.::: MOMOY blogirl :::.

10 February 2014

PREVIEW | tranexamic acid


Assalamualaikum.

Haiii kawan-kawan. Sekarang ni Tasha berada di Legoland *waving*. Macam Tasha banana tak ?


Hari ni Momoy preview tentang tranexamic acid injection (singkatannya, suntik tren). Alah. Tak payah nak berkerut dahi sangat lah kan. Suntik tren sangat popular sekarang ni. Tapi kalau betul-betul tak tahu apa itu tren boleh kerut dahi. Tapi jangan over sangat, nanti cepat kedut pula. Ini sikit info kopi pasta bagi yang blur tren ni binatang apa (celuk Google). 


Apa itu tranexamic acid ? 


Tranexamic Acid merupakan INHIBITOR pencegah melanin kulit gelap yang paling terkenal di dunia. Sebenarnya, tranexamic acid digunakan secara meluas oleh hospital dan rumah sakit dalam tujuan mereka membekukan darah pesakit. Kebiasannya, wanita selepas bersalin akan diberi terapi tranexamic untuk menghentikan darah. Hasil penyelidikan, saintis dunia mendapati tranexamic acid mampu memutihkan kulit.



Bukan itu sahaja, tranexamic berkeupayaan menghilangkan parut, jeragat, mengatasi masalah jerawat serius serta menghaluskan kulit. yang paling diminati ramai, ia berupaya melicinkan kulit seolah-olah kita menjalani terapi hormon. Terapi hormon yang macam Ifa Raziah buat tu. Dengan sistem kimia tranexamic yang unik, ia adalah bebas radikal, tidak mudah terurai dan diyakini bertindak dengan sangat berkesan dan pantas. Tranexamic akan menyerap dengan sangat cepat dan mudah. Ia akan MENGHALANG penghasilan melanin kulit dan menukar eumelanin kepada pheomelanin. ini dapat dilakukan dengan penyekatan melanin serta enzyme tirosinase.



Cara menggunakan tranexamic acid adalah :




Suntikan dilakukan dua minggu sekali atau seminggu sekali (bagi yang mempunyai metabolisma tinggi) pada saluran darah atau digelar sebagai IV (intravuscular). Suntikan dilakukan pada mana-mana klinik bertauliah.



Kesannya pula dapat dilihat seawal SATU HARI dan proses pelengkapan terapi pemutihan yang lengkap adalah sebanyak 10 kali sesi suntikan (setahun). Kemudian, hanya perlu maintain pengambilan pil vitamin c untuk putih yang berkekalan.


Okay. Faham ke tak ni. Kalau tak faham pun, bayang-bayang tu dah ada sikit kan. Nak lebih maklumat boleh baca website kesihatan (juga web kecantikan) ye. 





Ini lah rupa tranexamic acid sebelum doktor masukkan dalam picagari.
Ada 10 vials tapi dah cucuk 2 minggu baru teringat nak ambil gambar.




Haaa... tetiba pula cerita pasal suntik-suntik ni ? Macam mana boleh terjebak ni. Macam ni, asalnya Momoy ambil suntikan ni untuk hentikan pendarahan di kaki Momoy. Bila ada accident atau pendarahan, Momoy memang sikit panik la sebab darah akan keluar banyak dan ambil masa yang sangat lama untuk pulih. Ramai suspect Momoy ni ada kencing manis tapi sebenarnya tak. Tsk. Korang ni. Momoy ada masalah kurang darah la (agak serius juga). 


Pernah dulu doktor nak ambil sampel darah, habis semua jari Momoy dia cucuk-cucuk pastu dipicit-picit tapi setitik darah pun tak keluar ! Disebabkan Momoy, habis jammed orang yang beratur nak check darah. Kihkih. 


