Jom masuk bilik ! | .::: MOMOY blogirl :::.

01 October 2012

Jom masuk bilik !


Assalamualaikum kawan-kawan.

Nak tunaikan request yang banyak Momoy terima dari email-email, shoutbox dan komen-komen di belog. Ramai yang request Momoy tunjukkan bilik tidur Momoy. Jom jom semua. Momoy nak ajak kawan-kawan masuk dalam bilik Momoy ni. Hamboi hamboi. Laju saja semua beratur di pintu yer. 


Seperti yang diberitahu, Momoy baru berpindah ke rumah semi-D dua tingkat yang besar. Boleh baca entri itu di sini [Berpindah lagi!]


Momoy pilih bilik tingkat atas yang kecil sebagai bilik tidur Momoy. Tak suka master room sebab besar sangat dan view kurang cantik. Bukan sebab malas nak kemas tau. Cover line. Tapi kalau hidup berdua tu lain lah. Eceh.  



Nak bilik ni sebab view cantik.



Ini idea Momoy dekorasi bilik bujang dengan budget kecilBeli cat, langsir dan barang keperluan lain serta menhias hanya 2 hari sahaja.


Kerja-kerja renovate Momoy lakukan sendiri dengan pantas. Itu pasal la jimat. Sebab ketika itu Momoy dalam preparation untuk berperang (term yang digunakan ketika plant Petronas down) dan kami kontraktor amat-amat sibuk, penat  dan super stress umpama di medan peperangan. 


Untuk rumah ni, Momoy upah orang untuk cuci sebelum pindah masuk. Bayaran RM 180 tapi tak seperti yang diharapkan. Huh. Tapi terpaksa juga sebab busy. So Momoy cuma fokus pada bilik Momoy sahaja dulu. Tempat tidur kena settle dulu wokeh babe.



Kali ini tema bilik Momoy adalah MODERN ROMANTIC. Ala-ala bilik princess gitu. Okay. Baldi pleaseee...Theme yang dipilih bertepatan dengan Momoy sebagai Japan Gyaru lover. Inspired dari fashion brand Jepun, Liz Lisa dan Malaysian Gyaru Blogger, Chessie



Keadaan bilik sebelum di cat. Dalam bilik nampak gelap. Perabot dah Momoy susun atur.


Selepas cat. Nampak bersih. Entri boleh baca di SINI.



Ini selepas aktiviti mengecat. Sangat jimat okay dari beli perabot baru. Sila katakan Momoy bijak. Bukan kedekut tau. Geget kang. Boleh baca entri ini [Room Makeover]


Tips Momoy, jangan rapatkan perabot ke dinding. Jarakkan katil, meja dan semua perabot 2-5 inchi dari dinding. Senang ketika nak bersihkan bilik, menyapu dan mop.



Cute kan langsir bilik Momoy



Langsir tu dijahit sendiri oleh Momoy *sengaja highlight*. Momoy pilih warna krim dengan bunga ros kecil untuk  supaya bilik Momoy terang. Oh ya. Kain untuk langsir ni semeter RM 10. Momoy beli di kedai hiasan Enggeris.


Untuk cadar katil Momoy pilih kain hotel thread 500 warna light purple. Keseluruhan dinding bilik pink jadi purple sangat sesuai. Momoy tak gunakan pink sebagai cadar sebab terlalu banyak pink akan nampak tacky dan fake. Lagi pun pink dan purple se-family juga. 



Fitted- design simple pilihan hati Momoy 


Blanket warna krim dengan bunga-bungaan rose purple. 


Sebabkan tak ada bantal peluk (boaster) so Momoy lapiskan sarung boaster di atas blanket.


 Bantal pink besar dan Elmo itu pemberian rakan. Tengkiu Sofea and Rimau ^___^



Frame gambar bingkai putih untuk letak di dinding katil. Tapi tak decide lagi nak letak gambar apa. Model popteen, gambar Momoy atau simple art work. Ada cadangan?



RM 7.90 satu


Eee... sungguh bukan taste Momoy. Letak kain bunga-bunga dulu untuk sementara. 


Tekstur kain langsir jarang warna putih bersih untuk padankan dengan frame. 
RM 14.90 semeter. 



Idea Momoy letak kain langsir di atas tu pada dinding tepi katil untuk unsur-unsur romantik. Ada effect ala-ala  princess tak? 



