Challenging beli baju raya online dari Assh & Annas | .::: MOMOY blogirl :::.

19 July 2014

Challenging beli baju raya online dari Assh & Annas


Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Assalamualaikum semua ( ≧◡≦)



Setelah buat keputusan yang sangat berat sebab rambang mata (huhu), jadi Momoy putuskan beli baju raya online dari MM for Ashh & Annas (Kolaborasi bersama Mazlianul Maznan). Beli online jer sebab tak ada cuti nak balik KL. Lagi pun Momoy malas nak bersesak-sesak dengan lautan manusia, nak berpanas lagi, nak cari parking satu hal. Yang tak paling tak boleh tahan bau-bauan perfume 'original'. Oh. Boleh pitam kat situ juga. Hehe.



Tahun ni raya sederhana jer. Tak prepare apa-apa pun. Tak shopping havoc giler ke apa sebab duit maintain simpan dalam ASB macam biasa walaupun bulan ni banyak pakai duit nak raya kan. Road tax dan maintenance babyboo (kereta) pun bulan ni juga. Fuh... sabar jela tengok sale sana sini. So, jalan selamat Momoy beli baju raya online jer. 



Fesyen raya tahun ni Momoy tengok banyak yang baju raya jenis jubah dan dress ala-ala puteri kayangan gittew. Design peplum pun masih ada juga cuma tak semeriah tahun lepas. Momoy suka yang jenis modern, simple tapi nampak mahal dan elegant camtu. Haa...



Ni first time nak pakai dress masa raya. Selalunya bila raya Momoy pakai baju kurung moden atau kebaya Nyonya. Pakai dress pun ok. Boleh feeling-feeling princess. Actually, Momoy dah ada beberapa pilihan baju raya dari butik dan designer. Baca entri ni [Dah mula hunting baju raya 2014] .





Alhamdulillah. Sampai dengan selamatnya. 
Challenging giler nak dapatkan Kate Dress ni tau.





Nak cerita sikit la masa nak dapatkan Kate Dress ni. Selalunya beli baju online kat website. Ni pertama kali beli via watsapp. Masa seminggu sebelum launching Kate Dress, Ashh & Annas ni dah announce kat Instagram dia - Kate Dress boleh beli pada 3 July tepat 12 tengah hari !!. Siap counting hari-hari pula tu. Tekanan Momoy tunggu, mata ni memang parah asyik tengok teaser Kate Dress tu hari-hari kat IG Assh & Annas tu. 



Nak watsapp awal memang tak dapat la, sebab nombor untuk order kate dress ni akan diberi sharp pukul 12. Momoy siap buat reminder lagi kat HP takut-takut tak ingat. Tu diaa. Memang semangat sangat nak Kate Dress ni. Kalau zaman uni dulu semangat macam ni kan bagus. Keh keh keh. 



3 July. Mata asyik tengok jam. Takut-takut terlepas. Tangan ni kejap-kejap buka IG tengok no watsapp dah ada belum. Ashh & Annas pun siap counting ikut jam pula. Hais. Buat hidup tak tenteram jer. 



Sharp jam 12, Assh & Annas update no untuk watsapp dan info yang dia nak untuk send watsapp tu. Jari Momoy ni dah sehabis laju dah. Untung la sape alamat dia pendek-pendek. Momoy guna alamat office, panjang giler nak menaip. Tercabut jari tahu *kutip jari bersepah*



12.04 baru dapat send. Alamat office Momoy memang panjang, serius. Kalau dah watsapp tu kena la dok diam-diam tunggu abang kawasan reply. Segelisah macam mana pun jangan gatal tangan pergi watsapp tanya dah dapat ke belum, kenapa tak reply-reply lagi ke apa ke. Sebab apa ? Sebab nanti watsapp kita akan naik ke atas. Assh & Annas ni repy mula dari bawah. 



Part nak tunggu reply tu paling nervous. Sebab berjam-berjam tunggu sampai la esok tak dapat-dapat. Sambil tunggu sambil stalk kat instagram Assh & Annas. Layan baca komen yang lain-lain fighting nak beli Kate Dress tu juga. Mihmih.



Hari keempat baru dapat reply dan terus buat transaction. Bayangkan ! Momoy tak tahu berapa ribu watsapp yang order kate dress ni sebab followers Assh & Annas ada 129k. Itu tak termasuk lagi followers Mazlianul Maznan kan. Yang mana tak sabar dan watsapp 2 3 kali tu memang tak boleh kata apa la kan. Kesian sungguh. Send watsapp pukul 12.01 tapi sebab tak sabar terus watsapp naik atas yang entah ke berapa ribu waiting list. Memangis tepi bucu katil la jawabnya.



Masa tunggu reply confirmation dari abang kawasan pun Momoy dok tahan-tahan jer hati jangan reply, nanti watsapp naik atas. Huhu... 2 hari lepas tu dapat reply abang kawasan kata dah payment dah received. Alhamdulillah.  Seminggu lepas tu dapat kate dress yang ditunggu-tunggu. Adventure tak ? So, meh kita layan sikit (sikit jer) kate dress tu. 





