.::: MOMOY blogirl :::.: Search results for wonder glow
Showing posts sorted by relevance for query wonder glow. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query wonder glow. Sort by date Show all posts

11 December 2013

Yay ! Pori-pori dah mengecil dengan...


Assalamualaikum.

Haha... sangat tak sabar sebenarnya nak review produk ni. Skin dah okay tapi lepas plant shutdown kat BP bulan 9 hari tu, muka jadi teruk. Tetiba pores jadi besar, kulit muka jadi kasar dan kusam. Boleh nampak lubang-lubang. Huhu... jerawat pun naik besar-besar juga. Sedih. Tapi Momoy pasrah sebab kulit Momoy memang jenis manja. Beauty challenge dengan produk ni buat lagi teruk. Pakai 2 minggu je sebab kulit rasa gatal.


Ni keadaan kulit Momoy ketika tu. Confident level pun turut menjunam. Huhu...




Nangis tengok kulit sendiri T_T

Kat area dagu =(

Close up. 
Boleh nampak lubang-lubang besar macam jalan rosak selepas banjir.




Memang agak tension juga lah sebab nak pulihkan semula kulit macam asal. Kulit asal tak ada lah cantik mana. Still ada jerawat tapi bukan jerawat yang timbul tapi jerawat dalam kulit. Tapi ni jerawat besau-besau nar (eceh. speaking Melaka). Time tu macam nak telan SNE Beautskin balik tapi harga SNE dah makin mahal beb ! Stok SNE pun asyik tak ada je. Bosan kot consume kalau kejap-kejap stop. Lagi pun Momoy ni jenis berdisiplin biler consume supplement. Tak suka skip even sehari. 




Pendek cerita, Momoy pun pakai produk Wonder Glow Cosmetic. Set Wonder Glow tu ada banyak tapi Momoy guna yang basic - set gold. Dalam tu ada 3 item. Packaging Wonder Glow basic set (gold) ni Momoy puji. Sebab compact, cantik dan esklusif jer bekasnya. 




Set basic Gold Wonder Glow




Sabun wonder glow ni lembut dan bau yang menyenangkan. Actually sabun ni ada dalam bentuk liquid (botol) tapi jual berasingan. Lagi senang nak bawa travel. Momoy tak cuba yang dalam botol tu yer. Sebab time nak beli tu pekerja kedai tu tak tahu harga. Tapi Momoy rasa, tekstur dia sama la kot dengan yang sabun. 




Nak buat frame macam kat dalam bilik Momoy ni ? 
Boleh baca entri ni [Projek Merdeka Raya]




Wonder Glow Cream D atau krim siang warna oren-oren muda gitu. Guna sikit jer. Krim ni senang rata dan cepat menyerap. Jadi, tak perlu nak pakai banyak dan berlayer-layer. Krim tu cepat serap, trust me. 


Wonder Glow Cream N pula adalah krim malam dia. Krim ni pun pakai sikit jer dan cepat serap seperti krim siang. Bila bangun pagi kulit muka rasa moist dan lembap-lembap gitu. Momoy memang suka. 




Kiri | Krim malam
Kanan | Krim siang




Kalau tengok produk kecantikan lain pun, set lebih kurang sama kan. Warna krim pun hampir-hampir sama jer. Cuma apa yang lain krim Wonder Glow ni dari produk lain adalah krim dia sangat ringan, tak melekit dan hampir tidak berminyak ! Momoy dah banyak pakai produk lain yang hampir sama krim siang dan malam macam Tia Amelia, Tabita Skincare, Aura Maya dan banyak lagi. 


Tapiiii... inilah krim pertama yang Momoy rasa muka Momoy tak berminyak dan sangat ringan macam tak pakai apa-apa krim. Memang beza krim dia. Kulit muka Momoy langsung tak mengelupas. Selalunya produk lain jika tulis 'tiada pengelupasan' tapi still ada peeling kan. Tapi Wonder Glow ni tidak. Momoy pun tak perlu nak rasa malu nak nyorok-nyorok muka selama 2 minggu sebab peeling sana sini, merah sana sini. Aman jer.


