Hindari ketiak hitam ! | .::: MOMOY blogirl :::.

09 June 2013

Hindari ketiak hitam !


Assalamualaikum kawan-kawan tersayang.

Pakai baju tangan panjang dan bertudung memang tak nampak. Tapi bila tidur bersinglet...tu diaa... Terkejut Momoy bila terrrr tengok ketiak kawan kepada kawan Momoy yang tumpang tidur di rumah Momoy. Ketiak berbulu dan berkarat. Nak tegur ke tidak? Nak tegur, takut malu. Kalau tak tegur, takut nanti-nanti dia pula terrr malu bila ada roomate (suami) pula nanti. Haiss. 


Akhirnya tak tegur, Tapi Momoy tegur dalam belog lah ye. Umum. Tak adalah yang terasa hati.


Moralnya di sini, gadis-gadis dan mak-mak dara jangan sibuk nak cantikkan muka saja ye. Kulit terlindung seperti pelipat-pelipat, celahan-celahan, leher dan ketiak kena cun juga tau. 


Momoy kadang suka belek belakang telinga baby atau budak kecil. Kita boleh tahu ibunya pembersih atau tak. Jadi, cepat-cepat sembunyi baby atau anak kecil anda bila ternampak Momoy dari jauh hokay. Pyhco betul. Haha.


Eceh. Nak cerita tentang kulit yang selalu di 'anak tiri' kan iaitu KETIAK ! Ramai kot tak beri perhatian dan kasih sayang pada ketiak mereka. Mereka anggap ketiak tu macam anak jiran sebelah rumah. Dah la anak jiran sebelah rumah, yang dibenci pula tu ! (hambik perumpaan kejam)


Nak story ni sebab penjagaan ketiak eh underarm sama penting macam kulit lain juga tau. Sebut underarm macam sopan sikit, ye tak? mih mih mih. Gelak pun sopan. *mata ke atas*


Boleh je pergi spa buat underarm scrubbing untuk cerahkan ketiak ittew *mulut duckface* Tapi jenis yang tak tahan geli dan malu macam Momoy ni acane? 


Jadi untuk menghindari rasa rendah diri, ada petua untuk putihkan ketiak hitam  iaitu guna kapur makan. Tenyeh-tenyeh kat area situ. Tapi mungkin leceh nak cuci la atau pun rasa panas kapur tu kan. Tak sanggup nak buat. 


Momoy selalu lulur setiap kali mandi. Scrubing lama sikit mana-mana area yang tak sedap mata memandang.  Kemudian bilas. Lepas tu sabun badan dan bilas badan bersih-bersih.


Momoy percaya lulur dahulu penting untuk buang sel kulit mati. Dan sabun selepas lulur untuk bersihkan badan dan mudah untuk tanggalkan kotoran. Lepas mandi jangan lupa lap badan kering-kering dan pakai lotion (badan) dan deodorant (underarm).. 


Hari-hari buat benda sama ye. Sila jangan malas kalau nak cantik. Untuk lulur tak kisah lah jenama apa pun. Tapi Momoy paling suka yang jenis kasar. Baru terasa daki-daki tanggal. Hehe. Untuk sabun pula, sekarang Momoy guna 'sabun ketiak'. Walaupun nama sabun tu sabun ketiak, tapi Momoy guna untuk sabun seluruh badan. Lawakkan nama sabun ni? Tapi VERY VERY VERY GOOD yer.


Memang berkesan untuk hilangkan kesan-kesan hitam kat ketiak tu. Yang gelap light-light jer mudah sikit nak hilangkan. Tapi kalau yang gelap angkara daki melekat degil susah nak tanggal, kena bersabar sikit la kan. Siapa suruh belek muka saja kan. Hihi.




Ni dia sabun ketiak tu. Oh. Sebenarnya sabun ni nama senonoh dia adalah Marine Essence Beauty Bar Soap. Tapi sebab boleh pudarkan kesan gelap di ketiak, sebab tu ramai yang panggil sabun ketiak jer. 




Seketul dah beri kawan. Dia pun suka. Siap repeat beli lagi.



Momoy guna setiap kali mandi. Ada 3 ketul dalam kotak cantik. Seketul sabun ketiak ni berat 100 gram. Memang besar lah. Seketul tu dapat tahan sebulan bila potong 3 atau 4 bahagian. 




Semua ni dah guna. Tinggal 2 bahagian kecil saja lagi. Dah guna hampir dua bulan.



Memang serius suka sabun ni sebab bau wangi semerbak satu bilik air. Tak senang cair macam sabun kecantikan lain. Beauty soap (pendek sikit tulis dalam English. Heheh) yang lain senang cair dan jadi 'putih' sebab kandungan dalamnya dah hilang kena air kan? Tapi yang ni tak. Best !



Tak percaya? Tengok sisa-sisa sabun tu. Maintain berketul dan warna pun maintain hijau kan.  
Itu yang Momoy suka tu. 


