Assalamualaikum semua.
Momoy sedang lunch dengan bos sambil short discussion di Mc Donald, bila mana Momoy dapat call dari pihak nile. Tak ingat namanya. Perempuan melayu =) Ini call selepas Momoy publish entri shopping di nile.com.my tempoh hari.
Pihak nile cakap dia baca review Momoy dan dia bertanya email mana yang Momoy reply. Momoy jawab semua email yang diberi dalam website dan isi form dalam website tu juga. Dia minta Momoy email semula dan Momoy katakan akan forward semula email tu.
Dah selesai, Momoy nak hang up. Maklum lah terganggu discussion dengan bos tadi kan. Part ni Momoy rasa kelakar, dia meluahkan rasa tak adil diperlakukan begitu (pada pihak nile.com.my). Panjang juga la dia meluahkan rasa. Kihkihkih... Momoy layankan saja. Nak terus letak macam kesian pula.
Balik lunch terus Momoy forward email tu semua. Dapat reply yang sama, automatic reply/ auto respond kot. Still email yang sama tanpa alamat. Pfff... Momoy give up. Dah rasa malas nak layan. Selang sehari baru dapat reply email tapi kali ni lain dari sebelumnya. Dah dapat alamat dan return date dilanjutkan (dari 7 hari ke 14 hari). Alhamdulillah.
Email email lain dari biasa yang Momoy dapat itu.
Momoy copy out the message dan paste kat bawah ni untuk mudahkan pembacaan.
Good Day Dear,
Thank you for your email.
Firstly, we would like to apologise for the issue
Your return/refund application has been approved.
The application is valid for 14 days.
You may now send back the items to our return Center address below:
Nile Store Sdn Bhd
No22A Jalan Ayer Panas Baharu, Air Panas, Setapak
53200 Kuala Lumpur
1700-818-400
FOR exchange, return postage is responsible by us refund will performed
be within 3 working days from the date received of returned item).
FOR refund, please provide us your bank detail (Maybank,CIMB, Public
Bank) and immediate refund will performed be within 3 working days date
from receipt of returned item in acceptable condition.
Return postage is responsible by us refund will performed be within 3
working days from the date received of returned item
Note: Please attached with the complete return form is required.
Returned item must be in original packing to avoid rejection of
application.
Thank you.
Cheers :)
Regards,
Ika
Support Team
www.nile.com.my
1700-818-400
Momoy pos baju-baju tu. Dan mereka keep update status dengan Momoy sehingga refund berjaya Momoy perolehi semula. Terbaik dan terima kasih ! Yang ini Momoy boleh puji. Baiklah, jika kawan-kawan ada masalah yang sama seperti Momoy, boleh guna alamat seperti dalam email tu okay. Daa~
P/s: Sedang prepare untuk buat GA. Any suggestion darls ?
2 comments
saya menjemput momoy untuk buat food review. Kalau sudi boleh lah jenguk sini
http://www.hawasyazanalee.my/2014/01/event-food-review-di-kemaman-chendol.html
owh, ada kes dgn nile ek?
aritu sy plan nk order baju dgn diorg tapi stok abis plak.. tggu punya tggu xde new stok.. last2 sy order dgn company lain, huh..
*sori bru sempat singgah sini...