Assalamualaikum.
Haha... sangat tak sabar sebenarnya nak review produk ni. Skin dah okay tapi lepas plant shutdown kat BP bulan 9 hari tu, muka jadi teruk. Tetiba pores jadi besar, kulit muka jadi kasar dan kusam. Boleh nampak lubang-lubang. Huhu... jerawat pun naik besar-besar juga. Sedih. Tapi Momoy pasrah sebab kulit Momoy memang jenis manja. Beauty challenge dengan produk ni buat lagi teruk. Pakai 2 minggu je sebab kulit rasa gatal.
Ni keadaan kulit Momoy ketika tu. Confident level pun turut menjunam. Huhu...
Nangis tengok kulit sendiri T_T
Kat area dagu =(
Close up.
Boleh nampak lubang-lubang besar macam jalan rosak selepas banjir.
Memang agak tension juga lah sebab nak pulihkan semula kulit macam asal. Kulit asal tak ada lah cantik mana. Still ada jerawat tapi bukan jerawat yang timbul tapi jerawat dalam kulit. Tapi ni jerawat besau-besau nar (eceh. speaking Melaka). Time tu macam nak telan SNE Beautskin balik tapi harga SNE dah makin mahal beb ! Stok SNE pun asyik tak ada je. Bosan kot consume kalau kejap-kejap stop. Lagi pun Momoy ni jenis berdisiplin biler consume supplement. Tak suka skip even sehari.
Pendek cerita, Momoy pun pakai produk Wonder Glow Cosmetic. Set Wonder Glow tu ada banyak tapi Momoy guna yang basic - set gold. Dalam tu ada 3 item. Packaging Wonder Glow basic set (gold) ni Momoy puji. Sebab compact, cantik dan esklusif jer bekasnya.
Set basic Gold Wonder Glow
Sabun wonder glow ni lembut dan bau yang menyenangkan. Actually sabun ni ada dalam bentuk liquid (botol) tapi jual berasingan. Lagi senang nak bawa travel. Momoy tak cuba yang dalam botol tu yer. Sebab time nak beli tu pekerja kedai tu tak tahu harga. Tapi Momoy rasa, tekstur dia sama la kot dengan yang sabun.
Boleh baca entri ni [Projek Merdeka Raya]
Wonder Glow Cream D atau krim siang warna oren-oren muda gitu. Guna sikit jer. Krim ni senang rata dan cepat menyerap. Jadi, tak perlu nak pakai banyak dan berlayer-layer. Krim tu cepat serap, trust me.
Wonder Glow Cream N pula adalah krim malam dia. Krim ni pun pakai sikit jer dan cepat serap seperti krim siang. Bila bangun pagi kulit muka rasa moist dan lembap-lembap gitu. Momoy memang suka.
Kiri | Krim malam
Kanan | Krim siang
Kalau tengok produk kecantikan lain pun, set lebih kurang sama kan. Warna krim pun hampir-hampir sama jer. Cuma apa yang lain krim Wonder Glow ni dari produk lain adalah krim dia sangat ringan, tak melekit dan hampir tidak berminyak ! Momoy dah banyak pakai produk lain yang hampir sama krim siang dan malam macam Tia Amelia, Tabita Skincare, Aura Maya dan banyak lagi.
Tapiiii... inilah krim pertama yang Momoy rasa muka Momoy tak berminyak dan sangat ringan macam tak pakai apa-apa krim. Memang beza krim dia. Kulit muka Momoy langsung tak mengelupas. Selalunya produk lain jika tulis 'tiada pengelupasan' tapi still ada peeling kan. Tapi Wonder Glow ni tidak. Momoy pun tak perlu nak rasa malu nak nyorok-nyorok muka selama 2 minggu sebab peeling sana sini, merah sana sini. Aman jer.
Pertama kali dapat feeling pori-pori di muka Momoy mengecil. Ini bukan entri sponsor apatah lagi berbayar yer. Jadi tak ada maknanya Momoy nak puji produk ni bagus kalau ia tak berkesan pada Momoy. Momoy kan jujur
Result 2 minggu selepas Wonder Glow
close up - pori-pori dah kecil dan halus
Lepas tiga minggu pakai Wonder Glow ni, Momoy beli pula serum vitamin C & E Wonder Glow. Tekstur serum pekat dan jernih. Momoy pakai serum selepas cuci muka dan sebelum pakai day cream Wonder Glow. Kalau malam pula Momoy pakai selang seli dengan night cream.
Serum Vitamin C & E Wonder Glow
Gambar bawah ni seminggu selepas guna serum vitamin C & E tu. Tak tahu apa fungsi serum ni. Tapi bila pakai kulit terasa lebih tegang. Lihat gambar muka dah kurang jerawat kan. Cuma jerawat dalam kulit masih tak lenyap lagi. Tapi kalau sentuh kulit rasa lembut dan licin *libas rambut ke belakang*
Kulit tegang yang sihat. Bukan tegang yang bila senyum ada garis yang macam nak merekah-merekah tu
Apa yang pasti hasil guna produk Wonder Glow basic (Gold) ni, jerawat pun dah susut sedikit tapi masih ada jerawat (dalam kulit). Kulit Momoy dah tak berminyak dan pori-pori di muka terutama di pipi dah mengecil. Yayy *lompat-lompat tepuk-tepuk tangan*
Produk Wonder Glow tu tahan agak lama juga. Sebab dah hampir dua bulan pakai tapi krim siang dan malam baru susut separuh. Cuma sabun yang Momoy dah beli dua kali. Open pores dah kecil, muka pun dah tak berminyak tapi jerawat masih ada lagi. Nantikan progress update Momoy keadaan muka sekarang dengan produk Wonder Glow Cosmetic yang lain pula. Saja tak nak tunjuk current skin. hoho... biar saspen sikit. Biar korang selalu visit blog ni. Nampak tak mainan Momoy.