Pertama kali dapat feeling pori-pori di muka Momoy mengecil. Ini bukan entri sponsor apatah lagi berbayar yer. Jadi tak ada maknanya Momoy nak puji produk ni bagus kalau ia tak berkesan pada Momoy. Momoy kan jujur 



Result 2 minggu selepas Wonder Glow 
close up - pori-pori dah kecil dan halus




Lepas tiga minggu pakai Wonder Glow ni, Momoy beli pula serum vitamin C & E Wonder Glow. Tekstur serum pekat dan jernih. Momoy pakai serum selepas cuci muka dan sebelum pakai day cream Wonder Glow. Kalau malam pula Momoy pakai selang seli dengan night cream. 




Serum Vitamin C & E Wonder Glow




Gambar bawah ni seminggu selepas guna serum vitamin C & E tu. Tak tahu apa fungsi serum ni. Tapi bila pakai kulit terasa lebih tegang. Lihat gambar muka dah kurang jerawat kan. Cuma jerawat dalam kulit masih tak lenyap lagi. Tapi kalau sentuh kulit rasa lembut dan licin *libas rambut ke belakang*



Kulit tegang yang sihat. Bukan tegang yang bila senyum ada garis yang macam nak merekah-merekah tu




Apa yang pasti hasil guna produk Wonder Glow basic (Gold) ni, jerawat pun dah susut sedikit tapi masih ada jerawat (dalam kulit). Kulit Momoy dah tak berminyak dan pori-pori di muka terutama di pipi dah mengecil. Yayy *lompat-lompat tepuk-tepuk tangan*


Produk Wonder Glow tu tahan agak lama juga. Sebab dah hampir dua bulan pakai tapi krim siang dan malam baru susut separuh. Cuma sabun yang Momoy dah beli dua kali. Open pores dah kecil, muka pun dah tak berminyak tapi jerawat masih ada lagi. Nantikan progress update Momoy keadaan muka sekarang  dengan produk Wonder Glow Cosmetic yang lain pula. Saja tak nak tunjuk current skin. hoho... biar saspen sikit. Biar korang selalu visit blog ni. Nampak tak mainan Momoy. 


Mesti ada yang nak tanya pasal harga kan. Set basic Gold Wonder Glow RM 120 (sabun, krim siang dan krim malam). Serum vitamin c & e (RM 65). Kat mana nak beli ? Momoy beli kat SINI. Tempat yang sama Momoy beli sabun ketiakkrim ibu putih dan macam-macam lagi beauty stuff.



P/s: Tak sabar nak buat entri sambungan Wonder Glow. 




25 January 2014

Ehem... review Wonder Glow part 2 pula ~


Assalamualaikum semua.

Eceh. Sebenarnya malas nak update. Tapi asyik dapat email tanya pasal produk Wonder Glow, Momoy pun tak larat nak balas email sebab soalan sama jer. Haip. Pakat eyh. Jadi, malas-malas pun taip juga la entri ni. 


Sesiapa yang terlepas entri Wonder Glow part 1, meh sini Momoy story mory sikit. Mula-mula Momoy cuba set basic Wonder Glow Gold. Tak sempat pun habiskan lagi 1 set tu, tapi Momoy dah berjaya kecilkan pori-pori dan mengurangkan kulit berminyak. Serius ini produk pertama yang dapat kecilkan open pores pada kulit Momoy. Thumb up !


Momoy ada share gambar Momoy selepas sebulan setengah Momoy guna set Wonder Glow gold, kawan-kawan pun boleh nampak bezanya kan. Liang-liang roma yang besar menjadi halus dan tekstur kulit yang kasar jadi lebih licin *sambil usap-usap pipi*




Tapi kalau kawan-kawan perasan, masih ada jerawat dalam kulit Momoy yang warna merah-merah tu kan. Tengok balik gambar PART 1Momoy berkulit cerah jadi merah-merah tu memang sangat obvious lah. Memang dari dulu Momoy tak perlu nak pakai blusher sebab keadaan kulit Momoy yang merah tu. Huhu.


