Kesan SNE Beautskin Essence pada diri saya selepas 6 bulan | .::: MOMOY blogirl :::.

25 May 2013

Kesan SNE Beautskin Essence pada diri saya selepas 6 bulan


Assalamualaikum kawan-kawan.

Wah. Lama betul nak keluarkan testimoni SNE Beautskin Essence ni. Dulu janji empat bulan consume beautskin nak review. Konon. Tapi dah setengah tahun baru nak review. Haha. Tapi apa pun Momoy tunaikan janji Momoy biarpun lambat. Maaf ye sayang-sayang semua.


Yang hantar email dan bertanya review beautskin ni, inilah dia. Tapi sebelum tu, entri pengenalan Beautskin (BE) tu boleh baca SINI dan SINI.



Atas | SNE kapsul
Kiri | SNE Excel Tea
Kanan | SNE beautskin



Ini cara Momoy amalkan setiap hari iaitu 2 biji pagi SNE kapsul dan 2 biji BE sebelah malam. Excel Tea pula 1 sachet untuk seminggu. Minum air suam dan air masak 3 liter. Harus tahu yang Momoy tak ambil minuman berais dan yang ada kafein. Coklat, nescafe, kopi, teh, milo dan air berkabonat memang tak sentuh langsung (actually minuman berkafein dan berais ni dah 3 tahun tak minum). 


Jadi kalau ke kedai makan, hanya order susu suam, barli suam atau sunquick susu suam SAHAJA. Cuma sesekali kalau teringin air lain macam air yogurt, cool blog atau milk shake barulah ada ais. Tapi itu pun jarangggg... (tengok banyak huruf tu nak mengatakan memang susah la nak ambil).


Panjang betul mukadimah. Hehe. Jadi nak tahu tindak balas pada specimen ini *tunjuk-tunjuk diri sendiri* Sila lah baca dengan kusyuk.


3 hari pertama ambil SNE dan Beautskin, Momoy rasa letih dan mengantuk di awal hari. Gila. Tapi yang best sistem perkumuhan memang lancar dan lawas awal-awal pagi tanpa ada rasa sakit perut ke memulas ke apa. Yang ni memang terasa seronok sebab Momoy ada masalah nak membuang. Haha.



Sebelum BE 

Sebelum BE 



Hari ke 7 dengan SNE dan BE. Rasa mengantuk tu dah tak ada lagi. Momoy dapat rasakan kulit makin lembap dan semakin lembut seperti pakai losyen. Tapi Momoy still pakai losyen cuma dalam kuantiti sedikit saja lah.


Selepas consume SNE dan BE selama 2 minggu, kulit muka memang nampak ada perubahan. Lebih lembap. Jerawat tak berapa nak naik. Selalunya time Turnaround macam tu, muka Momoy senang naik jerawat sebab kerja Momoy yang hyper stress dan keadaan tempat kerja Momoy. 



Selepas BE 2 minggu - pori-pori mengecil sedikit



Sebulan makan beautskin ni, kulit muka memang bersih. Jerawat susah nak tumbuh tapi jerawat dalam kulit tetap tak hilang. Kulit muka jadi merah-merah. Momoy tak tahu sebab beautskin atau sebab kerja Momoy. Kulit lembap. 


Dua bulan ber-beautskin, keadaan kulit muka ada perubahan. Diri sendiri rasa macam sihat. Mungkin perasaan diri sendiri sebab makan supplement mahal. Agaknya lah. Haha. Waktu ni dah start consume sekali dengan Excel Tea. 




Bulan keempat BE - pipi pinkish-pinkish



Momoy start consume supplement ni awal December 2012 hinggalah sekarang. Malas nak tulis kronologi jadi Momoy point kan kesan yang terjadi pada Momoy dengan ringkas. Senang untuk kawan-kawan baca (juga sebab Momoy penat menaip ni). 


Jadi selama 6 bulan mendisiplinkan diri dengan SNE kapsul, beautskin essence dan excet tea inilah kesannya pada diri Momoy:-


  • Mengantuk dan letih (hanya 3 hari pertama). Sabar sajalah. Dah la time tu kerja banyak.
  • Pengunaan lotion dah kurang sebab kulit badan lembap dan lembut seperti pakai lotion.
  • Sistem perkumuhan lebih baik. Dapat buang toksik dalam badan adalah bagus. 
  • Kitaran haid pun dah makin baik. Dahulu 2 atau 3 bulan susah datang bulan.
  • Tetap senggugut tapi dah tak teruk macam dulu yang muntah-muntah sampai lembik dan berguling-guling tahan sakit TT
  • Muka semualajadi jadi pinkish-pinkish macam pakai blusher !
  • Yang ni best. Iaitu kesan pada pinggul. Dulu punggung leper sangat tapi sekarang dah agak berisi di situ *blushing. Baru la confident sikit nak pakai seluar slack. 
  • Pertambahan berat badan yang ideal. Sebenarnya tak menduga pun berat Momoy boleh bertambah. Lama dah kot try makan itu itu untuk gemuk tapi tak berjaya. Tak percaya pula bila consume SNE dan BE ni badan Momoy sedikit berisi. Berat dulu 43 kg. Sekarang 50 kg dengan tinggi 160cm. Usaha nak tambah 3kg lagi. Gambatte !