Mesti ada yang nak tanya pasal harga kan. Set basic Gold Wonder Glow RM 120 (sabun, krim siang dan krim malam). Serum vitamin c & e (RM 65). Kat mana nak beli ? Momoy beli kat SINI. Tempat yang sama Momoy beli sabun ketiak, krim ibu putih dan macam-macam lagi beauty stuff.
P/s: Tak sabar nak buat entri sambungan Wonder Glow.
17 comments
Kulit muka azwar sensitif, jadi kena pergi farmasi.. tak beranilah nak cuba produk2 lain.. :)
harini 11/12/13 anniversary ummi dengan ayah saya saja nak habaq lolol. btw, entry yang momoy request dah siap. bolehla jenguk kalau free hehe. sory sgt sebab lambat k :(
wahh.teruja tengok perubahan kat muka momoy. anyway,sy budak baru belajar berblogging. jemput singgah
http://afifahfiey.blogspot.com/
Tak sbr nk tunggu review momoy...lama dh tak contact momoy,sorry momoy agak sibuk ckit,tp i still melawat blog momoy ;)
knapa ek tetiba tingat wonderpets bila baca wonder glow tu, hukk...
@Azwar Syuhadaguna yg recommend oleh doc je la. kang jadi lain pula
@ecan
yay..terbang terus ke blog ecan =)
@afifah adnanoh terima kasih dear sudi visit blog momoy ni. salam kenalan
@wanyoh my silent reader. thx dear wany. itu la lama juga tunggu wany reply email. rindu nak berbalas2 email mcm dulu. tapi takpe momoy faham bila ke busy an kan. utamakan hal yang penting dulu. btw, thx masih setia baca blog picisan momoy nih
@caliph shurikenerk.. awak memang. hihi
wahhhh teruja nya kak mia baca ni... macam bagus je...
@Mia Lianahi sis mia. thx sudi singgah
sis pakai sf beauty kan kalau x silap momoy
ooowhh..bagus ye gune wonder glow nie...tgk kwn pakai pon ok gak kulit die. tp harga dia yg xmenahan tu...hahaha. tgk2 tercari2 serum utk kulit muka berlubang nie....hmmmm
@Kisah Nenothehe...takpe slow-slow dear. serum yang jenis ni best. yang serum wonder glow lain mcm kurang berkesan pd momoy
Assalamualaikum...momoy..
Boleh tak momoy bagitahu camna cara pemakaian momoy secara detail..
Kita dah guna set wg ini dah hari ke 4...
Masuk hari kedua..muka kita merah teruk sampai bengkak dagu...
Tapi hari ketiga bengkak merah itu dah susut
Tapi kulit cam terbakar...dari 1st day lagi pakai
Kulit memang nampak burn...area yang bermasalah ini bukan seleuruh muka momoy..hanya di area pinggir hidung ke pipi sipi2 hidung dan hingga ke area kelliling dagu dari area hidung itu...
Dah hingga hari ini...muka tegang semacam..bila nak makan buka mulut perit muka....tambah dgn kesan dari awal dah memang perit itu..memang perit lg lah rasa dgn tambah tegang semacam itu...
Kita takut cara kita guna salah...
Boleh tak momoy bantu kita...
Ohh yaa mengelupas memang banyak sgt di area kita cakapkan itu bila bangun pagi nak basih muka...kita tak larat dgn muka tegang ini jee..lama2 dia akan rasa gatal2...
Dan kita beli dgn orang yg sama momoh suggestkan...
Harap momoy boleh bantu kita...syukran jazilan...jakallah khairan....
@Anonymoussalam dear anony
mula-mula momoy bersihkan muka dengan sabun tu.
kemudian pakai day cream pada siang hari
dan night cream pada malam hari
pakai macam biasa cuma momoy tak pakai banyak-banyak. momoy pakai nipis-nipis jer. yang momoy pakai ni packaging lama. time ni cream dia sangat-sangat pekat susah nak sapu kat kulit. so momoy titik kan 4 5 air dengan krim dan sapu kat muka.
sekarang ni packaging baru tak pekat mcm dulu. lagi senang nak pakai. tapi tetap momoy pakai nipis-nipis jer. kalau tak silap momoy masa mula-mula pakai nih momoy tak dedahkan muka sangat pada matahari.
oh untuk night cream tu, masa minggu pertama momoy selang seli pakai.
itu saja la yang momoy buat. Apapun baik dear tanya sis tu atau jumpa doktor kalau makin teruk. Sebab momoy pakai tak ada pula masalah muka merah terbakar. momoy pernah alami macam yang dear cakap tu , tapi tu masa pakai produk tabita dulu.
Terima kasih momoy..alhamdulilah...skrg kulit kita dah ok... rasanya kita kasar sgt dgn byk sapu cream itu... skrg dah tak rasa pedih dah dimuka pengelupasan pun dah berapa nak ada... alhamdulilah..muka tegang itu hanya dalam sehari dua berlarutan hingga hari ketiga tapi dalam keadaan makin susut tegang itu..skrg cam biasa... tiada apa2 masalah seperti sebelum ini...insyAllah akan terus kan pemakaian wonderglow ini...sbb nampak perubahan ketara walaupun dalam masa dekat semigu ini ...pori muka dah mengecil...kulit cerah...bersih tampak...