Lepas baca satu medical website ni (lupa pula) baru tahu jerawat dalam kulit tu rupa-rupanya 'parut merah' dan ia sangat susah nak hilang. Patutlah. Dulu Momoy pernah consume supplement mahal macam SNE Beautskin. Jerawat dalam kulit kemerahan tetap ada walaupun kondisi kulit sangat flawless ketika itu. Ewah. Bahasa Melayu sangat kondisi kan. Hehe...




Macam tak percaya pula intro je sampai 4 perenggan (muka terkejut)So, lepas berjaya mengecilkan pori-pori dan minyak di muka, Momoy excited baca review-review Wonder Glow yang lain. Pendek cerita, sampailah terjumpa satu page facebook ni yang jual produk Wonder Glow Cosmetics. Baru Momoy tahu sebenarnya Wonder Glow Cosmetics ni ada banyak set dan serum ! Sampai pening juga la nak pilih yang mana.


Terus PM owner page, sis Lina tu cerita pasal kulit Momoy. Banyak soalan yang Momoy tanya. Panjang-panjang pula tu. Semua dia jawab dengan sabar dan Momoy puas hati dengan jawapan dia. Sis Lina suggest guna serum d-tox Wonder Glow untuk kurangkan jerawat baru dan lama.


Teruja dengan keberkesanan produk Wonder Glow tu punya pasal (walaupun baru guna basic gold WG jer), Momoy order serum d-tox Wonder Glow, 3D HD cream Wonder Glow dan set advance Pink Jambu #30. Ambil perhatian. Entri ni cuma nak review tentang serum d-tox sahaja. 3D HD cream tu nanti Momoy cerita lain hari. Yang set Pink Jambu tu saja gedik nak beli walaupun set Wonder Glow Gold pun habis lagi. Kena habiskan dulu juga sebelum dapat guna Pink Jambu.




Nama panjang | Wonder Glow d-tox whitening serum with HA hydraulic acid and vitamin c
Nama pendek | d-tox serum




Momoy kopi pasta sebijik-sebijik fungsi serum d-tox ini mengikut kata pengeluar:


  •  3x KESAN PENEUTRALAN KULIT MUKA YANG BERMASALAH
  •  3x KUASA RESAPAN VITAMIN C
  •  3x KUASA LEMBAPAN KULIT 
  •  MENCERAHKAN KULIT SECARA SEMULAJADI
  •  MENGHAPUSKAN KESAN MINYAK PADA PERMUKAAN KULIT
  •  MENGHAPUSKAN JERAWAT DAN MASALAH KULIT BERBINTIK
  •  MERAWAT SEMULA SEL-SEL KULIT YANG MATI
  •  MEMULIHKAN KESAN ALAHAN PADA KULIT YANG SENSITIF
  •  MELEMBUT & MELICINKAN PERMUKAAN KULIT MUKA SECARA TERAPI
  •  MEMPERTINGKATKAN KESEGARAN KULIT MUKA SECARA SEMULAJADI
  •  MEMBAIKI TONA WARNA KULIT YANG TIDAK SEKATA
  •  MELINDUNGI KULIT DARI IRITASI




Start dari packaging serum d-tox tu memang cantik dan elegant di mata Momoy. Serum d-tox ni jenis liquid jernih. Botol kaca dan jenis pump. Serum mesti dalam botol kaca, rasanya semua pun tahu sebab apa kan. Tapi secara peribadi, Momoy tak setuju d-tox serum ni dinamakan 'serum' sebab serum haruslah pekat dan bukannya cair kan, kan, kan.


Serum d-tox ni boleh guna di seluruh muka sebab dia ada Hydraulic Acid dan Vitamin C. So, selain untuk jerawat ia berfungsi untuk mencerahkan kulit. Katanya sesuai untuk kulit sensitif dan alergi. Ya. Kulit Momoy memang sensitif dan serum d-tox ni memang sangat sesuai dengan Momoy. 




