Tips kulit badan lembut dan cantik ! | .::: MOMOY blogirl :::.

28 June 2013

Tips kulit badan lembut dan cantik !


Assalamualaikum semua.

Kisahnya begini, Momoy memang suka melulur di spa. Lulur yang diguna oleh salun dan spa dengan lulur yang dibeli di kedai sangat-sangat la berbeza. Kesan lembut dan halus terlalu ketara. Sungguh. Perbezaannya Momoy summary kan di bawah berdasarkan pengalaman Momoy.


Lulur kedai
  • tekstur krim
  • boleh diguna dengan segera
  • wangi yang mild. cepat hilang
  • walaupun di claim 100% semulajadi tetapi sebenarnya bahan sudah dicampur dengan bahan kimia lain. Boleh lihat pada label ramuan (ingredient).
  • RM 10 - RM 30 (ikut jenama) bagi sebekas/ tiub.
  • Kulit lembut 

Lulur spa
  • tekstur serbuk
  • perlu dikacau atau disebati terlebih dahulu sebelum dapat diguna
  •  wangi semerbak dan tahan lama
  • 100% bahan semulajadi
  • tradisional
  • RM 80 - RM 100 sekali rawatan (body) di spa
  • kulit tersangat lembut tanpa perlu memakai losyen
  • lebih efektif dari lulur kedai
  • Kepuasan maksima



Pendek kata, lulur spa memang puas hati dan sangat relaxing. Memang berbaloi dengan duit yang Momoy keluar. Tapi itulah mana mampu nak pergi spa tiap-tiap minggu. Sob sob sob.


Dan dan dan ini merupakan satu penyiksaan bagi Momoy sebagai pencinta sejati lulur tradisional. Huuu. Makanya, lulur spa hanya mampu Momoy lakukan sebulan sekali sahaja. Hari-hari lain sental badan dengan lulur kedai. Tapi manalah sama feel kulit baby itu kann.



Nak dijadikan cerita, suatu hari Momoy terjumpa dengan satu produk lulur yang memang di supply di spa-spa. Tapi packaging telah disesuaikan untuk kegunaan di rumah. Awesome.


Tak puas hati (dan seronok juga) sebab rasa macam tak percaya 'eh, betul ke ni'. Jadi, balik rumah terus Momoy cuba. Eh betul. Memang sama macam di spa. Dulu hanya mampu melulur sebulan sekali je. Tapi sekarang selang sehari Momoy akan melulur. Hew heww





Favourite Momoy. Dah sebulan Momoy guna lulur kopi dan santan ni. 
Momoy guna selang sehari. Kulit lembut gilerr. Habis satu bilik air bau kopi Starbucks !




Serius Momoy suka sebab kulit lembut macam baby tapi dapat jimat banyak duit dari pergi ke spa. Selalu cium-cium tangan sebab suka bau kopi. Mih mih. Yang best sebab lulur ni memang digunakan di spa dan boleh diguna banyak kali.



Oleh kerana kecintaan itu begitu menebal, Momoy nak share bersama kawan-kawan. Lulur tu tidak menagndungi sebarang bahan kimia berbahaya atau pengawet. Jadi, semua orang boleh guna kecuali kulit baby. Kecil lagi kan nak melulur ni. Lagipun kulit baby memang dah lembut, kulit kita ni haa. 


Tak payah cakap tulis banyak, jom tengok lulur spa itu. Kot-kot ada yang berkenan.



LULUR MANDI KACANG HIJAU [RM15.90]
+
GEL MANDIAN SUSU [RM12.90]

Harga Set = RM28


KHASIAT :

Lulur Kacang Hijau mengandungi vitamin A, B1, C dan mineral. Ia juga dapat menurunkan suhu panas dalam badan, melembutkan kulit, mengecilkan liang roma dan menegangkan kulit.

Gel mandian susu pula telah dibuktikan melalui kajian saintifik menunjukkan bahawa komposisi dalam kandungan susu kambing mempunyai banyak kebaikan untuk manusia berbanding susu lembu atau sebarang jenis susu. Antara kebaikan susu kambing untuk kesihatan manusia ialah ia mengandungi asid lemak baik (asid capric & caprylic) yang mencegah kesan jangkitan kulat. asid ini juga membantu sistem pertahanan badan. Susu kambing didapati mengandungi kandungan Bio-Organic Sodium yang tinggi. Bio-organic Sodium dikenali dalam rawatan naturaphotic sebagai elemen anti-penuaan.

