Assalamualaikum kawan-kawan.
Lama tak review produk. Jadi, hari ni nak review satu produk yang best. Ahaa... produk apakah itu? Bukan produk untuk muka tau tapi produk kulit. Sesuai untuk lelaki dan wanita. Selalu komplen asyik produk untuk perempuan je kan.
Tapi sebelum tu, cuba angkat tangan masing-masing. Kemudian cium-cium ketiak anda. Keh keh keh.
Tapi sebelum tu, cuba angkat tangan masing-masing. Kemudian cium-cium ketiak anda. Keh keh keh.
Memperkenalkan Smelly No More Natural Cyrstal Roll On Deodorant Stick dari Total Image.
*tepuk-tepuk tangan*
Hambik kau. Sekali nak review produk untuk ketiak daa. Tapi ketiak tu kan kulit juga. Ramai dah blogger yang buat review Smelly No More ni. Tapi tak peduli, Momoy nak buat review juga. Sebab confirm ada yang tak tahu lagi kan ? Kan ? Kan ? Haip. Jangan nak tipu.
Smelly No More ni bukan deodorant biasa tau. Tapi deodorant special ni dari batuan semulajadi garam kristal. Nak pakai yang asli tanpa sebarang kimia la kononnya. Cara nak guna pun unik juga. Basahkan bahagian atas batu kristal tu kemudian pakai kat ketiak masing-masing okay.
Smelly No More ni tak ada bau. Batu mana ada bau, ye tak? Walaupun Momoy tak ada bau badan atau berpeluh melampau, tapi Momoy tetap guna Smelly No More. Smelly No More ni dapat banyak feedback yang positif. Ramai lelaki yang aktif bersukan di luar sana review ketiak mereka tidak masam dan berbau. See ?
Okay. Kalau ketiak tak berbau tapi kaki je berbau. Jangan risau, Smelly No More boleh juga digunakan pada kaki. Hebakk ! Sekarang angkat kaki dan cium kaki pula. Haha.
Rupa batu kristal Smelly No More
Kecil dan comel - senang nak bawa travel
Momoy punya Smelly No More ni yang comel. Beli pada harga RM 16.90 untuk 60g dan RM 30++ bagi 120g. Mahal kan deodorant sampai berbelas-belas ringgit. Deodorant lain lingkungan RM 5 je. Mahal kan? Tapi mula-mula saja mahal. Tapi lepas tu kawan-kawan boleh bersorak sebab Smelly No More ni boleh guna sampai 5 tahun tapi batu tu tak susut-susut.
Smelly No More Momoy expired tahun 2017 August !
Lagi satu yang Momoy suka tentang Smelly No More ni sebab ia hypo-allergic. Means orang yang kulit sensitif macam Momoy ni sangat-sangat lah recommended. Huh. Dulu pernah zaman study guna deodorant Enchanteur yang wangi tu, habis melecur ketiak Momoy T__T
Deodorant jenama lain okay, tapi melekit-lekit dan lambat kering. Tak selesa. Lagi-lagi kalau berbekas kat baju kesayangan. Huhu... Jadi bila pakai Smelly No More ni, semua masalah tu tak ada, terus suka.
Bahan Smelly No More hanyalah natural mineral salt. Jadi, tak perlu risau. Ianya HALAL. Bagi Momoy semua tentang Smelly No More tu Momoy suka. Cuma yang tak sukanya, perlu handle dengan hati-hati. Sebab kalau jatuh, takut batu kristal tu berderai pula. Momoy kan jenis yang kalut. Eh. Siapa tengok cekarama KALUT semalam? Lawak kan. Tiba-tiba.
- anti bacteria and eliminates odour - betul
- 300% more effective than commercial deodorant - hamboii... 300% tu
- hypo-allergic - yes yes yes
- alcohol free - ye la kot
- non sticky - ini memang ye. terbaik!
Itu kata pengeluar Smelly No More Natural Cyrstal Roll On Deodorant Stick dari Total Image. Siapa yang ke Watson atau Guardian, pergi capai Smelly No More ni sekarang ye =)
Siapa guna Smelly No More ? Jom share.
51 comments
Tak pernah cuba lagi tapi nampak menarik :)
KAKMOI BELI KATNE NI ? XPERNAH TRY TP NK TRY :)
@dEdEQ dE wIshEs
ada jual kat watson dan guardian
dah guna pelbagai deo sebelum ni tapi memang smelly no more ni yang terbaik
deo lain menggelapkan kulit tapi yang ni different
g la cuba
@miza yusofcuba lah
sebab deo yang ni memang best
Tak pernah nampak deodorant nie Momoy ^_^ Lepas nie nak pergi tengok di Guardian la..
Aku tak pernah pakai deodorant, aku terbiasa memakai cologne. :)
Tapi menarik juga lho.
salam momoy cantik.
Nampak menarik.lum penah cuba lg.