Harga RM 65 bagi 40 ml




Siapa tak suka bau klinik tu memang kurang suka la serum d-tox ni. Sebab bau dia macam medicated sikit dan ada bau juga Menthol. Momoy memang suka bau yang jenis macam klinik-klinik ni. Dulu kalau jumpa doktor dia akan bagi ubat jerawat yang bau macam ni. So feeling tu pun sama. Macam pakai ubat dari doktor.


Momoy guna serum d-tox ni selepas cuci muka. Masa untuk diserap ke dalam kulit adalah sederhana. Perlu tunggu lebih kurang seminit untuk kulit diserap sepenuhnya sebelum dapat Momoy apply krim siang Wonder Glow.


Bawah ni result Momoy selepas 2 minggu guna serum d-tox. Boleh nampak parut merah macam dah berkurang. Oh ya. Momoy perasan bila parut merah tu berkurang, kulit Momoy nampak lebih cerah.




selepas 2 minggu guna serum d-tox
Jerawat dan parut merah dah berkurang


selepas 2 minggu guna serum d-tox
Tepi hidung ada sedikit pengelupasan untuk buang sel kulit mati





Lubang-lubang bekas jerawat masih ada dan belum tertimbus sepenuhnya. Gambar sebelum, boleh tengok PART 1Kes malas nak copy paste kat sini.


Momoy ringkaskan kesan pada kulit muka Momoy semasa gunakan d-tox serum Wonder Glow ni :


  •  Jerawat baru naik mengecut dalam sehari. 3 hari, boleh nampak jerawat mengecil.
  •  D-tox serum ni tidak berminyak dan Momoy tidak alami sebarang alergi.
  •  Pakai hanya di kawasan berjerawat sebab D-tox whitening serum ni mengeringkan kulit.
  •  Semasa guna, ada sikit rasa 'merenyam' di tempat jerawat tapi tak lama.
  •  Parut merah tidak hilang sepenuhnya tapi berkurang dan ada perubahan.
  •  Kesan cerah Momoy tak berapa pasti sebab Momoy memang berkulit cerah.




Overall, Momoy suka dengan d-tox serum tu (buat gaya Nora suka, Nora bagi 4 bintang - Maharaja Lawak Mega). Cuma yang tak best kandungan serum tu cepat sangat habisssss. Huhu. Sebab jenis pump kan, jadi Momoy tak reti nak control bila picit. Satu lagi, Momoy tak galakkan korang simpan dalam beg make up sebab  serumnya akan meleleh keluar. Maksudnya kalau nak travel, botol tu tak boleh di 'baring' kan, perlu ditegakkan. Itu saja lah yang Momoy tak suka. 


Pasal set Pink Jambu Momoy tak guna lagi. Nanti dah guna Momoy review okay. Oh ye, krim 3D HD Wonder Glow juga. Sebelum terlupa, sis Lina yang Momoy cerita tadi boleh cari beliau di sini...







26 June 2015

Nak tukar skincare | Ada cadangan ?


Salam Ramadhan semua =)

Lama tak update entry. Nak taip pun rasa kekok. Taip delete, taip delete, taip delete. Huhu. Sepanjang Ramadhan ni Alhamdulillah, tak jejak lagi kaki ke bazar Ramadhan. Berbuka dan bersahur masak sendiri. Bersih, jimat dan hati pun puas. Ecece… macam nak cakap yang Momoy nih masak best jer.Keh keh keh.



Siapa yang follow belog Momoy mesti tahu yang Momoy ni pengguna Wonder Glow kan. Heh, ada ke yang follow belog sendu ni ? (tutup muka). Well, Momoy dah guna Wonder Glow Cosmetics tu start December 2013. So far, masalah kulit Momoy memang terawatlah.  Memang Momoy puas hati. 