CARA GUNA :

Campurkan dua sudu besar Gel Mandian Susu kedalam bekas yang berisi 2 sudu serbuk Lulur Kacang Hijau, kacau sehingga sebati (jangan terlalu cair).

Sapukan pada seluruh badan dan massage selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.

Amalkan 3 hingga 4 kali seminggu untuk mendapat kesan yang memuaskan.


************************************************** *******************************


LULUR MANDI BIJI KOPI [RM15.90]
+
GEL MANDIAN SANTAN KELAPA [RM12.90]

Harga Set (Diskaun) : RM28


KHASIAT :

Lulur Bijih Kopi mengandungi anti-oksidan yang tinggi untuk menyegarkan badan, melembutkan, memutihkan kulit, menghilangkan kesan hitam pada celah peha dan menghilangkan keletihan (stress).

Gel mandian santan kelapa dirumuskan secara semulajadi tanpa bahan kimia berperana untuk menyingkirkan sel kulit mati, meransang keanjalan kulit dan memberikan kelembapan. Disamping itu, lulur santan berkesan mengurangkan risiko kulit gelap akibat terdedah kepada cahaya matahari. Lulur santan yang mengandungi asid laurik berkesan berkesan merangsang pertumbuhan kolagen dalam sel kulit dan bertindak melindungi kulit daripada jangkitan kuman.

CARA GUNA :

Campurkan dua sudu besar Gel Mandian Santan Kelapa kedalam bekas yang berisi 2 sudu serbuk Lulur Kopi, kacau sehingga sebati (jangan terlalu cair).

Sapukan pada seluruh badan dan massage selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.

Amalkan 3 hingga 4 kali seminggu untuk mendapat kesan yang memuaskan.


************************************************** *******************************

LULUR MANDI SARI REMPAH [RM15.90]
+
GEL MANDIAN ZAITUN [RM14.90]

Harga Set = RM30


KHASIAT :
Ramuan Buah Zaitun mampu memberi kelembapan pada kulit serta kaya dengan Vitamin C dan E yang dapat membantu menganjalkan kulit, melembutkan dan mencerahkan kulit, menghilangkan parut-parut akibat kudis, gatal-gatal serta kesan luka.

Lulur Sari Rempah pula mengandungi khasiat yang baik untuk melembutkan dan menegangkan kulit, menghilangkan bau badan atau peluh yang berbau. Melancarkan perjalanan darah dan Aroma yang harum untuk mengurangkan tekanan.

CARA GUNA :

Campurkan dua sudu besar Lulur Mandi Sari Rempah dengan cecair mandian herba ekstrak zaitun & kacau sehingga sebati (jangan terlalu cair).

Sapukan pada seluruh badan dan massage selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.

Amalkan 3 hingga 4 kali seminggu untuk mendapat kesan yang memuaskan.



************************************************** *******************************


LULUR PENGANTIN MUTIARA (bukan pengantin pun boleh guna)

Harga: RM 36

**Note : Gambar lihat lulur sahaja ye

KHASIATNYA :-

Gabungan khas serbuk mutiara dan susu sesuai untuk rawatan melembutkan,melembabkan,melicinkan,mencerahkan kulit dan menghilangkan bau badan

CARA GUNA :

*hanya mandi dan gosok lulur pengantin di badan selama 3-5 minit, kemudian bilas seperti biasa.. lakukan perawatan lulur 3 -4x seminggu utk kesan yg memuaskan..*



*********************************************************************************


blogshop:




Suka kulit cantik ?





37 comments

June 28, 2013 at 1:58 PM Reply to comment

wah.. kita suka lulur juga.tapisekarang dah malas..macam nak pi serbu ja spa yang dekat..tapi harga..kecil besar kecil besar aja la kita tengok..huhu..

June 28, 2013 at 2:02 PM Reply to comment

cam best ja..nak try la masa cuti ni...hehe

June 28, 2013 at 2:40 PM Reply to comment

nice

@Nana Lienadulu momoy g spa juga tapi mahal. bila dah jumpa produk org spa guna, momoy buat kat rumah je. jimat banyak

@eimah sitishould be try. mmg best =)

June 28, 2013 at 4:17 PM Reply to comment

menarik..lama akak tak singgah kat sini

June 28, 2013 at 4:39 PM Reply to comment

satu jenis lulur awk blom try..







lulur kertas pasir ^_____^

June 28, 2013 at 8:55 PM Reply to comment

@caliph shurikenhahahaa saya yang pompuan pun tak berani nak guna he3...

