Cara saya guna Shiseido black Mask | .::: MOMOY blogirl :::.

23 July 2013

Cara saya guna Shiseido black Mask


Assalamualaikum. 

Mesti ramai dah pernah try Shiseido black mask kan ? Momoy guna benda ni almost dah 4 tahun. Lama kan ? Masa tu kalau nak beli hanya international website dalam bahasa cina je yang jual. Tapi ok je sebab ada translator kan. Sekarang ni mana-mana blogshop mesti ada jual mask ni.



Shiseido black mask tu yang paket kecil warna hitam



Momoy guna seminggu sekali untuk seluruh muka. Kalau area hidung pula dua kali seminggu. Shiseido mask ni murah je, tapi sangat berkesan untuk control whitehead dan blackhead Momoy


Cara guna Shiseido black mask ni senang saja. Ikat rambut atau guna sepit jika rambut terjuntai di dahi. Bersihkan wajah. Lagi bagus jika scrub muka supaya kotoran hilang. Kemudian wapkan muka dengan air panas. Momoy buat selama 10 - 15 minit. Tujuannya supaya pori-pori di wajah terbuka.


Kemudian lumur la Shiseido mask ke wajah. Oh ya. Mask ni jenis peel off tau. Jadi, elakkan letak di area mata dan daripada terkena kening atau anak rambut. Tips ! Bagi yang mempunyai kulit muka jenis sensitif, boleh sapu serum (essence) terlebih dahulu sebelum lumur mask. Pakai mask ni tak boleh bercakap ye sayang-sayang sekalian.




Pakai mask bersama teman lagi seronok



Lebih kurang 20 minit, mask ni akan mengering. Time tu mask dah ready untuk peel it off. Tarik la perlahan-lahan mask tu bermula dari bawah dagu. 



Bila pakai secara berkala, whitehead dan blackhead tak ada. 
Cuma bulu-bulu halus liang minyak saja yang ada. 



Kemudian cuci muka dengan air suam diikuti dengan air sejuk. Pakai pelembap atau serum. Ok siap. Kulit terasa lebih bersih. Selamat mencuba !



29 comments

July 23, 2013 at 12:52 PM Reply to comment

memang kena cuci gan air suam ke pas tu?

cuci ngan air biasa pun boleh. tak ada masalah.

cuci dengan air suam untuk keluarkan semua minyak dalam lubang selepas mask ditarik dan guna iar sejuk untuk tutupkan semula liang roma

July 23, 2013 at 1:06 PM Reply to comment

mkn cantikla momoy..:)

July 23, 2013 at 6:17 PM Reply to comment

Dah lama nak cuba pakai Shiseido nie tapi belum berkesempatan lagi. Bagus Momoy, rajin jaga muka! :)

July 23, 2013 at 9:18 PM Reply to comment

slm sis momoy...xpernah try lagi mask dr shiseido ni..mcm best je..
sis..nk tnye la..pnh try mkn vit C untuk kulit x..ade kwn ckp ok..ade yg ckp ade effect sakit pinggang,,btul ke?

ok..lastly..tq sangat2 tag GA tu..insyaAllah join..laptop rosak la sis..charger x boleh masuk..=(..ni pun pinjam adik punya..huhu

@Normi Niezaerk. haha... biasa saja. cuma muka terasa bersih la dear

@Arol Mubinjom la try. murah je benda alah nih =)

@Mashitah Rosli'syang momoy tahu kalau overload supplement mmg boleh bebankan buah pinggang. sebab tu kena minum air byk supaya senang buang toksik dalam badan.

pasal vitamin c tu momoy makan yang shaklee, tak pun yang beli kat farmasi =)

urm... sorry dgr laptop rsak. hantar kedai la dear ,repair

Anonymous
July 24, 2013 at 12:30 AM Reply to comment

blh meleleh air mata guna ni haha.

July 24, 2013 at 6:32 PM Reply to comment

Spe tu kak momoy? Mak ye?? Hihihik...

@Ghades Johorkawan momoy la. orang sarawak

@Siti(zoey)fuhhh.bgai yang x biasa memang heaven rasanya. hihi

July 25, 2013 at 10:31 PM Reply to comment

perghh sis momoy dah macam cat woman...tetap comel he3...erkkk kak lea masih belum beli apa2 mask.bolehlah try yang ni ^^

July 26, 2013 at 8:40 AM Reply to comment

m3h pernah try pkai sekali kt hidung..lps basuh muka pedih..terus tak pkai lg..

July 26, 2013 at 5:32 PM Reply to comment

topeng zorro, kn ^___^

@caliph shurikentopeng org minyak

@caliph shurikentopeng org minyak

@||aLeaSaRa||boleh cuba. yang ni macam kejap so nnt boleh tgk mask ni tarik kuar blackhead semua

@mama3heroox sesuai ngan sis kot. tp 1st time dgr nih =)

July 27, 2013 at 1:54 PM Reply to comment

Mesti bersih je kulit Momoy kan. Lama tu guna sampai 4 tahun.

@Aida Ismailbersih tu tak la sebab momoy kan kerja site tapi memang puas hati la. sbb masalah blackhed ni dah byk kurang.

July 29, 2013 at 12:18 PM Reply to comment

tak pernah try lagi pun tp selalu nmpak dijual di mana2... slalu ckp nnti one day nk guna, tp smpai hari ni one day nye tu tak sampai2 jugak.. hehe

August 3, 2013 at 10:01 AM Reply to comment

lawa topeng itu..hehhehe

August 6, 2013 at 7:02 AM Reply to comment

alaa...mmg ada on9 ja ka dear? :(

@aisyahehe..biasa lettuw =)

@nor azmanhoho... nak ke ?

@ecan
rasanya ada juga jual offline tapi macam jarang jumpa la dear ecan =)

August 7, 2013 at 5:32 PM Reply to comment

nak try la nanti..

August 11, 2013 at 10:59 AM Reply to comment

kak mia pernah guna sekali....

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...