Tahun lepas Momoy tersepak carpet kat office. Tersepak jer tapi sampai kuku tercabut. Bleeding banyak dan pitam terus. Bisa ooo sebab ibu jari pula tu. 2 bulan Momoy bed ridden, tak dapat bergerak langsung. Serius. Satu kaki bertukar warna hitam lebam-lebam (padahal kena kat jari kaki jer, boleh imagine ?). Bila nak duduk atau bangun dari sujud memang sangat sakit dan takut. Kulit pun jadi sangat tak cantik *nangis tekup muka* 


Dan iya, jari kaki tu asyik bleeding jer (walaupun dah 2 bulan). Pergi kerja kena cuci darah dulu, kemudian letak ubat dan balut semua. Then, pakai stoking tebal 2 lapis baru pakai safety shoes.  Itulah permulaan Momoy start ambil tranexamic acid ni - 18 September 2013. Sengaja tulis tarikh ni. Reminder. Sebab tranexamic acid HANYA boleh ambil 10 kali suntikan sahaja dalam setahun. September ni baru boleh suntik tren semula. 



Eh. Kenapa nak suntik tren lagi ? Pff... kan dah bagi info tadi yang tren ni bukan saja ubat tapi untuk beauty juga. Sebenarnya, dah banyak produk guna tranxenamic acid, cuma ada yang tak tahu. Main beli jer. Paling senang, bila pergi Watson cuba usha-usha sheet mask. Mesti dalam banyak-banyak mask tu ada mask tranexamic acid. Contohnya, produk Naruko ada mengunakan tranxenamic acid untuk face mask dia. 


Jadi, sesiapa yang target nak dapatkan skin whitening and glowing effect, boleh pilih beauty product yang ada kandungan tranxenamic acid. Tujuan Momoy ambil untuk stop kan bleeding di kaki. Tapi ada effect lain pula yang Momoy dapat. Nak tahu apa ? Okay, sila tunggu next episod. Bhuahaha .








05 February 2014

Perasaan pelik dalam hati ini



Assalamualaikum.

Beberapa hari lepas Momoy ada beli Al-Quran digital. Momoy rasa agak lama juga Momoy tak mengaji. Alasan penat kerja, badan letih (tapi bila ajak tengok wayang, on je. muahaha). Bila lama tak mengaji ni, terasa lidah ni keras dan kaku. Biarpun beberapa doa harian Momoy baca setiap pagi nak pergi kerja (time panaskan enjin). Tapi mana sama cik Timah oiii...


Entah lancar lagi, entah tersekat-sekat bila baca, entah ingat tajwid ke apa. Ternampak Al-Quran digital kat Facebook, Momoy terus watsapp seller tu. Momoy tanya la beberapa perkara, termasuk kelulusan KDN dan waranti (untuk pen digital). Penting tau bagi sesiapa yang berhajat nak beli Al-Quran digital, CD mengaji atau bacaan Al-Quran. Sebab tak nak la kita niat nak bersihkan jiwa tapi tiba-tiba yang apa kita baca telah dipesongkan tanpa sedar sebab kurang ilmu. Takut ooo. 


Momoy tahu ada yang lebih murah. Tapi hati Momoy tersentuh dengan keihklasan beliau berniaga. Makanya selepas tanya itu ini, terus transfer Maybank2u dan sehari sahaja Al-Quran digital ni dah berada di tangan. Alhamdulillah. 




Banyak juga items dalam set ni tapi malas nak keluarkan (bawah Quran). Set Iqra, panduan solat, doa dan macam-macam. Free gift pun ada sekali.

Kanan | pen digital
Kiri | tasbih digital 
Pen digital ni juga boleh rekod suara untuk check bacaan tajwid kita. Awesome kan. 
Banyak lagi fungsi dan keistimewaan Al-Quran digital ni. Sengaja Momoy tak nak ulas panjang lebar. Nak tahu tengok sendiri kat SINI.




Sebenarnya, perasaan pelik yang Momoy maksudkan ni tak ada kena-mengena dengan Al-Quran digital. Yang peliknya sebab hati Momoy kuat sangat naluri ni nak pakai jubah. Okay, fine. Ada yang pandang sinis kan. Lebih terasa, bila tengok Mizz Nina sekarang. Hati rasa berdebar-debar tanpa sebab. Juga bila baca blog dear cantik Ecan Fadlina. Perasaan pelik nak berjubah ni Momoy tak berani cerita pada sesiapa pun *tunduk*


Perasan itu menjadi makin dasyat bila terjumpa page FB ni. Terpegun dengan telekung dan jubah dia. Nampak lawa sangat. Jubah dia ikut syariat. Bukan seperti jubah 'moden seksi' yang melambak-lambak sekarang ni. Lagipun, model dia  (rasanya owner juga kot) memang lawa. Tak percaya? Cuba tengok page Bella Ammara !