Meja kecil tepi katil



Meja kecil tepi katil tu Momoy biarkan kosong. Ciri-ciri moden tak perlu nak semak bagai. So cukup dengan jam loceng putih yang simple dan straw handbag untuk dijadikan hiasan. Dalam banyak-banyak bag Momoy, Momoy sengaja pilih beg itu sebab ada bow merah yang match dengan Elmo. 


Dalam laci meja kecil tu, Momoy tempatkan magazine terbaru. Bacaan sebelum masuk tidur. Magazine tentulah pasal fashion, make ups dan majalah Jepun. Popteen wajib! 




Red box file 



Meja study Momoy biarkan kosong. Hanya ada 3 kotak file merah, bekas stationery dan jam kenangan salah satu projek Momoy di Petronas Gas. Meja inilah yang Momoy gunakan untuk bekerja atau ber-blogging.




Bila masa lapang dan 'ongkos' lebih nak ganti meja ni



Di sisi meja study Momoy lekatkan 3 penyangkut pink. Tujuannya sebagai simpan kunci kereta dan rumah, tag dan headphone. Juga untuk store bag laptop. Yang amazing nya tiada siapa pun akan perasan kerana kawasan tersebut dibias cahaya. Jadi, bilik nampak lebih kemas. 




Nak letak bakul sampah ikea di sini pun boleh juga



Fashion adviser Momoy sebelum keluar - cermin besar setinggi 5 kaki ! Untuk sementara Momoy sandarkan pada dinding. Nanti nak cari orang untuk gantung lekapkan ke dinding. Perasan tak dinding tepi cermin tu kosong? Jadi untuk kesan romantik, Momoy letak langsir tali berbentuk love. Suka sangat bila buka kipas, langsir tu bergerak-gerak lembut. 




"Wahai Cermin Ajaib yang besar, siapakah yang paling kiut sekali di sini?" 
"Pastilah kamu wahai Princess Momoy"
"Haha. Dah agak dah. Mestilah Momoy"
"Sebab kamu saja yang ada dalam rumah ni"
Demmm.



Kesian Momoy. Ambil kerusi makan buat kerusi study (Y_Y)  Ada sesiapa nak sponsor kerusi study tak? *mata bersinar-sinar*


Bila guna wall lighting... 
Momoy sayang dinding ni sebab ada bentuk love dan pink! 
Ada ke orang yang sayang dinding rumah eyh ? 

Dinding tu sekarang Momoy letak tv LED [Lihat hasilnya]


Langsir love-love tu Momoy beli di mini market. Harga RM 12.90 saja. Walaupun murah tapi ia buatkan bilik Momoy nampak 'hidup' dan fun. Boleh juga dijadikan idea ptotobooth. Photobooth la sangat kan. Haha. Photobooth pertama dengan dinding wall love-love itu sila lihat di SINI dan SINI.


Momoy hidupkan lagi ciri-ciri moden dengan letakkan hiasan daun hijau kecil di tingkap. Pilihan Momoy pasu yang ringkas, moden dan comel. 


Penat menghadap laptop? Rehatkan biji mata dengan melihat panorama luar pula..


Close up. Inilah pasu comel itu. Simple sahaja.



Keseluruhannya, bilik kecil Momoy nampak sangat lapang bila perabot semuanya dialihkan ke sudut kiri bilik. Selesa untuk bersolat sebab luas dan tiada halangan. Sesuai juga berposing dan berangan model di cermin besar. Ewah.




Nak ber-kungfu, ber-yoga atau ber- gangnam style ? Semua pun boleh. Ahaks.



Almari pasang siap hingga mencecah siling. Alasan untuk shopping banyak baju. Hehe.




Wah wah. Dah lama Momoy mimpikan almari yang luas sebegini tau.



Lihat gambar bawah pula. Laci-laci biru besar itu Momoy simpan baju kerja sahaja. Dan  Warna tidak seragam jadi Momoy sorokkan belakang pintu. Momoy sangkut towel di belakang pintu. Dari luar memang tak perasan. Dalam bilik pula, mata kurang fokus ke situ sebab point tertumpu pada katil. Jadi kesemakan dan ketidak seragaman warna biru itu seperti 'dilenyapkan'. Ewah.



Pintu bercat warna light grey. 


Bakul bulat atas laci besar itu untuk baju yang sudah dipakai.