Sebelum tu guna Tabita memang macam udang bakar. Tapi hanya set Wonder Glow Gold series (yang packaging lama) dan set Wonder Glow 360 itu SAHAJA. Set-set Wonder Glow lain macam set Pinkish untuk 3 series tu (lupa pula nama dia) dan loose item Wonder Glow, memang tak sesuai dengan kulit Momoy.



Jadi, bila dah lama-lama pakai Wonder Glow 360 rasa macam jemu la pula. Lagi pun dah immune, kulit pun dah jadi biasa-biasa saja. Ni tanda Momoy kena cari penggantilah. Hmm… Sedihnya, sebab Momoy memang suka pakai Wonder Glow. Satu lagi malas nak hunting skincare baru. Ayo.



Nak cari yang organic. Dah tak nak pakai yang rebrand ke atau yang produk lebih kurang sama (local product lah kebiassannya – faham kan maksud Momoy ?). Setakat ni ada 3 skincare yang Momoy tertarik.



  • Produk Leuniey bini Apek tu – Kaylena Beaute Skincare
  • FJ Glow Skincare
  • Produk yang Namee Roslan pakai tu - Luminous







FJ Glow Skincare (sumber sini, sini)


Kaylena Beaute (sumber)



Luminous (sumber)






Tak tahu nak pilih yang mana satu. Kamu pernah try tak produk kat atas nih, jemput share experience di komen. Atau kamu ada cadangan lain ?



19 February 2014

Jom check skincare, kosmetik kita ada bahan kimia merbahaya atau tidak


Assalamualaikum.

Lepas baca blog Nessa yang dah buang set Collagen plus vitamin E dia tu sebab ada kandungan kimia bahaya (paraben dan triethanolamine)Hati Momoy pun tak berapa nak tenang sebab dok kecoh kata produk Wonder Glow pun tak selamat. Hais. Macam mana ni ? Sebab Momoy guna Wonder Glow sekarang *berpeluh*





set Collagen plus vitamin E itu

 


Tapi nak percaya pun susah juga sebab tipikal Melayu ni suka menjatuhkan bangsa sendiri bila tengok Melayu lain berjaya. Set Collagen plus Vitamin E tu dari Indonesia ye. Tapi produk Wonder Glow tu dari Malaysia. Orang Malaysia. Orang Melayu. Jadi, faham-faham lah.


So far, sepanjang guna produk Wonder Glow okay je. Momoy tak ada alami perkara muka jadi merah macam udang bila berjemur atau peeling teruk pun. Kesan positif dialami secara berperingkat-peringkat, maksudnya kena guna beberapa produk untuk atasi satu-satu masalah (bukan drastik). Maksudnya  lagi, kopak juga la poket Momoy. Hoho *sambil jeling purse*.




Hmm... jadi untuk redakan kebimbangan tu. Momoy check kandungan kat kotak set Wonder Glow yang Momoy guna tu. Currently, Momoy guna set yang ni - WG Pink Jambu Pinkish Ultra Series Anti Acne and Pigmentation.




Set WG advance tu ada 4 items. Iaitu sabun oren, day cream, night cream dan allergy cream




Dan, ini pula nombor notifikasi set Wonder GLow Pink Jambu yang didaftar di KKM tu :

  • NOT120803505K
  • NOT120906096K
  • NOT120906097K
  • NOT120906099K


Senarai terkini produk kosmetik yang telah diharamkam oleh BPFK / KKM disebabkan kes campurpalsu dan mengandungi bahan kimia terlarang.




Cancellation of Notification of Cosmetic Products 



UNTUK MAKLUMAN


PRODUK KOSMETIK YANG DIBATALKAN NOTIFIKASI ATAS ISU CAMPURPALSU


Orang Awam dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik seperti tersenarai di bawah. Produk-produk tersebut telah didapati mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.


Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan Pihak Berkuasa  telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran.


