Assalamualaikum semua.
Maaflah. Tajuk jiwang bukan bererti entrinya juga jiwang. Jangan tertipu dengan tajuk. Well, hujung-hujung bulan ni faham-faham je la kan. Jadi jalan paling selamat nak jimatkan poket dari berlubang adalah jenguk-jenguk barang kat dapur. Ada tak yang silap sangka ini entri masakan ? Sila angkat mouse =.=
Besarkan mata, tajamkan deria untuk kidnap bahan-bahan yang berguna. Barang baek detected !
L E M O N
Lemon kaya dengan Vitamin C dan powerfull antioxidant !
Apa nak buat dengan lemon ni ?
- Potong dua kemudian perah buah lemon. Ambil kapas kemudian celup dalam air perahan lemon. Lap-lap ke seluruh muka. Tunggu dalam 10-15 minit kemudian bilas. Cara ni boleh membantu dalam pengelupasan sel-sel kulit mati sebab lemon mengandungi AHA (Alpha-Hidrocxy Acid)
Suka bau lemon
- Lagi, perah lemon hingga jadi jus dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak guna, celup kapas dalam jus tu kemudian oles pada wajah. Bilas dan pakai pelembap (moisturiser). Buat tiap-tiap pagi. Tapi jangan lupa gantikan jus lemon tu tiap-tiap minggu. Tapiiiiiii lebihan jus jangan dibuang. Kawan-kawan boleh tambahkan ice cubes lepas tu minum. Hahaha... sila jangan buat.
- Okay, yang ni sesuai bagi sesiapa yang suka cat kuku tanpa pakai base coat. Siapa suka buat perangai macam ni kuku diaorang akan jadi macam yellowish sikit kan. Nak hilangkan kuning-kuning tu, boleh belah buah lemon tu dan tonyoh-tonyoh pada kuku anda. Rajin-rajin la buat ye supaya kuku kembali pink. Tu la siapa suruh pakai cutex tak pakai base coat.
Pink gojes ni hasil rembatan dari The Face Shop. Dah lama tak pakai cutex.
Time 'cuti' nanti boleh la pakai ^^
- Sesuai bagi yang nak melembutkan kulit siku. Hiris buah lemon. Kemudian gosok-gosok pada siku dan lutut. Tunggu 10 minit dan bilas.
Yang terakhir, Momoy suka buat ni. Belah buah lemon kemudian gosok-gosok satu badan time mandi. Yeeeehaaaaa !
Sekarang dah faham kenapa tajuk entri ni pinjam tagline Garnier ? Okay. Selamat mencuba !
P/s: Favourite drink Momoy adalah Honey Lemon ! The best taste ever =)