Tips rawat kuku cekam atau kuku cagu | .::: MOMOY blogirl :::.

13 March 2014

Tips rawat kuku cekam atau kuku cagu


Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. 
Assalamualaikum semua ( ≧◡≦) 



Tajuk entri sangat mesra SOE kan ? Hoho. Ni nak bagi tips cara rawat kuku cekam atau kuku cagu. Saja je ulang lagi sekali. SOE kan >.<



Eh. Eh. Sebelum korang kamu (nak cuba ganti perkataan korang) fikir yang bukan-bukan, Momoy nak jelaskan dulu yang Momoy TAK PERNAH alami masalah cekam kuku atau kuku cagu. Tapi Momoy ada pengalaman buruk ibu jari kuku tercabut. Bayangkan cepat.



Momoy cerita sikit la kes tercabut kuku tahun lepas. Puncanya sebab tersepak karpet kat office. Actually hujung karpet. Sadis betul. Habis karpet kotor dengan darah. Momoy pula pengsan. Rasa nak berguling-guling tiap kali teringat sakitnya masa tu. Berbulan-bulan menderita sakit tau. Sampai tak boleh bergerak tapi nafsu makan tetap kuat. 



Berbalik pada cekam kuku atau cagu kuku tu, punca utama sebab terjadinya masalah tu ialah potong kuku terlalu pendek. Tapi ni bukan bermakna yang kamu semua boleh bergumbira berkuku panjang. Hamboii. Suka benar kuku panjang eyh. Potong la kuku, tapi jangan pendek sangat. Gitu.



Selain daripada itu (eceh. macam karangan sekolah dulu-dulu. hehe), pakai kasut yang ketat pun boleh buat kuku kita cagu ye. Eh bukan kita, tapi mereka yang menderita cagu maksud Momoy. Cagu ni jadi sakit sebab kuku yang telah pendek tu mencengkam pula isi kuku. Erk. 



Cara hilangkan cagu atau kuku cekam ni senang je, jumpalah doktor. Ok tak lawak. Tapi serius jumpalah doktor kalau cagu tu serius atau membimbangkan. Jangan buat dono jer *goyang-goyang jari telunjuk* Satu lagi, jangan gatal-gatal tangan pergi korek pula cekam tu. Bahaya tahu. Lebih baik biarkan kuku tu panjang dan potong sikit-sikit kat kuku yang tak sihat tu. Tunggu panjang lagi dan potong sikit-sikit. Ulang la proses tu sampai ke tua. =.=



Pertumbuhan kuku kan sangat perlahan. Lagi-lagi kuku kaki, empat kali ganda perlahan dari kuku tangan. Jadi kalau kuku kamu tercedera sebab ada darah beku atau cagu memang berbulan-bulan (atau bertahun-tahun) la nak sembuh. 



Masa kuku Momoy tercabut dulu banyak klinik yang Momoy pergi. Doktor cakap sambil geleng-geleng kepala kata jari Momoy tak dapat buat apa dah. Dah tak dapat nak selamatkan dah. Terpaksa hidup dengan jari yang tak berkuku. Scary ! Bila tumbuh pun sangat lambat (agaknya bila dah tua baru merasa ada kuku kaki) dan tak cantik of course ! *nangis kuat-kuat*



Sampailah satu klinik ni, doktor ni bagi ubat untuk letak kat kuku. Klinik ni juga Momoy inject Tranexamic Acid ! Yang bagusnya produk tu kuku kaki Momoy cepat jer tumbuh. Seingat Momoy seminggu je dah panjang 1 hun. 2 tiub guna produk tu kuku Momoy dah tumbuh dan boleh potong. Bagus kan ? 



Menaip panjang pun tak guna sebab kamu tak kisah pun apa jadi pada kuku Momoy. Kamu cuma nak tahu produk ajaib tu je kan. Faham =.= Jadi, tanpa membebel banyak lagi, Momoy memperkenalkan....




Solcoseryl Jelly 10% *recommended* 
Berat  20g jelly
Harga dalam RM 20 + (tak berapa ingat). 




Kat gel tu ada tulis "For weeping wounds and burns". Tapi Momoy pakai kuku kaki cepat tumbuh so saja Momoy tanya pharmacist tu apa fungsi produk tu. Pharmacist tu cakap untuk 'tambah isi'. Lawak pula. Mungkin maksud dia untuk cepatkan pertumbuhan kuku (kot). Tak kisah lah kan, janji ada kuku semula. Hihi. 



Sekarang kuku Momoy dah sembuh. Alhamdulillah. Tapi Momoy masih pakai lagi nak cantikkan struktur kuku tu pula. Biasalah kuku baru tumbuh tak lawa mana. 




