Assalamualaikum semua.
Sebelum ni tak ada pun kesedaran nak jaga kulit sendiri, apatah lagi kesihatan. Muda lagi - typical thinking ! Bila dah tua dewasa ni, baru nak sedar. Ok lah tu. Better late than never kan.
Nak kulit macam Song Hye Kyo ni. Boleh ? -kredit
Tetiba saja Momoy rajin buat benda-benda kat bawah ni...
Minum air masak banyak-banyak
Fuhh... dulu selagi tak betul-betul haus jangan harap nak minum air. Air masak tu pilihan terakhir la tu kalau tak ada air manis. Sekarang ni, air masak wajib ada di sisi. Even nak ke kedai tapau pun seret botol air masak masuk dalam babyboo. Eh. Dua hari lagi babyboo genap setahun tau. Dah kena renew road tax. Tetiba.
Macam mana nak ingat minum air masak ? Lepas bangun Momoy minum segelas. Itu petua awet muda. Kalau nak tua jangan buat. Sebelum mandi minum segelas lagi untuk pengaliran darah yang baik. Waktu siang, Momoy minum dua tiga tenguk selang setiap jam. Minum banyak pada waktu siang tapi kurangkan minum pada waktu malam. Oh ye. Momoy minum segelas lagi sebelum masuk tidur.
Boleh rasa bersalah pada diri sendiri bila kurang 3 liter - kredit
Merawat jerawat
Sangat rajin control jerawat sekarang ni. Sebab tetiba fikir bila tua nanti hormon naik turun, waktu tu dah susah nak control dah. Jerawat besar-besar dah hilang. Sekarang sedang merawat 'jerawat dalam kulit' (istilah sendiri) yang susah sangat nak ghaib ! Bila pegang kulit muka rasa lembut dan licin, padahal jerawat masih ada, merah-merah, main sembunyi-sembunyi bawah kulit kita. Haip. Siapa tahu macam mana nak hilangkan 'jerawat dalam kulit' ni ? Pleaseeee share.
Skincare skincare skincare
Dulu 3 langkah asas (cleanse - toner - moisturizer) pun bapak pemalas. Eh. Sebenarnya Momoy yang malas. Sekarang sedang amalkan K-skincare dengan harapan dapat kulit flawless macam awek Korea. Korea la kononnya. Buwekkk... Apa K-skincare tu ? Nantilah Momoy cerita routine skincare yang sangat K-skincare ittew ye *mata kat atas, tangan kat bahu*
Kurang make up
Haa. Yang ni dah masuk setahun. Boleh kira dengan jari tahun lepas dan tahun ni berapa kali saja Momoy make up dan beli alat make up. Kalau make up pun yang tipis-tipis saja. Dulu addicted sangat dengan Japanese gyaru make-up style. Sekarang falsie pun dah lama tak beli. Sob.
Kali terakhir apply simple gyaru make up which is i really love make-up macam tu bila pergi kenduri kawen (time tu le). Sekarang selesa muka togel ke mana saja.
Dan yang belum buat lagi, tapi dah mula terfikir nak buat...
Produk yang ada formula antipenuaan (anti-aging). Uit. Nak cari beauty product yang ada bahan seperti alpha hydroxy, Q10 dan retinoids. Biar kedut-kedut semua tu larikk. Biar kulit jadi halussssss mulusssss. Chewah.
Okay tak tagline Momoy ni:-
Less makeup. More skincare.
Eh. Tetiba ada tagline. Motif sangat.
Terima kasih sudi baca entri ini.
52 comments
momoy cantik..:)
momoy cantik..:)
jangan lupa pengambilan Vitamin C. pernah baca kat mana entah, pengambilan vit c secara konsisten boleh mengglakan kolegen semulajadi dihasilkan dalam tubuh kita ni.
yup. air masak tu penting. minum byk air masak, boleh kuruskan badan juga :)
air masak tu mmg pntg kan...mai smenjak amik supplement ni baru amalkan minum air scukupnya...stiap hari try klu x sbelum ni mmg malas mnum air masak
eh! dah cantik dah tu... kulit ok je... tak payah nk ikut si org korea tu...kulit awk dah ok je sy tengok... tergoda kot...