Dua hari lepas Momoy ke Kemaman, saja nak cuba-cuba beli tudung. Tapi 7 kali tawaf, Momoy tak beli sehelai pun. Sebab Momoy tak tahu nak beli *tutup muka dengan tapak tangan* Serius ! Banyak sangat tudung berlayer-layer yang ramai orang pakai sekarang ni. Cantik jer tapi tak tahu kenapa Momoy tak berkenan langsung. 


Bila nampak orang tu pakai, automatik teringat curtain kat rumah. Tengok orang ni pakai, terbayang pula alas meja bulat kat sudut ruang tamu. Huhu. Momoy pun tak tahu kenapa, design dia nampak macam 'sesuatu' la. Sorry la Fareeda lover. Jangan la maki Momoy. Momoy cuma bercakap jujur jer *muka minta simpati*


Hmm... mesti ada yang mengata Momoy sekarang ni. Biarlah. Sebab, perangai SEBENAR kita, hanya Allah dan diri sendiri sahaja yang tahu, kan. Biarpun depan orang kita BERPURA-PURA. Betul ?  


Ini bukan nak cerita Momoy jadi alim ke apa ye. Ini cuma entri luahan rasa 'pelik' Momoy. Jadi, meh sambung balik cerita pasal tudung tu. Momoy mungkin bukan cari tudung, tapi boleh pakai macam tudung tapi labuh tutup sampai ke dada (tapi bukan lycra. seksi ah). Selendang mungkin. Apa namanya Momoy pun tak tahu. Hati ni kuat nak pakai jubah tapi Momoy takut. Sebab Momoy tahu Momoy ni jenis orang yang macam mana. Pakaian Momoy pun sangat mini, mini dan mini. Ini gila kan. 


Oh ye. Telekung travel yang Momoy cari-cari tu dah jumpa. Dah tak perlu nak usung telekung cantik Momoy yang satu je tu ke mana-mana. Kecil dan tak panas. Momoy letak dalam kereta je. Kalau berjalan, Momoy ambil sumbat dalam beg. 





Momoy beli telekung travel ni di ERA ALEM. Comel sangat. Murah pula tu. 
Momoy bagi 4 bintang. Kurang 1 bintang sebab tak ada warna pink. Kihkihkih.




Dalam set Al-Quran digital tu ada tasbih digital juga. Pff... Selalu sebelum tidur Momoy mesti scroll baca Facebook di honeydew (handphone Momoy). Eleh, geleng-geleng kepala pula. Korang pun macam Momoy juga kan. Tak nak mengaku pula. Haip. Lepas ni nak cuba berzikir guna tasbih digital tu biarpun sedikit. Dr Haji Fadhilah Kamsah kata, lakukan selama 40 hari dan ia akan jadi rutin harianmu. Insya-Allah. Doa-doakan Momoy ye.


01 February 2014

Bitter-sweet memory...


Assalamualaikum.

Artikel ni dikarang oleh rakan kuliah Momoy. Dah 2 tahun di upload ke facebok tapi baru hari ni Momoy terjumpa. Pfff... Ketinggalan keretapi ke apa ni. Walaupun Momoy ketika studi dahulu kategori pendiam dan pasif tapi tetap rasa nostalgia. Syahdu sungguh ~


Artikel di kopi pasta tanpa sebarang editing (tulisan purple) untuk mengekalkan rasa originalnya... Saja Momoy jadi copycat sebab bila rindu senang cari dan baca. 




***************************************************************************************************************************

Ulangtahun ke 10...^_^


12 May 2011 at 03:05 
Suatu pagi yang hening...


"Cepat-cepat, dah lambat nie" jerit ayahku.


Semua barang-barang telah dimasukkan ke dalam bonet kereta. Cuma aku masih lagi terkial-kial mengikat tali kasut.Ibuku telah berada di dalam kereta bersama akak dan abangku.


