Assalamualaikum.
Amboi ramai betul yang tanya Momoy pasal Aura White. Memula Momoy reply email review pasal Aura White. Tapi bila makin banyak pula email tu, so Momoy review terus di blog. Baiklah, sesiapa yang nak baca testimonial aura white, boleh baca di SINI =)
Excited nak menulis sebab ada yang minta review Aura Maya, SF Beauty dan Tabita. Actually ada di antara skincare tu yang Momoy dah pernah cuba. Mula-mula Momoy fikir nak tulis review tapi, nak review skincare itu takut jadi macam skrip drama. Panjang berjela-jela pula kan.
Jadi Momoy buat PERBEZAAN yang simple sahaja la je. Lagi pun tajuk atas tu keliru so buat perbezaan ni dapat lihat jelas sikit kan. Momoy andaikan yang kawan-kawan dah ada sebanyak sedikit maklumat tentang produk-produk itu okay.
Tapi sebelum itu, jangan suspek yang perbezaan ni adalah 100% tepat sebab info terhad hanya berdasarkan kajian dari internet. Ini kerana ketiga-tiga skincare products itu hanya boleh dibeli di atas talian (online) SAHAJA. Harap maklum ye sayang-sayang semua.
Mula-mula marilah kita ketahui orang yang bertanggungjawab mewujudkan skincare itu di alam maya ini. Ecewah.
Aura Maya - Pengasas seorang lecturer UPM yang pada mulanya hanya buat kajian dan produce skincare ni untuk dia dan saudara terdekat sahaja.
SF beauty - Dikatakan diasaskan dari Kelantan. Adik atau klon Aura Maya.
Tabita - Pengasasnya Ibu Dessy dari Indonesia.
Aura Maya - Ada 3 items dalam 1 set. Sabun pencuci, krim siang dan krim malam. Krim malam sekarang sudah digantikan dengan serum. Sabun pencuci muka tu boleh pilih sama ada sabun hijau (vitamin C) atau sabun kuning (vitamin E).
SF Beauty - Set sama macam Aura Maya. 3 items dalam 1 set. Sabun pencuci, krim siang dan krim malam. Sabun warna kuning dan hijau.
Tabita - Set asas ada 4 dalam 1 iaitu pencuci muka (facial soap), smooth lotion (toner), krim siang dan krim malam. Aditional items ada eye cream, special cream, face powder, body lotion, body scrub, matt finishing, serum vitamin E dan facial acne cream. Item tambahan tabita hanya boleh diguna selepas 2 bulan dan ke atas selepas set asas tabita sahaja.
Set asas Tabita skincare dan serum vitamin E Tabita
Ni cuma harga untuk set besar okay.
Aura Maya - RM 140 (bergantung pada dealer/ seller). Produk tahan untuk 1-2 bulan
SF Beauty - RM 95 (bergantung pada dealer/ seller). Produk tahan untuk 1-2 bulan
Tabita - RM 300 - RM 500 (Huih. Melampau benar jual mahal-mahal kan) Kat saloon Fasha Sandha jual RM 600. Erk. Produk tahan 4-5 bulan.
Soalan ni susah Momoy nak jawab. Sebab Momoy bukan pakar yang buat kajian terhadap produk-produk. Pengguna tentukan sendiri sama ada nak guna atau tidak. Kalau was-was dan tak confident baik tak perlu. Itu dari list yang KKM keluarkan untuk bahan terlarang dan bukannya dari test dari produk. Dua benda yang berbeza ye.
Aura Maya - Tiada dalam senarai produk kosmetik yang dibatalkan notifikasi atau isu campurpalsu oleh KKM
SF Beauty - KKM sahkan krim malam SF Beauty (nombor notifiikasi NOT120602462K) dan krim siang SF beauty (no notifikasi NOT120602461K) kedua-keduanya mengandungi merkuri. Lihat SINI
Terbaru, pihak SF Beauty telah keluarkan krim siang dan krim dengan nombor notifikasi yang baru. Sila check produk SF Beauty korang ye dan jangan guna nombor notifikasi atau pendaftaran yang lama.
Tabita - Banyak rumor sangat kata tabita ni bahaya (sama ada forum Malaysia atau Indonesia). Tapi tiada dalam senarai produk kosmetik yang dibatalkan notifikasi atau isu campurpalsu oleh KKM. Jika terjumpa senarai details boleh komen/ share dengan Momoy dan kawan-kawan yang lain.