Itu kesan positif yang Momoy dapat SNE ni. Jujurnya Momoy lebih suka SNE kapsul dari beauskin. Memula kunyah SNE kapsul memang tak sedap, tapi lama-lama rasa manis. Petanda baik lah tu kan. Konon.


Tapi macam mana suka pun Momoy dengan supplement ni, untuk excel tea Momoy hanya ambil 1 sachet saja seminggu. Satu sebab saja kenapa, sebab Momoy tak nak kurusssssss dan excel tea tu boleh menguruskan. Momoy agak happy sebab sekarang dah sedikit berisi dan bukan papan lapis lagi. Tak nak jadi macam Scha Alyahya yang kurus sangat sekarang.


Tabah minum excel tea tanpa gula. Huhu



Mesti ada yang tanya, dah jadi macam Adira ke? Momoy dah consume 6 bulan dengan gigih tapi apa yang Momoy boleh katakan... tona kulit tak berubah pun. TAK PUTIH PUN !

Hairan juga macam mana ada yang bagi testi kulit dah putih bila consume 2 bulan. Yang sebulan saja pun ada. Isk isk. Sama ada sistem badan dan darah Momoy susah nak 'menjadi' atau cerita boleh putih ni sengaja digembur-gemburkan untuk lariskan produk. 


Jadi, testimonial lain yang kata dah putih dalam sebulan dua ni Momoy tak percaya tapi kalau kulit muka berubah jadi semakin bersih tu Momoy percaya. Jadi, sesiapa yang berniat nak jadi klon Adira dalam masa dua ke empat bulan, lupakan saja. Takut nanti kecewa sebab produk SNE agak mahal. Mungkin memang boleh putih tapi ambil masa laa sebab ada yang dah berjaya kan.  


So, dah tak putih adakah Momoy nak terus consume SNE dan beautskin lagi ke? Momoy akan teruskan juga. Kali ni bukan dengan harapan nak putih tapi sebab nak maintain berisi ! Pulak!  Bila makan beautskin ni pertumbuhan jerawat still ada tapi terkawal. Nanti cukup setahun Momoy review lagi ok. 




Selepas BE 6 bulan - Kulit sekarang



Ada sesiapa tak kat sini yang consume BE ? Berkesan ke tidak pada diri kawan-kawan. Jom share.



P/s: Semua gambar untuk testimoni ni tidak memakai sebarang make up even bedak dan memang tujuan diambil untuk direview. Momoy hanya pengguna, BUKAN penjual atau disponsor. Heheh.


P/s: GA masih lagi berjalan. Cuma tiada masa nak promote. Yang nak kain pasang chiffon, bag Mac Jacobs dan Korean skincare Yadah boleh klik banner di bawah. 



MOMOY blogirl's GA (1) link : http://www.momoy-blogirl.blogspot.com/2013/04/zone-barangan-percuma.html photo MOMOYblogirlsGA_zpsd6c75716.gif




34 comments

May 25, 2013 at 6:21 AM Reply to comment

kulit momoy cantik la..licin.. ^^

May 25, 2013 at 7:16 AM Reply to comment

looks so great >.<
u have pretty skin , so jelly
Q,Q
momoy would you like to vote me.. no.2
http://www.indonesianbeautyblogger.com/6/post/2013/05/muc-ibb-may-2013-dull-to-doll.html
in that link, n help me share too :(

May 25, 2013 at 7:27 AM Reply to comment

Usaha dan kerja keras selama ini...menghasilkan sesuatu yg di inginkan ya sis.. :)
Taniah....kulit Moy pun terlihat segar dan sehat
semakin cantik di pandang .... :)

May 25, 2013 at 11:09 AM Reply to comment

sgt berkesan yer kalau diamalkan
mana yg baik harus dikongsikan.. :)

May 25, 2013 at 12:20 PM Reply to comment

wow ini perlu saya infokan ke istri saya, biar makin beautiful dan indah, he..he..

May 25, 2013 at 12:21 PM Reply to comment

produknya universal dan available di semua country kan..

May 25, 2013 at 1:44 PM Reply to comment

KAK ..CANTIK GILERRR :)

kulit sis dah putih la. sebab tu dye dah tak nampk kesan

@вʋввℓɛ ρσρƨyeke. tapi asyik berjemur jer makin gelap n kusam
huhu

@dEdEQ dE wIshEsheheh. naseb baik berkesan juga even nak kesan putih tu hampa
kalau apa pun x jadi, mau sawan nih

@zachflazzrasanya di Indonesia udah mula ada dijual kak zach

@zachflazzoh bisa. bisa aja kak zach =)

May 26, 2013 at 12:16 AM Reply to comment

Thank you for making this interesting article. I'm happy to visit here :)

@Nana Liena Alhamdulillah menjadi pada momoy. licin juga bila sentuh. tapi still ada jerawat dalam kulit. x tahu nak hilangkan mcm mana

@Kuroda Arisathx dear arisa.
ok definately will vote u. all the best dear

@budi os 19thx u sebab sudi mampir ke sini juga dear budi

@Sopberkesan utk kulit cuma putih je x de kesan

May 28, 2013 at 12:37 PM Reply to comment

wahh matee

wow ...