Siapa dapat spot ada penyapu di situ?. Satu lagi rahsia Momoy. Tips Momoy: sila manipulasikan effect cahaya untuk menipu orang. Ini tipu yang tidak berdosa.



Sekian dahulu. Sebenarnya, ada banyak plan dan idea lagi nak deco bilik Momoy. Tapi masa 2 hari untuk deco dan bekerja sangat terhad.. Jadi, Momoy siapkan yang yang mana ada dan termampu dahulu. Tapi overall Momoy puas hati dengan kerja dekorasi pantas Momoy ni. Tahniah pada diri sendiri. Bravo. Bravo *tepuk-tepuk tangan*.


Sebagai penutup, Momoy attached keadaan bilik Momoy bagi 3 jenis pencahayaan (lighting effect). 



Waktu malam dengan lampu pendaflour ke apa entah namanya itu.


Jika pasang lampu dinding bersama lampu pendaflour ke apa entah namanya itu.


Bila pasang lampu dinding. 



Eh. Kata last. Okay. Yang ini betul-betul last.



View bilik dari kerusi study


View luar tingkap dari kerusi study. Sayang, waktu ni hujan ribut. So tak nampak apa-apa.



Tamat sudah sesi lawatan ke bilik Momoy ni. kawan-kawan suka tak? Apa pendapat kawan-kawan tentang hiasan dalaman bilik Momoy ? Berilah komen dan pendangan kamu ya. Terima kasih kerana sudi baca.





P/s: Sedang survey plasma LED warna putih untuk lekapkan ke dinding atas cermin besar putih tu.



106 comments

October 1, 2012 at 2:04 AM Reply to comment

Cantik bilik momoy.. akak suka dgn cadar & langsir yg berbunga ros kecil tu..

October 1, 2012 at 2:09 AM Reply to comment

wahh, ada 3 ekor raksasa ijau kt tepi tingkap, hikk...

Memang ad skill interior designer ke ni?
cantik betul owh!
minat rancangan deko bersama Eric juga ke ni? :D

October 1, 2012 at 8:34 AM Reply to comment

lama tak bw sebab tak larat nak ngadap lappy lama-lama...cantiknya bilik momoy...berkenan sangat dengan langsir dan blanket...sangat comel..

October 1, 2012 at 8:54 AM Reply to comment

menarik nyer bilik...
kalau dapat masuk karpet lagi cun... hehehe

@Hanani
oh sis. lama x online. hari2 momoy jenguk blog sis.
langsir putih beli kat kamdar je sis. cadar beli kat Jaya Jusco

@Everything's Everythings
xde. Skill membunuh ada laa...
huhu...

@Nor Salmi
thx u sis. cadar tu momoy beli time sale kat Jaya Jusco.

@Sop
plan begitu la. Tapi xde masa lagi nak search karpet gebu-gebu. Thanks dear sop bagi idea

October 1, 2012 at 9:45 AM Reply to comment

TABIK KAQMOI ..

COMEL SGT ..

T TOLONG DECO BILIK DEQ SKALIK LEH ? HEHE

October 1, 2012 at 11:07 AM Reply to comment

wahh..hebatnya..ni bagi idea untuk saya hias bilik saya nanti..tengah tunggu bilik siap diconstruct..:)

October 1, 2012 at 11:19 AM Reply to comment

home sweet home MOMOY...suka sgt image bilik MOMOY yg baru...kalau camni sure tido lena & sampai matahari dh naik pun xbgn lagi...hoho

anyway, good job terasa mcm dibawa masuk betul2 ke dlm bilik MOMOY...sampai boleh bau keharuman bilik...

October 1, 2012 at 1:41 PM Reply to comment

cntek view dia. sy klu plh katil kt asrama pn mesti nk view yg sedap mata memandang je. hik2. pandai momoy hias blik. bertambahlah kecintaan pd blik pasni kn. rasa xsabar je nk tdur kt blik. =)

October 1, 2012 at 1:56 PM Reply to comment

wah.....kenapa comey sgt ni momoy..suka2 kreatif lah momoy..i like..kalau cmtu comel nak liked 1 juta kali ok..

