah sedikit ketul ais jika suka. Siap. Sedia diminum. Boleh buat minum petang sambil ber-blogging. Boleh tambah payung-mayung jika ada. Lalala...




Oh. Rupanya sebab ia bewarna PINK ! 



Kalau beli produk kolagen atau pil kolagen yang dah dipatenkan memang mahal. Siapa pernah beli dia tahu la ye. Sebab itu Momoy suka rumpai laut ni. Kandungan kolagen yang banyak dan asli, tiada campuran bahan-bahan lain. Kenapa nak beli produk kolagen mahal-mahal tapi kandungan kolagen dalamnya ciput. Bukankah rugi namanya tu?


Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mencuba, untuk cantik, untuk sihat dan untuk untuk untuk lagi, laju-laju SMS Sis Nur Aini, 016-963 0751 untuk harga yang menarik. 


Harga akan bertambah menarik dan best lagi sekiranya kawan-kawan pakai secret code - "Saya dari blog Momoy". Ewah.


Segala pertanyaan dan maklumat lanjut, SMS:
Sis Nur Aini 
016 - 963 0751

59 comments

October 5, 2012 at 1:44 AM Reply to comment

siti nur aini tu siapa?

October 5, 2012 at 1:45 AM Reply to comment

salam

Memang terbaikdari Chef Momoy

October 5, 2012 at 1:49 AM Reply to comment

@TiranaAduka
sis yg jual pure marine kolagen tu

October 5, 2012 at 1:50 AM Reply to comment

@TiranaAduka
haha... bodek eyh

October 5, 2012 at 1:53 AM Reply to comment

oic.. Thanks

October 5, 2012 at 1:54 AM Reply to comment

ish.. Kesitu pulak...
Cubit kang..

October 5, 2012 at 1:59 AM Reply to comment

agaknya resepi masakkan apa yg momoy nak kogsikan ye?

Tak sabar rasanya nak tgok gambr masakkan momoy..

October 5, 2012 at 2:06 AM Reply to comment

@TiranaAduka
selalu masak kat kedai jer. bz dear. dear boleh borak2 di shoutbox =)

October 5, 2012 at 2:06 AM Reply to comment

@TiranaAduka
lalalala...
hehehe

October 5, 2012 at 2:07 AM Reply to comment

@TiranaAduka
sama-sama (walaupun x tahu kenapa nak ucap terima kasih pada momoy. hee)

October 5, 2012 at 7:34 AM Reply to comment

KAQMOI .. PERGH .. CUN LA .. MAKIN BERSERI2 LA KAQMOI .. TP DEQ XLEH MAKAN MENDE2 GITU .. TKUT .. HAHA

October 5, 2012 at 7:58 AM Reply to comment

bila awak nak buatkan saya??

October 5, 2012 at 8:09 AM Reply to comment

huhu...thanks momoy yg kongsi psl kolagen asli..klu x, mmg xtau ar ape benda nih..hihi

October 5, 2012 at 8:10 AM Reply to comment

@dEdEQ dE wIshEs
err..x penah dgr lagi org takut makan jeli. dear, kalau agar-agar kat kedai tu pun memang asal dari rumpai laut pun tapi dah diproses dan campur ngan ramuan lain. atau mmg dear jenis yang tak makan jeli ?

October 5, 2012 at 8:12 AM Reply to comment

@Mira Adzlia
sama-sama. rumpai laut memang banyak kandungan kolagen asli. sharing is caring =)

October 5, 2012 at 8:13 AM Reply to comment

@boni kacak
aaa... errr...

October 5, 2012 at 8:25 AM Reply to comment

EH .. AGAR2 TU MEMG DRI RUMPAI LAUT KE KAQMOI .. HAHA .. NMPAK SGT X MASUK DPURKAN ? EH .. CAM BEST .. LEH LETAK PERISE SNDIRIK LA NI KAN ? HOHO .. TINGIN NAK TRY ..

October 5, 2012 at 8:49 AM Reply to comment

@dEdEQ dE wIshEs
yang kat kedai tu memang dari rumpai laut pun cume sikit sgt la rumpainye bila dikilangkan. hehe.

kolagen ni boleh buat puding rumpai laut. tambah je tepung kastard dan susu macam buat puding biasa tu.

October 5, 2012 at 8:51 AM Reply to comment

@dEdEQ dE wIshEs
beli agar-agar yg dah siap dalam kotak kot sbb itu dear tak tahu rasanya ramuan agar-agar adalah rumpai laut =)

October 5, 2012 at 9:25 AM Reply to comment

memang teringin sangat nak try ni..mahal tak ye agaknya....

October 5, 2012 at 9:53 AM Reply to comment

buat kat hana 1.hehe

October 5, 2012 at 10:00 AM Reply to comment

macam sedap..tapi xpena makan rumpai laut seumur hidup kite.. :')
huhu,..

October 5, 2012 at 10:47 AM Reply to comment

@nur anis
lebih murah produk kolagen
sis ni jual murah

seller lain jual mahal 100 gm RM 40
RM 50 bagi 3 paket (100 gm sepeket)
tapi kod rahsia . kod rahsia jangan lupa jika nak murah. hehe

jika x proses , tahan sampai setahun
kalau dah masak , simpan dalam peti ais. tahan sebulan.

October 5, 2012 at 10:48 AM Reply to comment

@hnahdy
meh la rumah kiter. hihi

October 5, 2012 at 10:50 AM Reply to comment

@HannaNana Swift
are sure my dear?
puding , jeli atau agar-agar diperbuat dari rumpai laut jika dear nak tahu. cuma kuantiti rumpai laut sikit giler

October 5, 2012 at 11:05 AM Reply to comment

momoy -cayalah hebat skng..kalau org peknan boleh ke makan rumpai laut ni yang.

bestnya nampak hasil momoy buat..tiba2 dahaga

October 5, 2012 at 12:15 PM Reply to comment

kita xpernah jamah menda ni momoi..tp nmpak macam best je..letak dlm petis sejuk mkn sejuk2..erkkk..blh ke..;)

October 5, 2012 at 6:13 PM Reply to comment

wah .. nyuumm!!

