Assalamualaikum.
Haha... sangat tak sabar sebenarnya nak review produk ni. Skin dah okay tapi lepas plant shutdown kat BP bulan 9 hari tu, muka jadi teruk. Tetiba pores jadi besar, kulit muka jadi kasar dan kusam. Boleh nampak lubang-lubang. Huhu... jerawat pun naik besar-besar juga. Sedih. Tapi Momoy pasrah sebab kulit Momoy memang jenis manja. Beauty challenge dengan produk ni buat lagi teruk. Pakai 2 minggu je sebab kulit rasa gatal.
Ni keadaan kulit Momoy ketika tu. Confident level pun turut menjunam. Huhu...
Nangis tengok kulit sendiri T_T
Kat area dagu =(
Close up.
Boleh nampak lubang-lubang besar macam jalan rosak selepas banjir.
Memang agak tension juga lah sebab nak pulihkan semula kulit macam asal. Kulit asal tak ada lah cantik mana. Still ada jerawat tapi bukan jerawat yang timbul tapi jerawat dalam kulit. Tapi ni jerawat besau-besau nar (eceh. speaking Melaka). Time tu macam nak telan SNE Beautskin balik tapi harga SNE dah makin mahal beb ! Stok SNE pun asyik tak ada je. Bosan kot consume kalau kejap-kejap stop. Lagi pun Momoy ni jenis berdisiplin biler consume supplement. Tak suka skip even sehari.
Pendek cerita, Momoy pun pakai produk Wonder Glow Cosmetic. Set Wonder Glow tu ada banyak tapi Momoy guna yang basic - set gold. Dalam tu ada 3 item. Packaging Wonder Glow basic set (gold) ni Momoy puji. Sebab compact, cantik dan esklusif jer bekasnya.
Set basic Gold Wonder Glow
Sabun wonder glow ni lembut dan bau yang menyenangkan. Actually sabun ni ada dalam bentuk liquid (botol) tapi jual berasingan. Lagi senang nak bawa travel. Momoy tak cuba yang dalam botol tu yer. Sebab time nak beli tu pekerja kedai tu tak tahu harga. Tapi Momoy rasa, tekstur dia sama la kot dengan yang sabun.
Wonder Glow Cream D atau krim siang warna oren-oren muda gitu. Guna sikit jer. Krim ni senang rata dan cepat menyerap. Jadi, tak perlu nak pakai banyak dan berlayer-layer. Krim tu cepat serap, trust me.
Wonder Glow Cream N pula adalah krim malam dia. Krim ni pun pakai sikit jer dan cepat serap seperti krim siang. Bila bangun pagi kulit muka rasa moist dan lembap-lembap gitu. Momoy memang suka.
Kiri | Krim malam
Kanan | Krim siang
Kalau tengok produk kecantikan lain pun, set lebih kurang sama kan. Warna krim pun hampir-hampir sama jer. Cuma apa yang lain krim Wonder Glow ni dari produk lain adalah krim dia sangat ringan, tak melekit dan hampir tidak berminyak ! Momoy dah banyak pakai produk lain yang hampir sama krim siang dan malam macam Tia Amelia, Tabita Skincare, Aura Maya dan banyak lagi.
Tapiiii... inilah krim pertama yang Momoy rasa muka Momoy tak berminyak dan sangat ringan macam tak pakai apa-apa krim. Memang beza krim dia. Kulit muka Momoy langsung tak mengelupas. Selalunya produk lain jika tulis 'tiada pengelupasan' tapi still ada peeling kan. Tapi Wonder Glow ni tidak. Momoy pun tak perlu nak rasa malu nak nyorok-nyorok muka selama 2 minggu sebab peeling sana sini, merah sana sini. Aman jer.
Pertama kali dapat feeling pori-pori di muka Momoy mengecil. Ini bukan entri sponsor apatah lagi berbayar yer. Jadi tak ada maknanya Momoy nak puji produk ni bagus kalau ia tak berkesan pada Momoy. Momoy kan jujur
Result 2 minggu selepas Wonder Glow
close up - pori-pori dah kecil dan halus
Lepas tiga minggu pakai Wonder Glow ni, Momoy beli pula serum vitamin C & E Wonder Glow. Tekstur serum pekat dan jernih. Momoy pakai serum selepas cuci muka dan sebelum pakai day cream Wonder Glow. Kalau malam pula Momoy pakai selang seli dengan night cream.
Serum Vitamin C & E Wonder Glow
Gambar bawah ni seminggu selepas guna serum vitamin C & E tu. Tak tahu apa fungsi serum ni. Tapi bila pakai kulit terasa lebih tegang. Lihat gambar muka dah kurang jerawat kan. Cuma jerawat dalam kulit masih tak lenyap lagi. Tapi kalau sentuh kulit rasa lembut dan licin *libas rambut ke belakang*
Kulit tegang yang sihat. Bukan tegang yang bila senyum ada garis yang macam nak merekah-merekah tu
Apa yang pasti hasil guna produk Wonder Glow basic (Gold) ni, jerawat pun dah susut sedikit tapi masih ada jerawat (dalam kulit). Kulit Momoy dah tak berminyak dan pori-pori di muka terutama di pipi dah mengecil. Yayy *lompat-lompat tepuk-tepuk tangan*
Produk Wonder Glow tu tahan agak lama juga. Sebab dah hampir dua bulan pakai tapi krim siang dan malam baru susut separuh. Cuma sabun yang Momoy dah beli dua kali. Open pores dah kecil, muka pun dah tak berminyak tapi jerawat masih ada lagi. Nantikan progress update Momoy keadaan muka sekarang dengan produk Wonder Glow Cosmetic yang lain pula. Saja tak nak tunjuk current skin. hoho... biar saspen sikit. Biar korang selalu visit blog ni. Nampak tak mainan Momoy.
Mesti ada yang nak tanya pasal harga kan. Set basic Gold Wonder Glow RM 120 (sabun, krim siang dan krim malam). Serum vitamin c & e (RM 65). Kat mana nak beli ? Momoy beli kat SINI. Tempat yang sama Momoy beli sabun ketiak, krim ibu putih dan macam-macam lagi beauty stuff.
P/s: Tak sabar nak buat entri sambungan Wonder Glow.