Sebab saya terjebak dengan Aura White Gluta Collagen dan review | .::: MOMOY blogirl :::.

12 July 2013

Sebab saya terjebak dengan Aura White Gluta Collagen dan review


Assalamualaikum semua.

Pada sesiapa yang baca blog Momoy, mesti perasan kan yang Momoy consume SNE Beautskin Essence yang lengkap. Maksud Momoy set lengkap yang si Adira makan tu. Excel tea, beautskin dan sne kapsul. Dalam banyak-banyak supplement yang Momoy guna, SNE beautskin ni yang terbaik dan berkesan pada diri Momoy. 


Tapi Momoy cuma sempat consume SNE beautskin 6 bulan saja. Ada 3 sebab. Pertama, Momoy dah consume 6 bulan dengan konsisten tapi tona kulit Momoy tak berubah. Kedua, fenomena sne beautskin selepas Adira mengaku makan beautskin so stok susah nak dapat. Momoy tak suka keputusan supplement (atau skincare) walau pun untuk satu hari. Sebab ketiga, harga sne beautskin dah naik. Why ?


Disebabkan 3 perkara di atas, Momoy cuba pula Aura White Gluta Collagen. Kira pengganti SNE beautskin la kiranya. I love u beautskin. Really!  Siap pergi event SNE beautskin lagi untuk tengok testimoni pengguna lain. Tapi siapa suruh kamu jual mahal bila dah glamour ? Huhu >.<





Welcome Aura White.



The ultimate anti-aging formula
Aura White beauty Pure L-Glutathione 
+ hydrolyzed collagen with multivitamin & hyaluronic acid
5x stem cell (apple, tomato, roselle, snow lotus & raspberry)



Aura White yang dikatakan mampu mancapai kecerahan sehingga 85% dalam masa 7 minggu, jaminan 100%. Hamboiii... siap jaminan tu. 


First impression Momoy semasa beli produk Aura White ni, "Betul ke ? Boleh ke Momoy achieve 85% whiter hanya dalam masa 7 minggu ? 7 minggu ?" Memang tak percaya pun sebenarnya. Belum cuba lagi dah was-was sebab beautskin yang mahal pun tak putih-putih kan. 


Ada yang tanya kenapa Momoy nak putih ? Kulit Momoy jenis cerah tapi bahagian yang terdedah gelap. Sunburn. Biasa lah kerja kat site. Jadi tujuan Momoy ambil supplement pencerahan ni sebab nak seratakan warna kulit Momoy.


Momoy ambil 2 scoop untuk dua kali sehari. Jadi 1 canister Aura White tu tahan la sebulan. Momoy ambil seperti yang di suggest dengan penuh disiplin. Sedap ke? Rasa Aura White ni masam berry-berry. Tak sedap mana, biasa-biasa saja.




Aura White Gluta Collagen dan shaker FREE~

3D diamond sheet mask ni juga FREE !



Canister pertama Aura White, Momoy puas hati. Rambut Momoy kurang gugur. Dulu setiap kali shampoo mesti ada rambut kat lubang bilik air kan. So happy dengan perubahan ni. Tapi untuk kulit, tak ada kesan kulit lembap pun pada Momoy. Biasa-biasa saja. Tapi tak apa, mungkin sebab baru canister pertama kan. 


Masuk canister kedua Aura White, Momoy perasan ada sedikit perbezaan pada tekstur dan rasa Aura White. Rasa tawar dan warna pudar tak macam canister pertama. Lupa nak ambil gambar Aura White yang dibancuh. Walaupun sukatan air telah dikurangkan tapi tetap rasa tawar. Momoy stop sekejap. Momoy try google untuk cari sebab dan bertanya dealer. Tak lupa juga check semua info di Fanpage Official Aura White. Mana tahu kot-kot terbeli yang tiruan. 


Info yang Momoy dapat, rasa dan warna berbeza ni sebab semasa mixing ramuan Aura White (production), kolagen berat mendap di bawah mixer. Jadi kolagen yang putih-putih itu yang buatkan rasa Aura White lebih tawar dan warna merah lebih pudar. Maknanya, siapa dapat canister tekstur macam tu harus lah happy sebab kandungan kolagen lebih banyak. Jadi Momoy lega dan bahagia sebab rasa seperti pengguna terpilih. Minum pun dengan lebih bersemangat daripada biasa.