Dalam perjalanan, aku masih lagi teringat semasa posmen datang menghantar satu sampul surat.Nama pengirimnya jelas tertera.


"KUiTTHO? Pe bende nie" getus hatiku. Rakan-rakan yang lain masing-masing telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian. UTM, UITM,USM,UM,UKM, UIA dan lain-lain yang biasa kita dengar. Tapi aku, KUiTTHO..satu nama yang sangat-sangat asing ala-ala macam nama jepun gak,hehe.. Baru terfikir, semasa aku menghantar borang UPU, aku rasa aku telah meletakkan nama KUiTTHO sebagai pilihan terakhir. Untuk mengisi tempat kosong..hehehe…


"Hmm, belasah ajela.."getus hati kecilku.


Kira-kira dua jam perjalanan menaiki kereta, akhirnya aku sampai ke destinasi. Perjalanan kami melalui jalan-jalan yang sempit.Kiri kanan ladang kelapa sawit. Memang lokasinya kawasan kampong@pedalaman. Hanya pekan yang paling hampir. Parit Raja nama diberi.


"Ini ke tempatnya? " jerit hati kecilku. Sudahla jauh, keadaannya sangat-sangat kurang memuaskan. Ade ke patut tempat yang dipanggil institusi pengajian tinggi masih mempunyai jalan tanah. Memang teruk..still dalam pembinaan penambahan prasarana,baru sahaja dinaiktaraf ikut kata orang..Argh, macam nk aku belah cepat je nie..


"X pela wan, ko duduk je kat sini..Belajar baik-baik ya.." nasihat ayah dan ibuku selepas aku mendaftar asrama dan sebelum mereka berangkat pulang. Asrama ke? Nama pun Taman Melewar..Pelik-pelik..


Aku mendapat tahu, bahawa apa yang dipanggil asrama itu sebenarnya sebuah taman perumahan yang baru sahaja siap dibina. Masih ada rumah-rumah yang tidak mendapat bekalan air. Nasib baik rumahku yang dikongsi bersama 8 orang lagi mempunyai bekalan air dan elektrik.Cuma lantainya yang masih kotor, maklumla baru siap dibina. Terpaksala kena cuci dan sapu-sapu sikit..


"Aku Ezrin, orang panggil aku Tam.." salah seorang yang tidak dikenali menyapa aku..Bersama-samaya ada dua orang lagi..Diorg pun aku tidak kenal.


"Yang nie Azhan, panggil je Pak An..Lagi sorg Azilan, panggil Lan je.." pantas Tam memperkenalkan rakan-rakannya itu.


"Aku Reduan, panggil Wan je.." jawab aku sambil menghulur tangan tanda perkenalan walaupun selepas itu, aku jarang mendengar mereka semua memanggil aku Wan..Patut ke aku dipanggil Tok Siak?? Hahaha...