October 1, 2012 at 2:59 PM Reply to comment

Promosi border lace
http://ailinnilzaboutique.blogspot.com/2012/09/border-lace.html?m=1

Ish xde lah, betul kalau org yg takde skill deco ni mana boleh buat cntik2 cmtu ^^

October 1, 2012 at 4:12 PM Reply to comment

fuiyoo !! cun giler bilik momoy ! heeee :P

October 1, 2012 at 4:34 PM Reply to comment

Rajin la Momoy ni....bilik cantek :)

October 1, 2012 at 6:37 PM Reply to comment

sangat creative ye budak ni menghias bilik dia! budak perempuan mmg particular dlm bab menjaga kebersihan bilik diorang..:))

October 1, 2012 at 8:32 PM Reply to comment

cantik sangat2..suka sgt katil,langsir,dindinh..suka smualah :)

October 1, 2012 at 10:42 PM Reply to comment

wah..comel gila..macam tuan dia jugak..hahaha

@dEdEQ dE wIshEs
muahaha...tuan bilik lagi comel dear
eh ? haha

@nur anis
nanti post bilik u pula. mesti best. jom jom deco bilik

@OdahOne OdahOneBizz
thx u dear odahone. heheh. tergelak momoy baca komen dear yang last sekali tu
dasyat betul imaginasi dear =)
btw, sekali tgk macam bilik asrama pula. hais

@Izwanie Eynia
tengkiu dear wanie. tapi momoy jenis tak suka tidur. byk masa abes kat meja study tu =)

@wong meimot
hehe...sankyu darling. tp bila tgk gambar , terasa mcm bilik budak2 kecik pula. huhu...

@Everything's Everythings
skill tu xde , tapi sebab momoy ni japan gyaru lover saja so suka la benda2 gyaru-gyaru ni. ni sebab pengaruh popteen (majalah jepun)

@shiyda
tengkiu dear shiyda. boleh je kalau nak tumpang tido

@Karukord Jagau's
thx dear. sbb tempat lepak momoy bilik. momoy x suka lepak luar
jadi bilik kena warm

@Adam Haiqal
dear adam, budak tu kata mekasih. hehe

@Cik Eyra
wahh... orang kedua selepas momoy yang suka dinding. muahaha... thx dear sudi baca dan komen sini even entri ni panjang gila kan

@boni kacak
eceh. ayat nak kasanova jer. hehe...

October 1, 2012 at 11:29 PM Reply to comment

cantikkk ^_^

October 2, 2012 at 12:52 AM Reply to comment

comel la bilik Momoy. Tapi kan, Momoy...langsir Momoy sebijik mcm Alas meja umah YM...ni mesti beli kat pengeluar yg samer, hehe...YM pun jait sendiri, hihi...jimat kan?comel pulak tu...ahaks...

October 2, 2012 at 1:28 AM Reply to comment

comelnya bili momoy!!!!!! haz ska gia combination color n deco dia! <3

October 2, 2012 at 3:32 AM Reply to comment

cantiknya bilik... pandai sis moy hias... suka kak mia tengok.

good job...

@YaYaNsMuM a.k.a YM
memula memang nak jadikan alas meja study tu. tapi fikir semula, takut bilik jadi semak pula. so beli banyak2, momoy buat langsir

itu lah. memang jimat kalau buat sendiri. deco buget

@haz
thanks dear. guna warna yang soft saja. nak install wallpaper rasa mcm x berbaloi dan mahal . cat pilihan terbaik dan termurah

@Mia Liana
terima kasih sis. oh ya. sis dah start guna raw collagen tu?

@Syat0za Zaisankyu dear Syatoza ^^

October 2, 2012 at 9:15 AM Reply to comment

comelnye bilik dia..ala2 inggeris camtu..nice design n concept apply kt rumah sis. :-)

@Nor Zilla Sensei
oh tidak. jangan katakan ini english style dear
momoy tak berapa suka english style dan sangat berhati2 untuk deco ni untuk elak dari english style.
oh. nampaknya momoy gagal =(

October 2, 2012 at 9:59 AM Reply to comment

Cantiknya...
Suka tengok susun atur bilik Momoy ^_^
Simple tapi cantik sangat...

October 2, 2012 at 12:14 PM Reply to comment

amboi cantiknye bilik die , jeles ni

October 2, 2012 at 2:08 PM Reply to comment

Bilik Momoy nampak cantik sangat.

October 2, 2012 at 2:24 PM Reply to comment

cantiknyer..kemas dan sweet :)

October 2, 2012 at 4:02 PM Reply to comment

sweet bilik momoy..