Bahagian depan. Design Mazlianul Maznan untuk Lux Raya 2014 Kate Dress ni memang simple habis. Ada perincian diamond kat bahagian pinggang dan hujung lengan. Material dress dari satin silk dan yang macam cape tu dari crepe silk. Baju ni ada butang kat lengan. Senang nak ambil wuduk. Kalau raya pertama kena basuh periuk ke nak bertumbuk ke pun no hal la. Hihi. 


Jarang orang nak decorate bahagian belakang baju kan ? Tapi kate ni belakang baju pun ada berlian lip lap lip lap. Kalau pandang dari belakang pun still stunning hokay. Momoy suka.





Tengok gambar masa kate dress ni lay down memang nampak macam biasa je kan. Actually bila pakai baru la nampak gorgeous nya. Tapi tak boleh ambil lebih-lebih. Sengaja kedekut gambar. Takut hilang seri. Mihmih.





Ini lah sekeping gambar dari sisi (bahu) yang gigih Momoy ambil. So, boleh imagine tak cantiknya kate dress tu bila pakai. Berkepak-kepak okay. Macam pari-pari dalam citer Peter Pan tu. Hamboiii over tau.





Sebenarnya Momoy nak kaler dusty pink tapi saiz dah habis. Tapi Momoy pakai butter yellow pun cantik jer *mata kat atas sangat-sangat* Haha. Accessories untuk kate dress ni pun Momoy dah asingkan. Pakai simple-simple je cukup sebab kalau banyak sangat accessories pun rasa semak. Lagi pun kat lengan baju tu kan dah ada diamond. 





Matching tak dengan diamond earring super labuh blink blink niiiii ? Hihi. Ni earring raya 4 tahun lepas kot. Beli kat KLCC. Momoy recycle pakai untuk raya tahun ni. Jangan membazir walaupun syaiton dah kena ikat. 


Yang ni pula pin rambut. Pilih yang ada diamond dan pearl comel seketul.





Ni je la baju raya Momoy setakat ni. Hopefully nampak cantik macam Sari Yanti. Sehelai lagi Momoy akan beli lepas raya sebab terlepas nak grab baju kurung moden dari Minaz. Huhu... Tapi kebiasaannya Momoy beli baju raya lepas raya atau masa hari raya sebab raya tak berjalan mana sangat pun. Lepas raya baru melangkah jauh-jauh, open house sana sini, kan ?



Tapi baju raya backup tetap Momoy dah standby. Ingat tak baju kurung Maixara warna yellow butter dan electric blue dari Minaz tu dulu. Baju tu baru pakai sekali jer. Tu pun masa attend kenduri kahwin. Nak tengok baju artis tu sila klik SINI.



Yang mana masih mencari lagi baju raya cuba usha-usha link ni, kot-kot ada yang berkenan.


.:: Baju raya 2014 ::.




14 comments

July 19, 2014 at 2:50 PM Reply to comment

amboi2..kacak gilak bju ktk momoy..sesuai ngn kulit gebu ktk..

July 21, 2014 at 3:40 PM Reply to comment

wah, kate dress memang jadi rebutan...abang kawasan tu kalau buat sale..memang sale giler-giler..yang tak dapat menangis di bucu katillah jawabnya.

July 22, 2014 at 4:41 PM Reply to comment

cantiknyeee..
klau momoy pakai mst lagi cantikk... :)

July 23, 2014 at 3:03 PM Reply to comment

hamboi hamboi kemain cantik lagi dress momoy ni ha.. ehhh kite ade gak nengok kat IG psl ramai giler yg sggup berator utk shopping kat Ashh & Annas tu.. hehe

August 1, 2014 at 4:11 PM Reply to comment

lamanya x baca blog momoy.. kena amik masa nk skodeng balik ni..hihi.. selamat hari raya sis...

August 1, 2014 at 9:08 PM Reply to comment

wahh, lawa baju raya jenis moden, simple tapi nampak mahal & elegant, hikk..

selamat hari raya.. maaf zahir batin, momoy ^^

@Farra Nmekasih ktk. mekasih untok baju. nok kulit ya kmk sik putih gebu ka apa, kmk coma cerah jak ktk.

@Ema Johariitu la pasal. memang menangis tei bucu katil kalau berangan pakai tapi tak dapat. hihi

@nurul atikakalau momoy x cantik baju jer cantik pun jadi lah. hihi

@anamizutu la. mmg ramai mcm nak pecah butik dia kalau sale . x sale pun ramai. huhu

@kyo
momoy pun rindu bangat sama sis nih. huhu

@caliph shurikenkihkih... ala awak nih puji baju jer ke. puji la org nya sekali. muahahaha...
selamat hari raya caliph. maaf zahir batin yer

August 6, 2014 at 9:16 PM Reply to comment

Moy, mana gambar tuan punya badan pakai baju raya ni? mana? mana? manaaa? hehehe

August 7, 2014 at 12:37 AM Reply to comment

Alaaaa, takde gambar full ke? Baru nk tengok tuan punya baju tu pakai tau. hikhik

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...