Assalamualaikum.
Hot keyword di blog ni sekarang adalah tentang produk Figure Up selamat atau tidak. Terkejut juga tetiba entri Figure Up tu masuk carta top 10 dan melonjak macam roket. Sebab entri Figure Up ni paling baru la juga compare dengan entri popular yang lain kan.
Dua minggu ni feeling nak review produk, tapi apakan daya Babyburn hang macam tuannya. Keypad jammed. Touch screen tak function. Sedih bangat nih. Nak kena tukar handphone ke ? Huhu...
Sebenarnya banyak benda nak review tapi itulah, Babyburn sakit. Momoy hanya guna jasa beliau bila nak photo shoot produk sebab Momoy tak ada kamera apatah lagi DSLR yang gempak lagi gedabak tu.
Itu sebab juga lah blog ni sepi. Jarang sangat update sampai readers pun cabut lari. Ewah. Macam ler selama ni blog ni banyak readers =.= Tiba-tiba terasa nak menaip walaupun bukan entri review (cepat lah baik Babyburn). Sebenarnya begini...
# telekung travel
Dua tiga hari ni Momoy rajin benar survey telekung yang boleh bawa travel. Sebab Momoy tak suka pakai telekung yang ada kat surau sebab masalah hygiene (terutama kat dagu. ewww). Korang faham-faham la kan. Oleh itu, Momoy sanggup usung telekung cantik Momoy yang satu tu (hoho).
Banyak je jumpa jual online kat Facebook tapi Momoy tak berkenan. Yang berkenan cepat pula sold out. Pffftt. Momoy cari yang jenis sejuk. Mungkin cotton tapi bukan lycra sebab kain material lycra tu jenis yang suka melekap kat badan. Jadi kain lycra ni bagi Momoy memang tak sesuai di buat kain atau seluar (apatah lagi jubah) sebab akan nampak garis seluar dalam dan bentuk bontot. Tapi ramai je perempuan suka pakai kain lycra. Eh eh. Ni dah bukan cerita pasal telekung dah ni. Hehe.
Balik semula, warna telekung yang Momoy cari pastilah yang soft-soft gitu. Sekarang ni banyak telekung yang kaler terang-terang kan ? Striking giler sampai ganggu jemaah lain nak solat. Ciri ketiga haruslah ringan dan mudah disimpan. Nama pun telekung untuk travel kan ?
# Maxi
Gila maxi sekarang. Tengok kat poplook memang cantik-cantik. Kalau korang lambat macam siput, nak kelik-kelik lepas tu ambil pula masa nak membelek-belek, nak compare design mana yang paling cantik, warna apa yang sesuai dengan kulit korang, tengok budget ok ke ko, fikir itu, fikir ini, memang tak payah la nak shopping kat situ. Poplook tu untuk orang yang dilahirkan dengan jari-jari pantas kuasa kuda sahaja.
Dan lagi sekali, material bukan jenis lycra. Say No to Lycra. Untuk maxi ni pendapat Momoy soft chiffon cantik. Nampak flowy gitu bila jalan lenggang-lenggang kangkung. Nampak ayu ala-ala anak dara pengitan kampung sebelah yang kalau gelak tu, tutup mulut dengan tangan. Haa. Sebab tu la tengah hunting maxi.
# Sit up
Padahal boleh je terus mula tanpa masuk dalam short wishlist kan ? Tapi tak tahu kenapa nak masuk juga. Hihi. Nampak sangat yang Momoy ni malas nak bersenam. Ini sangat BETUL. Zaman universiti dulu, celek mata jer terus masukkan kaki dalam palang besi kat kaki katil tu. Pastu sit up 20x. Yang mana dok hostel dulu tu mungkin faham la. Kalau tak faham tu, buat-buat faham je la. Malas nak explain panjang-panjang. Muahaha.
# Solat awal
Okay. Momoy akui Momoy ni suka lambat-lambat bila azan dah bang. Biar pun setiap hari Momoy bangun pukul 5 pagi. Tapi 6 lebih baru nak Subuh. Try juga baca tips-tips jangan lengah waktu solat, tapi kalau perangai sendiri memang dah huduh dan tak nak berubah. Bagi tips apa pun tak jalan. Huhu. Nak buat macam mana eyh. Kot-kot dear Ecan ada cara ekstrem.
Terima kasih sudi membaca short wishlist Momoy aka bebelan bagi korang (huk huk). semoga harapan pendek ni tertunai ler. Sebarang komen, pendapat, tips ke apa boleh isi kat kotak bawah. Mihmih.
Harapannnnn... harapan menjadi layuuu - nyanyi lagu #Hyperact
9 comments
dua yg terakhir.. *sigh*
rasa mcm nak tumbuk diri sendiri je..
harapan menjadi layu tu yang tak tahan..tetiba nyanyi sekali haha. sengal momoy ni.
inshaallah nanti sy try usahakan buat entry mcm momoy request. ni tgh pusing2 malaysia sambil mencari idea heheee
@aisyahehe...dear aisya nnt kiter g exercise sesama eyh. ada geng
@ecanyay... dear ecan nak buat entri. sayang ecan. haha...
Salam kenal Mbak Momoy, ijin ikutan komen dan gabung di blog nya Mbak Momoy yang keren dan cantik. salam sukses
Menarik Sangat blog nya Mbak Momoy
Semoga kapan waktu bisa main dan mampir di blog berbagi, blog Karrysta
moga tertunailah ye..
akak yg akhir tu pun sama gak..hehehe.
moga segalanya tercapai.. >_<
Assalamualaikum .selamat pagi…hari jumaat yang penuh barakah…
Jemput baca post saya yeaahhh…
1. http://farihaabdul.blogspot.com/2013/10/biovelocity-sleep-mate-selimut-cahaya.html
2. http://farihaabdul.blogspot.com/2013/07/testimonibiovelocity-sleep-mate.html
3. http://farihaabdul.blogspot.com/2013/07/suntik-untuk-cantik.html
4. http://farihaabdul.blogspot.com/2013/06/top-leaders-circle.html
5. http://farihaabdul.blogspot.com/2013/11/kutu-biovelocity-sleep-mate.html
btw,jom join segmen salam kenal dari saya di sini yaaa
http://farihaabdul.blogspot.com/2013/11/segmen-salam-perkenalan.html
semoga Allah dapat membalas jasa2 anda semua….terima kasihh :)