Update: Tabita telah disahkan bahaya. Artikel dari BPFK di >>SINI<<
SF Beauty skincare
Originality ni bukan bermaksud siapa tiru siapa tapi tiruan/ original.
Aura Maya - Ada yang claim wujud Aura Maya tiruan tapi Momoy rasa tak ada pun. Hanya spekulasi di antara peniaga yang main harga (perang harga). Sebab Aura Maya ni adalah kakak kepada SF Beauty, ada yang kata Aura Maya ni pun bahaya. Tapi setakat ni belum jumpa apa-apa bahan terlarang dalamnya.
SF Beauty - Sama juga dengan Aura Maya. Tak jumpa lagi yang tiruan. Tapi krim siang dan malam nombor notifikasi (singkatan NOT) nya dah berubah selepas krim siang dan krim malam SF Beauty disahkan ada bahan terlarang oleh KKM. Jangan tanya adakah NOT baru bermaksud adunan ramuan nye lain ke apa. Momoy tak tahu jadi Momoy kata tak tahu okay.
Tabita - Sesiapa yang nak cuba tabita ni harus perluuuuu berhati-hati. Sengaja bold kan perkataan perlu tu. Sebab tabita tiruan lebih banyak dari yang original ! Nasihat Momoy, ilmu dan research kena banyak kalau nak pakai skincare ni.
Jangan terpengaruh dengan seller yang kata tabita murah tu tak original. Sebab kawan Momoy beli mahal tapi tetap kena fake tabita. Dia baru tahu (agak lama juga dia guna) lepas dia compare tabita yang dia minta Momoy belikan dengan tabita dia. Katanya tekstur dia lain sangat walaupun ciri-ciri lain hampir sama. Lepas dari hari tu tu dia maintain minta tolong Momoy belikan untuk dia je.
Aura Maya skincare
Maaf la. Momoy tak tahu perkataan apa yang sesuai. Harap kawan-kawan faham la maksud perkataan 'tabah semasa permulaan nak gunakan skincare' tu. Faham ke? Tak faham ? Faham ? Err... suka hatilah. Hehe.
Aura Maya - Permulaan pakai, muka super berminyak, merah-merah dan kena hindari panas dan make up. Peeling agak ketara bagi sesetengah orang.
SF Beauty - Sama sperti Aura Maya.
Tabita - Sama seperti Aura Maya. Tapi ketabahan level tinggi sedikit sebab facial soap dan smooth lotion pedih (bagi kebanyakan orang). Peeling halus, tak berapa nampak sangat. Tapi di area mulut dan sekitar hidung peeling agak lama.
Ini berdasarkan pengalaman Momoy dulu ye.
Aura Maya - Boleh dilihat dalam masa tiga hari jerrr. Untuk cantik penuh dalam sebulan lebih juga la. Momoy pernah review Aura Maya ni, baca SINI.
SF Beauty - Maaf. Tak sempat nak cuba sebab INI. NOT yang baru Momoy tak cuba. Tapi lihat kakak yang jual popia basah di pasar malam (tempat Momoy selalu beli) dalam sebulan.
Tabita - Babyface. Dalam masa dua bulan kulit muka memanjang je merah (tak tahu kenapa lama sangat. Mungkin sebab jenis berkulit cerah atau tempat kerja Momoy). Lepas dua bulan baru lembut dan bersih. Tabita boleh haluskan liang roma.
Hmm... cukup la tu. Kesemua skincare di atas PERSAMAAN nya adalah warna dan tekstur krim siang dan krim malam lebih kurang sama, kena pantang berjemur dan tak kenakan sebarang makeup selama satu hingga dua bulan. Jenis peeling dan kulit akan kusam bila stop pakai. Oh ya. Packaging ketiga-tiga skincare itu kerap juga bertukar sebab isu orang ciplak.
Maaflah dear Ika. Momoy tak review. Tapi harap sedikit sebanyak dapat membantu.
Momoy buat perbandingan, pilihan di tangan dear =)
Apa-apa komen dan maklumat tambahan boleh je komen di bawah. Selamat berpuasa semua.
P/s: Sorry. Recycle gambar lama jer.