Midnight Fantasy untuk si penggoda | .::: MOMOY blogirl :::.

05 July 2013

Midnight Fantasy untuk si penggoda


Assalamualaikum.

Dah lama tak buat entri pasal perfume kan. Jadi, nak cerita tentang Midnight Fantasy Britney Spears. Iaitu perfume kedua Momoy bagi tahun 2013. Sebenarnya Momoy tak bercadang pun nak beli perfume jenama artis-artis antarabangsa ni. Sebabnya tak ada sebab. Saja tak suka. 


Awal tahun biasa la bagi Momoy yang suka bau-bauan ni, memang akan cari perfume baru. Satu hari tu, entah macam mana tertengok iklan Midnight Fantasy yang ala-ala cerita dongeng tu di Youtube, terjatuhhh cinta la pula. Haiss. Tu dia penangan iklan. Momoy pun beli la. 




Midnight Fantasy Britney Spears 100 ml




Momoy review simple saja la ye sebab tak pandai nak review perfume-perfume ni. Packaging cantik juga. Simple. Botol warna biru gelap ada diamond-diamond gitu. 


Nama pun Fantasy Midnight kan, so bila sembur memang akan ber fantasi la di waktu malam. Eh. Dua kali semburan di nadi dah cukup. Bau tahan lama. Momoy pernah sembur kat jaket. Lepas tiga hari still bau tu tak hilang. Memang long lasting. 


Bau nya pula manis-manis fruity floral. Sedap. TAPI (ceh ada tapi tu) first note tu Momoy terpaksa tahan ler. Bau kuat yang mysterious sangat. Bau night orchid ke black cherry (kot) sangat kuat. Pening kepala Momoy. lepas tu baunya akan slow-slow sedap. Bau macam candy, floral, fruity dan manis. Momoy dapat hidu bau vanila, black cherry, musk dan amber. 




Kawan Momoy kata Midnight Fantasy ni bau perempuan gedik =.=




Bagi Momoy perfume ni sangat sesuai dan seksi pada waktu malam. Personally, Momoy kategori kan perfume ni jenis bau yang seksi meksi yang misteri. Ini bau floral fruity. Yang suka bau floral, mungkin suka perfume INI.


Ringkasnya Midnight Fantasy Britney Spear ni:


  • Bau - floral fruity yang sangat seksi
  • Jenis EDP
  • Sesuai pakai waktu malam
  • Heart notes - night orchid, freesia, iris 
  • Top notes - framboise, balck cherry, plum 
  • Base notes - amber, musk, vanilla 




Si gedik itu dari pandangan atas




Oh ya. Momoy beli Midnite Fantasy Britney Spears ni secara online. Ni kali ketiga beli dengan bapa sedara himawari yang comel (a.k.a caliph shuriken). Pertama beli Gucci Rush (favourite hingga kini. oh oh my) dan kedua Burberry Brit Red. Murah dari harga kaunter kat shopping mall tapi 100% original. Tu sebab Momoy suka beli kat dia. Cuma kena tunggu 1-2 minggu sebab shipping direct dari oversea. 







Ahh legaa. Dah setengah tahun guna, peram-peram dalam draft baru dapat mood nak siapkan entri ni. Hehe. Okay lah siapa lagi nak order lulur yang di supply di spa-spa, boleh KLIK SINI. Minggu depan dalam perancangan nak tambah masuk lagi produk spa yang lain pula. Yang dah beli tu selamat melulur ye.


25 comments

July 5, 2013 at 7:17 PM Reply to comment

oo..g2 bila org komen awak just tekan balas jer yg ada tu...

oh lupa pula semoga berjaya dgn bisnes ni ok :)

July 6, 2013 at 12:12 AM Reply to comment

owh, beli sbb tergoda dgn iklan perfume ni ka.. klau ori mmg bau long lasting laa ^^

direct pggil sy nama bapa sdara himawari yg comeii, huh..

*arigatou awk utk review ni ^^

@caliph shurikentu la pasal . britney dalam tu jadi macam tuan puteri dalam hutan. pastu ada laki encem kejar dia terus panah britney. iklan mmg menarik habis. tergoda.

@Zieyzie Ilishamaksud momoy tutorial dear

July 6, 2013 at 8:38 AM Reply to comment

cantik packaging dia. nampak elegan gitew.

July 6, 2013 at 3:26 PM Reply to comment

ehem ehemmm.!!
Patut laa bau wangi ajee dekat blog Momoy niee, hehee

July 6, 2013 at 11:10 PM Reply to comment

perfume aku tahun lps pun x abes pakai lg.

July 7, 2013 at 12:12 AM Reply to comment

perfume yg ade pon jarang pakai., ade atas lemari, berhabuk-habuk..

July 8, 2013 at 2:34 AM Reply to comment

ouh cambest jek. nk kne g test bau perfume perempuan gedik ni nanti. huhu

July 8, 2013 at 11:51 AM Reply to comment

ermmm, wanginyerrr..

July 9, 2013 at 2:49 PM Reply to comment

comeynye botol die :)

@Norain Yusoffcantik tertarik la juga =)

@BUNDA a.k.a KNhehe... salam bunda

@sherotpetottest test. bau best cuma memula je mcm pening kuat sgt. sembur sikit jer tau

@aswadzuit. kalau dah 6 bulan boleh bagi kat tong sampah

@Botakpos la ke momoy. hihi

@ecantula. bole tahan juga kan dear

July 14, 2013 at 9:20 AM Reply to comment

terujanya baca entry ni..harga seksi x?heheh

July 15, 2013 at 4:56 PM Reply to comment

Yeayy sama la! Saya pun pakai jugak perfume ni. Ramai yang suka bau dia. Sweet2 gitu.

@Cik Eyramurah saja dear =) yang tak sampai 3 ratus pun

@Aida Ismailtu la. tapi memula jepening sikit sbb bau kuat sangat kan

@Cik Eyratak ingat plak momoy beli berapa RM 150 ke RM 250 eyh
dah setengah tahun. haha

September 9, 2014 at 9:42 AM Reply to comment

midnight ni sy dengar drpd org pon bau die mmg lasting, tp sbb that time sy beli perfume gred, so bau die x lasting mcm original la..


sis, u suka perfume eaaa??



ahaa sy jual original reject jugak. nti bila2 nak restock perfume original murah2 bley la consider igshop sy jugak ye.. (leparfum_bysoul)


nice review by the way! happy blogging :)

September 9, 2014 at 7:53 PM Reply to comment

@Si DauN CeRi thx drop sini dear
i memang pernggila perfume. setiap 2 atau 3 bulan akan beli sebotol perfume.
tapi momoy beli yg original saja. sorry bukan berlagak tau kita cakap ni.

apapun nnt kalau ada sape2 yang cari reject perfume momoy akan suggest igshop u okay =)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...