October 2, 2012 at 10:27 PM Reply to comment

salam momoy..
Pergh punya bilik yg hensem gitu..org pompuan la katakn memg kemas... Serius kata mmg terbaik.. 1je nk tanya.. Ekon tak de ke? Huhuhuhu..

~tak kisah la momoi nak panggil .'bro'ke...' ta' ke... ok je.. Tak de masalah..

@Wilma
thx dear
pilih bilik kecik senang sikit nak hias kan

@abg cik
tengkiu abg cik
oh oh jangan la jeles. huhu

@Zevin
mekasih dear
dan mekasih juga sudi visit dam komen sini

@puteri kasih
terima kasih dear puteri ^__^
momoy suka lepak bilik, sbb tu kena pastikan kemas

@Ema Blog
tengkiu dear ema =)

@TiranaAduka
xde econ. kipas je. tapi bilik ni sejuk . x pasang kipas pun kadang2 sebab angin luar tingkap tu .
tengkiu dear ta.

October 2, 2012 at 10:58 PM Reply to comment

serious jealous tengok bilik awak :/ cantik sesgt!

October 3, 2012 at 12:05 AM Reply to comment

lawa smua pic u :)

October 3, 2012 at 12:31 AM Reply to comment

BERMULA DGN TUAN YG CUN .. SO SEMUA MENDA DAN TEMPAT BERJANGKIT JD CUN .. XGITU KAQMOI ? AHA

October 3, 2012 at 12:52 AM Reply to comment

Saya sudah follow blog Momoy.

Salam kenalan Momoy :)

Momoy cantik sangat.

October 3, 2012 at 1:40 AM Reply to comment

bilik momoy comeyh sgt . mcm tuan dia jgk :)

October 3, 2012 at 4:10 AM Reply to comment

angin sepoi2 bahasa..
Ooo.. Bgitu

October 3, 2012 at 7:50 AM Reply to comment

cantik sgt !. sy suka design macam ni ! :)

October 3, 2012 at 9:07 AM Reply to comment

Hahhahahahaha......
TA blogger sepenuh masa la momoy yang cantik....
Nape tak peceye ke..?....
Thanks sudi singgah....kalau nak tahu...lebih lanjut klik je TIRANA ADUKA...kat atas tu.....

TA baru je....dalam dunia blogging nie.....rasanya...sronok pulak....huhuhuhuhu.....

October 3, 2012 at 9:14 AM Reply to comment

Cantik bilik warna pink!! He..nk suggest blh?? Apa kata momoy ltk karpet gebu2 kt lntai,krpt wrna pink.n ltk rak buku kecil sudt yg luas 2..momoykn suka smpn koleksi buku jepun.he.

Bila sya tema oren.fully oren.bek dndg,cdar,lgsr,als meja,oren je.sya fanatk dgn oren.he

October 3, 2012 at 10:39 AM Reply to comment

mungkin ada dikalangan pembca blog ta silent readr..
Mumgkin ada yg dah tau cerita ta ni..tapi tak komen di blog..dia komen melalui e mail..
Pedas2 tu..huhuhu

Untuk momoy yg lawa.. Ta mohon maaf jika ada entry ta yg kurang sopan dan tak lupa jua pada pembaca setia blog ta..

October 3, 2012 at 11:49 AM Reply to comment

kemasnya blk momoy .. suka tgk suasananya..tenang ^^ nnt yana buat tuto ek psl HOT NEWS tue.

October 3, 2012 at 12:17 PM Reply to comment

Hi hi. Blogwalking. My name is Asep Haryono from Indonesia. I am blogger and one of official website content specialist at Pontianak Post daily newspaper.

I came across your blog from searching, and I found many interesting topics, features and photos as well.

I have followed your blog, and hope you would do the same to mine in the near future. Keep up the good work ya

Ikhlas tapi Jauh.
Wassalam Wr Wb


Asep Haryono (MR)

October 3, 2012 at 4:24 PM Reply to comment

Moy.. lawa bebeno bilik tu.. mesti tidoq lena selalu nooooo.. hahaha

October 3, 2012 at 5:21 PM Reply to comment

amboi comelnye bilik ... hehe . neh msti tdo tak bngun dah neh . haha

October 3, 2012 at 10:23 PM Reply to comment

salam momoy
Singgah lepas isyak disini

October 4, 2012 at 12:18 AM Reply to comment

Cantik dan nyaman suasana biliknya Momoy. Salam Kenal ya.