Ok .brita di terima paham..moga semuanya bjalan dgn lancar.
salam
saye nak join kat blog ni boleh....:)
sye jadi follower yg ke 345 erkkk
tu deo boleh wat laki ke tak?
natural mineral salt itu apa ya Momoy?
kalau saya, tak biasa pakai yang begini, paling-paling lotion sekedar buat confidence saja.
Segala barang semua..ala pink ya moy...hehe
termasuk deo juga ya.... :)
momoy syg- yeah kita memang serupa..comel pun pakai smelly no more, walau mahal ia berbaloi. yang lebihnya diodorant ni xmelekit atau ada bahan wangian. ternya ia hanya neutral. sangat bagus, kulit rasa sangat bebas dan takkan ada lapisan kutikal bila menyapu pada kulit spt deodorant lain. yang bagus lagi ia mampu bertahan lebih dari 24 jam kan. comel suka guna ini dan dah lame guna..semua org patut bertukar kpd smelly no more sbb lorang akan rasa effect tu bila korang sendiri yg guna. kan momoy??
wah, lama tak kesini lagi ke blog dear momoy :D
Selamat BW kembali untukku yaah .. Hehe
wah, lama tak kesini lagi ke blog dear momoy :D
Selamat BW kembali untukku yaah .. Hehe
nama produk die agak lawak.hehe
hoho...xpnah pki..skang ni dok setia ngan encik garnier itu..huhu
tahniah Momoy. This is Kak Asep again. Been busy for several days recently, but try to be here again because of you :)))
Keren nih Moy. Its cool :)))
Haha.. Produk bau ketiak ke ni.. Hehe..
wah..macam menarik je tu.. macam nak kena try je ni..
seb baek takde bela bangkai tikus celah tiak . haha
Moy,
Ni takde kaitan dengan post nih.
Akak nak tanya (cewah akak) Asal kalau evertime masuk blog awak ni asik keluar apende tah bende tu. kena letak nama dengan password. Untuk apa eh?
mun nak cubala..mcm bes je..
haha, belumpernah mencoba nih mbak..makasih referensi produknya.,. hehehe
mamahanny memang dah 4 tahun dh pakai product ni..mmg terbaik gitu...x ada bahan wangian yg boleh merosakkan kulit kita..
bunda tak pernah cuba lagi..
kak mia baru tahu tentang ni... ;) thanks ya sis moy.
@Dunia Wilmacuba la dear
personally, momoy mmg suka smelly no more ni compare ngan deo yg lain
@Rudy Arra
hehe...iya. kak rudy harus coba
@TiranaAdukacuba lah bro TA
memang bz
dah lama x balik paka
@Reo Adam
salam kenal
bisa aja dong mas
hehe
@Reo Adamni deo untuk lelaki dan wanita =)
@zachflazzia garam batuan semulajadi
maksud momoy bahan alami
jadi amat baik sekali untuk kulit kita dear
@budi os 19deo itu puith. tapi jika warnanya pink, pasti momoy lagi suka =)
@ComelComotbetul tu dear comel
kalau deo lain rasa macam tak selesa saja sebab kesan putih2 macam terasa. smelly no more ni pakai lepas mandi tapi tahan sampai tengah malam
buakan cakap kosong tapi kenyataan
baik guna yang natural dari bahan kimia bagai. confirm selamat dan berkesan
best dapat putihkan kulit di sekitar itu juga
@A. Y. Indrayanahehe...happy berblogging dear Indra
rindu juga sama kamu dan blog mu
@dayteenlea
itu la. direct to the point kan =)
@Mira Adzliasebelum ni pun momy dok try garnier juga
sebab suka bau lemon dia
@Asep Haryonomakasih kak asep
terharu momoy dengarin
momoy juga busy
seminggu atau dua minggu dalam sekali aja dapat berblogging
huhu
@Hazmin Hamudinye dear. hehe
@PaPa Bloggerok papa blogger. noted
@boni kacakmmg patut boni kacak try supaya extra kacak
@-meeSUPERGIRL-takde bau pun leh try
suapaya rasa lebih yakin
@Me And The Boyzyeke sis
urm...kurang pasti pula
sebab xde plak yg komen apa2
thx sis info
@Cik Munsiyes mmg best dan silalh cuba
nnt baru tahu bestnya SNM nih
@EYSurbaktisama-sama dear surbakti =)
@Hanny Abdullahbetul tu sis
kalau deo yang lain kalau wangi2 tu momoy alergi
so far smelly no more ni tak ada bau dan sesuai sangat
@kak noracecuba . nanti mesti bunda suka =)
@Mia Lianasama-sama sis mia ^^
leh cuba cari kat watson
DEQ DA BELI DEO NI KAKMOI .. HEHEHE
@dEdEQ dE wIshEscuba la pakai . lepas tu 5 tahun tahun ni dah x payah beli deo dah. haha. dah berjaya mempengaruhi sorang. muahaha *gelak jahat*
kita pun pakai and best sbb tak perlu berwangi-wangi ketiaknya dan tak rasa geli
@Liyana Lunia.see... ramai juga orang suka deo ni