DuoDERM Hydroactive Gel
Yang ni pun produk yang sama juga. Cuma lain brand je. 
Momoy beli RM 17.50 jer (ada tanda harga. mihmih) Berat 15g.




Sorry. Gambar dah dipicit-picit benda tu. Dua-dua produk tu boleh beli kat farmasi. Cara pakai senang jer. Cuci kaki, lap kering-kering dan apply jer. Sambil letak tu salawat la okay. Kedua-duanya jenis gel. Tapi Momoy recommend produk yang Solcoseryl tu sebab kuku tumbuh lagi cepat. Gel pun tak senang hilang. Bangun esok pagi pun gel tu masih elok ada lagi. Hehehe. Yang DuoDERM lambat sikit. Dan gel dia kena banyak kali re-apply sikit. Apa-apa pun yang penting sabar, jangan malas dan bertawakal lah. Insya-Allah menjadi.



Produk ni terbukti berkesan pada Momoy. Momoy yang tercabut kuku boleh dapat kuku baru semula. Jadi Momoy rasa produk ni pun boleh apply bagi sesiapa yang derita kuku cagu, kan? "Lepas kuku tu dah panjang, ingat jangan potong pendek sangat tau", kata Doktor Momoy sambil berjalan ke wad 3B. 




Kulit lebih cantik | Harga mampu milik



15 comments

March 14, 2014 at 11:42 AM Reply to comment

Assalamualaikum awak.. bagusnya entri ni.. suami sheila pun ada kuku ibu jari kaki yang rosak sebab excident motor. sampai skrg kuku dia rosak.. boleh beli ni.. nak rawat kuku dia.. kesian betul :(

Anonymous
March 14, 2014 at 1:48 PM Reply to comment

hai princess momoy. thanks sgt tau. fifi mmg dah lama sgt cari benda nie.

Waalaikummusalam dear sheila.

Cuba lah. Pada Momoy berkesan dah tumbuh kuku baru macam org normal =)

sama-sama
sharing is caring dear fifi

March 14, 2014 at 3:51 PM Reply to comment

ngiluu rasanya, bila dgr momoy pernah tercabut kuku...memang sakit sangat...anak akak pun mcm ada masaah kuku cekam... bila nak potong kuku kaki..jari kaki kecil hujung tu.tak bagi kita sentuh..

March 14, 2014 at 8:37 PM Reply to comment

dolok2 selalu kena cagu..sakit wooo,bjalan pun slow motion.haha..good info momoy :) !

March 14, 2014 at 8:59 PM Reply to comment

yup, pnah kena kuku cagu cmni.. sakit x selesa plak bila nk bjalan, huh..

klau pakai overdose bole dpt kuku panjang mcm wolverine x? hikk...

March 15, 2014 at 11:03 PM Reply to comment

mak puteri hari tu pun kuku tercabut..thanks for the tips momoy..kena pergi cari kat farmasi nanti :)

March 16, 2014 at 2:04 PM Reply to comment

ha sy lah tu yg ada masalah kuku mcm tu.. huhu..

March 17, 2014 at 4:14 PM Reply to comment

"momoy yang takda kuku pun boleh dpt kuku baru semula" hahaha. nak tegelak baca ayat ni. eh dulu pun orang penah gak kuku belubang sebab darah buku. dia jadi darah beku, so kuku tu lembut, pastu orang kepit sampai belubang tengah2. take time gak la nak tumbuh elok semua balik. huuu

March 21, 2014 at 6:49 PM Reply to comment

Walaupun xpenah ada pengalamn kuku tercabut atau seangkatan dengannya. Baca crita momoy pun dah buat montot cml sakit..ngilu tul..ish..xnak bayang..
Pe2pun happy tuk momoy sbb dapat kuku baru.

March 28, 2014 at 11:29 PM Reply to comment

sy pun ada masalah dgn kuku kaki yg hujung,mungkin kesan pakai kasut bertutup yg ketat,darah jd beku,kuku jd hitam..

April 1, 2014 at 4:27 PM Reply to comment

Masa kekecik dulu kuku pernah tercabut dan bernanah. tak pasti pakai ubat apa. ubat doc bagi kot. tapi makan masa jugak lah nak elok.

April 8, 2014 at 12:27 PM Reply to comment

Hye hye hye..jomlah visit & follow blog saya http://mommysuci.blogspot.com

August 17, 2014 at 10:19 PM Reply to comment

uish bagus nih moy, akak punya kuku kaki selalu split dua pasal selalu on medication. doktor cakap orang asthma kuku mmg cam tu. thanks moy

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...