Tahun 2013

Bil
                        
Nama produk                               
No.notifikasi (NOT)
Bahan kimia yang dikesan
Pemegang Produk
Pengilang
Label
1.
Sensual Meiji Skin Renewar Cream
NOT120204451K
Asid Azelaik
De Cosmetics Malaysia Sdn Bhd
Hong Chuang International Beauty Co. Ltd, Taiwan
PDF. 288KB  
2.
Acrena Pure Herbal Papaya Soap
NOT100802337K
Tretinoin
Haresh Enterprises Sdn Bhd
 Re-X Products Co., Ltd., Thailand 
PDF. 277KB 
3.

White Complex
NOT100801451K
Tretinoin
NB Natural Beauty Facial & Slimming (Uda) Sdn. Bhd
Cylin Cosmetic Sdn Bhd 
PDF. 302KB 
4.

SS Pearl Cream
NOT110602263K
Mercury 
Shin Viky Beauty Global
 Kingou (International) Cosmetics Co., Ltd., Taiwan 
 N/A
5.

SS Vita C Night Repair
NOT110602264K
Mercury
Shin Viky Beauty Global
 Kingou (International) Cosmetics Co., Ltd., Taiwan 
N/A
 6.
Cellnex Anti-Sensitive Essence Treatment
NOT120905219K
Betamethasone 
 Europe Cosmeceutical Industries  Sdn Bhd Centre De Recherches Biocosmetiques S.A., Switzerland PDF. 450KB 
7.
Natural 99 Night Cream
NOT120300526K
Mercury  
 Auraqu Enterprise CV Raja Kosmetik, Indonesia PDF. 174KB
8.
Natural 99 Day Cream
NOT120300524K
Mercury 
 Auraqu Enterprise CV Raja Kosmetik, Indonesia PDF. 170KB 
9.
SF Beauty Night Cream (Facial)
NOT120602462K
Mercury  
 SF Infinity Resources Yamni Industries Sdn Bhd (Cosmetic Premise)  PDF. 135KB 
10.
SF Beauty Day Cream (Facial)
NOT120602461K
Mercury 
 SF Infinity Resources Yamni Industries Sdn Bhd (Cosmetic Premise)  PDF. 135KB   
11.
 Aveana Night Revival Cream
 NOT110404581K
 Tretinoin
Owi Lab (M) Sdn. Bhd.
 Owi Lab (M) Sdn/ Bhd.
 PDF. 247KB 
12.

Blemished Skin Ampoules

NOT110204305K

Asid Azelaik
  Noble Aspect
Sdn. Bhd.
  Noble Aspect
Sdn. Bhd.
 PDF. 390KB 
13.
Golden Horse B&W Cream - GH902-1
NOT120905460K

Merkuri

Chee Sing (Labuan) Sdn. Bhd.
Chin San Chemical Works, Taiwan
 PDF. 522KB


Tahun 2012

BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Daily Protecting Cream - Joie et BeauteNOT100778850K /
NOT100602230K
Mercury 
2La Bliss Skin Brightening CreamNOT100200697KTretinoin 
3Sans Dynamic Intensive Light CreamNOT100400422KMercury
4Putih Gebu Sun-Block Collagen Lotion NOT100403485KMercury
5Bio-Clear Intensive Renewal ComplexNOT120503338KTretinoin 
6MS Wellmood Enhancing CreamNOT100602405KTretinoin 
7Renewing CreamNOT100101066KTretinoin 
8E Beaute Total Revitalizer Night CreamNOT100601840KMercury
9MS Wellmood Lightening ComplexNOT100601840K
Mercury
10MULTI CREAMNOT100764415KTretinoin
11DQISTEE NIGHT CREAMNOT100802185KMercury 
12DQISTEE BEAUTY DAY CREAMNOT100802184KMercury 


Tahun 2011

BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Sensual Whitening CreamNOT100751321KMercury 
2Derma-Rx Arbutin-R CreamNOT090601556KTretinoin & Hydroquinone
3DS.1 BLEMISH CONTROL CREAMNOT091201931KAzelaic Acid
4EZEE SUNBLOCK CREAMNOT100601213KMercury
5MONTAGNE JEUNESSE CHOCOLATE MASQUENOT090700043KLead