October 5, 2012 at 10:47 PM Reply to comment

Thanks for the tips Sis...
Lepas nie Wilma nak try bancuh dengan air kordial or jus la...
Usually, Wilma minum macam tu jak...

October 5, 2012 at 11:18 PM Reply to comment

awk, next month bole tukar kerjaya, hikk...

October 6, 2012 at 2:26 AM Reply to comment

hi momoy :)

tak sangka pula rumpai laut jenis ne ble jadi minuman yg sedap.. biasanya jd ulam2 ja... potong kecil2 campur garam, cili padi, perah limau perghhh... alamak lapar la pula.. hehe..

October 7, 2012 at 10:00 PM Reply to comment

Wah...jadi kepingin nih moy..hehe.. :)

Oh ya moy..ada award buat kamu.. :)

October 7, 2012 at 10:42 PM Reply to comment

uiiii siap sebut kak mia lagi di sini. kami suami isteri telan gitu je. suka yang pure. dah seminggu guna masker, kulit kak mia dah licin dan lembut. heheheh

p/s: pssttt backlink tu nanti tukarkan ke http://mialiana.com bukan blogspot lagi... heheheh

October 7, 2012 at 11:38 PM Reply to comment

rgk ramai yg beli..
sumer makin lawa lah cam nih.. hehhe

October 8, 2012 at 2:36 AM Reply to comment

wah, itu semacam jus yaa ...
kalau aku hanya suka pada jus orange aja .. hehehe


kunjungan tengah malam.
follow sukses. follow balik ...

October 8, 2012 at 5:22 AM Reply to comment

Wahhh teruja sat tgk minuman sedap mcm tu ;D
cara nk buat tu agak sedikit leceh xD

October 8, 2012 at 11:04 AM Reply to comment

da tgk kt blog sis mia jgk. nampaknye nt kita punya plak review pasal kolegen mentah ni..huhu. code tu penting..nnt dapat diskaun..

wah, nanti nak try la

October 8, 2012 at 4:26 PM Reply to comment

Rumpai Laut? Is it the same as "rumput laut". well, keliatannya menarik sekali. Interesting Indeed :))))))

October 9, 2012 at 9:00 AM Reply to comment

@wong meimot
boleh dear. lagi digalakkan. nanti baby kulit putih dan cantik jer.

cuma kalau pantang tak boleh amik lebih dari 5gm sbb kandungan iron tinggi

October 9, 2012 at 9:01 AM Reply to comment

@dhiashahida
hehe...tapi jeli pernah kan?

October 9, 2012 at 9:01 AM Reply to comment

@Nelly The Strange
hehe...meh la cuba mesti teruja nnt

October 9, 2012 at 9:02 AM Reply to comment

@Dunia Wilma
sama-sama
macam resipi rumpai laut momoy jumpa
ada buat kerabu, ada buat puding, buat popia pun ada

October 9, 2012 at 9:03 AM Reply to comment

@caliph shuriken
iyo la tu =)
tunggu perfume saya nih ^^

October 9, 2012 at 9:03 AM Reply to comment

@NekochanMiruku
bestnya. momoy pun nak try la dear ^^

October 9, 2012 at 9:04 AM Reply to comment

@budi os 19
oh tengkiu dear tag award to momoy =)
nnt momoy g ambil

October 9, 2012 at 9:04 AM Reply to comment

@Mia Liana
ok sis. noted.
tapi bukan kah ia direct link kan

October 9, 2012 at 9:04 AM Reply to comment

@Sop
hehe...jom ramai2 cantik
sop juga

October 9, 2012 at 9:05 AM Reply to comment

@A. Y. Indrayana
bisa saja
tambah saja seaweed hya ke dalam jus oren kamu

October 9, 2012 at 9:06 AM Reply to comment

@Everything's Everythings
itu la. leceh juga
tapi sekali jer. pastu boleh simpan dan guna untuk sebulan

October 9, 2012 at 9:07 AM Reply to comment

@Nor Zilla Sensei
baik my dear =)
wah wahh... nak tgk juga

October 9, 2012 at 9:07 AM Reply to comment

@Hanani
boleh sis. jom jom cuba

October 9, 2012 at 9:08 AM Reply to comment

@Asep Haryono
ia . rumpai laut atau seaweed dalam bahasa inggeris. ayuh cuba. pasti kamu suka-in nya

October 11, 2012 at 5:10 PM Reply to comment

langsung haus nih tenggorokan

December 25, 2012 at 6:32 AM Reply to comment

menarik ni..boleh try nanti..

Puan Noor
February 15, 2013 at 9:45 PM Reply to comment

kalau rumah tiada peti ais...macam mana nak simpan rumpai laut yang dah di masak ni?

September 8, 2013 at 12:30 AM Reply to comment

wah kak lea tak berani nak cuba macam2 yang pelik di tekak he2.tapi tengok sis buat ni (perghhh resipi hebat tu nice flavour) rasa macam nak je try minum he3...

September 8, 2013 at 10:14 AM Reply to comment

@Puan Noorkalau mcm tu. masak dalam kuantiti sikit saja. habiskan semua =)

September 8, 2013 at 10:14 AM Reply to comment

@||aLeaSaRa||buat mcm ni langsung x ada rasa pelik2...hihi...rasa sedap je.
lgsung x perasan yg ada letak seaweed dalam tu haha

cuba la sis

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...