K Colly oh K Colly | .::: MOMOY blogirl :::.

05 October 2013

K Colly oh K Colly


Assalamualaikum kawan-kawan semua.

Hamboi hamboi. Mentang-mentang la Momoy kata nak review K-Colly Sweet 17, banyak pula yang tanya bila, bila, bila... Sorry ye kawan-kawan sekalian. Momoy kan sedang SD kat BP so sibuk la juga. Tapi tak seteruk Petronas dulu la. Lenyap berbulan-bulan. Hihi. Tanpa membuang masa, tarik nafas panjang-panjang dan mula baca dengan rakus. Ayuh.


Tapi sebelum tu Momoy nak minta maaf terlebih dahulu sebab review pendek saja ye. Ringkas. Masa tidak mengizinkan nak taip panjang-panjang. 


Supplement K-Colly ni Momoy dengan kawan berkomplot untuk cuba. Sebetulnya, rasa nak cuba lepas kecewa dengan Aura White. Cek-cek banyak juga khasiat yang K-Colly ni claim tapi review di internet tak banyak sangat sebab baru lagi. Dannnn... packaging (pantang bila berdepan benda cute-cute nih. Hehe).



Recycle gambar K-Colly pertama 



Cara makan K-Colly ada dua cara. Cara pertama kacau dengan air dan minum. Kedua, masukkan terus ke dalam mulut. Sebagai seorang perempuan yang tak sabar, Momoy buat yang kedua iaitu kemam-kemam dalam mulut. Rasanya tersangat lah manis (huhu). Terpaksa tahan sebab cara kedua ni lebih efektif dari campur dengan air. Katanya.


Tapi kan tiap kali lepas sumbat K-Colly dalam mulut mesti Momoy terus minum air. Manis sangat kot. So, konon-konon tak nak bancuh sebab kurang efektif lah apa lah tu kan, padahal sama je. Apa beza tak nak bancuh tapi lepas makan terus tonggang air bergelen-gelen. Mhuahaha. 



Packaging memang tak boleh tahan



K-Colly ni Momoy consume dua tong. Perubahan pada kulit ? Tak ada perubahan apa-apa pun. Berseri la sikit. Tapi pada kawan Momoy, kulit dia dah jadi makin lembut. Haip. Kenapa kulit Momoy tak jadi macam tu. Ceh.


So, Momoy dah putih macam korea laa ? Errr... Tak pun. Lagi, tak ada pula Momoy notice kulit Momoy jadi putih 1 atau 2 tone warna. Pada kulit Kawan Momoy pun tak nampak juga kulit dia dah cerah ke apa. Yang Momoy perasan, cuma kulit dia dah kurang berminyak. Kesan berbeza pada setiap individu. Pada dia jadi, pada Momoy tidak. Dush dush.



Last~



Sebab hasil tak seperti yang Momoy angankan, jadi Momoy hanya sempat consume 2 tong jer. Lagi pun manis sangat kot. Dah tak sanggup rasanya nak menelan. Tapi kalau makan setakat kulit berseri, baik consume Soy Collagen jer. Kulit lembap dan harga pun murah kan ? Siapa setuju ?


P/s: Walau pun sibuk tapi jangan risau pada yang order produk spa. Penghantaran Momoy tak terganggu. Guna lunch hour untuk ke pejabat pos. Ngeh ngeh.




16 comments

October 5, 2013 at 2:37 PM Reply to comment

blh jadi putih ke

October 5, 2013 at 2:50 PM Reply to comment

sy tgk sis momoy ni mmg dah putih lah.. hehe..

October 6, 2013 at 10:45 AM Reply to comment

mkn cantik la momoy..:)

@nor azmankatanya laa. tapi xde apa pun

@aisyamomoy tak putih dear
momoy cuma cerah saja

October 13, 2013 at 9:10 PM Reply to comment

cikeyra pun consume k-collagen,tp satu tong jee..sbb rsa cm besa je..huhu,mabe cikeyra kurg sabar kot..:p

October 17, 2013 at 10:51 PM Reply to comment

as slm hye thnx sudi bace review kitee.
alaa ngan kite pun xde la ok sgt.sbb 1 jar je kot.plus xminum air byk punn.hehe

March 31, 2014 at 5:24 PM Reply to comment

Sis momoy ,

Kenapa Scoop momoy Putih Kecik ??

Saya punya kcolly scoop Pink dan besar .
macam dalam gambar artis name ape tu fathia latiff, dan ainan tasnin.
Dan ade kesan parut makin pudar dan cerah ..

saya rasa yg sis macma fake ja ._.
sbb tu xde nmpk kesan sgt kot. cuba cek balik

@sarahoh yeke sis. mungkin ada possibility. thx dear sarah inform momoy

@sarah@sarahoh yeke sis. mungkin ada possibility. thx dear sarah inform momoy

@sarahbestnya dengar dengan sarah menjadi. Macam kawan momoy jadi. momoy tak padahal beli sama-sama.


eh lupa pula. momoy kan beli direct dan beli awal masa kemunculannya, bukan dah lama di pasaran. tak mungkin palsu. isu scoop lain tu sebab ketiadaan stok scoop, jadi scoop dari supplier scoop yang lain. btw, thx sangat dear komen dan bagi pendapat.

tapi momoy stop juga sbb x tahan rasa manis sangat. hihi...

April 16, 2014 at 2:34 PM Reply to comment

Masa tu kwn ade cite jugak yg Soy tu xde kesan pun, tp tulaa benda2x gini dia tengok pada kte jugak sebenarnya. Ada yg kesan dia lmbat ada yg cepat. Tp jgn trsalah beli sudah. Eiqa pun ade try Aura White tp 1 tong aje lee, lepas tu bajet lari x dan nk beli. hahaa Terus stop. khikhihh

@Eiqa Almondtu la. setuju ngan dear
momoy makan soy kulit lembap dan lembut
yg lain xde
makan aura white dan sama sejenis dengannya xde beza apa pun
huhu...

July 17, 2014 at 11:30 AM Reply to comment

eh, sis da tak consume beautskin n sne ke?

@zaxdragondah tak consume sis. stok asyik habis jerr. dah tu harga macam naik sikit sebab permintaan meningkat. hmmm... so momoy stop . malas nak skip makan2 kalau kejap ada kejap tak

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...