Kulit Momoy jenis manja, sensitif rasa nak lempang-lempang. Bila keluar dari site dan balik mandi, memang selesa sangat guna sabun ketiak ni. Gatal-gatal atau merah kena gigit-gigit nyamuk, pakai sabun tu terus hilang. Ingat tak Momoy pernah cerita kesan lecuran disebabkan oleh alergi deodorant dulu. Ye, kesan tersebut dah mulai pudar. Hoho. Sukeee. 
  

Baby atau sesiapa yang ada masalah ekzema pun bagus sabun ni. Harga mungkin sedikit mahal tapi berbaloi-baloi.




Besar kan ?



Tentang deo pula, seeloknya guna deodorant yang bebas toksik ! Macam mana nak tahu deodorant kita tu bebas toksik atau tidak? Cecepat check deodorant kawan-kawan, ada tak bahan-bahan (ingredients) ni: 


  • Aluminium - boleh sebabkan kanser payudara
  • Parabens - boleh menganggu hormon
  • Propylene Glycol - boleh rosakkan sistem saraf
  • Phthalates - boleh memberi kesan pada janin (mutasi)
  • Articlosan  





Lagi pun deodorant commercial ni punca kulit ketiak kita gelap kalau mandi tak sental bersih-bersih. Pakai deo jenis whitening tapi sebab tak sental bersih terus jadi punca gelap, tak ke sedih macam tu? 




Momoy pakai deodorant ni je. Diyakini selamat dan ketiak tak gelap. Review dan testimoni Smelly No More Total Image boleh baca entri ini [ Smelly No More | Siapa dah try? ]



Nama produk-produk tu huduh tapi hasilnya tak huduh tau. Sabun Marine Essence Momoy beli di SINI  dan Smelly No More tu Momoy beli di WATSON. 


Okay, itu cara Momoy lah ye. Tak tahu lah pula cara kawan-kawan. Kalau ada cara yang lagi best, boleh jer komen untuk share di sini. Sharing is caring kan? 

Jom share !

42 comments

June 9, 2013 at 12:33 PM Reply to comment

bagus lah momoy ni.... lengkap serba serbi termasuk ketiak..

June 9, 2013 at 1:26 PM Reply to comment

hehehe... baru fyna tahu. nice info nih dear ^_^

June 9, 2013 at 2:28 PM Reply to comment

susah nak cari sabun nie... jangan lepaskan peluang bagi yg ada masalah, wajib cari penawarnya

@Mia Liana org selalu jaga muka je. ketiak dan kulit kat anggota lain selalu diabaikan. kesian tau. hehe

sis mia lama x jenguk sini. yeah. thx sis sudi visit

@fyna
share apa yg best adalah perasaan paling seronok. thx dear sudi baca entry nih

@CHtu la. sebab x ramai sangat yang jual. nak beli boleh klik link tu =)

Anonymous
June 9, 2013 at 3:37 PM Reply to comment

Wah..momoy betul juga tu..ketiak kena jaga dan dibelai..haha.. comel ja sabun hijau tu.hehe.. macam best.. nanti2 kita nak terjah mana2 kedai yg ada nak beli..ehe..seronok pulak baca..

Nana Liena

p.s/malas nak log in blgger.. :)

Anonymous
June 9, 2013 at 3:40 PM Reply to comment

bagus la. aq tengah cari ubat nak putih ketiak neh

June 9, 2013 at 4:56 PM Reply to comment

good sharinglah momoy..:)

June 9, 2013 at 5:21 PM Reply to comment

nice info nih..betul2x..kecantikan luaran datangnya dr kebrsihan dlmn kan..

@Anonymoussalam dear nana. hijau lutsinar gitu. memang wangi la. paling best mandi before masuk tido. uhuk...

@Anonymousoh iye. semoga dapat selesaikan masalah dear ye. thx sudi baca entri nih

@Normi Niezasama-sama dear. mari amalkan bersama

@Siti fironikaye betul. tp itu kira luaran juga kan. hihi

June 10, 2013 at 4:01 PM Reply to comment

thanks for da info...terus klik dkt link tue...ingat nak try satu...sabun ketiak tue..nak kasi lg bersinar2..hehehehe...hai salam perkenalan...ayu baru lg dlm blog nie... jemput la singgah blog ayu http://qaysaasupplement.blogspot.com

Anonymous
June 11, 2013 at 12:57 AM Reply to comment

yess ketiak kena jaga hahaha..