Perkenalan dengan mereka membuka satu lembaran baru. Semakin lama, semakin ramai kenalan aku..Asrah@Acca, Hashimah Koh@Shima, Nor Aini, Hafilah, Nazila@Epok, Tuan Fadilah, Shuhada@Shud, Mad Anip, Safri, Wan Kam (terror maen basketball tue), Shaifulnizam@Put (paling senyap dalam kelas..), Faizul Ikmal@Informer (penyebar berita sensasi), Ezmeel@Atan@Orang Puteh, arwah Shiraz (al-Fatihah untuk beliau), Lim Chin Wei, Yeoh Mooi Hiang, Che Intan,  Shahrizal@Shasha, Sham, Shaiful@Epul, Taufeq@Topek,  Salleh Nur, W.M.Azwan@E'we, W.M.Marlizan@Ijan (husband Aishah Malek),Khairul Azrami@Pak Andak, Faizal@Pejal, Hairul Perdaus@Pear, Fitri, Zickry Azizan, Ismail@Maiel, Dasuki@Juki, W.M Zaki@Jakie, Faliq Hawari@Que, Hasrul Haniff, Rosdin@Din, Syahrul Abas, Hasmee Mariani@Emy, Linda Sa’adon@Kiddo Lin, Linda Ramli,  Tia Yusoff@Teah (gangster pompuan time muda2 la, huhu), Esah Malek, Rosenita, Noraziah@ Ghee, Siti Akmalia, Siti Suriani@Mek su, Lina Syalina, Nurul Huda@Vesper Lee, Nurul Bahiyah, Nurul Hanizan, Nur Farhana@Paan , Syarifah@Kak Pah (MPP-famous tue…) , Kawan Kak Pah(aaahh, ak lgsg x ingat pn name dia…demm-*namenye Dayah-tq Nohan Nesyah), HaFiza Yahya, HaFiza Ali,Rafidah@Fied,Manisah, Faizah Marhamdan, Siti Norashikin@Chikin, Mardiha@Diha, Sam Heeza@Asam, Hasnizan Akshah , Salizawati Saharudin@Ija, Ika Bakri, Zuraidah, Shida Ismail, Nurhanisah@Nohan Nesyah, Monira Elyana@Mon, Azrina Ahmad,Sheeda Ko'diang, Zawaweee@Awie (korg tau ke apa jd ngn die????) dan lain -lain (p.s: den pelupa orgnye, sila tambah-tambahkan mana yg patut ya..) membuatkan aku bertambah seronok untuk berada lebih lama. Walaupun sebelum ini terlintas difikiran untuk berhenti sebenarnya selepas seminggu mendaftar..


Hari ini..12 Mei 2011..


Genap sudah sepuluh (10) tahun peristiwa tersebut.. Kini ramai sahabatku yang telah memilih jalan hidup yang tersendiri.. Ada yang sudah berkahwin, dan mempunyai anak-anak yang comel lote..Ada pula yang sedang menghitung hari menjadi Raja Sehari..Ada pula yang masih berkasih sayang dengan buah hati (salah seorgnya adalah _______,hehehe..) dan ada juga yang masih mencari sesorang..


Walau dimana jua anda berada, apa jua yang sedang anda lakukan..Kalian masih kuingat, kenangan kita masih tersimpan dalam sanubariku..Rindu ngn korg semua..Sangat-sangat rindu tau….


Selamat menyambut ulangtahun ke-10 hari pertama (12 Mei 2001-Sabtu pagi) pendaftaran dan kemasukan bagi pelajar-pelajar Diploma Teknologi Kejuruteraan Awam, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO), Batu Pahat, Johor Darul Takzim..


..md^_^bm...



p.s: JOM SEMUA MARI KITA BUAT GATHERING....:)



ttg gmbr, nie kelas BI Sem 1, Seksyen 2 rasenye...so x byk la yg ade..tp kalau nk tgk yg byk2, cube check kt gmbr Syahrul Abas>>gmbr jamuan Hari Raya..



***************************************************************************************************************************



Oh. Tak perlu cari Momoy yang mana satu. Sebab Momoy tak ada dalam gambar tu. Hihi. Ponteng kuliah kelas lain kot. Lagi pun course kami banyak seksyen so cuma beberapa kerat jela yang dalam gambar tu. Cuma nama Momoy ada dalam tu. Hehe.


Zaman tu zaman guna komputer, disket, dan camera kodak yang cuci tu. Harga komputer waktu tu sama harga dengan laptop zaman sekarang. Laptop, pendrive dan camera digital sangat-sangat mahal. Siapa yang ada tu kira anak orang yang betul-betul kaya la. 


Kami semua (termasuk Momoy) time tu buat assignment kat lab com (makmal komputer) atau cyber cafe jer. Kalau ada roomate yang ada komputer tu kira sangat bertuah la sebab boleh pinjam. Momoy beli laptop sendiri selepas buat Degree. Masih simpan lagi laptop tu sampai sekarang walaupun dah tak boleh guna. Banyak kenangan ooo... 


Artikel ni  waktu diploma la. Yang degree punya tak ada siapa rajin nak mengarang macam tok siak ni. Apapun korang semua dalam kenangan....



P/s: Selamat pengantin baru tok siak dan pasangannya yang baru beberapa hari melangsungkan hari bahagia mereka. Semoga berbahagia hingga ke Jannah. Ameen.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...