Ehem... review Wonder Glow part 2 pula ~ | .::: MOMOY blogirl :::.

25 January 2014

Ehem... review Wonder Glow part 2 pula ~


Assalamualaikum semua.

Eceh. Sebenarnya malas nak update. Tapi asyik dapat email tanya pasal produk Wonder Glow, Momoy pun tak larat nak balas email sebab soalan sama jer. Haip. Pakat eyh. Jadi, malas-malas pun taip juga la entri ni. 


Sesiapa yang terlepas entri Wonder Glow part 1, meh sini Momoy story mory sikit. Mula-mula Momoy cuba set basic Wonder Glow Gold. Tak sempat pun habiskan lagi 1 set tu, tapi Momoy dah berjaya kecilkan pori-pori dan mengurangkan kulit berminyak. Serius ini produk pertama yang dapat kecilkan open pores pada kulit Momoy. Thumb up !


Momoy ada share gambar Momoy selepas sebulan setengah Momoy guna set Wonder Glow gold, kawan-kawan pun boleh nampak bezanya kan. Liang-liang roma yang besar menjadi halus dan tekstur kulit yang kasar jadi lebih licin *sambil usap-usap pipi*




Tapi kalau kawan-kawan perasan, masih ada jerawat dalam kulit Momoy yang warna merah-merah tu kan. Tengok balik gambar PART 1Momoy berkulit cerah jadi merah-merah tu memang sangat obvious lah. Memang dari dulu Momoy tak perlu nak pakai blusher sebab keadaan kulit Momoy yang merah tu. Huhu.


Lepas baca satu medical website ni (lupa pula) baru tahu jerawat dalam kulit tu rupa-rupanya 'parut merah' dan ia sangat susah nak hilang. Patutlah. Dulu Momoy pernah consume supplement mahal macam SNE Beautskin. Jerawat dalam kulit kemerahan tetap ada walaupun kondisi kulit sangat flawless ketika itu. Ewah. Bahasa Melayu sangat kondisi kan. Hehe...




Macam tak percaya pula intro je sampai 4 perenggan (muka terkejut)So, lepas berjaya mengecilkan pori-pori dan minyak di muka, Momoy excited baca review-review Wonder Glow yang lain. Pendek cerita, sampailah terjumpa satu page facebook ni yang jual produk Wonder Glow Cosmetics. Baru Momoy tahu sebenarnya Wonder Glow Cosmetics ni ada banyak set dan serum ! Sampai pening juga la nak pilih yang mana.


Terus PM owner page, sis Lina tu cerita pasal kulit Momoy. Banyak soalan yang Momoy tanya. Panjang-panjang pula tu. Semua dia jawab dengan sabar dan Momoy puas hati dengan jawapan dia. Sis Lina suggest guna serum d-tox Wonder Glow untuk kurangkan jerawat baru dan lama.


Teruja dengan keberkesanan produk Wonder Glow tu punya pasal (walaupun baru guna basic gold WG jer), Momoy order serum d-tox Wonder Glow, 3D HD cream Wonder Glow dan set advance Pink Jambu #30. Ambil perhatian. Entri ni cuma nak review tentang serum d-tox sahaja. 3D HD cream tu nanti Momoy cerita lain hari. Yang set Pink Jambu tu saja gedik nak beli walaupun set Wonder Glow Gold pun habis lagi. Kena habiskan dulu juga sebelum dapat guna Pink Jambu.




Nama panjang | Wonder Glow d-tox whitening serum with HA hydraulic acid and vitamin c
Nama pendek | d-tox serum




Momoy kopi pasta sebijik-sebijik fungsi serum d-tox ini mengikut kata pengeluar:


  •  3x KESAN PENEUTRALAN KULIT MUKA YANG BERMASALAH
  •  3x KUASA RESAPAN VITAMIN C
  •  3x KUASA LEMBAPAN KULIT 
  •  MENCERAHKAN KULIT SECARA SEMULAJADI
  •  MENGHAPUSKAN KESAN MINYAK PADA PERMUKAAN KULIT
  •  MENGHAPUSKAN JERAWAT DAN MASALAH KULIT BERBINTIK
  •  MERAWAT SEMULA SEL-SEL KULIT YANG MATI
  •  MEMULIHKAN KESAN ALAHAN PADA KULIT YANG SENSITIF
  •  MELEMBUT & MELICINKAN PERMUKAAN KULIT MUKA SECARA TERAPI
  •  MEMPERTINGKATKAN KESEGARAN KULIT MUKA SECARA SEMULAJADI
  •  MEMBAIKI TONA WARNA KULIT YANG TIDAK SEKATA
  •  MELINDUNGI KULIT DARI IRITASI




Start dari packaging serum d-tox tu memang cantik dan elegant di mata Momoy. Serum d-tox ni jenis liquid jernih. Botol kaca dan jenis pump. Serum mesti dalam botol kaca, rasanya semua pun tahu sebab apa kan. Tapi secara peribadi, Momoy tak setuju d-tox serum ni dinamakan 'serum' sebab serum haruslah pekat dan bukannya cair kan, kan, kan.