June 11, 2013 at 8:41 AM Reply to comment

kalau macam ni, saya nak pergilah spa..hehehehe.. satu badan saya nak putihkan..hahahaha

@ayu yahyasalam ayu. salam kenalan. oh dah singgah byk kali blog ayu. tapi x jumpa follower n kotak komen. apapun thx sudi singgah dan baca entry nih ^____^

@Siti(zoey)betul tu dear siti >.<

@boni kacakg spa untuk kulit cantik dan cerah oklah. klu nak putih rasanya kena rajin lulur dan mandi lulur

June 13, 2013 at 9:31 AM Reply to comment

ketiak oh ketiak , hihi terus pm penjual. nak kene beli satu ni

June 13, 2013 at 2:17 PM Reply to comment

wow, bgus ni... ada tak tips2 untuk kurangkan peluh diketiak?? ena ni masalah tu je, kuat berpeluh kat situ...mslh lain xde

@✿AINAA ROSEBERRY✿cuba dear try deo smelly no more total image. boleh beli kat watson, guardian n farmasi juga

momoy ada review deo tu

@Liyana Lunia.hihi. lepas cuba share la ye

June 13, 2013 at 3:36 PM Reply to comment

masalah ketiak jarang org titip beratkan.. maybe dorang anggap kat luar bertutup litup semua orang tak nampak.. adakah nilai kebersihan diri tu hanya untuk org tengok.. kalau ketiak pun berserabut.. kat bawah sikit akak tak sanggup bayangkan. akak memang tak pernah biar mana2 bahagian celah2 ni berambut panjang even dari sebelum kawen lagi. dah kawen lagi la.. malu la laki tengok. bukan malu sebab orang nampak.. malu kat diri sendiri jugak. bab baby memang nak tau mak dia malas ke rajin check kuku & telinga pun dah cukup..

June 13, 2013 at 5:23 PM Reply to comment

hah! tau takpe. sekarang ni nengok orang pempuan obses nak jaga muka je. tp cik ketty (nama lain untuk ketiak. haha~) nye tak terjaga. hadoi la. pulak tu agak memberi bau yang kurang menyenangkan. sabo je la. tu lagi 1 hal. nak tegur ke tak. takut die malu. tak tegur pon 1 hal juga, orang lain dok bercakap pasal tu juga. nak kene fikir bagi hadiah deodorant kot birthday die nanti. tapi takut nanti die kata perli die pulak. hadoiyai~
wawawawawawawa~ T_T kalau sungguh bagai di kata sabun tu berkesan, SY nak rembat juga. disebab kan nak mencuba deodorant lain dari yang selalu SY guna, terjadi lecuran pada cik ketty. sudah nya menanges tak berlagu. cik ketty yang putih telah kelihatan agak gelap di sebab kan kejadian itu. wawawawawawawa~ T_T

June 13, 2013 at 9:33 PM Reply to comment

ketiak lelaki mmg dah berblu
xdapat nak tolong.. hehehe

June 14, 2013 at 11:20 AM Reply to comment

laki blh pakai ke..lama xdtg ke blog momoy..heheheh

June 14, 2013 at 5:01 PM Reply to comment

aisey, cmner ni deo sy ada bahan propylene glycol? :p

June 15, 2013 at 11:15 AM Reply to comment

Hai..
Salam kenal.. =)
Jangan lupa follow sy balik ye..

Kalau sudi singgah-singgah lah dkt page AZ Collection..
Mcm-mcm pilihan peplum ada,barangan kesihatan pn ada..
https://www.facebook.com/pages/AZ-Collection/199515420202002

Jom LIKE.. =)

June 15, 2013 at 4:46 PM Reply to comment

Moy! Sila tepekkan gambar ketiak moy kat sini. Ahkak nak tengok jugak keberkesanannya :p hehehe

@Me And The Boyzhehe... suka2 ye. mmg berkurang pun tapi kena rajin ler.

@AZ Collectionsalam kenalan sis. done follow =)

@caliph shurikenkann. baik dear tukar deo lain jer. momoy suggest pakai smelly no more je sbb batuan semulajadi so x berbahaya

@manboleh. sesiapa saja pun boleh. bayi pun boleh jer

@Sopkena guna sabit untuk tebas. hoho

@Sufinah Yussof (SY)oh kiter senasib. hahaha. terjadi lecuran zaman study dulu sbb alergi dengan deo yg wangi. now, guna sabun ni mmg pudar dah. tapi memang kena rajin. scrubbing jgan dilupa.

kalau kena yang jenis ketiak hangit atau ketiak masam, boleh pengsan kita dibuatnya. hehe. kalau lelaki boleh tahan la lagi. kalau perempuan? tgk muka dah cun tapi ketiak masam jer. acane?

@Suria Lekatlekitgurlkuku dan telinga mmg senang nak check. tapi kalau belakang telinga dan lubang pusat tu jarang ada orang nak bersihkan setiap kali mandi. sebab tu suka tgk belakang telinga baby. mak dia prihatin ke tidak. hehe.

July 14, 2013 at 11:34 AM Reply to comment

seyesly?wah nk try la..cikeyra dok tenyeh kapur,tapi mcm momoy beritahu tu lah,panass...hahaha...

@Cik Eyrahehe... dulu zaman study dulu pun tenyeh2 kapur makan tu juga. hehe. dulu x kerja, jadi hanya mampu try petua. tp petua orang lama bagus tau

July 15, 2013 at 2:07 AM Reply to comment

wah kena try ni

@sherotpetotkena try dan kena bersabar juga. hihi

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...