Tapi indah khabar dari rupa. Tak ada kesan apa-apa. Baik pada kulit mahu pun rambut. Sebab di lubang bilik air, kembali ada rambut. 7 minggu tu rasa macam didustai pula. Oleh sebab Momoy ni jenis yang tak mudah putus asa (yeke ? ke jenis cepat percaya. hehe) maka, Momoy terus lagi consume Aura White untuk canister yang ketiga. Teksturnya seperti yang kedua tapi kolagen susah nak blend walaupun banyak kali goncang. Rupanya ramai yang dapat tekstur macam tu. Jadi bukanlah pengguna terpilih. Hais.




Bentuk serbuk



Habis canister ketiga. Sangat mengecewakan Momoy sebab tiada perubahan yang positif. Tak tahu sama ada permintaan Aura White ni meningkat dan pengeluaran sangat banyak jadi kualiti Aura White ni drop. Itu andaian Momoy saja. Tapi bila google bukan Momoy saja yang ada perasaan begitu. Review lain ada juga yang sesuai pada dirinya tapi tak berkesan bagi Momoy. Yang nak mencuba silalah. Mungkin berkesan bagi kamu.


Walaupun sekarang Aura White ada keluarkan perisa baru coklat dengan kandungan kolagen yang lebih tinggi. Tapi Momoy tak terasa nak mencuba. Apatah lagi Momoy kan tak makan coklat. Jadi setakat ini sajalah jodoh Momoy dengan Aura White. Bye bye bye.


Jadi supplement apa selepas Aura White ? Tunggu minggu depan.


P/s: Banyak email dan komen yang minta Momoy review Aura white ni.



16 comments

July 12, 2013 at 5:28 PM Reply to comment

huhu.yup. unhappy. .skrg ni peach tggl sikit lg nak hbs. tu pun rasa mcm x larat dah nak minum...after habis yg ni..xnak consume dah.. :-(

@Peach ilyitu lah kan. tak tahu kenapa kualiti aura white ni tak mcm memula dia keluar dulu. mencikk sangat.

July 13, 2013 at 8:28 AM Reply to comment

saya jeles tgk hanez suraya.

hahaha

July 13, 2013 at 11:07 AM Reply to comment

Alahai.. yeke momoy.. indah kabar darinrupa? Hemm.. bru nk try.. momoy minum air putih byk x? Sebab itu syrt dia.. ada member pakai kulit diavdh cerah berbezacsgt2..

@dayteenleamomoy pun suka tengok dia. cantik =)

@tenku butangye dear . jika dear baca entri momoy yg lepas2. dear akan tahu yang momoy ni minum air tak kurang dari 3L sehari. tak ambil minuman kafein dan tak minum ais . mungkin tak sesuai pada momoy.

AW yang lama bagi momoy berkesan. yang latest ni macam kureng banyak.

July 14, 2013 at 9:13 AM Reply to comment

aurawhite ni ke yg hanis suraya minum tu?cikeyra baru dok ushar2 aurawhite ni,tp skang ni cikeyra makan maixara..ce momoy try...

@Cik Eyraye. yg Hanis Suraya duta dia tu. maixara momoy penah try yang vit c tablet dia tu. ok jer maixara ni sbb kulit kurang berminyak tapi stop sbb momoy x berpa suka jenis yg chew2 ni. hehe.

July 15, 2013 at 6:05 PM Reply to comment

Baru terfikir nak try Aura White. Bila baca review ni terus tak jadi. Hehe~

July 16, 2013 at 12:40 PM Reply to comment

ala... baru nak cuba aura white... apa pendapat momoy ttg produk milky G? berkesan ke??

@Aida Ismailhope pihat AW dapat jaga kualiti nya semula

@Syazwani Mazlancuba lah. mana tahu berkesan pada dear. pada momoy cuma berkesan tin pertama saja. eyh. baru momoy perasan , momoy ni dah macam tempat pertnyaan pula. haha. btw, momoy tahu pasal produk milky G ni. tapi momoy tak pernah cuba =)

July 17, 2013 at 9:33 AM Reply to comment

@.::: Princess MOMOY :::. owhh... produk milky g tu cm femes dh.. tp mahal jugak.. ada yg kata berkesan, ada yg kata xberkesan.. apa2 pun tu atas body sendiri la blh terima atau tak.. hehehe thanks ;)

@Syazwani Mazlandear kalau cuba nnt buat review tau (tanpa gambar la) hehe

July 19, 2013 at 3:10 AM Reply to comment

owh tak maulah beli tak jadi tak nak he3...

@||aLeaSaRa||err... ni pada diri momoy. mana tahu dear menjadi

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...