Assalamualaikum semua.
Ahaa... jadi nak tahulah rahsia bulu mata melentik ye? Masalah Momoy adalah bulu mata pendek dan tak melentik. Kalau pakai maskara, bulu mata memanjang lurus ke bawah. Sangat kelakar. Dah berjenis-jenis dan jenama maskara Momoy beli dan cuba, dari yang murah hinggalah yang beratus-ratus harganya tapi harapan mata melentik hanya tinggal harapan (T_T)
Penyelesaiannya, Momoy akan pakai bulu mata palsu (fake lashes). Tapi takkan la nak pakai fake lashes hari-hari. Takkan nak masuk plant pun pakai fake lashes. Buang tebiat namanya. Jadi, macam mana ? Macam mana?
Okay. Kawan-kawan pernah dengar eyelash curling tak? Haa... kalau belum cubalah. Service untuk buat eyelash curling tu adalah lebih kurang sama dengan cara kita perm rambut di salun. Cuma, bila buat eyelash curling kat spa tu kita kena relax dan tak boleh buka mata sepanjang rawatan nak melentik tu. Momoy tidur je terus sampai orang spa tu yang kejutkan. Haha.
Jangan tanya Momoy bagaimana proses dia perm bulu mata Momoy tu. Sebab Momoy dah beradu. Best sangat dengar lagu lembut dan bau yang menyenangkan. Lagipun memang tak dapat nak buka mata sepanjang proses tu kan. Kalau orang spa tu naik syeh ke apa ke memang tak akan tahu. Huhu.
Cuma dapat rasa dia bersihkan mata Momoy, pasang eye sticker kat bahagian iris Momoy. Letak ubat seperti ubat perm rambut (ye la kot sebab bau sama jer). Kemudian terasa dia pasangkan gulung-gulung halus pada bulu mata. Tak menyakitkan dan rasa sejuk saja sepanjang perming.
Salah satu proses semasa lash perm - Picture source
Dan perkara yang paling penting dan perlu diketahui adalah... Jangan mengada-ngada nak pakai contact lens semasa perming. Buang dahulu lens kaler-kaler kamu. Dan selama 3 jam selepas perming, elakkan dari terkena air. Maksudnya tak boleh cuci muka lah. Jadi Momoy suggest, bagi muka anda yang cantik itu clear tanpa makeup kepada tukang spa.
Masa rawatan bergantung pada kedegilan bulu mata masing-masing. Kalau lashes jenis lembut 45 minit sudah siap. Tapi kalau yang keras dan degil, mungkin makan masa 1 jam setengah. Momoy tahu mesti ada yang nak tanya 'berapa lama kelentikan itu dapat bertahan' kan.
Bergantung pada bulu mata masing-masing. Tapi sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan. Best kan? Tak perlu pakai maskara tapi lentik dan cantik 24 jam hari-hari ! Kalau pakai maskara memang lebih kebaboom lah.
Pandangan sisi. Gambar tanpa pakai maskara.
Baru perasaan yang Momoy ada bulu mata selama ni. Haha. Okay lah tu bagi orang yang pendek sangat eyelash nya macam Momoy. Kesan lentikan lagi ketara jika kawan-kawan punyai bulu mata yang panjang okay.
Jadi, ada sesiapa terasa nak mencuba tak?
Yang pernah buat, meh la share.