Tahun 2010

BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1NV Toner Treatment No 1NOT05010130KEHydroquinone & Tretinoin
2NV Toner Treatment No 2NOT05010129KEHydroquinone & Tretinoin
3Zara Rejuvenation CreamNOT04081873KEHydroquinone 
4Beauty Line Beautitude Multi-Purpose CreamNOT081201209KTretinoin
5Pigmentation Recovery ComplexNOT081200745KTretinoin
6De Putih Night CreamNOT05100878KETretinoin
7BML HB LOTIONNOT090701336KTretinoin & Hydroquinone
8Krim Malam ShanaNOT090600820KTretinoin & Hydroquinone
9Natasya Gold Krim HerbaNOT091100971KTretinoin & Hydroquinone
10Biotox Whitening Hydro CreamNOT007061310KDexamethasone
11Yoko Whitening CreamNOT080100330KTretinoin
12Sue Beauty Night Treatment CreamNOT080600138KTretinoin


 Tahun 2009

BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Felisa Gentle Peeling SolutionNOT07080210KETretinoin
2Krim Malam Rahsia RimbaNOT080801112KHydroquinone
3Biocosmet Whitening Essence
Cream
NOT07122920KEHydroquinone
4~H2O+ Waterwhite Brightening
Night Cream
NOT04102838KEHydroquinone
5Magixpress Lightening PlusNOT07121009KEHydroquinone
6A.Vant CreamNOT05022860KETretinoin
7Eriesya Spa Beauty CreamNOT07122412KEHydroquinone
8Natasya Krim HerbaNOT07090337KEHydroquinone & Tretinoin
9Temulawak Whitening Pearl Cream PapayaNOT03090150KETretinoin
10Ratna Sari Whitening Night CreamNOT080700826KTretinoin
11ATIKA BEAUTY Renewal Night CreamNOT04082451KEHydroquinone
12Chantique - Whitening Night CreamNOT04121404KETretinoin


Tahun 2008

BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Khazanah White Pembersih
Wajah
NOT05040954KEHydroquinone
2Gloskin Krim Malam & SiangNOT05082557KEHydroquinone
3Reena's Astringen LanjutanNOT05010659KEHydroquinone
4Skin Desires Deep Whitening
Cleansing Milk
NOT07020213KEHydroquinone
5EETYE Whitening CreamNOT06080859KEHydroquinone
6O'Lynn Skin Lightening CreamNOT06110164KETretinoin

Senarai ini dikemaskini pada Disember 2013
- Sumber dari portal BPFK  (siap ada gambar lagi).




Alhamdulillah. NOT produk Wonder Glow tiada dalam senarai tersebut. Sekarang mari kita check pula bahan yang terkandung didalamnya.




Ini pula senarai kandungan yang terdapat dalam krim 
Wonder Glow Pink Jambu Pinkish Ultra Series Anti Acne and Pigmentation.




DAY :-
Water, Mineral Oil, Glycerin, Cetyl Alcohol, Stearic Acid, Leukocyte Extrac, Melaleuca Alternifolia, Ganoderma Lucidum, Hamamelis Virgiana L Fragrance, Tocopherly Acetate, Ascorbic Acid, Bird Nest Collagen.


NIGHT :-
Glutathione, Vaseline, Mineral Oil, Talc, CL 47005, Tocopherly Acetate, Fragrance, Leukocyte Extract, Melaleuca Alternifolia, Ganoderma Lucidum, Hamamelis Virginiana L.


Masa yang paling mendebarkan tiba, iaitu check Wonder Glow tu ada kandungan bahan kimia merbahaya atau tidak *dupdapdupdap*. Untuk senang, Momoy tandakan 'tiada' (biru) atau 'ada' (merah) pada senarai bawah ni.