Huaaaa wow. Look pretty, Momoy. Tahniah dengan segala make up cam celebrity hihihihi. Awesome
@Normi Niezaerkk... mekasih dear. segala pujian bagi Allah
@kopi pastaye betul tu. tak salah lagi =)
@Mysara Ab Rahmanbetul sis. dulu momoy pun sama. bila dah umur makin meningkat n ibaru nak minum air masak banyak2 , huhu baru sibuk nak jaga kulit bagai
@potia casadelarossahehe... actually dear, orang korea sangat berdisiplin dan mementingkan kesihatan dan kecantikan kulit mereka. diaorang kurang bermakeup dan sentiasa jaga pemakanan, jaga rutin harian kulit dengan teratur. sangat bagus tau sebenarnya. sebab tu orang2 tua mereka kulit x berkedut pun =)
@Asep Haryonothx kak asep. tapi sekarang malas mau pakai make uplagi. mahu kulit terlihat segar dan bersih. mau lebih natural gitu
minum air masak sudah terbukti bisa membuat kulit kita menjadi semakin sehat :-)
Hey dear, You have a nice blog. Want to follow each other via Bloglovin & GFC? Let me know in my blog dear.
XX, IamJenniya
Hey dear, You have a nice blog. Want to follow each other via Bloglovin & GFC? Let me know in my blog dear.
XX, IamJenniya
minum air masak banyak-banyak. saya akan follow ini, sentiasa Kak Momoy
hye sis momoy..sori lambat singgah baru ej online ni he3..
wah sis dari dulu memang dah comel..yup suka sangat tagline tu he3..
plg sush nk minm air masakkk T.T jerawat ni pn mkin suka die ddk ats muka ni haa. =.='
less make up! sepppp momoy ;)
Bila meningkat dewasa jerawat katanya akan berkurang. Cuma time remaja, jerawat tu memang rajin datang.. Momoy tetap lawa meyhh.. :)
huhuh. hana rse momoy boley guna skII sbb my aunty guna, kulit dye nampk muda even dye dah msuk 40. cerah dan lembap. moist je . cam coklat moist je hehee
@blogs of hariyantobenar dear. minum air masak banyak bisa buang toksin dalam badan. terus jerawat bisa takut mau muncul2 lagi
@Jenniyathsnks dear. follow done
@zachflazzya. harus tau kak zach. dulu momoy amat malas sekali mau minum air masak kaya gini
@||aLeaSaRa||haha...dear kalau lambat online ke cepat ker entri dear mmg banyak. idea dear memang momoy kagum sangat2
btw, sis lea pun sangat comel =) anak2 pun comel2 jer
@hazcoh momoy dulu pun begitu. cuba dear guna cara momoy minum air tu untuk cukup 3l sehari. lihat bagaimana. kalau toksik dalam badan berkurangan, maka jerawat susah nak muncul dear =)
@Hanida Mossyayy...sepp balik moss
@Azwar Syuhadaada baca dekat mage, bila tua hormon turun naik. kalau time ni tak perangi jerawat. tua nnt lagi susah nak ilangkan jerawat tu disebabkan hormon x stabil. huhu
@Lady ★ Hannaoh boleh juga. momoy ada guna SK11 malaysia, miracle beauty . kesan sangat baik. mmg recommended. tapi mahal sikit la dan tangan ni jenis gatal . suka jer nak jadi bahan eksperimen =)
btw dear, thx suggest benda tu. tengok lah, 1 day, momoy nak cuba juga =)
Ohh patutlah nampak cantik menarik .. :) itu ehh petua dia. Tapi skang ni air masak pun tak berapa nak sihat sangat, banyak benda dalam tu tak tertapis. :)
@HASRUL HASSANsebenarnya momoy minum air bertapis. hehe. tahu tak mesin duit yang seliter 20 sen tu? haaa... yang itu la. sebab kualiti air kita tak sama dengan kualiti air negara maju macam korea. jadi altenatif mudah minum air dari mesin tu. confirm bersih =)
hai sy datang dari contest http://yuyukstandalone.blogspot.com/2013/06/contest-mereka-tagline-jelitawanis.html .. jom join!
hai salam kenal :)
minum air masak bukan untuk mencantek kan kulit je.walaupun aku nih berjerawat.hoho.
sebananye air masak jugak berfungsi untuk menurunkan berat badan.tapi kena excercise la jugak kan...hehe
folo bolo sini..