Serum d-tox ni boleh guna di seluruh muka sebab dia ada Hydraulic Acid dan Vitamin C. So, selain untuk jerawat ia berfungsi untuk mencerahkan kulit. Katanya sesuai untuk kulit sensitif dan alergi. Ya. Kulit Momoy memang sensitif dan serum d-tox ni memang sangat sesuai dengan Momoy. 




Harga RM 65 bagi 40 ml




Siapa tak suka bau klinik tu memang kurang suka la serum d-tox ni. Sebab bau dia macam medicated sikit dan ada bau juga Menthol. Momoy memang suka bau yang jenis macam klinik-klinik ni. Dulu kalau jumpa doktor dia akan bagi ubat jerawat yang bau macam ni. So feeling tu pun sama. Macam pakai ubat dari doktor.


Momoy guna serum d-tox ni selepas cuci muka. Masa untuk diserap ke dalam kulit adalah sederhana. Perlu tunggu lebih kurang seminit untuk kulit diserap sepenuhnya sebelum dapat Momoy apply krim siang Wonder Glow.


Bawah ni result Momoy selepas 2 minggu guna serum d-tox. Boleh nampak parut merah macam dah berkurang. Oh ya. Momoy perasan bila parut merah tu berkurang, kulit Momoy nampak lebih cerah.




selepas 2 minggu guna serum d-tox
Jerawat dan parut merah dah berkurang


selepas 2 minggu guna serum d-tox
Tepi hidung ada sedikit pengelupasan untuk buang sel kulit mati





Lubang-lubang bekas jerawat masih ada dan belum tertimbus sepenuhnya. Gambar sebelum, boleh tengok PART 1Kes malas nak copy paste kat sini.


Momoy ringkaskan kesan pada kulit muka Momoy semasa gunakan d-tox serum Wonder Glow ni :


  •  Jerawat baru naik mengecut dalam sehari. 3 hari, boleh nampak jerawat mengecil.
  •  D-tox serum ni tidak berminyak dan Momoy tidak alami sebarang alergi.
  •  Pakai hanya di kawasan berjerawat sebab D-tox whitening serum ni mengeringkan kulit.
  •  Semasa guna, ada sikit rasa 'merenyam' di tempat jerawat tapi tak lama.
  •  Parut merah tidak hilang sepenuhnya tapi berkurang dan ada perubahan.
  •  Kesan cerah Momoy tak berapa pasti sebab Momoy memang berkulit cerah.




Overall, Momoy suka dengan d-tox serum tu (buat gaya Nora suka, Nora bagi 4 bintang - Maharaja Lawak Mega). Cuma yang tak best kandungan serum tu cepat sangat habisssss. Huhu. Sebab jenis pump kan, jadi Momoy tak reti nak control bila picit. Satu lagi, Momoy tak galakkan korang simpan dalam beg make up sebab  serumnya akan meleleh keluar. Maksudnya kalau nak travel, botol tu tak boleh di 'baring' kan, perlu ditegakkan. Itu saja lah yang Momoy tak suka. 


Pasal set Pink Jambu Momoy tak guna lagi. Nanti dah guna Momoy review okay. Oh ye, krim 3D HD Wonder Glow juga. Sebelum terlupa, sis Lina yang Momoy cerita tadi boleh cari beliau di sini...







14 comments

January 27, 2014 at 2:40 PM Reply to comment

wah cantiknya mat biru :)
lain plak nampak.. hehhee

@Sop
haha.... actually hijau . bukan biru
tak suka biru. suka hijau sebab rare

January 29, 2014 at 8:41 PM Reply to comment

cerahnya momoy! jeles la camnii

January 30, 2014 at 1:30 AM Reply to comment

Nampak perubahan pada kulit momoy. Hehe. Cantik.

January 30, 2014 at 12:17 PM Reply to comment

Salam ukhwah, 1st time datang ke sini.. done follow anda.... dari : http://thescreammer.blogspot.com/

January 31, 2014 at 12:22 AM Reply to comment

gebunya ktk momoy..:D

January 31, 2014 at 1:01 PM Reply to comment

makin cantiklah momoy lepas ni,..Sangat berani mencuba benda baru..huarghhh..

@ecan fadhlinaala... ecan pun cerah juga

@Scha Nazritu la. memang ada perubahan dear. momoy pun suka. syukur Alhamdulillah berkesan pada momoy

@MyCheritasalam kenalan dear. terima kasih visit sini

@Farra Kikibumhehe...ktk pun sama juak

@Azwar Syuhadacantik tu tidak lah . cuma muka nampak lebih bersih .

April 19, 2014 at 2:29 PM Reply to comment

momoy still pakai ke serum nie...lubang bekas jerawat tu dah ok??

@Kisah Nenot
dah ok dear . cuma sekarang jadi la balik sebab kerja momoy
tapi still guna lagi sebab ada kesan pada momoy

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...