May 30, 2013 at 2:11 PM Reply to comment

Hi! 안녕하세요~~! please do visit our blog! we sell
purely handmade jewelries~
쇼핑하시면 더 감사합니다~~^^
http://fifteenpril.blogspot.com/
http://twinscraftlife.blogspot.com

June 2, 2013 at 8:54 PM Reply to comment

mantap infonya

Agen Judi Sbobet Casino Online 338a merupakan Casino Online yang terpercaya saat ini dan sangat di gemari oleh pecinta judi online di indonesia, Casino 338a ini menyediakan banyak macam permainan yang disiarkan langsung LIVE dan terdapat pula berbagai macam permainan SLOT MACHINE , untuk permainan Casino 338a Online terdapat permainan : Baccarat/Bakarat, Roulette, Sicbo/Dadu, Blackjack dan tidak lama lagi perusahaan 338a ini akan membuka POKER ONLINE yang sangat di minati, sedangkan untuk permainan SLOT MACHINE di sini terdapat puluhan pilihan permainan JACKPOT yang berhadiah Puluhan Juta Rupiah.

http://agenjudisbobets.wordpress.com/2013/05/27/sbobet-casino-338a/

June 4, 2013 at 5:28 PM Reply to comment

tahniah momoy! sesuai dengan momoy.... :)

@misschatq dear. tapi tak putih2 pun. bosannyer la

Anonymous
June 19, 2013 at 6:51 AM Reply to comment

hmm i pkai 3 bln be + sne . mnum air 3 liter sehari , ada lah kulit jd smooth tp tak cerah langsung ponnnnn -__-
now dh stop sbb mhl . i guna ferwhite n aurawhite lg better :)

@Anonymouswow... guna dua2 sekali. momoy baru try aurawhite =)

@budi os 19makasih kak budi

Anonymous
June 27, 2013 at 8:55 PM Reply to comment

Kak try aurawhite oke x?

June 29, 2013 at 12:47 AM Reply to comment

Moyyyy,

Dah berbulan bulan try bende alah nih,tak bekesan puuuunggg. camne nih?

@Me And The Boyzsis pun try juga ker? momoy ada kesan mcm yg mcm momoy cerita tu ler. tapi putih tu tak langsung. hampeh jer.
ntah la sis, momoy pun pengguna je. bukan penjual.

kalau apa pun xde kesan. tension nya la. dah la mahal kan sis. hais

@Anonymousdah ada blogger yang tanya. so momoy copy komen momoy dari entri tu paste ke sini

salam sis lea. momoy guna dah nak masuk tin ke 3. sebenarnya momoy nak tunggu 6 bulan baru nak buat review

tapi tak pe dah ada orang tanya so momoy jawab la dgn jujur.
Aurawhite ni claim akan 50% putih within 7 minggu.

terus terang cakap. tin pertama aurawhite momoy suka. sebab rambut momoy dah kurang gugur. efek lain tak nampak pun. nak kata muka berseri minum aurawhite tu rasanya macam tak. kulit pun x lembap mcm sne beautskin.

tin ke-2 lagi teruk. tak tahu kenapa aurawhite ni warna dan rasa nya pudar dan kurang sedap macam tin yg ke-1. rata2 user lain pun complain benda yang sama. tin ke-2 ni mendukacitakan. Sebab langsung tak beri efek pada momoy. rambut kembali kepada biasa. tin pertama kurang gugur yang kedua ni tak ada efek langsung. pendek kata tin-2 tak best langsung.

tin ke-2 dah habis. dan momoy nak tunggu result tin-3 mcm mana. apa yg momoy perhatikan. kalau consume aurawhite ni kena rajin betul minum air masak. kalau tak rajin, muka naik jerawat dan kulit kusam sikit.

sne beautskin mmg best tapi harga mahal.
review ringkas tapi hope dapat membantu dear. momoy pun tengah survey supplement lain (yg bukan perisa coklat) sbb aurawhite ni tak melembapkan kulit momoy. nak guna lagi beberapa bulan. kalau tak ok cari yg lain

July 22, 2013 at 9:54 AM Reply to comment

Cantiknya kulitmu dik..Akak juga mengamalkan SNE kapsul, ia lebih kepada kesihatan dalaman..Allahamdulillahh..

September 30, 2013 at 5:01 PM Reply to comment

dulu pun pernah try sne tapi mahal sangat,sekarang pakai shaklee je,tahan lama, suka makan Vit C dan ESP, sekarang jerawat batu yang salu duk bawah kulit tu jarang-jarang dah keluar. rasa moist je kulit. hihi..
kalau nak cuba boleh contact saya.=)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...