salam perkenalan. :D
@MiszyuyuInsyaALLAH momoy join jika ada idea nak buat =)
@zarena heeneysalam kenalan dari momoy. thx u dusi singgah sini ^____^
@Aziz Safiansalam kenalan dear. betul tu. minum air masak ni byk kebaikannya. boleh buang toksik dalam badan dan memacam lagi lah =)
hye sis..erk nak tanyalah kalau tak silap,kak lea pernah baca hari tu..sis momoy gunakan aura white?kalau salah sori.sis lekat lekit tu pun sama gunakan aura white.
nak taulah berkesan ke?ingat nak belilah.takde masalah kulit saja nak bertambah seri di hari raya hehehehe.
no wonder sis cantik sgt! hehehe.. mmg jaga betul2 tu.. byk tips ni boleh lah try follow sikit2.. =)
@aisyahehe...boleh boleh. tapi bab cantik tu tak la. cuma momoy mahu dilihat sihat dan kulit wajah segar. dan cantik juga. eleh. malu nak ngaku pula. haha. biasa la dear momoy dah makin tua. huhu
@||aLeaSaRa||
salam sis lea. momoy guna dah nak masuk tin ke 3. sebenarnya momoy nak tunggu 6 bulan baru nak buat review
tapi tak pe dah ada orang tanya so momoy jawab la dgn jujur.
Aurawhite ni claim akan 50% putih within 7 minggu.
terus terang cakap. tin pertama aurawhite momoy suka. sebab rambut momoy dah kurang gugur. efek lain tak nampak pun. nak kata muka berseri minum aurawhite tu rasanya macam tak. kulit pun x lembap mcm sne beautskin.
tin ke-2 lagi teruk. tak tahu kenapa aurawhite ni warna dan rasa nya pudar dan kurang sedap macam tin yg ke-1. rata2 user lain pun complain benda yang sama. tin ke-2 ni mendukacitakan. Sebab langsung tak beri efek pada momoy. rambut kembali kepada biasa. tin pertama kurang gugur yang kedua ni tak ada efek langsung. pendek kata tin-2 tak best langsung.
tin ke-2 dah habis. dan momoy nak tunggu result tin-3 mcm mana. apa yg momoy perhatikan. kalau consume aurawhite ni kena rajin betul minum air masak. kalau tak rajin, muka naik jerawat dan kulit kusam sikit.
sne beautskin mmg best tapi harga mahal.
review ringkas tapi hope dapat membantu dear. momoy pun tengah survey supplement lain (yg bukan perisa coklat) sbb aurawhite ni tak melembapkan kulit momoy. nak guna lagi beberapa bulan. kalau tak ok cari yg lain
wah great answer untuk soalan semalam tu,tqvm dear.tulah sebenarnya nak guna untuk tambahkan kelembapan kulit(ceh ayat buku betul he3).
owh awat boleh berbeza pulak ye tin ke-2.rata2 produk yang first mesti best.dah masuk yang ke-2 macam2 hal.wah tak beranilah nak cuba.nak tunggu review dari sis momoy lagi sekali.
hubby memang tak bagi sangat pakai macam2 sebab kulit kak lea tak ada masalah cuma tulah nak jugak guna produk yang bagus ikut usia,kan.tak sabar tunggu review produk lain dari sis he3..
@||aLeaSaRa||thx sis lea. sudi dtg lagi sini. momoy jawab jujur je. kalau benda tu kesan dia mcm tu, so momoy bgth kesan pada momoy mcm tu. kalau kesan dia begini, maka kesan dia pada momoy begini.
kakak cantik :D
@Fauzi Ramadhantengkiu dear
tskk kulit saya dari jerawat muncul sejak datang bulan sampai lah 24 tahun tak hilang. parut pun bersepah. hilang berganti pulak haihh
@zarifahmrsalam dear. itu yg merunsingkan kita kan? kalau tak jumpa produk sesuai better jumpa doktor pakar kulit. Dia ada banyak solution
jgn lupa.. babyboo pun kena bg minum air jgak, hikk...
@caliph shurikenye. tak lupa. hihi
setuju 100%..minum air banyak..bagus!!
@||aLeaSaRa||ok review aura white dear boleh tengok sini
http://www.momoy-blogirl.blogspot.com/2013/07/sebab-saya-terjebak-dengan-aura-white.html
@Cik Eyrabetul supaya kulit badan kita tak kering. kulit kering senang nak berkedut. huhu
suka baca gaya tulisan momoy. santai + lawak. ni satu2nya (setakat ni) blog org biasa yg sy tak kenal, yg sy setia bukak utk baca. seriously :) keep it up dear