October 4, 2012 at 1:25 AM Reply to comment

Masih dominan cat dan perabot nya berwarna pink ya moy...hehe warna favorit tentunya :D

October 4, 2012 at 1:58 AM Reply to comment

tengah godek2 apa la tu agaknya ...............

October 4, 2012 at 2:10 AM Reply to comment

rajin mengemas si momoy ni

October 4, 2012 at 2:12 AM Reply to comment

TA tak penah lagi brsua muka dgn momoy ni..comei cam bilik ke? (gurau je)

@Nadratul Syazwana
tengkiu my dear ^^
guna yg ada saja cuma kemaskan sedikit

@SYAH'IZZAT
tengiu dear syah

@Zevin
salam kenalan dari momoy.
Alhamdulillah. Semua makhluk Allah itu cantik dear

@Pykaa Pdott
tengkiu my dear pykaa

@TiranaAduka
itu la kadang2 sejuk sangat

@-zara-
haha...kita sejiwa dear zara

@TiranaAduka
iye ke baru? tengok history dah lama.
otai nih

@chot ok..!
thx dear chot yg comel atas idea u
momoy juga plan nak letak karpt gebu-gebu. tapi bukan warna pink. sebab banyk pink pun nampak serba tak kena.

maybe kaler grey atau dark cream. untuk karpet momoy prefer warna gelap sikit kot sebab yang lain dah warna cerah. kalau karpet pun warna cerah, bilik automatik jadi serabut..

oh suka oren. oren berani tau

@chot ok..!
suka oren. tapi oren buatkan kita cepat rasa lapar =)

@Yana Aina
ok dear. thanks dear. momoy tunggu eyh

October 4, 2012 at 4:42 PM Reply to comment

Cantik gilaa. Mesti ada skill interior designer nie kan?

October 5, 2012 at 1:50 AM Reply to comment

tgok orangnya pun dah cantik..

comelnye bilik awak momoy, hehehe.. bru dpt tgok sb internet lambat sgt ritu... sweet n simple, sejuk mata memandang..hikhik

November 3, 2012 at 11:28 PM Reply to comment

@TiranaAduka
tak comel pun cuma Alhamdulillah sempurna

November 3, 2012 at 11:28 PM Reply to comment

@TiranaAduka
Erkk...apa kaitan dgn bilik

November 3, 2012 at 11:29 PM Reply to comment

@◕ Kawaii D Y S H A ◕
mekasih dear dysha. pink kan

November 3, 2012 at 11:29 PM Reply to comment

@Mieya Atiera
tak ada pun dear. cuma suka blik tidur nampak kemas dan sedap mata memandang je

November 3, 2012 at 11:30 PM Reply to comment

@TiranaAduka
hehe...org pompuan mesti la kena rajin , ye tak

November 3, 2012 at 11:30 PM Reply to comment

@budi os 19
bener dear =) pink itu cinta saya

November 3, 2012 at 11:31 PM Reply to comment

@Laurencius
makasih dear. salam kenal juga dari momoy

November 3, 2012 at 11:31 PM Reply to comment

@-meeSUPERGIRL-
hehe...momoy jenis bgun awal. xde masalah

November 3, 2012 at 11:32 PM Reply to comment

@Chegu Anuar
badan penat tido je memana pun. hehe

November 17, 2012 at 11:24 AM Reply to comment

wah2!!!!cantiknya..terer momy mendeco,ye..nanti akak pindah rumah sndiri nk deco2 bolehla mintak momoy bagi ideas,ye :) jmput follow akak kmbali :)

November 17, 2012 at 11:52 AM Reply to comment

dik momoy,nak tnya cmna kita nak tag blogger lain dlm komen kita,ye? :)

November 17, 2012 at 11:58 AM Reply to comment

@TiranaAdukayeke baru. bukan otai ker?

@Asep Haryonothank you very much kak asep =)

@QA's ~ mamapapasalam sis
mekasih sudi komen dan follow blog picisan momoy =)

@QA's ~ mamapapaoh itu. kita highlight nama mereka kemudian cari icon link. bentuk mcm bulat2 bujur tu.

March 25, 2013 at 3:16 PM Reply to comment

cantiknye.. jeles ** hahaa...

@hazdnul shafinahehe. thx dear. jom jom deco juga

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...