June 28, 2013 at 8:57 PM Reply to comment

sis momoy..kak lea tadi dh baca tau masa bw guna hp.ni singgah nak komen he3..

owh kak lea nak trylah yang kopi tu..sebab tau kopi memang bagus untuk lembutkan kulit.harga pun murah je ye.kak lea dah bookmark page ni..tqvm dear for this great sharing.

kak lea lebih prefer berlulur kat rumah,sambil tu boleh tengok tv ke,bw jap ke ngeeeee...

@||aLeaSaRa||haha, comfirm licin. tapi dear caliph try dulu ler.

@||aLeaSaRa||thx sis lea. sama lah ngan momoy. momoy lulur bila bungkus rambut pakai hair mask. buat selang sehari. time tu ler momoy lulur. rasa kulit bersih dan lembuttt. waaa. sebab best dan jimat byk tu la yg rasa nak share ngan kengkawan nih.

@Ema Joharisalam sis. thx sudi singgah

June 29, 2013 at 10:38 AM Reply to comment

yupp beli CD dari hanis sbb rumah dekat je.. :)

June 29, 2013 at 10:53 AM Reply to comment

Macam best je pegi spa!! Nanti dah habes belajar, nak kumpul duit dulu barulah boleh pergi spa :)

@Adam Haiqalwahhh...boleh la jumpa HZ yg cantik tu. huuu... jelesnya.

@Azwar Syuhadaitu la. mahal kan

June 29, 2013 at 11:59 PM Reply to comment

hai dear. ni kali ke2 sy singgah blog awak. dulu baca yang pasal bilik baru, cara hias tu. cantik. skrg pasal lulur badan pulak. gegels sangat hehehe :) suka suka. sy mmg suka entry2 berunsur gegels ni. btw, jemputla ke blog. haritu awak ada tnya berjaya tak saya nak berubah. ni dah ada sambungan. :)

June 30, 2013 at 12:28 AM Reply to comment

Blog nya sudah saya follow, silahkan follback blog http://fahri2013.blogspot.com/ :).

June 30, 2013 at 9:21 AM Reply to comment

assalam,

bagus ni bolih buat kat rumah jer...bunda belum pernah pegi spa..

June 30, 2013 at 5:23 PM Reply to comment

laki punya ada x?hehehehe

@manlaki , perempuan tua muda semua boleh pakai kecuali bayi

@BUNDA a.k.a KNbuat kat rumah je bunda. lagi jimat

@ecanthx dear =) boleh cuba kalau mahu
momoy dah baca sambungan tu ^^ syukur

July 1, 2013 at 11:46 AM Reply to comment

salam kenal :) Ros follow sini :) #624

@ros_reezasalam kenalan dear

July 3, 2013 at 9:57 AM Reply to comment

suke jugak lulur ni..mmg akn wat kulit lembut je..
tp dsbabkan kkurangan mase, jarang buat..huuuu

Anonymous
July 3, 2013 at 11:11 PM Reply to comment

nak beli yg kopi 2 mcm mana ye cik blog

July 4, 2013 at 11:41 AM Reply to comment

tak perlu la pergi spa kalau mcm ni kan.. lg senang.. hehe

@Cik Yayahais. jangan mcm tu. kalau malas sekali pun luangkan masa sebulan sekali untuk lulur badan. sebab 28 hari kulit kita akan mati jadi sel mati. so kita lulur untuk senang pertumbuhan kulit baru

@Anonymousboleh saja SMS ke 014-5445 951

@aisyabetul tu sis. buat sendiri jer pakai produk spa.

July 14, 2013 at 10:36 AM Reply to comment

wahh besnya..yg jual lulur ni.xda fb ke?nak jenguk2...huhu

@Cik Eyradear boleh cari di FB : D HOME SPA

July 23, 2013 at 1:02 PM Reply to comment

dulu rajin juga guna lulur tapi sekarang tahap kerajinan tu dah menurun sikit hehe

@Ct Noraishahhehe... malas tu normal la kan. tapi sebulan sekali wajib tau dear =)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...