Assalamualaikum.
Precious by Jovian Mandagie
Jovian Mandagie buat hal lagi. Grrr... geramnya Momoy. Geram sangat ni. Eh. Yang tak kenal siapa tu Jovian Mandagie, sila angkut barang pindah dalam gua. JM tu adalah seorang fashion designer Malaysia yang bisa buat ramai artis-artis dan mak-mak datin tergedik-gedik berebut nak pakai baju rekaan dia !
Momoy bukan apa. Tetiba jer Momoy terasa geram sangat dengan si Jovian ni bila dia pacak baju koleksi dia, Precious by Jovian Mandagie kat Poplook.com. Huhu... Sengaja cari pasal kan. Dah tahu Momoy ni memang suka giler dengan baju dia. Huhu lagi...
Ada banyak design dan color untuk Precious, tapi 4 baju JM ni yang Momoy berkenan. Ni dia...
Cun-cun sangat. Berdarah hidung Momoy tengok. Apalah mamat tu jampi kat baju dia. 3 hari 3 malam tak boleh tidur dok terbayang-bayang baju dia nih. Nak ke tak nak ? Nak ke tak nak ? Urm... tak payah lah. FULL STOP !
Kenduri kahwin
Habis cerita pasal baju Jovian ni. Kita cerita pasal lain pula. Bulan ni dan bulan depan kan, schedule Momoy penuh dengan undangan kahwin. Momoy pun dah letih nak recycle baju untuk pergi kenduri orang kahwin ni. Faham-faham je lah Momoy kan cuma beli baju kurung bila hari raya je. Tak caya tengok ni. Dan yang mana kahwin time banjir hari tu, maaf la Momoy tak dapat pergi. Hanya mampu bau nasi minyak dari jauh jer *lap air mata*
Dua hari lepas
Agaknya mabuk gulai kawah kot, Momoy pun tak sedar apa yang Momoy dah buat. Pening satu hari.
Hari ini...
Dapat bungkusan misteri di office petang tadi. Bila buka...
Nak buat macam mana kan. Kenduri banyak sangat (alasan grab baju JM. hahaha). Cantik kan? Harap-harap Momoy pun nampak cantik la bila pakai baju ni *hidung kembang kempis minta di puji* Agaknya sebab bukan musim raya. Jadi koleksi JM ni senang jer nak purchase. Yipii. Kalau tak, rasa nak tumbok dinding sebab asyik sold out jer.
High heels dan clutch warna gold untuk dipadankan dengan Paloma JM.
Sebenarnya kalau baju kurung Momoy suka jer pakai kasut warna gold. Love love love ~
Okay, Precious by Jovian Mandagie (amboi. gigih taip penuh) sebenarnya bukanlah kali pertama Momoy shopping online di Poplook.com. Dulu Momoy beli maxi skirt. Sangat cantik dan kualiti kain pun terbaik.
Now, dah dapat baju dari JM. So, Momoy nak pergi try. Mohon ramai-ramai berasa jealous. Hohoho...
P/s: Maaf. Gambar kurang jelas
P/s: Maaf. Gambar kurang jelas
13 comments
Sebenarnya hati tetap nak beli jugak tu kan? Tapi nak sedapkan hati, cari alasan yg munasabah sikit nak beli baju baru. hehe
p/s : Bertuahnya Nina Ismail Sabri kan.. Baju wedding dia hari tu semua cantik2..
cantik la momoy..:)
@aisyadear, u mmg sangat memahami la. haha
@Normi Niezatu la pasal
haha konon la tak nak beli..pastu bungkusan msteri haha. :p
btw, serious baju2 tu semua lawa la momoy. kaler pun comeeellllll
hahaha!
sebab sy pun selalu mcm tu jugak.. XD
@ecan fadhlinadi luar kesedaran ecan . mihmih
@ecan fadhlinadi luar kesedaran ecan . mihmih
@ecan fadhlinadi luar kesedaran ecan . mihmih
@ecan fadhlinadi luar kesedaran ecan . mihmih
@aisyayay. ada geng. sep sikit
Nak tgok sis pkai bju tu... :3
tak kira nak jugak tgk momoy pakai baju tu..mesti cantik..