JENIS BAHAN KIMIA YANG MERBAHAYA DALAM KOSMETIK DAN SKINCARE


1. MIDAZOLIDINYL UREA AND DIAZOLIDINYL UREA - tiada
Ini adalah kandungan yang paling umum digunakan untuk bahan pengawet setelah parabens. Bahan utamanya adalah formaldehida, yang dikenal untuk mengawetkan mayat, dan sangat berbahaya bagi kesehatan manusia. Dapat menyebabkan dermatitis (radang kulit), luka bakar, inflamasi, dan pengeluaran air mata. 


2. METHYL AND PROPYL AND BUTYL AND ETHYL PARABEN - tiada
Digunakan sebagai penghambat pertumbuhan bakteri dan untuk memperpanjang batas waktu kadaluarsa produk. Meskipun diketahui beracun, namun kandungan ini masih banyak digunakan. Efek yang mungkin terjadi adalah timbul banyak reaksi alergi dan ruam kulit. 


3. PETROLATUM - tiada
Hindari petrolatum atau parfum berbahan petrolatum, karena ini merupakan sebuah byproduct dari produksi minyak bumi atau bensin. 


4. PROPYLENE GLYCOL - tiada
Idealnya, ini adalah gliserin sayuran yang dicampur dengan alkohol yang terbuat dari gandum. Propylene Glycol ditemukan pada beberapa produk kosmetik dan pembersih wajah. Zat ini dapat menyebabkan kemerahan pada kulit dan dermatitis kontak. Bahkan penelitian terakhir menunjukan bahwa zat ini juga dapat merusak ginjal dan hati. 


5. PVP/VA COPOLYMER - tiada
Zat kimia yang hasil keluaran minyak bumi ini digunakan pada produk hairspray dan kosmetik lainnya. Dianggap dapat beracun, karena partikel-partikelnya dapat menyebabkan masuknya benda asing pada paru-paru orang sensitif. 


6. STEARALKONIUM CHLORIDE - tiada
Stearalkonium klorida dikembangkan oleh industri kain sebagai pelembut kain. Namun, zat kimia ini juga terkandung dalam kondisioner dan krim rambut. Bahan ini dapat menyebabkan reaksi alergi. 


7. SODIUM LAURYL SULFATE (SLS) - tiada
Zat sintetis ini biasanya digunakan pada produk sampo untuk membersihkan dan menciptakan banyak busa. Efek yang ditimbulkan zat ini adalah iritasi pada mata, ruam kulit, rambut rontok, ketombe pada kulit kepala dan reaksi alergi. Sering kali kandungan zat ini disamarkan dalam pseudo-kosmetik alami dengan penjelasan dalam tanda kurung “berasal dari kelapa.” 


8. SYNTHETIC COLORS - tiada
Bahan sintetis warna diyakini sebagai penyebab kanker. Jika dalam produk kosmetik tertera kandungan ini, jangan sekali-kali menggunakannya. 


9. SYNTHETIC FRAGRANCES - tiada
Wewangian sintetis yang digunakan dalam produk kosmetik mengandung sebanyak 200 zat kimia berbahaya. Bila Anda menggunakan produk wangi maka semua bahan kimia berbahaya bisa diserap dalam aliran darah melalui kulit. Bahan kimia ini dapat mengakibatkan efek samping seperti sakit kepala, pusing, ruam, hiper-pigmentasi, kekerasan batuk, muntah dan iritasi kulit. 


10. TRIETHANOLAMINE - tiada

Sering digunakan dalam kosmetik untuk mengatur PH dan sebagai dasar bagi banyak produk pembersih. TRIETHANOLAMINE dapat menyebabkan reaksi alergi, termasuk masalah mata dan kekeringan pada rambut dan kulit. Bisa beracun jika diserap ke dalam tubuh dalam jangka waktu yang panjang.

(list dari blog Nessa)


Alhamdulillah. Semua senarai kandungan bahan kimia merbahaya tu TIADA dalam current skincare Momoy. Kalau tak, pening kepala nak cari skincare lain. Eh. Yang lain tu tunggu apa lagi. Cepat pergi check sebelum muka berlubang. 




P/s: Sapu night cream Pink Jambu dengan senang hati. Selamat malam semua. Zzzz...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...